Wednesday 3 July 2013

Negeri Serambi Mekah!!! Cubaan Zina Dalam Bilik Mandi Masjid.

Hasrat sepasang kekasih untuk melampiaskan gelora nafsu serakah mereka di dalam bilik mandi sebuah masjid di Kota Bharu kelmarin tidak kesampaian apabila dicekup oleh penduduk kampung.

Perbuatan terkutuk pasangan belasan tahun tersebut untuk memadu asmara berjaya dikesan oleh jemaah sebuah masjid di Kampung Pasir Tumboh setelah menyedari terdapat motosikal diletakkan di pekarangan kawasan tersebut.

Seorang penduduk yang dikenali dengan panggilan Pok Cik Ya berusia 60-an memberi­tahu, kira-kira jam 4.20 petang dia melihat terdapat seorang remaja perempuan yang ber­baju kurung memasuki bilik mandi bersebelahan dengan tandas wanita.

Menurutnya, sejurus itu terdapat seorang lelaki memasuki bilik sama dan dia terus memaklumkan kepada jemaah masjid yang bersiap sedia untuk mengerjakan solat Asar berhubung kelakuan mencurigakan itu.

“Selepas beberapa minit berada di dalam bilik mandi, sekumpulan jemaah bertindak mengetuk pintu tetapi pasangan terbabit enggan membukanya. 

“Beberapa minit kemudian pasangan terbabit membuka pintu tersebut dan remaja lelaki tadi keluar lalu melarikan diri, dengan meninggalkan teman wanitanya yang kemudiannya menyusul keluar dengan berpakaian lengkap,” katanya ketika ditemui di masjid tersebut.

Sumber 

5 comments:

  1. Andaian saya ialah ini adalah tajuk untuk melukakan hati orang Kelantan, tetapi tanpa disengajakan ia juga melukakan hati orang islam. Andaian saya seterusnya ialah ia bertujuan melukakan hati pemimpin negeri Kelantan, tetapi ia melukakan hati saya yang berugama Islam.

    Saya mengambil contoh ayat yang mungkin kita bersama-sama akan terluka jika orang bukan islam mengatakan begini, "penzinaan di Mekah". Lalu, orang-orang bukan islam akan mengatakan beginikah..... islam? atau beginikah Mekah tempat orang islam?

    ReplyDelete
  2. Islam di Malaysia amnya dan Islam di Kelantan khasnya; " LEBIH KULIT DARI ISI"! Muhasabah untuk semua. Elakkan diri dari hipokrasi!

    ReplyDelete
  3. Datang sendiri dan ligat banyak rempat maksiat nadih berleluasa di kota bharu...tolong pergi benteng sungain kelantan berhadapan dgn hotel setiap malam berpukuh remaja perempuan berpakaian menjolok mata.hebat negeriku negeri serambi mekah...

    ReplyDelete
  4. Macai macai... dasar otak kosong... apa yang ko pejuangkan ekk macai... golongan sprt ko a.k.a macai cm gniew la yg merosakan agama & negara...

    ReplyDelete
  5. M0hd Murtad-za Bln M0kHtar10 August 2014 at 14:55

    orang p.tumbuh memang macam ni...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive