Hebat weh Ostazah Abbiey PAS ni ...selepas tayang gambar Tok Lakinya di Instagram , terus heret ke Kuala Besut bagi membantu kempen parti menentang BN . Difahamkan tok laki baru Ostazah Abbiey ini adalah pencacai tegar PAS juga ...maknanya satu geng la .
Melopong juga la Ostak & Pak lebai Pas yang sudah berbini bagi menambah kuota lagi . Melepas la. Mungkin prinsip tak mahu merampas laki orang jadi pilihannya adalah lelaki muda hensem dan bergaya.. nak lawan dengan bekas tok lakinya dahulu Norman yang dapat bini muda ??
Desas-desus mengatakan pelakon dan penyanyi Abbiey sudah berkahwin lagi akhirnya terjawab apabila dia sendiri mendedahkan gambar suami barunya itu di laman sosial Instagramnya hari ini.
Menurut Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 35, dia mengaku telah pun bernikah dengan pasangannya itu, Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang 11 tahun lebih muda daripadanya 12 hari yang lalu.
“Memang betul saya telah pun berkahwin 12 hari lepas hanya setelah dua minggu berkenalan.Dia (suami) sebelum ini masih bujang dan berasal dari Tumpat, Kelantan. Saya sengaja merahsiakan pernikahan kami itu daripada media massa.
“Hari ini (Jumaat) saya rasa adalah hari yang sesuai untuk mengumumkannya (pernikahan itu). Saya dan suami berjumpa dan berkenalan di KL (Kuala Lumpur) tetapi tidak menduga ia akan berakhir dengan perkahwinan.
“Saya anggap ini adalah ketentuan Allah dan memang sudah jodoh kami.Kami dijodohkan walaupun dalam perkenalan yang sesingkat itu,” katanya.
Sebelum itu laman Instagram dan Twitter ibu kepada tiga anak itu mula heboh dengan pelbagai komen daripada para peminat ekoran tersiarnya gambar Muhammad Noor Farhan yang pertama kali disiarkan untuk tatapan umum.
Malah, dalam laman sosial itu Abby menulis statusnya yang berbunyi
‘Dipendekkan cerita sebenarnya sudah 12 hari dia sah menjadi suami saya. Maaf sebab maklumkan lambat pada kalian..Allah kami dulukan.
‘Insya-Allah majlisnya bulan raya nanti.Lokasi belum pasti’.Sehingga pukul 4.30 petang ini sebanyak 1087 like dan ucapan tahniah telah diberikan oleh para pengikut Abby ekoran daripada statusnya itu.
Sementara itu, semasa diajukan pertanyaan tentang majlis resepsi yang akan diadakannya secara sederhana itu, dia masih belum menetapkan tarikh acara tersebut dan bakal mengumumkannya kemudian.
“Insya-Allah majlis resepsi perkahwinan saya ini akan diadakan di sebelah keluarga saya di KL pada 31 Ogos ini dan seminggu selepas itu pula di rumah keluarga suami saya di Tumpat,” ujarnya lagi.
Sumber
No comments:
Post a Comment