Showing posts with label TMJ. Show all posts
Showing posts with label TMJ. Show all posts

Thursday, 6 June 2013

TMJ Kesal Ketidakadilan FAM ???

KUALA LUMPUR:  Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor, PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim terus menyuarakan rasa kesal baginda terhadap Persatuan Bola Sepak Malaysia, (FAM). Namun, kali ini baginda bertitah selaku Tengku Mahkota Johor dan bukan Presiden PBNJ yang menjalani hukuman penggantungan.

"Apabila saya dikenakan tindakan penggantungan selaku presiden PBNJ, saya dimaklumkan bahawa tiada sesiapa pun berada di atas undang-undang.

"Sebelum ini, segala hukuman akan dijatuhkan oleh Lembaga Disiplin dan Tatatertib FAM, tetapi dalam kes Pahang menentang Johor Darul Takzim dalam perlawanan separuh akhir Piala FA, hukuman telah dijatuhkan oleh Jawatankuasa Pertandingan Tempatan.

"Kita juga tidak diberikan ruang untuk membuat sebarang rayuan atas denda tersebut. Pada saya, ianya bukanlah soal kewangan, tetapi soal keadilan dalam layanan terhadap persatuan-persatuan bolasepak.

"Ini jelas menunjukkan bahawa FAM boleh membuat keputusan dan mengubah peraturan sewenang-wenangnya," titah baginda dalam kenyataan kepada media apda Khamis.
Baginda turut meluahkan rasa kecewa terhadap FAM, yang disifatkan baginda lebih gemar menjemput pasukan ternama seperti Chelsea daripada menumpukan perhatian terhadap pogram pembangunan akar umbi dan perkara-perkara lebih penting dalam bola sepak.

Tunku Ismail turut menjelaskan mengapa baginda memberikan pandangannya kepada media, berhubung tahap pengadilan di kancah Liga M sehingga menyebabkan baginda digantung FAM.  

"Saya telah menulis surat-surat kepada FAM termasuk surat berkaitan mutu pengadilan di negara ini, namun tidak mendapat maklum balas. Saya menyuarakan pendapat saya kepada media kerana rakyat Malaysia berhak untuk mengetahui situasi sebenar.

"Bolasepak bukan suatu entiti persendirian milik mana-mana individu, ianya adalah untuk semua lapisan rakyat," titah baginda lagi menerusi kenyataan kepada media pada Rabu.

Sebelum ini, baginda juga tampak seakan mendapat sokongan Kementerian Belia dan Sukan, apabila menterinya, Khairy Jamaluddin turut menyuarakan rasa kesal terhadap FAM dan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang, PBNP berhubung aksi yang tegendala di Stadium Darulmakmur 29 Mei lalu.

Namun teguran Khairy seakan sukar diterima pucuk pimpinan FAM, apabila presiden persaatuan itu, Sultan Ahmad Shah tampil menempelak kenyataan ahli parlimen Rembau itu.

Sumber

Thursday, 24 January 2013

SHABERY JANGAN SEMBARANGAN BIDAS NANTI TAK PASAL2 KENA ????


Tindakan membawa askar ke stadium bukan budaya sukan Malaysia dan perkara seperti itu tidak sewajarnya berlaku, kata Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam.

Menteri Belia dan Sukan menegur insiden pada 15 Januari lalu, apabila sekumpulan askar lengkap berpakaian seragam dan bersenjata mengawal perlawanan bola sepak Liga Super antara Kelantan dengan Johor Darul Takzim di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Kehadiran askar yang mengiringi skuad Johor Darul Takzim itu menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan pemimpin dan penyokong Kelantan kerana ia menimbulkan polemik seolah-olah Stadium Sultan Muhammad IV tidak selamat.

“Apa yang berlaku di padang bola sekarang adalah perkara yang tidak lazim berlaku. Ia bukan kebiasaan dalam budaya sukan di negara ini.

“Saya tidak fikir wajar mana-mana pihak membawa askar peribadi dan bersenjata ke stadium. Mereka tidak patut mengambil bahagian dalam sukan kerana kita ada polis yang boleh mengawal keadaan, kecualilah jika polis sendiri yang minta bantuan,” katanya. - Sumber


PT
Silap komen jadi isu...susah bila melibatkan institusi raja ni....

Tuesday, 3 July 2012

BIARKAN ANJING ITU MENYALAK - TMJ


Tunku mahkota enggan ulas dakwaan Uncle Seeker

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim enggan menjawab dakwaan oleh penulis blog Syed Abdullah Hussein Al-Attas yang didakwa mengaibkan ayahandanya Sultan Iskandar.

"Biarlah anjing itu menyalak semahunya. Saya tahu kebenarannya, rakyat Johor juga tahu kebenarannya," katanya dalam satu tulisan di Twitter hari ini.

"Mengapa saya harus beri reaksi kepada (dakwaan) karut," katanya lagi apabila ditanya mengenai dakwaan Syed Abdullah yang juga dikenali dengan nama Uncle Seeker.

Beliau berkata demikian apabila menjawab soalan seorang lagi pengguna Twitter berhubung tindakan yang akan diambil ke atas Syed Abdullah.

"Apabila orang ingin menjatuhkan anda, ia hanya bermakna anda berada dia atas mereka, maka jangan sedih," katanya lagi.

Laporan Bernama pada Ahad lalu menyebut, tiga puluh individu membuat laporan polis ke atas Syed Abdullah berhubung penyiaran tulisan di blog uncleseekers.blogspot.com itu.

Kumpulan itu juga meminta pihak berkuasa supaya menutup blog yang didakwa menyiarkan "dokumen sulit" itu.

Laporan berkenaan bagaimanapun tidak menyatakan dakwaan yang ditimbulkan Syed Abdullah. -Bernama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive