Showing posts with label Khalwat. Show all posts
Showing posts with label Khalwat. Show all posts

Tuesday, 15 January 2013

OSTAD BADROLAMIN KEMBALI DENGAN CERAI BINI NO 2 ???

SMS yang sampai kepada kami, mengatakan pemimpin PKR yang memberi kaunseling kepada isteri orang dalam sebuah bilik hotel di Kuantan pada jam 3:00 pagi, Badrol Amin Baharom, telah melafazkan cerai terhadap isteri keduanya yang dikenali sebagai INA pada 13 Februari 2013 jam 9:00 pagi di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Kajang.

Isteri kedua Badrol Amin Baharom itu lebih dikenali sebagai Inafiona dan dikatakan enggan menemani Badrol Amin ketika pemimpin PKR yang gemar berlagak sebagai ustaz dan orang alim-alim itu disiasat JAIP kerana berkhalwat dengan isteri orang.

Pada Februari 2012, Badrol Amin telah menggemparkan negara apabila mendakwa dia telah diperangkap oleh UMNO sehingga tertangkap khalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel mewah di Kuantan. Menurutnya lagi, tangkapan tersebut turut membabitkan suami kepada wanita yang berada di dalam bilik hotel bersama-samanya pada jam 3:00 pagi.

Dalam insiden terbabit, Badrol Amin mendakwa dia telah ditampar dan diterajang, meskipun tiada sebarang kesan lebam atau kecederaan padanya.

Menurut SMS itu lagi, adalah difahamkan, Badrol Amin terpaksa menceraikan Inafiona bagi membolehkan dia menikah dengan Zati Iwani, isteri orang yang ditangkap khalwat dengannya di Kuantan Februari 2012. Sumber: The Flying Kick

Sunday, 6 January 2013

TERSUNGKUR DI KAKI SYAITAN !!! PASANGAN DITAHAN KERANA BERSETUBUH


Sepasang kekasih berusia 26 dan 28 tahun terpaksa menyamar sebagai adik-beradik bagi mengelak dicekup berkhalwat dan terbongkar apabila wanita itu ketakutan selepas digertak mengenai balasan orang yang berzina ketika di akhirat.

Mereka ditahan selepas didapati berdua-duaan di sebuah hotel bajet di Taman Medan dalam operasi cegah maksiat Ahli Jawatankuasa dan Pemuda Masjid Nurul Ehsan dengan kerjasama polis awal pagi semalam.

Pasangan itu mengambil kesempatan mengaku sebagai adik-beradik selepas pemeriksaan pada MyKad mendapati kedua-duanya mempunyai nama bapa yang sama namun berbeza alamat tempat tinggalnya.

Pihak masjid yakin sesuatu yang tidak kena berikutan pasangan itu memberi alasan tidur di situ kerana berpindah rumah, malah ketika pintu bilik dibuka si perempuan masih berselimut di atas katil dan hanya memakai pakaian dalam selain mengakui sering melakukan hubungan seks di situ

Dalam serbuan di hotel yang sama juga, seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang ditahan bersama kekasihnya merayu meminta dilepaskan atas alasan ibunya mengenali imam yang terlibat dalam operasi.

Operasi selama tiga jam itu turut menahan seorang guru wanita menyembunyikan diri di dalam bilik air dengan hanya berkemban selepas menyedari rumahnya diserbu.

Ketika ditahan guru terbabit berusia 29 tahun berdua-duaan dengan seorang lelaki berstatus duda berusia 33 tahun di rumah sewa lelaki terbabit.

Manakala seorang lagi penjawat awam berusia 25 tahun dicekup selepas disyaki berkhalwat dengan seorang janda berusia 35 tahun, anak tiga di rumah.

Imam 1 Masjid Nurul Ehsan, Abdul Muin Abdul Hamid berkata, operasi besar-besaran tersebut akan diteruskan bagi membanteras kegiatan maksiat di kawasan Taman Medan.

“Operasi ini adalah susulan daripada aduan dan maklumat daripada penduduk setempat yang merasakan tempat disyaki seperti hotel bajet dan rumah persendirian perlu diberi perhatian agar tidak menjadi lokasi mudah melakukan perbuatan sumbang,” katanya kepada Sinar Harian.

Kesemua pasangan dibawa ke Balai Polis Petaling Jaya sebelum diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan selanjutnya.

Tuesday, 27 November 2012

KP KESIHATAN HANYA DIGANTUNG TUGAS MANAKALA BEKAS KETUA SETIAUSAHA KBS HANYA DITUKAR KEJABATAN LAIN ???

Jika ada yang masih ingat lagi kes yang melibatkan bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan dan bekas pembantu peribadinya, Nur Diayana Norslan yang telah pun dikenakan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun kerana berkhalwat di sebuah hotel di Batu Feringghi di sini, April 2011. Itu dahulu…..Sekarang?



Semakan kami menunjukkan pada senarai pertukaran bidang tugas yang melibatkan JUSA sekarang ini, Datuk Salim Parlan telah ditukarkan bagi menyertai Pasukan Petugas Pemantau Projek, Unit Penyelarasan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri….


Berita terkini mengenai kes khalwat Ketua Pengarah Kesihatan, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman dengan Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan :
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman digantung kerja sejak 14 November 2012 sehingga keputusan tatatertib yang bakal diputuskan oleh Suruhanjaya dalam mesyuarat seterusnya, pada 3 Disember 2012

Dalam mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), SPA telah menimbangkan kertas cadangan untuk menggantung kerja mengikut Peraturan 28(6) dan Peraturan 45, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 terhadap Dr Hasan, Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian Kesihatan

Tidak kira apa jawatan sekalipun, baik berpangkat tinggi ataupun setakat berjawatan rendah dalam sektor awam, hukuman mestilah berdasarkan kepada peruntukan undang-undang, bukan kepada pertimbangan kasihan, pangkat atau sebaliknya. Jika tidak, kami menjangkakan lebih banyak masalah akan timbul di masa akan datang dalam sektor awam,-

Tuesday, 20 November 2012

INIKAH WAJAH HEBAT PASANGAN KHALWAT DI PUTRAJAYA ???



Dua wajah yang paling hebat di Putrajaya semenjak seminggu ni..ternyata hukuman yang dijatuhkan kepada mereka tidak setimpal dengan apa yang telah mereka lakukan..maklumlah bukan calang-calang orang silelaki dan perempuan ni...inikah dia undang-undang mahkamah di negara tercintaku Malaysia ???

Nafsu manusia tiada batasan, nafsu juga tiada sempadan dan hanya iman sahaja yang mampu kawal nafsu yang liar di luar kawalan.

Nafsu berahi tidak mengira siapa, darjat atau pangkat bukan ukuran, waima seorang ulama yang punyai jutaan murid juga di uji dan teruji kerana semua manusia punyai nafsu. Nafsu kuasa, nafsu harta dan nafsu seks, ianya seiring.


Kini negara di gegarkan dengan kisah tangkapan khalwat berprofail tinggi yang melibatkan Ketua Pengarah Kesihatan baru-baru ini. Tanpa banyak kerenah dan dalih serta tanpa fikir untuk berbohong, KP ini terus mengaku salah berkhalwat dengan seorang jururawat yang khabarnya masih isteri orang. 

Friday, 16 November 2012

SUAMI DI MEKAH TAPI USTAZAH INI RELA DI 'KERJAKAN' LEKAKI LAIN ???

Dia seorang ustazah bertudung labuh yang berkelulusan dalam bidang agama dari sebuah universiti di Timur Tengah, sebelum ini mengajar di sebuah masjid dan sebuah sekolah rendah di Kota Tinggi, Johor, serta bersuamikan seorang ustaz yang di segani di daerah itu.

Bagaimanapun, di sebalik perwatakan lembut dan alim, ustazah berusia 35 tahun itu sanggup menconteng arang di muka keluarga dan suaminya, apabila ditangkap khalwat bersama seorang duda sebayanya, yang juga bekas rakan sekolahnya dan suami.

Ustazah yang memiliki latar belakang yang kuat berpegang kepada ajaran agama itu memberi alasan kononnya dia tertekan akibat suaminya berpoligami sehingga sanggup menjalinkan hubungan cinta dengan duda terbabit dan lebih mengejutkan, mereka dipercayai pernah beberapa kali terlanjur.

Tembelang ustazah terbabit pecah apabila dia ditangkap khalwat ketika berdua-duaan dengan duda itu baru-baru ini dan mereka dilaporkan mengambil masa hampir setengah jam sebelum membuka pintu rumah kedai yang didiami dengan kedua-duanya dalam keadaan berpakaian lengkap.

Menurut sumber, lebih menyedihkan, ketika kejadian, suami ustazah terbabit berada di Makkah untuk menunaikan haji.

Katanya, sejurus ditangkap berkhalwat, ustazah terbabit menghubungi suaminya untuk memaklumkan kejadian dan terus meminta cerai. Sambungannya tekan di sini


PT
Tudung labuh dan status ustazah bukan mencerminkan perangai sebenar seseorang perempuan di akhir-akhir ini.  Bila sudah menjadi kaldai syaitan inilah jadinya. Tetapi kebanyakan ahli sebuah parti kononnya  memperjuangkan Islam rata-rata penampilan mereka dengan tudung labuh sampai ke pinggang tetapi wallahualam perangai mereka....tak sey komen banyak-banyak nanti pak lebai dioarang marah tak tentu pasal....

Thursday, 15 November 2012

SELAMBA MENGAKUI BERKHALWAT DENGAN ISTERI ORANG ???

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman yang ditangkap berkhalwat bersama seorang jururawat berstatus isteri orang diarah membayar denda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam setelah dia mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Hasan telah didakwa berkhalwat dengan seorang pegawai wanita di kementerian sama (yang bergelar isteri orang ), Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, di sebuah bilik Hotel Pullman di sini pada pukul 2.18 pagi semalam.Wan Syarifah pula didenda sebanyak RM2,900 selepas kedua mereka mengaku salah atas tuduhan itu.

Hasan yang berstatus duda kelihatan tenang sepanjang prosiding, manakala Wan Syarifah nampak muram serta sesekali menundukkan kepala sewaktu berada di dalam kandang tertuduh.

Sekiranya gagal menjelaskan denda, Hasan akan berdepan hukuman penjara 3 bulan manakala pasangannya boleh dipenjara selama 30 hari.

Terdahulu, Hasan yang tidak diwakili peguam merayu agar hanya dikenakan hukuman denda kerana telah insaf malah mereka bercadang bagi berkahwin setelah proses perceraian pasangannya selesai.

“Saya bertanggungjawab ke atas kesalahan dan belajar daripada kesilapan. Saya berharap diberi peluang serta saya merancang untuk bernikah selepas kes perceraian (Wan Syarifah) selesai,”

Perkara itu turut diakui oleh Wan Syarifah sewaktu mengemukakan rayuan. - Sumber


PT
Aku tak hairanlah kalau jururawat yang kena tangkap berkhalwat..sebab sudah banyak kes yang membabitkan jururawat ni. Apa lagi berstatus isteri orang, kalau isteri orang 'makan' pula curi-curi punyalah... Dari dulu hingga sekarang banyak kes khalwat adalah dikalangan jururawat dan ditambah masih isteri orang. Apa punya celaka perangai jururawat ni.Sanggup menduakan suami sendiri dan sanggup pula menadah 'kemaluan' untuk di sondol jantan keparat.... apapun 'betina' sebegini Allah akan membalas secara tunai atas apa yang dia lakukan pada suaminya.....mintak-mintak jauhkanlah perkara sebegini kepada kaum keluarga kita... 

Tuesday, 25 September 2012

VIDEO! !! 2 BETINA MELAYU 'ISLAM' TUMPANG BILIK AWANG HITAM



Hebat betul mat black yang datang negara ni. Bukan sorang, tapi sekali ngap sampai dua. Tak bagi peluang!&

Yang peliknya, apa murah sangat harga diri sesetengah perempuan negara ni sampai duk jadi lauk mat black dengan pendatang? 


 Perempuan Melayu kena mat afrika memaag lupa dunia laa, tapi yang tak puashati bila sudah insaf pandai pulak cari laki Melayu yang berkejaya skema tahap sikit rambut tepi. Kesian2.

Sumber: AK-47

Tuesday, 11 September 2012

TERSUNGKUR DI KAKI SYAITAN - PELAJAR IPTA DITANGKAP DALAM KEADAAN BERKEMBAN


DUNGUN – Seorang remaja perempuan yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian awam, bukan sahaja nyaris meringkuk di penjara, malah bakal berhadapan hukuman disingkir daripada universiti, apabila dia didapati bersalah oleh mahkamah atas tuduhan jenayah syariah yang dilakukan bersama pasangannya.

Remaja terbabit, 19, dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun pagi semalam, atas tuduhan persediaan melakukan persetubuhan bersama pasangannya, seorang buruh, Mohd Saiful Mohd Nor, 24.

Pasangan ini didakwa mengikut Seksyen 29 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh ditahan sepasukan pegawai penguatkuasa syariah (PPS) di sebuah bilik hotel, kira-kira jam 12.30 pagi, 6 ogos lalu.

Ketika serbuan dilakukan, pasangan lelaki yang didapati tidur dalam keadaan berselimut atas katil hanya memakai ‘boxer’ manakala tertuduh wanita berkemban dengan tuala tanpa memakai pakaian dalam.

Siasatan mendapati mereka bukan mahram.

Coli, seluar dalam wanita, seluar jeans serta tudung antara barang kes yang dirampas sebagai bahan bukti.

Kedua-dua tertuduh bagaimanapun nyaris bermalam di tirai besi apabila Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah memerintahkan mereka dikenakan hukuman denda RM2,700 atau penjara dua bulan.

Kedua-dua tertuduh yang berasal dari Felda Kerteh Tiga itu yang mengaku bersalah sebelum membuat rayuan agar diringankan hukuman akhirnya menjelaskan denda masing-masing. .

Pendakwaan dikendalikan oleh Pendakwaraya Syarie, Mustaffar Hamzah manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – Sinar Harian

Friday, 31 August 2012

2 PEMAIN BOLA SEPAK TERENGGANU BAKAL DI SINGKIR KERANA KES KHALWAT ???




DUA pemain Terengganu, Ismail Faruqi dan Muslim Ahmad perlu melupakan hasrat mereka untuk meneruskan kempen Piala Malay- sia musim ini bersama skuad Penyu ekoran masalah disiplin.

Ia selepas kedua-dua pemain didapati melanggar peraturan dan pulang ke bilik penginapan kira-kira pukul 3 pagi beberapa jam sebelum bertemu Kedah di Stadium Darul Aman, Selasa lalu.

Jurulatihnya, Peter James Butler ketika dihubungi mengesahkan bahawa kedua-dua pemain itu tidak akan bermain kerana kecewa dengan kegagalan kedua-dua mereka mengikut peraturan yang ditetapkan.

“Saya tegaskan, Ismail dan Muslim tidak akan bermain untuk saya lagi.
“Balik pukul 3 pagi dan bawa gadis ke hotel. Ia benar-benar tidak boleh diterima,” katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut Butler, perbuatan itu menunjukkan kedua-dua pemain tersebut tidak menghormati beliau, pasukan, pihak pengurusan serta seluruh rakyat Terengganu.
“Jika tiada sebarang keajaiban, mereka tidak akan bermain untuk saya lagi.
“Saya memerlukan pemain yang berdisiplin dan komited dengan pasukan,” katanya.

Menurut Butler, dari segi pasu- kan, kedua-dua pemain itu tidak akan dibenar bermain selagi beliau menjadi jurulatih Terengganu tetapi bagi pihak pengurusan, ia belum diputuskan lagi.

Jelasnya, beliau akan berbincang dengan pihak pengurusan mengenai tindakan yang perlu diambil terhadap kedua-dua pemain itu.

Dalam pada itu, menurut Butler, ketiadaan kedua-dua pemain itu tidak akan meninggalkan kesan besar kepada Terengganu untuk mengharungi kempen Piala Malaysia musim ini kerana mereka mempunyai ramai pemain muda yang berbakat.

“Erison Da Silva seorang pemain pertahanan yang hebat dan persembahan Joseph Kalang Tie juga sering kali tidak mengecewakan.

“Selain itu, kami mempunyai pemain Piala Presiden seperti Muhd. Fakhrurazi Musa yang boleh dipanggil apabila diperlukan,” katanya.

Jelasnya, kekalahan tipis 1-2 ketika bertemu Kedah di Alor Setar, Selasa lalu tidak akan melunturkan semangat pasukannya dan yakin Terengganu akan kembali memberi saingan.

“Saya bimbang kerana pemain kita yang sepatutnya boleh bermain dengan baik gagal mempamerkan aksi sebenar kerana tidak mendapat rehat yang cukup.
“Tetapi kita akan bangkit bermula dengan kemenangan ke atas Kedah, Sabtu ini,” katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive