Sunday, 21 July 2013

[VIDEO] #prkKualaBesut-Ribuan Tonton Konsert Dangdut Di Ceramah Pas


Jika dulu kita lihat PAS akan mengisi setiap ruang yang ada untuk berceramah tentang politik atau agama tetapi kini sudah ada perbezaan disitu. Kini PAS menganjurkan konsert serta cabutan bertuah untuk menarik perhatian agar orang ramai atau pengikut mereka mengikuti pilihanraya kecil. Lihat video di bawah.

Segala-segala sudah berubah secara dasarnya..jika dulu mereka mengatakan bahawa konsert atau nyanyian atau apa sahaja yang berbentuk hiburan adalah haram kerana boleh melalaikan..tapi kini PAS melakukan perkara perkara tersebut.
Pasti anda masih ingat bagaimana mereka pernah mengatakan bahawa himpunan belia di Putrajaya sebagai satu bentuk program yang melalaikan belia..tapi kini PAS melakukannya di Kuala Besut.

Sudah tiada ceramah agama atau tazkirah sempena bulan Ramadhan tetapi ianya digantikan dengan nyanyian daripada penyanyi dangdut yang kononnya sudah kembali ke pangkal jalan.

Tapi setakat mana Iwan ini sudah insaf? Adakah hanya dengan menyertai PAS maka beliau diangkat sebagai pejuang agama? Tepuk dada tanya iman..kemana hala tuju PAS kini untuk membela agama Islam yang diwar-warkan selama ini.

PT
Demi untuk mempastikan kemenangan dan merealisasikan impian berpihak kepada mereka, Pas sanggup melakukan apa saja dengan menghalalkan cara.Hukum agama dipinggirkan demi sebuah kuasa.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive