Showing posts with label Uncle Seekers. Show all posts
Showing posts with label Uncle Seekers. Show all posts

Friday, 13 July 2012

2 DITAHAN POLIS BERKAITAN ENTRI BLOG UNCLE SEEKERS


Polis menahan dua lagi individu untuk membantu siasatan membabitkan pengkaji aktiviti paranormal Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas berhubung entri dalam blog www.uncleseekers.blogspot.com yang didakwa memfitnah Sultan Johor Sultan Ibrahim.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor ACP Mohd Akhir Ishak berkata lelaki berusia 39 tahun dan wanita berumur 27 tahun terbabit ditahan di ibu negara pada pukul 9.30 malam tadi oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Baharu Selatan.

Lelaki itu yang dipercayai pengurus peribadi Syed Abdullah atau lebih dikenali Uncle Seekers kini ditahan reman tiga hari, manakala wanita tersebut direman sehari bagi membantu penyiasatan mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972, katanya.

Terdahulu, pasangan terbabit dibawa ke Kompleks Mahkamah Johor Bahru bagi mendapatkan perintah reman yang dilakukan di hadapan Pendaftar Mahkamah Nuriza Mustafa.

Sementara itu, Mohd Akhir berkata dua lelaki berusia 23 dan 24 tahun yang merupakan kenalan Syed Abdullah, dibebaskan petang semalam dengan jaminan polis selepas ditahan sejak 9 Julai lepas di Tanjung Kling, Melaka.

Syed Abdullah yang ditahan semula semalam bagi membantu penyiasatan mengikut Akta Hasutan 1948, sebelum itu disiasat mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 selepas ditahan pada 4 Julai lepas di Plaza Tol Senawang, Negeri Sembilan.

Pada 1 Julai lepas, 30 individu membuat laporan polis terhadap Syed Abdullah berhubung penulisan di dalam blog berkenaan yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor. - 
Bernama


Monday, 9 July 2012

SAYA TAK PERNAH JUMPA UNCLE SEEKERS - PEGUAM KAMAL HISHAM

KUALA LUMPUR - Peguam Kamal Hisham Jaafar menafikan pernah mengenali atau berjumpa dengan pengendali blog Uncle Seekers atau nama sebenarnya Syed Abdulah Syed Hussein Al-Attasyang kini ditahan reman oleh polis.

Selain itu, beliau turut menafikan pernah mengupah Uncle Seekers untuk memaparkan artikel mengenaidakwaan penganiayaan Sultan Johor keatasnya.

“Dalam blognya, beliau telah memaparkan artikel berkaitan penganiayaan terhadap saya dan beberapa dokumen lain selaras dengan apa yang saya perjuangkan.

“Namun, saya pelik bagaimana beliau boleh dapat dokumen-dokumen itu sedangkan saya tidak pernah bertemu beliau," katabeliau pada sidang media menerusi telefon kira-kira 30 minit dipejabatnya,

petang ini.Sehubungan itu, Kamal Hisham berkata, beliau meminta peguamnya mengkaji perkara itu dan mengambil tindakan undang-undang terhadap Uncle Seekers.

“Saya juga banyak dikritik dan dikutuk di dalam blognya itu. Saya ada minta rakan dia sampaikan pesanan supaya berhenti mengkritik saya, jika tidak saya akan ambil tindakan undang-undang,” katanya.

Katanya lagi, beliau harap beberapa isu yang dikaitkan dengan dirinya sebelum ini disiasat oleh pihak polis dengan adil termasuk yang dipaparkan di laman blog Uncle Seekers.

“Saya cuma mahu tegaskan lagi, saya tidak tahu dan pelik bagaimana Uncle Seekers boleh dapat akses kepada semua dokumen yang dipaparkan di laman blognya sedangkan saya tidak mengenalinya. - sH

BIAR BETUL !!! UNCLE SEEKERS MUNGKIN AKAN DI............

ESOK lusa, Uncle Seekers dikenal pasti sebagai mafia dadah atau dijumpai banyak dadah di rumah selebriti itu.

Dengan hal demikian, membolehkan "Hang Jebat" itu ke tali gantung. Bahana lawan Raja...
Air kencing Uncle Seekers atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas hari ini disahkan positif dadad selepas direman semalaman oleh polis Johor.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Asisten Komisioner, Mohd Akhir Ishak berkata, Syed Abdullah yang direman bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel dalam blognya didakwa memfitnah Sultan Johor itu positif mengambil dadah jenis morfin.

"Laporan polis telah dibuat dan kes disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," kata kenyataan jabatan itu.

Ujian air kencing dijalankan pada jam 1.25 tengah hari tadi. Beliau kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya.

Laporan dibuat dan kes disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya dibawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Sesiapa yang ada pengalaman bangkang polis time road block, mula-mula minta lesen. Selepas itu, minta roadtax. Kalau mereka tak puas hati, minta test air kencing (urinalysis). Tak dan apa-apa, terus diberitahu 'positif dadah', lepak di lokap sampai seminggu dan dinafikan hak untuk hubungi waris atau majikan.  Tak tumbuh tak melata..tak sungguh orang tak kata.. - Sumber

Sunday, 8 July 2012

SIAPAKAH UNCLE SEEKERS???

Setelah menulis 64 artikel tentang Sultan Johor dan Kerabatnya, akhirnya Syed Abdullah putera Syed Hussien ditahan polis.

Mengapa tunggu hingga 64 artikel baru ditahan pemilik blog Uncle Seekers? Mengapa puas Sultan Johor "ditelanjangi" baru diambil tindakan?

Mengapa didakwa atas akta OSA (dokumen sulit), tidak dibawah akta hasutan? Dan terkini polis keluar kenyataan tentang dadah dalam tubuh Uncle Seekers. Apa kaitan dadah dengan isu yang ditimbulkan oleh Pencari Hantu itu dalam blognya?

Adakah polis mahu tunjukkan bahawa Uncle Seekers menulis dalam keadaan khayal dadah? Mampukan individu yang berada dalam mabuk dadah cari bukti dengan dokumen-dokumen sulit?

Nasib baik polis tidak takrifkan Uncle Seekers dalam kategori kurang waras dan disumbat dalam wad Hospital Tampoi!

Siapakah Uncle Seekers?

Namanya mula "naik glamour" apabila cintanya dengan bekas Permaisuri Agong dihalang. Pelbagai versi artikel dikeluarkan oleh beliau mengenai isu ini. Hingga babitkan mahkamah dan saman menyaman.Kesnya senyap hingga kini. Tiada perkembangan terkini.

Tiba-tiba nama dan blognya meletup hingga mencapai 10 juta pengunjung apabila beliau lancarkan " Perang Dunia Ketiga " keatas Sultan Johor dan kerabatnya.

Segalanya diaibkan bermula dengan Sultan Johor, Tengku Mahkota, Peguam Negara dan Ketua Polis Johor.

Sultan digelarnya Ku Yem, Tengku Mahkota digelarnya Mail dan Ketua Polis sebagai Hang Mokhtar. Tiada hormatnya pada mereka yang bergelar dan berpangkat itu. Mengapa?

Mengapa begitu "murka"nya Uncle Seekers terhadap Istana Johor? Inilah persoalan yang timbul di mata rakyat?

Begitu berani beliau mengaibkan Sultannya sendiri. Hingga Tengku Mahkota menggelarnya "anjing yang menyalak" dalam twitternya

Adakah ada orang dibelakangnya? Apa motifnya begitu bersungguh beliau "berperang" dengan Istana Johor.?

Tapi bagaimana dengan blog putera Syed Hussien anak kelahiran Johor berketurunan ulama yang sampai 64 artikel menghina dan "melondehkan Istana Johor" baru polis bertindak?

- Sumber












Friday, 6 July 2012

VIDEO !!! UNCLE SEEKERS 'GUMBIRA' DITAHAN POLIS??

Video Uncle Seekers gembira ditahan polis...





Jangan biarkan diri anda diselubungi misteri....

BIAR BETUL !!! UNCLE SEEKERS POSITIF MORFIN - POLIS JOHOR


JOHOR BARU: Ujian air kencing yang dijalankan polis terhadap pengendali laman blog www.uncleseekers.blogspot.com, Syed Abdullah Syed Hussein mendapati beliau positif dadah jenis morfin.

Jabatan Siasatan Jenayah Johor dalam kenyataan pada Jumaat, berkata ujian air kencing itu dijalankan terhadap Syed Abdullah pada pukul 1.25 petang tadi, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya.

"Laporan polis telah dibuat dan kes disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," kata kenyataan itu.

Pada Khamis, Polis Johor menahan Syed Abdullah yang didakwa mengeluarkan kenyataan yang didakwa menfitnah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menerusi laman blognya.


Penangkapan beliau yang turut dikenali dengan gelaran 'Uncleseekers' bersama seorang wanita, Siti Nadhirah Mohd Zain pada pukul 9.45 malam di Plaza Tol Senawang, Seremban dilakukan anggota polis IPD Nusajaya.

Menurut kenyataan itu, Syed Abdullah dan Siti Nadhirah ditangkap untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972.

Polis Johor turut memperoleh perintah reman terhadap kedua-dua mereka selama empat hari mengikut Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah daripada Mahkamah Majistret Johor Baharu pada Khamis bagi membantu siasatan.. - BERNAMA

Thursday, 5 July 2012

FOTO !!! UNCLE SEEKERS 'GEMBIRA' DITAHAN POLIS??




 Rupanya perempuan ini adalah kekasih  Uncle Seeker yang merupakan pelakon 
utama 'penunggu istana'...

Kenapa begitu gembira si Uncle S
eekers ni langsung tiak menunjukkan rasa takut bila ditahan anggota polis. Hebat betul!! Tapi memang beliau ni lelaki hebat sebab si Uncle ni 'Pemburu Hantu, manusia bagi dia enteng je la...sikit pun tak takut punya!!!




Dibawa ke mahlamah untuk reman di atas akta rahsia rasmi.

pT
Masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat....fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!




Tuesday, 3 July 2012

BIARKAN ANJING ITU MENYALAK - TMJ


Tunku mahkota enggan ulas dakwaan Uncle Seeker

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim enggan menjawab dakwaan oleh penulis blog Syed Abdullah Hussein Al-Attas yang didakwa mengaibkan ayahandanya Sultan Iskandar.

"Biarlah anjing itu menyalak semahunya. Saya tahu kebenarannya, rakyat Johor juga tahu kebenarannya," katanya dalam satu tulisan di Twitter hari ini.

"Mengapa saya harus beri reaksi kepada (dakwaan) karut," katanya lagi apabila ditanya mengenai dakwaan Syed Abdullah yang juga dikenali dengan nama Uncle Seeker.

Beliau berkata demikian apabila menjawab soalan seorang lagi pengguna Twitter berhubung tindakan yang akan diambil ke atas Syed Abdullah.

"Apabila orang ingin menjatuhkan anda, ia hanya bermakna anda berada dia atas mereka, maka jangan sedih," katanya lagi.

Laporan Bernama pada Ahad lalu menyebut, tiga puluh individu membuat laporan polis ke atas Syed Abdullah berhubung penyiaran tulisan di blog uncleseekers.blogspot.com itu.

Kumpulan itu juga meminta pihak berkuasa supaya menutup blog yang didakwa menyiarkan "dokumen sulit" itu.

Laporan berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan dakwaan yang ditimbulkan Syed Abdullah. -Bernama

Monday, 2 July 2012

UNCLE SEEKERS KEBAL SUNGGUH !!!



JOHOR BAHRU – Seramai 30 orang yang mendakwa mewakili suara rakyat Johor membuat laporan polis ke atas pengkaji paranormal, Syed Abdullah Hussien Al-Attas atau popular dipanggil Uncle Seekers kerana didakwa menghina dan menabur fitnah terhadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar menerusi blognya, www.uncleseekers.blogspot.com.

Susulan itu, Khairul Azli Shah Jalil, 33, yang mewakili kumpulan tersebut membuat laporan polis di Balai Polis Sentral pada pukul 12.10 tengah hari semalam.

“Uncle Seekers didapati memfitnah, menghasut dan mengadakan provokasi dalam blognya dengan tujuan supaya rakyat Johor membenci dan tidak percaya kepada Sultan lagi,” dakwa Khairul ketika ditemui. - K on9

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive