Showing posts with label Bola Sepak Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Bola Sepak Malaysia. Show all posts

Thursday, 24 January 2013

SHABERY JANGAN SEMBARANGAN BIDAS NANTI TAK PASAL2 KENA ????


Tindakan membawa askar ke stadium bukan budaya sukan Malaysia dan perkara seperti itu tidak sewajarnya berlaku, kata Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek semalam.

Menteri Belia dan Sukan menegur insiden pada 15 Januari lalu, apabila sekumpulan askar lengkap berpakaian seragam dan bersenjata mengawal perlawanan bola sepak Liga Super antara Kelantan dengan Johor Darul Takzim di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Kehadiran askar yang mengiringi skuad Johor Darul Takzim itu menimbulkan rasa tidak selesa di kalangan pemimpin dan penyokong Kelantan kerana ia menimbulkan polemik seolah-olah Stadium Sultan Muhammad IV tidak selamat.

“Apa yang berlaku di padang bola sekarang adalah perkara yang tidak lazim berlaku. Ia bukan kebiasaan dalam budaya sukan di negara ini.

“Saya tidak fikir wajar mana-mana pihak membawa askar peribadi dan bersenjata ke stadium. Mereka tidak patut mengambil bahagian dalam sukan kerana kita ada polis yang boleh mengawal keadaan, kecualilah jika polis sendiri yang minta bantuan,” katanya. - Sumber


PT
Silap komen jadi isu...susah bila melibatkan institusi raja ni....

Saturday, 15 December 2012

SILAP SIAPA HARIMAU DITUMBANGKAN GAJAH ???


Sembang-sembang kedai kopi di seluruh tanah air pastinya rancak membicarakan kegagalan Harimau Malaya mempertahankan Piala Suzuki AFF pada tahun ini.

Harapan jutaan rakyat Malaysia agar kejayaan dua tahun lalu berulang akhirnya ternoktah sebaik Harimau Malaya ditunjukkan jalan keluar oleh Thailand menerusi agregat 1-3 selepas berakhirnya aksi separuh akhir kedua di Stadium Supachalasai, Bangkok kelmarin.

Mungkin ada yang beranggapan percaturan jurulatih Datuk K. Rajagobal tidak segera membawa masuk pemain pertahanan baharu sebaik Mohamad Fadhli Shas dibuang padang malam kelmarin menjadi detik bermulanya malapetaka buat Harimau Malaya.

Aksi hambar Amar Rohidan yang mengisi kekosongan Mohamad Fadhli dilihat menjadi punca mengapa Harimau Malaya tewas malam itu.

Tidak kurang juga yang lantang mengecam pengadil perlawanan dari Korea Selatan, Lee Minhu yang dikatakan gagal melaksanakan tugasnya dengan baik dalam perlawanan itu.

Pada masa sama, kegagalan Harimau Malaya memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri pada separuh akhir pertama apabila sekadar diikat seri 1-1 oleh Gajah Perang di Stadium Nasional, Bukit Jalil Ahad lalu juga mengundang pertikaian ramai pihak.

Cuma pada masa sama, mungkin ramai yang terlepas pandang provokasi Thailand juga memberikan impak yang cukup besar bagi menafikan hasrat Malaysia mempertahankan kejuaraan.

Pada perlawanan malam kelmarin, kapten Gajah Perang, Panupong Wangsa dan Datsakorn Thanglao dilihat berkali-kali cuba berkonfrontasi dengan mana-mana pemain negara yang telah dilayangkan kad kuning seperti Mohamad Fadhli, Mahalli Jasuli dan juga Bunyamin Omar.

Taktik keji mereka akhirnya berjaya apabila Mohamad Fadhli dilayangkan kad merah.

Benar, matlamat tidak menghalalkan cara. Cuma, ia jelas memberikan kelebihan buat Thailand yang akhirnya mendominasi perlawanan itu sebelum menang.

Itu belum dikira sentimen di luar padang apabila skuad negara terpaksa menjalani latihan di padang awam sebaik menjejakkan kaki di Bangkok.

Nasi sudah menjadi bubur. Menangis air mata darah pun tiada gunanya kerana hakikatnya skuad negara gagal mempertahankan kejuaraan.

Mulai sekarang, Harimau Malaya tidak lagi perlu mencari alasan jika tewas.

Janji layak ke Piala Asia 2015 seperti mana yang dilaungkan Rajagobal yang akan meletak jawatan jika gagal wajar ditepati bagi memujuk semula hati segelintir rakyat Malaysia yang telah pun merajuk barangkali.

Friday, 22 June 2012

BIAR BETUL !!! RAFIZI LETAK JAWATAN ATAU DITENDANG KHALID?

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini meletak jawatan dalam kerajaan negeri Selangor, atas alasan beliau perlu berehat.

Mengumumkannya di Twitter, Rafizi berkata keputusannya untuk
meletak jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif di pejabat penasihat ekonomi Selangor "tiada sebarang dimensi politik".

"Semua pertanyaan selepas ini hendaklah ditujukan kepada kerajaan negeri atau (penasihat ekonomi Selangor), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

"Letak Jawatan adalah perkara biasa. Saya perlu berehat. Sekarang saya buat dua tugas, siang di kerajaan negeri malam parti.

"Penat Ramadan juga sudah berhampiran, (saya mahu) memberi tumpuan kepada ibadat," kata Rafizi.

Rafizi menambah beliau pada mulanya merancang untuk memegang jawatan tersebut selama dua tahun sahaja, dan kini adalah "masa untuk melangkah ke hadapan".

Bagaimanapun, waktu Rafizi memilih untuk mengumumkan keputusannya meletak jawatan tersebut menarik perhatian ramai.

Mereka yang mendakwa ahli PKR yang melancarkan perang terbuka terhadap Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin berpandanga bahawa ianya ada kaitan dengan kemelut tersebut.

Malah, Twitter @PecatFaekah, yang dikendalikan oleh mereka yang menyokong Pengerusi Perhubungan Majlis Pimpinan Negeri, Azmin Ali menganggap peletakan jawatan itu mungkin disebabkan wujud perbezaan Rafizi dengan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Saturday, 5 May 2012

Nok Suko Weh !!! Hanya Tuan Presiden FAM Yang Berkuasa



Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah
PEKAN - Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah mahu penyokong pasukan bola sepak meneliti dan memahami undang-undang FAM sebelum mengeluarkan kenyataan menggesa persatuan bola sepak negeri keluar daripada badan induk bola sepak negara itu.

Baginda bertitah memang mudah bagi individu terbabit mengeluarkan kenyataan seumpama itu tetapi pada hakikatnya, persatuan bola sepak negeri tertakluk kepada undang-undang FAM.

"Baca perundangan FAM, kita ada undang-undang dan jangan sewenang-wenangnya membuat kenyataan yang akhirnya akan memberi kesan kepada diri atau pasukan bola sepak kita sendiri.

Akhbar hari ini melaporkan, penyokong pasukan bola sepak Sarawak dalam satu laman web dikenali petisyen.com yang mula dilancarkan semalam, meminta Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) keluar daripada FAM selepas tidak berpuas hati dengan tindakan badan induk bola sepak negara itu.

Gesaan itu dibuat kerana menganggap hukuman yang dikenakan terhadap FAS oleh FAM bersifat zalim dan ia juga ekoran tindakan FAM menggantung Timbalan Presiden FAS, Mohd Abu Bakar Marzuki lapan bulan dan denda RM8,000 atas kesalahan mengeluarkan kenyataan menerusi media..

Dalam pada itu, Sultan Ahmad Shah bertitah baginda akan bertemu Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud bagi mendapatkan maklum balas beliau mengenai perkara tersebut. - Bernama

pT
Sepatutnya dengan pengalaman berpuluh tahun FAM, pasukan bola negara semakin maju seperti Jepun tapi sayangnya FAM ternyata GAGAL.Pasukan bola negara hanya setaraf Bangladesh.Memalukan.Kalau diwujudkan satu lagi badan yang jaga bola sepak negara, masa itu baru FAM rasa ada persaingan sesama sendiri.Pasukan negeri pula boleh pilih utk jadi ahli FAM atau badan yg baru.Fikir-fikirkanlah!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive