Showing posts with label Dadah. Show all posts
Showing posts with label Dadah. Show all posts

Thursday, 3 January 2013

TIADAKAH LELAKI YANG MENJAMIN ZARINA ANJOULI ???

Petaling Jaya: Pelakon dan model, Zarina Anjoulie dan rakannya dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini semalam atas tuduhan memiliki dadah jenis Eramin 5 seberat 0.6 gram, tiga hari lalu.


Pelakon drama Anak Pontianak itu atau nama sebenarnya, Zarina Anjoulie Mohamad Fahizul dan rakan lelakinya, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, kedua-duanya 27 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret Nazri Omran.



Zarina memakai baju-T kelabu dan seluar panjang merah jambu dan rakan nya yang kelihatan tenang sepanjang prosiding, didakwa memiliki dua pil disyaki Eramin 5 seberat 0.6 gram di Armanee Condominium, Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, di sini, jam 5.30 petang 30 Disember lalu.

Pasangan itu dituduh mengikut Seksyen 12(3) Akta Dadah Berbahaya 1952 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda RM100,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Mohd Bukhari Wan Mohd menawarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin, tetapi kedua-dua tertuduh yang diwakili peguam, Mohd Haijan Omar memohon dikurangkan dengan alasan tidak mampu kerana masih belajar di sebuah kolej swasta.

Nazri membenarkan Zarina dan Fakhruzaim diikat jamin RM2,000 dengan syarat penjamin dari kalangan ahli keluarga dan menetapkan sebutan kes 8 Februari ini.

Setakat jam 4 petang semalam, tiada ahli keluarga pelakon itu tampil membayar ikat jamin menyebabkannya dibawa ke Kompleks Penjara Kajang, manakala Fakhruzaim dibebaskan selepas jaminan dikemukakan abangnya.

Kelmarin, media melaporkan seorang pelakon dan model wanita bersama teman lelakinya ditahan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya kerana memiliki dadah dalam simpanan di sebuah kediaman mewah. - BH

Wednesday, 2 January 2013

PELAKON WANITA YANG DITAHAN POLIS MILIKI DADAH AKAN MASUK PAS ???

Sebagai pembuka tirai pada tahun baru ini adalah seorang pelakon dan model wanita terkenal telah ditahan polis kerana menyimpan dadah.Nak hebat la kot sebab tu artis sesat ni ambil dadah.


Laporan Harian Metro hari ini menyebut yang seorang pelakon & model wanita terkenal dengan pelbagai kontroversi itu telah ditahan bersama teman lelaki di rumah mereka. 

Dalam serbuan polis di kediaman mewah di Damansara Damai, pelakon berusia 26 tahun didapati menyimpan dua biji pil disyaki Eramin 5 dengan anggaran berat 0.60 gram.

“Ketika serbuan dilakukan, kedua-dua suspek berada dalam rumah berkenaan & mereka pada mulanya enggan bekerjasama walaupun polis sudah memperkenalkan diri” 

“Selepas pegawai yang mengetuai serbuan itu mengetuk pintu rumah, suspek wanita membuka tingkap, tetapi segera tutup semula selepas menyedari kehadiran polis,” jelas 

sumber.

PT
Apa nak dihairankan kepada dua artis ni masuk je Pas pasti segala dosa akan terhapus. Untuk lebih cepat datanglah berjumpa dengan Nik Aziz di kediaman Menteri Besar dan pasti akhbar lidah pembelik Harakah akan keluar berita. Terpambang muka depan " Artis terkenal jumpa Tok Guru" .


Monday, 9 July 2012

BIAR BETUL !!! UNCLE SEEKERS MUNGKIN AKAN DI............

ESOK lusa, Uncle Seekers dikenal pasti sebagai mafia dadah atau dijumpai banyak dadah di rumah selebriti itu.

Dengan hal demikian, membolehkan "Hang Jebat" itu ke tali gantung. Bahana lawan Raja...
Air kencing Uncle Seekers atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas hari ini disahkan positif dadad selepas direman semalaman oleh polis Johor.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Asisten Komisioner, Mohd Akhir Ishak berkata, Syed Abdullah yang direman bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel dalam blognya didakwa memfitnah Sultan Johor itu positif mengambil dadah jenis morfin.

"Laporan polis telah dibuat dan kes disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," kata kenyataan jabatan itu.

Ujian air kencing dijalankan pada jam 1.25 tengah hari tadi. Beliau kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya.

Laporan dibuat dan kes disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya dibawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Sesiapa yang ada pengalaman bangkang polis time road block, mula-mula minta lesen. Selepas itu, minta roadtax. Kalau mereka tak puas hati, minta test air kencing (urinalysis). Tak dan apa-apa, terus diberitahu 'positif dadah', lepak di lokap sampai seminggu dan dinafikan hak untuk hubungi waris atau majikan.  Tak tumbuh tak melata..tak sungguh orang tak kata.. - Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive