Tuesday 27 November 2012

KP KESIHATAN HANYA DIGANTUNG TUGAS MANAKALA BEKAS KETUA SETIAUSAHA KBS HANYA DITUKAR KEJABATAN LAIN ???

Jika ada yang masih ingat lagi kes yang melibatkan bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan dan bekas pembantu peribadinya, Nur Diayana Norslan yang telah pun dikenakan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun kerana berkhalwat di sebuah hotel di Batu Feringghi di sini, April 2011. Itu dahulu…..Sekarang?



Semakan kami menunjukkan pada senarai pertukaran bidang tugas yang melibatkan JUSA sekarang ini, Datuk Salim Parlan telah ditukarkan bagi menyertai Pasukan Petugas Pemantau Projek, Unit Penyelarasan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri….


Berita terkini mengenai kes khalwat Ketua Pengarah Kesihatan, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman dengan Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan :
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman digantung kerja sejak 14 November 2012 sehingga keputusan tatatertib yang bakal diputuskan oleh Suruhanjaya dalam mesyuarat seterusnya, pada 3 Disember 2012

Dalam mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), SPA telah menimbangkan kertas cadangan untuk menggantung kerja mengikut Peraturan 28(6) dan Peraturan 45, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 terhadap Dr Hasan, Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian Kesihatan

Tidak kira apa jawatan sekalipun, baik berpangkat tinggi ataupun setakat berjawatan rendah dalam sektor awam, hukuman mestilah berdasarkan kepada peruntukan undang-undang, bukan kepada pertimbangan kasihan, pangkat atau sebaliknya. Jika tidak, kami menjangkakan lebih banyak masalah akan timbul di masa akan datang dalam sektor awam,-

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive