Thursday 4 July 2013

Weii!!! Lagi GRO Dicekup Di Negeri Membangun Bersama Isle???

KOTA BHARU - Sebanyak 12 wanita warga Thailand yang bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) dicekup oleh Jabatan Imigresen negeri ketika leka melayan pelanggan dalam operasi di dua buah kedai di Kuala Krai malam tadi.

Dalam operasi kira-kira pukul 10 malam itu, kebanyakan GRO berkenaan berusia antara 18 hingga 41 tahun ditahan atas kesalahan menyalahgunakan pas lawatan sosial ke negara ini.

Pengarah Imigresen negeri, Mahasan Mustapa berkata, berdasarkan siasatan yang dijalankan kesemua GRO berkenaan dipercayai berkhidmat sebagai pelayan sahaja dan tidak terlibat dalam pelacuran.

"Mereka ini hanya menjadi pelayan untuk menemani pelanggan yang minum di premis mereka dan siasatan mendapati mereka bukan pelacur.

"Sejak Januari hingga Jun, pihak kami telah menahan sebanyak 27 wanita warga asing yang dipercayai terlibat sebagai GRO. Untuk makluman kegiatan tidak sihat ini masih terkawal di negeri ini," katanya dalam sidang akhbar di Pejabat Bahagian Penguat Kuasa Imigresen negeri hari ini. - 

Sumber

PT
Macam mana Kerajaan Pas Kelantan menangani isu yang berkaitan dengan msksiat serta hiburan sehinggakan bersilih ganti berlaku perkara yang terlarang di negeri membangun bersama isle ni. Apa yang dibuat oleh exco agama ?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive