Wednesday, 17 July 2013

Lagi Hina Islam!!! Gelek Gadis Seksi Waktu Terawih Di Negeri PR???

Shah Alam: Kemuliaan Ramadan dicemari dengan tindakan pihak tertentu yang menganjurkan konsert mini ‘menghidangkan’ artis wanita genit berpakaian seksi di kawasan berhampiran sebuah pangsapuri di Seksyen 31, di sini, malam kelmarin.

Amat mengecewakan apabila penganjur langsung tidak menghiraukan sensitiviti umat Islam kerana konsert mini itu diadakan ketika penduduk Islam pangsapuri berkenaan menunaikan solat Tarawih di surau yang terletak hanya 150 meter dari situ.

Bunyi muzik kuat diselangi nyanyian dan gelekan artis wanita berpakaian seksi secara terbuka mengundang rasa tidak senang penduduk Islam di pangsapuri itu.
Walaupun konsert mini itu dihadiri 100 penonton bukan Islam, tetapi ada warga Bangladesh yang mengambil kesempatan melihat aksi seksi penyanyi wanita terbabit, selain turut menarik perhatian pengguna jalan raya yang jaraknya kira-kira 20 meter dari pentas.

Penduduk, Narimah Johari, 45, berkata, penganjur mini konsert itu tidak mengambil kira sensitiviti penduduk Islam di situ kerana menganjurkannya pada malam Ramadan. (myMetro)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive