Friday, 16 November 2012

NASRUDIN BUAT LAWAK DI MUKTAMAR DEWAN PEMUDA ??



KOTA BHARU - Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan Tantawi mengejutkan seluruh perwakilan apabila mengisytiharkan harta miliknya ketika menyampaikan ucapan penangguhan pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat di sini, malam ini.

"Saya Nasrudin bin Hassan, nombor kad pengenalan 701124-11-5267, diamanah sebagai Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia, bertugas di tingkat dua pejabat Pemuda Jalan Raja Laut.

"Isteri Wan Hamidah Wan Daud, tanggungan anak, enam orang," ujar Nasrudin memulakan pengumuman berkenaan harta dimilikinya.

Beliau kemudian memaklumkan bahawa hanya mempunyai simpanan tunai RM9,000 dalam akaun simpanan tetap.

Nasrudin turut mengumumkan pendapatan isterinya yang bekerja sebagai guru.

"Pendapatan gaji isteri RM4,000, elaun saya yang diberi oleh Dewan Pemuda Pas Malaysia RM2,500, rumah sewa yang disewakan dengan kadar RM300. Jumlah keseluruhan pendapatan saya sebulan RM2,800.

"Tanggungan, pinjaman perumahan, bulanan yang terpaksa dibayar oleh saya terhadap rumah yang saya miliki ialah RM530 sebulan. Kenderaan RM1,400 sebulan. Sementara tanggungan isteri terhadap rumah yang dimiliki olehnya terpaksa dibayar RM1,230 sebulan," katanya.

"Itulah harta yang saya isytiharkan, yang saya miliki, sebagai satu gimik pelancaran atau deklarasi pengisytiharan harta yang insya-ALLAH selepas ini akan diikuti oleh seluruh ahli jawatankuasa Dewan Pemuda Pas Malaysia," tambah beliau disambut laungan takbir oleh seluruh perwakilan. - sinarharian


PT
Kalau nak buat lawak pun biarlah bertempat Ostad, tapi memang si penganut Pas akan percaya bulat-bulat apa yang di nyatakan oleh si ostad Nasrudin ni...sebab kalangan penganut Pas mati-mati akan percaya apa saja yang pemimpin mereka sampaikan. Tak kira la kes apa sekali pun....maklum la puak-puak mereka ni bukannya cerdik cuma reti nganga mulut dan telan apa saja yang diberi oleh pemimpin atasan mereka...

1 comment:

  1. Pendapatan Keluarga
    RM6800

    Hutang Rumah + Kereta
    RM3160

    Pendapatan Bersih Bulanan
    RM3640

    Aset
    - 2 Buah Rumah (Bulanan RM1760)
    - 1 Buah Kereta (Bulanan RM1400)
    - Cash RM9000 (Bank)

    P/s: Not Bad..


    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive