Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Saturday, 10 May 2014

Harith Iskander Akui Kebodohan Dirinya Kerana Persenda Hudud!!!

Pelakon dan pelawak Harith Iskander memohon maaf apabila status yang dimuat naik di Twitter miliknya mengenai hukum Hudud bertujuan untuk berjenaka mendapat kritikan ramai.

Jelasnya, dia tidak berniat mahu mempertikaikan peraturan dalam agama Islam itu tetapi ia telah disalah ertikan oleh segelintir pihak.

"Saya ingin memohon maaf sekiranya status di Twitter itu mengundang rasa tidak senang hati mana-mana pihak. "Jujurnya saya tidak berniat mahu mempermainkan agama sendiri. Kalau boleh saya tidak ingin membesarkan isu ini kerana ia hanya perkara kecil yang telah disalah ertikan.

"Mungkin ada pihak yang mempunyai masa mahu membesarkan sesuatu (isu Hudud) itu," katanya seperti yang dilaporkan sebuah portal. Pada Khamis lalu, Harith dalam satu status Twitter miliknya telah berjenaka mengenai hukum Hudud.

Hal tersebut secara tidak langsung menyebabkan beberapa pengikut laman Twitter itu menegurnya kerana perbuatan itu dilihat seperti mempersendakan agama Islam.

Hudud merupakan satu bentuk hukuman terhadap umat Islam yang melanggar tuntutan agama dan ia ditetapkan Allah sebagaimana tertulis dalam Al-Quran dan hadis.

Harith berkata, perkara itu juga membuatkan ada beberapa peminatnya bertindak tidak mengikut akaun Twitter miliknya lagi.

"Dalam dunia media sosial ini kita diberi pilihan. Ada beberapa follower saya yang mengumumkan mereka nak unfollow dan saya hormat keputusan itu sebab ia pilihan mereka.

"Bagi saya kalau ada seseorang yang bercakap sesuatu yang saya tak suka, saya juga akan melakukan perkara sama (unfollow)," ujarnya. - Sumber

Saturday, 20 July 2013

Ostazah Abbiey Perkenalkan Suami Muda Di Ceramah Pas

Hebat weh Ostazah Abbiey PAS ni ...selepas tayang gambar Tok Lakinya di Instagram , terus heret ke Kuala Besut bagi membantu kempen parti menentang BN . Difahamkan tok laki baru Ostazah Abbiey ini adalah pencacai tegar PAS juga ...maknanya satu geng la .

Melopong juga la Ostak & Pak lebai Pas  yang sudah berbini bagi menambah kuota lagi . Melepas la. Mungkin prinsip tak mahu merampas laki orang jadi pilihannya adalah lelaki muda hensem dan bergaya.. nak lawan dengan bekas tok lakinya dahulu Norman yang dapat bini muda ?? 

Desas-desus mengatakan pelakon dan penyanyi Abbiey sudah berkahwin lagi akhirnya terjawab apabila dia sendiri mendedahkan gambar suami barunya itu di laman sosial Instagramnya hari ini.

Menurut Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 35, dia mengaku telah pun bernikah dengan pasangannya itu, Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang 11 tahun lebih muda daripadanya 12 hari yang lalu.

“Memang betul saya telah pun berkahwin 12 hari lepas hanya setelah dua minggu berkenalan.Dia (suami) sebelum ini masih bujang dan berasal dari Tumpat, Kelantan. Saya sengaja merahsiakan pernikahan kami itu daripada media massa.

“Hari ini (Jumaat) saya rasa adalah hari yang sesuai untuk mengumumkannya (pernikahan itu). Saya dan suami berjumpa dan berkenalan di KL (Kuala Lumpur) tetapi tidak menduga ia akan berakhir dengan perkahwinan.

“Saya anggap ini adalah ketentuan Allah dan memang sudah jodoh kami.Kami dijodohkan walaupun dalam perkenalan yang sesingkat itu,” katanya.

Sebelum itu laman Instagram dan Twitter ibu kepada tiga anak itu mula heboh dengan pelbagai komen daripada para peminat ekoran tersiarnya gambar Muhammad Noor Farhan yang pertama kali disiarkan untuk tatapan umum.

Malah, dalam laman sosial itu Abby menulis statusnya yang berbunyi

‘Dipendekkan cerita sebenarnya sudah 12 hari dia sah menjadi suami saya. Maaf sebab maklumkan lambat pada kalian..Allah kami dulukan.

‘Insya-Allah majlisnya bulan raya nanti.Lokasi belum pasti’.Sehingga pukul 4.30 petang ini sebanyak 1087 like dan ucapan tahniah telah diberikan oleh para pengikut Abby ekoran daripada statusnya itu.

Sementara itu, semasa diajukan pertanyaan tentang majlis resepsi yang akan diadakannya secara sederhana itu, dia masih belum menetapkan tarikh acara tersebut dan bakal mengumumkannya kemudian.

“Insya-Allah majlis resepsi perkahwinan saya ini akan diadakan di sebelah keluarga saya di KL pada 31 Ogos ini dan seminggu selepas itu pula di rumah keluarga suami saya di Tumpat,” ujarnya lagi.

Sumber

Lebai Pas Kecewa Dengan Pernikahan Ostazah Abbiey!!!

Selepas berita perkahwinan Abby Abadi secara tiba-tiba meletup dan menjadi hangat hari ini, sudah tentu persoalan yang bermain di fikiran ramai ialah siapakah lelaki itu?

Sebelum ini pernah timbul cerita seperti Abby mungkin kembali kepada Norman tetapi tidak pula mengenai seorang lelaki baru. Sebenarnya, lewat seminggu lalu, Abby Abadi telah memuat naik status yang membayangkan hatinya berbunga-bunga menerima kehadiran seseorang dalam hidup.

Bersama gambar sebentuk cincin yang cantik tersarung di jari manis, Abby menulis:

Sehebat mana kita merancang,
Selama mana kita menunggu,
Sekeras mana kita bersabar,
Sejujur mana kita menerima dirinya,
Jika takdir ALLAH menentukan kita bukan dengan dirinya,
Kita tidak akan bersamanya.
Jika ALLAH telah menuliskan jodoh kita dengan dirinya,
Kita tetap akan bersama dirinya,
Kerana tulang rusuk & pemiliknya,
tidak akan pernah tertukar & akan bertemu pada saat yang tepat.
Menurut ilmuNYA, tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang &sebaik-baik yang dirancang dari ALLAH jua. Ps: ‘berita bahagia’ ini akan Sy umumkan nanti…

Doakan turut dimuat naik, gambar seorang jejaka kacak menghulurkan jambangan ros. Rentetan daripada pos ini, ada pengikut Instagram Abby meneka lelaki istimewa yang berjaya merebut hati Abby adalah seseorang yang pernah diperkenalkan Abby di laman Instagramnya sebelum itu.

Berikut kapsyen gambar Abby ketika memperkenalkan jejaka dalam usia 20-an tersebut: Ini pembantu tadbir di #SyuhadaKasihAbadi kita. Farhan namanya, org Kelantan. Janji dah semua kerja dia buleh tolong… bgtau jer…. orite!! Sy minta jaga Sy nnti, ngeee!! hehe.. Status: Nk kahwin sgt dah dgrnyaaa.. huhu…

Semoga impian terlaksana. Hari ini, terkuaklah kisah sebenar apabila Abby mengakui sendiri, dia sebenarnya sudah 12 hari bergelar isteri. Dan lelaki baru dalam hidupnya tak lain tak bukan, pembantu tadbir butiknya sendiri yang diperkenalkan sebelum ini.

Maknanya ketika gambar dan status atas dimuat naik, ‘nak kahwin sangat dah’ yang dimaksudkan oleh Abby pada Farhan adalah mengahwini dirinya sendiri! Apa pun, selamat berbahagia kami ucapkan pada Abby. Semoga perkahwinan kali ini dirahmati dan memberikan kebahagiaan sampai jannah buatnya.  - mynewshub

Monday, 25 March 2013

Ostazah Abbiey Jawab Skandal RM50k Tanpa Jawapan..Dasar Osatazah Munafik ???

Abby Abadi akhirnya menjawab persoalan skandal RM50,000 dengan jawapannya yang lebih kurang berbelit-belit tanpa ada jawapan pasti.

Cabaran dijawab dengan cabaran, tak berani juga mahu dedahkan secara umum.....

Berikut adalah petikan dari cabaran seorang blogger yang yang jelik melihatkan Abby yang semakin huru hara mengeluarkan hukum hakam agama dengan membuta tuli seolah-olah kelayakannya setaraf ulama.

Saya ingin memberikan peringataan kepada Abby Abadi bahawa saya tahu apa yang berlaku di London baru-baru ini dan dengan siapa Abby ke sana.

Siapa VVIP yang menaja segala perbelanjaan. Abby ke London yang pada mulanya hanya berbekalkan satu beg tetapi pulangnya ke Malaysia dengan enam beg dan beg-begnya dibawa oleh private jet balik ke Malaysia.

Dan apa kerja yang Abby lakukan hingga dapat bayaran RM50,000 selama seminggu? Takkan menyanyi ataupun berceramah di London hingga dapat bayaran sedemikan besar jumlahnya.

Ini peringatan kepada Abby,Jika beliau tidak menghentikan keceluparannya mempermainkan agama,mengadu domba serta memberikan tafsiran agama yang bukan-bukan,saya akan menelanjangi satu persatu topeng-topeng munafik yang sedang dipakai oleh Abby ketika ini.

Kita tidak mahu mendedahkan pada setiap persembahan pentas sebelum ini beliau sering sebilik dengan teman lelakinya malah sering meminta penganjur menyediakan bilik bersebelahan bila mereka ada pertunjukan pentas secara bersama tetapi kita juga ngin tahu wang siapa sebanyak RM20,000 yang Abby minta bagi menjayakan majlis harijadi anaknya.

Tidak cukup RM50,000 di London! Rumah Kedai di Taman Melawati itu pun kita tahu datang daripada siapa?Jangan berselindung di sebalik penjualan jubah sedangkan hakikat sebenar ada yang tahu puncanya.

Ini juga akan didedahkan sekiranya Abby tidak bertaubat dan meminta maaf kepada rakan-rakan yang beliau kafir serta sesatkan selama ini.Jangan tunjuk baik sangat Abby!

Jangan selak kain orang lain kalau kain sendiri koyak rabak!Jangan satu jari menuding kepada orang lain sembilan jari lagi menuding ke diri sendiri..!

Namun Abby Abadi menerusi laman Twitternya menyatakan pertuduhan tersebut adalah fitnah semata-mata. Malah Abby sanggup memjawab tuduhan itu tetapi dengan syarat-syarat yang tertentu.

Sumber

Wednesday, 20 March 2013

Hebat Ostazah Abbiey !!! Skandal RM50 Ribu Di London Terbongkar ???

ABBY Abadi yang sedang digelarkan sebagai Ustazah Mee Segera ini semakin hari semakin melampau dan berbagai-bagai fatwa gila dikeluarkannya termasuklah menyokong gerakan pengganas Kiram di Lahad Datu dan juga mengangkat pengganas Kiram yang mati itu sebagai mati syahid dan kegilaan beliau semakin menjadi-jadi.

Saya tidak berminat untuk menulis tentang selebriti munafik ini tetapi sejak melihat tingkahnya di media maya semakin menjadi-jadi,tekak tiba-tiba terasa loya melihat betapa `alim dan mulianya’ bekas selebriti ini dan bekas barang terpakai tinggalan Norman Hakim ini perlu diberikan kata dua supaya beliau tahu bahawa ada orang tahu siapa beliau sebenarnya.

Bekas pelakon ini boleh dikategorikan antara wanita nakal,bermulut jahat,merelakan dirinya jadi alat untuk memecahbelahkan indsutri dunia hiburan tanahair dan janda Norman Hakim ini perlu diajar supaya tidak menjadi telunjuk lurus tetapi kelingking berkait dan kalau mahu bertaubat sekalipun taubatlah sepenuhnya dan jangan berlakon sebagai orang baik-baik sedangkan hakikatnya Abby bagaikan menyembunyikan `kejalangannya’ baik dari tutur kata serta perbuatannya.

Saya ingin memberikan peringataan kepada Abby Abadi bahawa saya tahu apa yang berlaku di London baru-baru ini dan dengan siapa Abby ke sana.Siapa VVIP yang menaja segala perbelanjaan.Abby ke London yang pada mulanya hanya berbekalkan satu beg tetapi pulangnya ke Malaysia dengan enam beg dan beg-begnya dibawa oleh private jet balik ke Malaysia.Dan apa kerja yang Abby lakukan hingga dapat bayaran RM50,000 selama seminggu?Takkan menyanyi ataupun berceramah di London hingga dapat bayaran sedemikan besar jumlahnya.

Ini peringatan kepada Abby,Jika beliau tidak menghentikan keceluparannya mempermainkan agama,mengadu domba serta memberikan tafsiran agama yang bukan-bukan,saya akan menelanjangi satu persatu topeng-topeng munafik yang sedang dipakai oleh Abby ketika ini.

Kita tidak mahu mendedahkan pada setiap persembahan pentas sebelum ini beliau sering sebilik dengan teman lelakinya malah sering meminta penganjur menyediakan bilik bersebelahan bila mereka ada pertunjukan pentas secara bersama tetapi kita juga ngin tahu wang siapa sebanyak RM20,000 yang Abby minta bagi menjayakan majlis harijadi anaknya.Tidak cukup RM50,000 di London!Rumah Kedai di Taman Melawati itu pun kita tahu datang daripada siapa?Jangan berselindung di sebalik penjualan jubah sedangkan hakikat sebenar ada yang tahu puncanya.

Ini juga akan didedahkan sekiranya Abby tidak bertaubat dan meminta maaf kepada rakan-rakan yang beliau kafir serta sesatkan selama ini.Jangan tunjuk baik sangat Abby!Jangan selak kain orang lain kalau kain sendiri koyak rabak!Jangan satu jari menuding kepada orang lain sembilan jari lagi menuding ke diri sendiri..!

Kalau beliau betul sudah insaf,bertaubat dan ingin menjadi muslimah sejati yang diredai Allah dunia dan akhirat,Abby tidak akan memilih jalan sesat begini hingga segala tutur kata terutama sekali dalam Twiter dan juga berceramah,penghinaan demi penghinaan dilemparkan kepada orang yang tidak menyokong beliau.

Kita sedar artis ini semakin sesat dalam dunia yang beliau sedang ciptakan dan itu urusan beliau kalau mahu sesat sekalipun tetapi mengajak orang lain agar sesat sama sesuatu yang cukup bertentangan apatah lagi kita pun tidak tahu siapa guru agama janda yang sedang didkawa ramai sebagai tengah meroyan ini.

Abby belum putih sepenuhnya dan nilai taubat yang sedang beliau laung-laungkan ketika ini sama sahaja dengan nilai perjuangan PAS parti yang Abby dokong penuh dengan kehanyirannya yang tersendiri malah Abby juga sama dengan para pejuang PAS lain yang menggunakan agama untuk menutup kebejatan moral masing-masing.Dan pejuang PAS kononnya seperti Abby inilah yang diusung ke hulu ke hilir bagi dijadikan agen memecahbelahkan orang muda.

Jadi kepada Abby,kita pesan sekali lagi.Hentikan segala keceluparan,kebodohan serta kebiadapan ini sekiranya tidak mahu topeng yang sedang menutupi wajahnya ketika ini terbuka satu persatu. - Sumber

Monday, 18 March 2013

Tun M Pula Jadi Mangsa Ostazah Janda Pening !!!


Lawatan Tun M ke Sabah pun si janda gersang ni jadikan isu. Boleh si gila ni perli Tun M. Apa la salah Tun M kepada dia. Nak kata gila boleh pulak berceramah merapu di atas pentas Pas. Sebelum ni pun Pas memang parti 'kutip sampah' pun..dari dulu sampai sekarang dok ambil manusia yang dah tak laku ke dalam parti mereka...lihat foto dan video lawatan Tun M di sini.

Ni la bila bekas artis yang kononnya dah jadi baik...kononnya la.kalau setakat pakai tudung pakai jubah...pastu pergi ceramah dapat RM2k. Tak payah la nak berlagak alim. Tudung yang kau pakai tu pun sebab nak cover niat kau untuk dpt RM2k saja. Elok bagi kat pengganas Sulu akikah lagi bagus kau ni !!!

Monday, 11 March 2013

Kerana 'Bo La Wei' Eddie Hamid Dicari Penyokong Pas Kelantan #TukarKelantan

KUALA LUMPUR - Komposer lagu Bo La Wei, Eddie Hamid hari ini memberitahu akan tetap meneruskan perjuangannya untuk menyedarkan rakyat Kelantan walaupun menerima kritikan berterusan dari penyokong fanatik parti pembangkang.


Lagu Bo La Wei ciptaannya yang dimuat naik ke laman YouTube baru-baru ini, menerima ratusan komen yang tidak berpuas hati dengan lirik lagu itu. Menurut Eddie, sebagai anak Kelantan dia mahu menggunakan haknya untuk membantu rakyat di negeri itu.

"Saya tidak takut dengan ugutan yang diterima, saya hanya melakukan perkara betul.

"Menerima komen daripada mereka yang tidak berpuas hati, saya pasti ramai lagi di luar sana yang bersetuju dengan saya," katanya yang memberitahu makna Bo La Wei sebagai cara untuk menerangkan sesuatu itu harus dihentikan.

Eddie juga memberitahu, dia kini dalam proses mencipta lagu khas buat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, berjudul Untukmu Najib. - utusan


 Dari entri terdahulu

“Saya terpanggil untuk menghasilkan lagu setelah melihat kemunduran Kelantan sejak dahulu lagi. Lagipun peluang pekerjaan yang terhad menyebabkan anak Kelantan ramai berhijrah ke luar untuk mencari rezeki,” kata Eddie.

Lagu ciptaannya bersama Datuk Supardi yang dimuat naik menerusi YouTube telah mengundang kemarahan ramai dengan pelbagai komen negatif. Malah laman Facebooknya turut dibanjiri komen-komen negatif yang tidak berpuas hati dengan lagu itu. Bagaimanapun Eddie Hamid berkata niatnya hanya untuk menyedarkan anak-anak Kelantan supaya berubah ke arah yang lebih baik.

Sunday, 24 February 2013

[VIDEO] Kenapa Ustad Kazim Tibai Abby ???


Apa  ? Kalau dia tak bagi borang masuk PAS dia takut tak masuk dalam list orang yang memperjuangkan agama? Kalau bengong boleh ke nak perjuangkan agama?

Habis, orang Palestin tu macam mana? Mereka tak sain borang PAS pun.. adakah mereka mati katak dan tak termasuk dalam senarai orang yang memperjuangkan agama??

Adoi...inilah masalahnya bila orang tak ada ilmu agama nak bercakap pasal agama. Artis baru sehari dua masuk PAS dah dipanggil ostat, ostazah. Lawak betul parti Pas ni. Bila ditegur melenting. Padahal merekalah yang paling banyak mengutuk & caci maki orang lain



Allah Maha Besar dan Maha Mengetahui, bukan parti Pas yang menentukan kita masuk syurga. Adakah orang lain tidak layak ke syurga sekiranya  tak join Pas @ pun mana-mana parti di Malaysia? Tetapi kalau beramal kepada Allah. Sebab tiada pernah ada dalam Al Quran bahawa selain beramal kepada Allah, menjadi ahli Pas adalah penentu seseorag ke syurga Allah.

Apa Yang UMNO Dah Buat Pada Ostazah Abbiey ? Kesian Betul !!!

Tak nampak macam orang yang 'berhijrah'. Nampak macam orang marah ada la. Yang dia nak marah sangat tu kenapa? Apa yang UMNO dah buat pada dia?


Takkan la sebab Bekas Mak Mertua dia dulu orang kuat UMNO boleh buat dia sampai jadi meroyan kot. Ke ada konflik antara dia dengan bekas mak mertua dia dulu?


Tapi apa yang pasti, semakin hari semakin teruk dah perangai Si Ostazah Pening ni. Tak de orang ke yang nak bagi nasihat kat dia?

Kalau nak harap Pak Lebai dalam Parti Angguk Saja tu, jangan harap la Diorang sendiri pun perlu dibagi nasihat jugak. Lagi nak bagi nasihat kat orang lain ke??? Sudah la!!!

Dan Si Ostazah Pening ni la menjadi bukti keGAGALan mereka mendidik para pengikut untuk mempertahankan Islam. Tu pasal la orang lain boleh ambik kesempatan dan memperlekehkan Islam sesuka hati diorang!!!

Saturday, 23 February 2013

[VIDEO] Ostazah Arbaayah Sebak Lihat 'Rocker Otai ' Di Pentas ???


Sayu, pilu, sendu silih berganti dan bermacam-macam dugaan yang menguji Abby Abadi dalam menjalani kehidupan di muka bumi ini. Apatah lagi apabila melihat "calon suaminya" di atas pentas dalam keadaan begitu..... Seorang "Rocker Otai" berstatus "Duda". Siapakah artis lelaki ini yang membuat Abby bersedih?

Kena tengok sampai habis baru dapat tahu siapa artis lelaki yang berstatus "DUDA" tersebut. - Sumber

Friday, 15 February 2013

LAGI FATWA TERKINI DARI OSTAZAH ABBIEY !!!

Alahai ostazah Arbaayah ! Apalagi yang kau membebel ni..tak habis-habis kau marahkan UMNO macamlah UMNO tu zalimi kau anak beranak. Ostazah tahu tak ? Setiap kali ceramah Pas maka setiap kalilah kutipan Derma Jihad dari orang-orang kampung. Duit yang di ambil tu kemana perginya ? Kalau tak masuk kedalam poket para YB Pas dan Pak lebai Pas.



Cukup-cukuplah Osatzah Arbaayah..semakin banayak kau tweet semakin nampak kebodohan yang ada pada diri kau. Kau ni betul la takda rasa malu sedikit pun!!!

Tuesday, 12 February 2013

FATWA TERKINI DARI OSTAZAH ABBIEY !!!



Alahai ! Ini sore janda yang tak dapat laki. Meroyan tak tentu hala. Cakap tak serupa bikin. Bukan lagi bodoh tapi lagi piang dan bengong. Tiba-tiba je ada fatwa baru Ustazah Segera PAS Abbiey Abadi. Sejak masuk PAS ni, banyak sangat la fatwa janda meroyan yang tengah kepeningan nih! Tetiba  tertengok  tweet janda gersang yang kekeringan nih.


Kawe pun heran kat mano la Jando ni belajar buat fatwa. Mace dio saje dapat masuk syurgo. Ingat ore PAS sajo yang boleh masuk syurgo. Bengong weh!!! Ore nak berpolitik, dio pun sibok nak berpolitik, tapi bengong kelu !!! Mace manola Nik Aziz boleh ambik betino ni jadi ahli Pas serta angkat jadi ostazah segero....... Sumber

Sunday, 10 February 2013

[VIDEO] ANAK ND LALA DI TEMUI DI KEMAMAN


Polis mengesahkan penyanyi popular, Shila Amzah, 23, telah ditemui semula, beberapa jam selepas dilaporkan hilang sejak enam hari.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, pihaknya dimaklumkan tentang penemuan itu oleh bapa Shila, ND Lala sendiri semalam.

“Dah jumpa pukul 4 petang, semalam. Saya dimaklumkan oleh ayahnya (ND Lala),” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga mengesahkan tentang laporan yang dibuat ND Lala berhubung kehilangan penyanyi itu pagi semalam.

ND Lala dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung kehilangan Shila selepas pencipta lagu Patah Seribu itu tidak pulang ke rumah selepas pulang dari Shanghai, minggu lalu.

Usaha mendapat kenyataan ND Lala gagal berikutan beliau tidak menjawab panggilan telefon sejak semalam.

Rabu lalu, juara Asian Wave ini mengemas kini status di laman mikro Twitter miliknya yang memberitahu tentang keberadaannya di suatu tempat untuk mencari ketenangan.

“Sha sendirian sekarang di sesuatu tempat mencari ketenangan. Tidak bersama keluarga lagi ataupun abang (Sharnaaz). Doakan Sha selamat,” tulisnya.

Kisah cinta Shila dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad menjadi panas ekoran kenyataan yang dibuat ND Lala melalui sebuah akhbar sebelum ini.

Selasa lalu, Shila menulis e-mel kepada semua media mengenai situasi yang dilaluinya sekarang manakala klip video berdurasi empat minit, yang turut menggambarkan perasaannya, dimuat naik di YouTube kelmarin.




Ini lah orang Melayu yang beragama Islam ada masalah sikit (lari,bunuh diri dan sengkatan dengannya) hendak sedirian lah kononnya. Bukannya masalah boleh selesai pun. Susah payah ibu bapa bersarkan (Bagai Menatang Minyak Yang Penuh) senang-senang saja kita rosakan. Cuba fikir-fikirkan kita kenal ibubapa kita bermula roh ditiupkan (dalam kandungan lagi kita sudah kenal melalui pendengaran serta sentuhan). Teman lelaki @ bf berapa lama lah sangat pun. Yang penting bersolat/baca al-quaran untuk mencari ketenangan.

LAKONAN OSTAZAH ABBIEY MASIH HEBAT WALAUPUN PENING !!!

Ramai yang gembira apabila diberitakan yang hubungan Abby Abadi dengan Memey sudah pulih sejak sekitar Ogos tahun lalu. Terbaru, hubungan mereka kini sah pulih seratus peratus!
Ini berikutan Abby Abadi dikatakan telah sudi datang melawat anak sulung Memey yang baru saja lahir pada 1 Februari lalu. Abby turut memuat naik beberapa keping laman Instagram miliknya, foto anak Memey dengan kapsyen, Darwish.

Sebelum ni pun dengarnya Abby ada mengucapkan tahniah kepada Memey dan Norman Hakim di atas kelahiran bayi mereka dan ada berjanji untuk datang melawat bayi yang diberi nama Mohamed Darwisz Hakim itu.

Selain itu, Abby turut memuat naik beberapa keping satu foto anak Memey dengan kapsyen, Darwish. Serta satu gambar dia sedang mendukung bayi comel itu.

Pasti di kesempatan ini Memey tidak lupa meminta tips menjaga bayi daripada Abby. Dan mungkin Abby juga turut memberikan petua-petua untuk diamalkan Memey sepanjang dia dalam berpantang. Elok lah tu Ostazah weh !!!
Biarpun orang kata apa yang dibuat dek Ostazah Pening ni satu benda yang baik, tapi dari satu sudut nampak sangat yang dia ni tak tau malu.


Kalau dulu, macam - macam fitnah dia buat terhadap bekas suami dia tu. Dia sendiri pulak yang tuduh suami dia berzina sedangkan suami dia dah nafikan perkara tersebut.

Dia tuduh isteri baru bekas suami dia tu sebagai perampas kebahagiaan rumah tangga dia. Dia kata suami dia tak bertanggungjawab. Dia dakwa suami dia main kayu tiga.

Dan semua dakwaan tu bukan setakat dia sorang je yang tau. Habis dia kompang satu Malaysia. Siap masuk dalam surat khabar, siap keluar TV bagai.

Habis semua orang dia jumpa dia dok mengadu kata dia orang yang teraniaya. Sekarang, dah dia nak tunjuk baik pulak? Dah dia nak tunjuk yang dia tu alim sangat?

Huh! Betul la perangai Si Ostazah Pening ni sama je macam puak - puak Pakatan Haramjadah tu. Memang kena sangat la dia mengikut jejak langkah diorang.

Dulu, pemimpin puak - puak Pakatan tu jugak dok sibuk tuduh Si Ketua Penipu tu sebagai seorang peliwat. Nak pulak puak - puak DAPigs dan Si Mat Syabun tu.

Tapi sekarang, Si Peliwat tu la yang diorang dok sanjung. Si Kaki Peliwat tu la yang diorang dok julang. Yang Si Kaki Peliwat tu jugak la yang diorang nak jadikan sebagai Perdana Menteri. Bukan ke tak malu namanya tu? Korang fikir la sendiri!!! - Sumber

Thursday, 31 January 2013

"SEORANG JANDA HARUS JAGA KEPERIBADIANNYA" - IQRAM DINZLY



Inilah ajaran yang dimainkan oleh Arbaayah Ab. Manan selama ini bertwitter asyik menyalahkan UMNO semata mata...Sudah lah Arbaayah Ab Manan janganlah merapu rapu lagi...dengan kebodohan mu ini orang semakin pandang rendah dan hina lagi.Sudah lah menjadi ahli PAS....ini akan menambahkan lagi keburukkan dan nama baik PAS sendiri.Tunjukkan sikap dan akhlak yang baik sikit semasa penulisan dalam twitter tu.Macam lah PAS tu semuanya betul belaka tiada pun ada kesalahan....ada akal tak pakai tapi guna dikepala lutut macam ni lah jadinya. - Sumber

PT
Semakin hari semakin hebat ostazah Arbaayah menghentam UMNO..apa entah yang kerajaan UMNO/BN telah lakukan kepadanya ?? sehinggakan setiap kali tweet pasti tak lepas dengan tuduhan serta fitnah yang bukan-bukan !!! Cukup-cukuplah wahai ostazah wei!!!

Friday, 25 January 2013

[VIDEO] OSTAZAH KEJAR GLAMOUR MAHU NAJIB JADI PEMBANGKANG !!!


Ostazah!! Mana maruah ostazah sebagai seorang anak, sesuka hati cakap mak ayah ostazah seperti tu..mana-mana parti ostazah masuk pun,itu hak ostazah..tapi jangan sesekali nak libatkan your parents..setiap rakyat ada hak nak pilih mana-mana parti yang diorang nak masuk.Ostazah! Ostazah!

Ostazah!!!..dengar sini..kalau kau sebagai anak sedih..tapi bayangkan kalau seorg ibu sedih dan mengalirkan air mata..Setitis air mata seorang ibu yang jatuh kerana sikap kita. Maka berdosa dan di kiira derhaka. Jangan lah di bayangkan syurga, seorang mualaf yang memeluk islam pun tidak penah sedih dengan ibunya walaupun di halau. Mualaf sentiasa datang dan mendoakan ibunya walaupun ibunya Kafir. Kerana dia tak mahu jadi anak yang derhaka. Berubahlah wahai ostazah. Islam bukan untuk dipartikan.

Thursday, 3 January 2013

TIADAKAH LELAKI YANG MENJAMIN ZARINA ANJOULI ???

Petaling Jaya: Pelakon dan model, Zarina Anjoulie dan rakannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini semalam atas tuduhan memiliki dadah jenis Eramin 5 seberat 0.6 gram, tiga hari lalu.


Pelakon drama Anak Pontianak itu atau nama sebenarnya, Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul dan rakan lelakinya, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, kedua-duanya 27 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nazri Omran.



Zarina memakai baju-T kelabu dan seluar panjang merah jambu dan rakan nya yang kelihatan tenang sepanjang prosiding, didakwa memiliki dua pil disyaki Eramin 5 seberat 0.6 gram di Armanee Condominium, Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, di sini, jam 5.30 petang 30 Disember lalu.

Pasangan itu dituduh mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd Bukhari Wan Mohd menawarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin, tetapi kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam, Mohd Haijan Omar memohon dikurangkan dengan alasan tidak mampu kerana masih belajar di sebuah kolej swasta.

Nazri membenarkan Zarina dan Fakhruzaim diikat jamin RM2,000 dengan syarat penjamin dari kalangan ahli keluarga dan menetapkan sebutan kes 8 Februari ini.

Setakat jam 4 petang semalam, tiada ahli keluarga pelakon itu tampil membayar ikat jamin menyebabkannya dibawa ke Kompleks Penjara Kajang, manakala Fakhruzaim dibebaskan selepas jaminan dikemukakan abangnya.

Kelmarin, media melaporkan seorang pelakon dan model wanita bersama teman lelakinya ditahan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya kerana memiliki dadah dalam simpanan di sebuah kediaman mewah. - BH

ARTIS INI MALU UNTUK MEMBAWA WATAK SEKSI ???




Kilafairy atau nama sebenarnya Syakila Nisha Jangir Khan berkata, pengalaman lalu dia pernah berkemban untuk satu babak dalam filem Karak sehingga mencetuskan kontroversi benar-benar mengajarnya untuk lebih berhati-hati dalam memilih watak bagi setiap tawaran filem yang diterima.

"Memang saya sangat memilih dengan watak yang ditawarkan pada saya, tidak kiralah untuk drama mahupun filem.

"Saya pernah membawa watak seksi sebelum ini dan tidak akan mengambil peranan sama lagi. Kerana perkara itu, saya terpaksa menolak lima tawaran berlakon filem.

"Cukuplah, pengalaman lalu mengajar saya banyak perkara. Saya tidak mahu memalukan keluarga dengan isu-isu yang remeh," tegasnya.

Tambah Kilafairy, walaupun dia tahu sikap memilih watak dapat merugikannya sedikit daripada mendapat publisiti, anak kepada Rohana Jalil itu tidak kisah sekiranya namanya kurang popular di kalangan umum.

"Biarlah kuantiti lakonan saya sedikit, asalkan hasil pada setiap lakonan yang dibawakan berjaya memberi impak dan membuatkan penonton ingat dengan watak yang saya tonjolkan itu.

"Dan jujurnya, saya tidak kisah sekiranya kurang diberi publisiti kerana yakin peminat akan tetap mengingati kita menerusi hasil lakonan yang bagus," ujarnya. - Sumber

Wednesday, 2 January 2013

PELAKON WANITA YANG DITAHAN POLIS MILIKI DADAH AKAN MASUK PAS ???

Sebagai pembuka tirai pada tahun baru ini adalah seorang pelakon dan model wanita terkenal telah ditahan polis kerana menyimpan dadah.Nak hebat la kot sebab tu artis sesat ni ambil dadah.


Laporan Harian Metro hari ini menyebut yang seorang pelakon & model wanita terkenal dengan pelbagai kontroversi itu telah ditahan bersama teman lelaki di rumah mereka. 

Dalam serbuan polis di kediaman mewah di Damansara Damai, pelakon berusia 26 tahun didapati menyimpan dua biji pil disyaki Eramin 5 dengan anggaran berat 0.60 gram.

“Ketika serbuan dilakukan, kedua-dua suspek berada dalam rumah berkenaan & mereka pada mulanya enggan bekerjasama walaupun polis sudah memperkenalkan diri” 

“Selepas pegawai yang mengetuai serbuan itu mengetuk pintu rumah, suspek wanita membuka tingkap, tetapi segera tutup semula selepas menyedari kehadiran polis,” jelas 

sumber.

PT
Apa nak dihairankan kepada dua artis ni masuk je Pas pasti segala dosa akan terhapus. Untuk lebih cepat datanglah berjumpa dengan Nik Aziz di kediaman Menteri Besar dan pasti akhbar lidah pembelik Harakah akan keluar berita. Terpambang muka depan " Artis terkenal jumpa Tok Guru" .


Wednesday, 26 December 2012

VIDEO !!! ERMA SOKONG UMNO TAPI.....???


Video Erma Fatima yang mengulas artis jangan menjadi “Window Dressing“. Malu-malu, mungkin takut menyatakan yang dia menyokong UMno. Takut kehilangan peminat dan terpaksalah Erma Fatima berlapik-lapik memberi pendapat.

Nyatakan secara berterus terang menyokong UMno dan jangan segan sehingga terpaksa menggunakan ayat…Sekarang tengah war ya. sesiapa sahaja… PAS ke.. PKR ke.., Do they know sejarah perjuangan Melayu itu sendiri.., Kenapa kita kena fight untuk parti ini…, Apa kelebihan parti itu..

Juga janganlah hanya pandai kondem artis lain yang secara terus terang menyokong sesuatu parti. Nyatakan pendirian, tentu boleh cari makan juga!!

PT
Jangan jadi seperti ostazah segera yang sorang lagi tu..ada saja yang tidak kena kepada setiap orang yang tidak menyokong Pas. Bukan setakat artis dihentam tetapi habis setiap penjuru dijaganya.Berlagak macam pandai dalam hukum hakam agama.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive