Wednesday 21 November 2012

ISU MURTAD !!! AZHAR SUALAIMAN PERJELASKAN DI FACEBOOKNYA





“Kenyataan yang saya keluarkan dalam laman sosial Facebook, sebenarnya adalah respons daripada tajuk utama yang dipaparkan dalam sebuah akhbar semalam (kelmarin) iaitu ‘Nik Aziz dakwa Umno murtad’.

Menurut Azhar Sulaiman, beliau hanya mengutarakan persoalan kepada individu cerdik agama, iaitu adakah beliau juga dikategorikan sebagai murtad kerana menjadi ahli Umno.

“Jika orang baca betul-betul, mereka tahu saya mengutarakan pertanyaan. Ini kerana bila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengatakan Umno murtad, jadi bagaimana dengan saya?

“Itu hanya kenyataan dari saya, terpulanglah bagaimana interpretasi dan penilaian pihak lain mengenai kenyataan saya itu,” katanya kepada kumpulan wrartawan semalam.

Menurut Azhar lagi, dia bukan sengaja mahu menimbulkan kontroversi, apatah lagi cuba menjadi seorang ahli politik. Sebaliknya, sebagai rakyat Malaysia, dia cuma mengambil tahu mengenai perkembangan semasa.

Berikutan kenyataan Azhar itu, beberapa individu di Perak telah membuat laporan polis, Azhar apabila ditanya , berkata, dia tiada masalah dalam perkara itu.

“Apa yang boleh saya kata, jika orang benar-benar faham dengan kenyataan saya, mereka akan faham apa yang cuba saya sampaikan,” katanya. Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive