Thursday 29 November 2012

AKHIRNYA RAJAGOBAL DAH KENAL PEMAIN YANG BOLEH MEMBERI KEMENANGAN KEPADA HARIMAU MALAYA




KUALA LUMPUR, (D5) - Hari ini datang untuk membuat liputan di #PAU2012 pun dengan hai yang puas. Semuanya kerana kemenangan besar anak buah  K. Rajagobal malam tadi yang membelasah Laos 4-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Kalau kelmarin orang hentam teruk, hari ini berduyun-duyun ucap tahniah.

Apa yang lebih bererti lagi apabila K. Rajagobal sudah kenal pemainnya, siapa yang mampu menggerakkan dan melancarkan serangan pasukan. Mungkin inilah formula yang dicari-cari selama ini.

Rajagobal membuat empat pertukaran dalam kesebelasan utamanya, memberi peranan penjaga gol kepada Farizal Marlias, Mahali Jasuli di posisi kanan, Shakir Shaari di bahagian tengah sementara Wan Zack Haikal Wan Noor sebagai pemain sayap kanan.

Kesemua pemain ini memberikan impak yang besar terhadap corak permainan negara di antara mereka masih kurang pengalaman, tetapi itu tidak seharusnya menjadi alasan mengapa mereka tidak layak bermain dalam kesebelasan utama.

Walaupun banyak bereksperimentasi, kesebelasan pilihan Rajagobal tetap 'gi mari gi mari hak tulo' juga.

Rajagobal juga tidak boleh dipersalahkan 100 peratus, ada beberapa pemain bila sudah diberi kepercayaan, mereka pula tidak konsisten.

Masalah utama yang dihadapi ketika ini ialah fokus pemain di bahagian serangan dan belakang.

Hampir-hampir sahaja peminat fikir terkena janji palsu lagi apabila terpaksa menunggu lebih sejam untuk kembali ceria selepas perlawanan terikat 1-1 pada separuh masa pertama.

Kemenangan malam seharusnya menjadi titik kebangkitan dan suntikan moral buat pemain. Realistiknya Laos bukanlah pencabar Harimau Malaya dan sebelum sepak mula kejohanan lagi, kita sudah menjangkakan tiga mata penuh bakal diperolehi. Apa yang pasti ia membantu meredakan tekanan para pemain yang dikecam teruk.

Tugas sebenar menanti mereka ialah pertemuan dengan musuh ketat, Indonesia yang cukup mencemburui kejayaan Malaysia. Maklumlah dalam empat percubaan di pentas final mereka gagal maka sudah pasti hutang dua tahun lalu mahu dilangsaikan.

Maka buatlah persiapan rapi dan ingatkan pemain tidak mudah mendabik dada tatkala kepercayaan peminat sudah kembali.


PT
Terima kasih kerana kemasukan Shakir menghidupkan bahagian tengah...

2 comments:

  1. NASIB KO LA RG. KALAH DIHENTAM TERUK BILA MENANG DIJULANG-JULANG. SAPA YANG SIMPATI? AGAK-AGAK RG SAPA YANG JILAT LUDAH MEREKA BALIK SETELAH BERBAKUL-BAKUL SUMPAH SERANAH DIBERIKAN. ORANG KITA MEMANG MACAM TU. TAK PRO.

    ReplyDelete
  2. biasa la tuan..duania sukan dah macam tu..ni baru Malaysia..di EPL pun kutukan dan pujian silih berganti...tak timbul la pro ke tidak tuan....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive