Showing posts with label Piala AFF. Show all posts
Showing posts with label Piala AFF. Show all posts

Saturday, 15 December 2012

SILAP SIAPA HARIMAU DITUMBANGKAN GAJAH ???


Sembang-sembang kedai kopi di seluruh tanah air pastinya rancak membicarakan kegagalan Harimau Malaya mempertahankan Piala Suzuki AFF pada tahun ini.

Harapan jutaan rakyat Malaysia agar kejayaan dua tahun lalu berulang akhirnya ternoktah sebaik Harimau Malaya ditunjukkan jalan keluar oleh Thailand menerusi agregat 1-3 selepas berakhirnya aksi separuh akhir kedua di Stadium Supachalasai, Bangkok kelmarin.

Mungkin ada yang beranggapan percaturan jurulatih Datuk K. Rajagobal tidak segera membawa masuk pemain pertahanan baharu sebaik Mohamad Fadhli Shas dibuang padang malam kelmarin menjadi detik bermulanya malapetaka buat Harimau Malaya.

Aksi hambar Amar Rohidan yang mengisi kekosongan Mohamad Fadhli dilihat menjadi punca mengapa Harimau Malaya tewas malam itu.

Tidak kurang juga yang lantang mengecam pengadil perlawanan dari Korea Selatan, Lee Minhu yang dikatakan gagal melaksanakan tugasnya dengan baik dalam perlawanan itu.

Pada masa sama, kegagalan Harimau Malaya memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri pada separuh akhir pertama apabila sekadar diikat seri 1-1 oleh Gajah Perang di Stadium Nasional, Bukit Jalil Ahad lalu juga mengundang pertikaian ramai pihak.

Cuma pada masa sama, mungkin ramai yang terlepas pandang provokasi Thailand juga memberikan impak yang cukup besar bagi menafikan hasrat Malaysia mempertahankan kejuaraan.

Pada perlawanan malam kelmarin, kapten Gajah Perang, Panupong Wangsa dan Datsakorn Thanglao dilihat berkali-kali cuba berkonfrontasi dengan mana-mana pemain negara yang telah dilayangkan kad kuning seperti Mohamad Fadhli, Mahalli Jasuli dan juga Bunyamin Omar.

Taktik keji mereka akhirnya berjaya apabila Mohamad Fadhli dilayangkan kad merah.

Benar, matlamat tidak menghalalkan cara. Cuma, ia jelas memberikan kelebihan buat Thailand yang akhirnya mendominasi perlawanan itu sebelum menang.

Itu belum dikira sentimen di luar padang apabila skuad negara terpaksa menjalani latihan di padang awam sebaik menjejakkan kaki di Bangkok.

Nasi sudah menjadi bubur. Menangis air mata darah pun tiada gunanya kerana hakikatnya skuad negara gagal mempertahankan kejuaraan.

Mulai sekarang, Harimau Malaya tidak lagi perlu mencari alasan jika tewas.

Janji layak ke Piala Asia 2015 seperti mana yang dilaungkan Rajagobal yang akan meletak jawatan jika gagal wajar ditepati bagi memujuk semula hati segelintir rakyat Malaysia yang telah pun merajuk barangkali.

Friday, 14 December 2012

VIDEO !!! REF K-POP HENTAM HARIMAU MALAYA DI SIAM




Jika di lihat mutu pengadilan oleh pengadil dari Korea, Lee Min Ho cukup menyedihkan apabila tindakan yang di ambilnya dengan memberi kad merah pada minit ke 43 setelah melayangkan dua kad kuning kepada permain pertahanan kental Harimau Malaya, Fadhli Shas.

Sepatutnya Lee Min Ho sebelum mahu melayang kad kuning kali yang kedua kepada pertahanan Malaysia itu, dia sepatutnya kena berbincang dahulu dengan pembantunya yang melihat kejadian tersebut sebelum mengambil tindakan.

Jika di imbas kembali video pemainan semalam ternyata tindakan memberi kad kuning kali yang kedua seolah-olah bagai di rancang dalam permainan tersebut supaya salah seorang dari pertahanan Malaysia dapat di buang Padang dalam perlawanan separuh akhir Piala AFF. Maka Fadhli Shas menjadi sasaran kerana dia telah mempunyai kad kuning yang pertama dan kebanyakan serangan melalui posisinya dapat di patahkan.




Ternyata apa yang berlaku semalam yang menjadi punca Malaysia kalah adalah mutu pengadilan yang cukup  teruk dan sering membuat kesilapan yang terlalu banyak memberi advantage kepada pihak Thailand. - Sumber

Saturday, 1 December 2012

BERJAYAKAH HARIMAU MALAYA TUMBANGKAN SANG GARUDA MALAM INI ???

AFF Suzuki Cup 2012
Malaysia v Indonesia

Malaysia:
Tewas 0-3 kepada Singapore                                          
Menang 4-1 dengan Laos

Indonesia:
Seri 2-2 dengan Laos
Menang 1-0 dengan Singapore

Malaysia kena menang untuk qualify (kalau seri, kena harap Laos menang vs singapore tak lebih 2 gol)


Indonesia perlu seri untuk qualify. (kalau kalah, kena harap Singapore vs Laos seri, atau Laos menang.)

Bukti jelas, Malaysia bergantung sangat kepada Kunanlan. Kunanlan tiada, Malaysia punya attack terus longlai dan tak jalan.

Kalau coach  Indonesia cerdik, beliau akan target Kunanlan, dan counter disebelah kanan Malaysia (RB).

Tapi, kalau dua2 team main pressing, I think Malaysia ada a small advantage untuk menang.


Sudah pasti selaku juara bertahan, pasukan Malaysia tidak rela menamatkan kempen kali ini lebih awal dan para pemain sedar mereka berdepan satu lagi ujian untuk mengesahkan tempat ke separuh akhir Piala Suzuki AFF 2012.

Dengan keyakinan yang semakin pulih selepas kemenangan ke atas Laos, kepercayaan peminat terhadap Harimau Malaya juga meningkat dan pasti akan menyemarakkan lagi Stadium Nasional Bukit Jalil.

Berbanding edisi dua tahun lalu, pasukan Indonesia kali ini tempang tanpa kehadiran tonggak utama akibat pergolakan dalaman liga bola sepak negara itu.

Tidak keterlaluan mengatakan jika para pemain negara berada di tahap terbaik dan memiliki fokus yang tinggi, Malaysia adalah pilihan untuk layak.

Andai Laos mampu melakar kejutan ke atas Singapura di Stadium Shah Alam, maka keputusan seri sahaja sudah cukup untuk Malaysia-Indonesia mara ke peringkat seterusnya.

Malangnya kebarangkalian itu terlalu kecil atau dalam perkataan mudahnya, usahlah mengharapkan ehsan pasukan lain.

Dari segi persiapan terakhir, Khyril Muhymeen yang mencetak satu gol tidak mengikuti latihan bersama pasukan kerana dibelenggu kecederaan pangkal peha. Sementara S. Kunanlan kononnya ditimpa masalah hampir serupa pada saat-saat akhir sesi.

Pemain sayap kiri itu beraksi cemerlang dalam kejayaan ke atas Laos, mungkin tidak begitu serius tetapi di bangku simpanan kita masih memiliki pengganti seperti Azamuddin Akil, Baddrol Bakhtiar dan Ahmad Fakri Saarani.

Tumpuan juga terarah kepada pertahanan negara yang kini sudah dibolosi empat gol apatah lagi bakal berdepan dengan serangan Indonesia yang memiliki pemain pantas seperti Andik Vermansyah dan Oktavius Maniani.

Benteng tengah yang diterajui Aidil Zafuan Abd Razak dan Fadhli Shas perlu diperkemaskan lagi.

Aidil Zafuan yang lebih berpengalaman pula berpendapat Andik Vermansyah hanya menonjol selepas menjaringkan perlawanan sahaja, walhal dia merupakan pemain simpanan sahaja dalam skuad Indonesia. - Sumber

Thursday, 29 November 2012

AKHIRNYA RAJAGOBAL DAH KENAL PEMAIN YANG BOLEH MEMBERI KEMENANGAN KEPADA HARIMAU MALAYA




KUALA LUMPUR, (D5) - Hari ini datang untuk membuat liputan di #PAU2012 pun dengan hai yang puas. Semuanya kerana kemenangan besar anak buah  K. Rajagobal malam tadi yang membelasah Laos 4-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kalau kelmarin orang hentam teruk, hari ini berduyun-duyun ucap tahniah.

Apa yang lebih bererti lagi apabila K. Rajagobal sudah kenal pemainnya, siapa yang mampu menggerakkan dan melancarkan serangan pasukan. Mungkin inilah formula yang dicari-cari selama ini.

Rajagobal membuat empat pertukaran dalam kesebelasan utamanya, memberi peranan penjaga gol kepada Farizal Marlias, Mahali Jasuli di posisi kanan, Shakir Shaari di bahagian tengah sementara Wan Zack Haikal Wan Noor sebagai pemain sayap kanan.

Kesemua pemain ini memberikan impak yang besar terhadap corak permainan negara di antara mereka masih kurang pengalaman, tetapi itu tidak seharusnya menjadi alasan mengapa mereka tidak layak bermain dalam kesebelasan utama.

Walaupun banyak bereksperimentasi, kesebelasan pilihan Rajagobal tetap 'gi mari gi mari hak tulo' juga.

Rajagobal juga tidak boleh dipersalahkan 100 peratus, ada beberapa pemain bila sudah diberi kepercayaan, mereka pula tidak konsisten.

Masalah utama yang dihadapi ketika ini ialah fokus pemain di bahagian serangan dan belakang.

Hampir-hampir sahaja peminat fikir terkena janji palsu lagi apabila terpaksa menunggu lebih sejam untuk kembali ceria selepas perlawanan terikat 1-1 pada separuh masa pertama.

Kemenangan malam seharusnya menjadi titik kebangkitan dan suntikan moral buat pemain. Realistiknya Laos bukanlah pencabar Harimau Malaya dan sebelum sepak mula kejohanan lagi, kita sudah menjangkakan tiga mata penuh bakal diperolehi. Apa yang pasti ia membantu meredakan tekanan para pemain yang dikecam teruk.

Tugas sebenar menanti mereka ialah pertemuan dengan musuh ketat, Indonesia yang cukup mencemburui kejayaan Malaysia. Maklumlah dalam empat percubaan di pentas final mereka gagal maka sudah pasti hutang dua tahun lalu mahu dilangsaikan.

Maka buatlah persiapan rapi dan ingatkan pemain tidak mudah mendabik dada tatkala kepercayaan peminat sudah kembali.


PT
Terima kasih kerana kemasukan Shakir menghidupkan bahagian tengah...

Sunday, 25 November 2012

PIALA AFF SUZUKI 2012 MALAYSIA VS SINGAPORE ! SIAPA JADI MAKANAN SIAPA ???



Malaysia VS Singapura : Apabila Malaysia hanya seri dengan Bangladesh dalam perlawanan persahabatan, kami ada rasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan pasukan Malaysia ini. Satu keputusan yang tidak sepatutnya berlaku. Oleh itu……

Sebaiknya kami perlawanan pertama antara Malaysia VS Singapore dalam AFF Suzuki 2012 cukup penting bagi memberikan motivasi terbaik kepada mereka bagi menghadapi saingan seterusnya dalam AFF Suzuki 2012 kali ini. Yang penting…lakukan yang terbaik dan berusaha mara ke separuh akhir terlebih dulu dan apabila sudah melepasi saingan peringkat kumpulan barulah kita boleh bercerita tentang peluang menjulang kejuaraan AFF Suzuki 2012 kali ini.


Untuk pergi lebih jauh.. kemenangan perlawanan pembukaan sangat penting.
Kalau sebelum Malaysia pernah ditumbangkan dengan agreget 4-6 apabila pada pusingan kelayakan Piala Dunia 2014, Malaysia tewas 3-5 kepada Singapura pada perlawanan pertama di gelanggang lawan dan gagal mencipta kebangkitan apabila sekadar seri 1-1 di depan lebih 100,000 penyokong di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Kalau diikutkan saingan AFF Suzuki 2010 dua tahun lalu, Malaysia adalah juara. Tetapi, itu saingan dahulu. Kejayaan dahulu biarkan ia menjadi sejarah manis bagi penyokong setia bola sepak Malaysia. Yang penting, kekuatan, semnagat juang yang tinggi, taktikal kali ini yang menjadi pertaruhan. 

Wednesday, 21 November 2012

RILEKS !!! PUNCA MALAYSIA SERI DENGAN BANGLADESH DIDEDAH ???



Nak tergelak bila melayari FB  tetiba terjumpa keratan akhbar Harian Metro yang telah diedit oleh peminat dan penyokong setia bolasepak negara. Yang lawaknya facebooker ni sanggup menggunakan kegeligaan ideanya bagi mengedit gambar di atas. Ha ha ha...Apa pun kita sama-sama tunggu samada Harimau Malaya dapat mengaum sebagaimana menjuarai Piala AFF Suzuki  yang lepas. Jangan lupa memberi sokongan yang tidak berbelah bagi kepada pasukan bolasepak kita. Gomo Kelate Gomo. He he he !!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive