Wednesday 21 November 2012

ISU MURTAD !!! LAPORAN POLIS OLEH PEMIMPIN UMNO PENGKALAN CHEPA




Lebih 50 ahli dan pimpinan Umno Pengkalan Chepa membuat laporan polis berhubung kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang memurtadkan Umno atas dakwaan bahawa parti itu tidak mengikut landas kepimpinan Islam di Ibu Pejabat
Polis Daerah (IPD) Pengkalan Chepa di sini, semalam.

Ketua Wanita Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Zarina Md Eusope berkata, apa yang dituturkan oleh seorang pemimpin Islam (Nik Aziz) kepada Umno amat tidak munasabah.

“Kami sebagai ahli Umno amat terasa dengan kenyataan beliau yang mahu menjatuhkan Umno dan doa adik beliau, Nik Razi Nik Mat agar ALLAH SWT menjahanamkan Umno dan Barisan Nasional (BN) juga turut mendoakan kehancuran umat Islam.

“Sepatutnya sebagai pemimpin yang dipanggil ‘Tok Guru’ beliau yang membawa satu gelombang dan ajaran Islam tidak sewenang-wenangnya menuduh orang murtad dan kafir,” katanya  selepas membuat laporan polis di hadapan IPD Pengkalan Chepa.

Beliau yang juga Pengerusi Skuad Sayang Kelantan berkata, perbuatan itu melambangkan ciri-ciri kepimpinan Islam yang hanya pada perjuangan tetapi pimpinannya tidak mengikut landas Islam yang betul.

“Daripada beliau mendoakan Umno jahanam, lebih baik mendoakan Israel jahanam kerana jelas mereka musuh kepada umat Islam yang ingin menghancurkan kita,” katanya.

Zarina berkata, dengan laporan yang dibuat beliau mengharapkan pihak berkuasa melakukan siasatan terhadap Nik Aziz dan adiknya, Nik Razi di bawah Akta Hasutan kerana jelas doa dan kenyataan yang disuarakan beliau mahu memecahbelahkan umat Islam.

“Semoga dengan tindakan kami ini, mendapat pembelaan sewajarnya dan pihak berkuasa dapat bertindak mengikut undang-undang,” katanya.



4 comments:

  1. Baci-baci umno,brapa agaknya depo dapat upah haaa???Tarak kejo...

    ReplyDelete
  2. lagi banyak cacai pas dapat setelah doakan kehancuran sesama Islam...

    ReplyDelete
  3. berat benar loni

    ReplyDelete
  4. BERAT TAK BERAT PUN ..AKIBAT DARI DOA DAN MURTADKAN ORG LAIN.JADI SEMAKIN RENGGANG ANTARA SESAMA MELAYU ISLAM..PAS LA PUNCANYA..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive