Showing posts with label ipta. Show all posts
Showing posts with label ipta. Show all posts

Monday, 10 June 2013

"Mohd Farizal" Pelajar IPTA Pantai Timur Hina Lagu Negaraku Dalam Facebooknya!!!

KUALA LUMPUR 10 Jun - Seorang lelaki dipercayai pelajar sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di sebuah negeri di Pantai Timur didakwa telah menghina lagu Negaraku di laman sosial.

Perkara itu didedahkan oleh blog Angin Perubahan dalam entri terbarunya hari ini. Ekoran penghinaan terbuka itu pemilik akaun Facebook tersebut, "Mohd Farizal" telah dikecam oleh beberapa pengikut-pengikut laman sosialnya.

Lelaki terbabit telah bertindak mengubah suai senikata lagu Negaraku dengan perkataan-perkataan yang menjijikkan terhadap tanah air dan raja-raja Melayu.

Antaranya "Negaraku, tanah tumpahnya maniku. Rakyat hidup miskin dan makan taik... Tuhan, matikanlah raja kita, masuk kubur... Tuhan, masukkan raja kita ke negara jahannam..."

Sebelum ini, beberapa individu telah menggunakan laman-laman sosial terutama Facebook untuk menghina Rasulullah SAW, agama Islam, institusi raja-raja Melayu dan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia.

Sehubungan itu, pelbagai pihak mendesak agar pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu terbabit kerana tindakan tidak bertanggungjawab mereka boleh menjejaskan keharmonian negara. - UTUSAN

PT
Selagi pihak kerajaan tidak menggubal satu hukuman yang setimpal dengan perbuatan indivudu menghina Nabi Muhammad SAW,  hina institusi raja serta Lagu Kebangsaan perbuatan ini akan berterusan.

Apa tidaknya kerana pihak polis hanya menangkap kemudian melepaskan setelah selesai siasatan.Itu saja yang pihak polis dapat lakukan setakat ini.

Pasti bersilih ganti individu yang menjadikan media sosial sebagai medan melepaskan nafsu marah mereka dengan pelbagai penghinaan. Percayalah perbuatan ini akan berterusan selagi sikap kurang tegas kerajaan terhadap si pelaku.

Sunday, 23 September 2012

YAKIN KUASAI 15 IPTA SELASA INI - PRO ASPIRASI


SHAH ALAM – Kumpulan Pro-Aspirasi yakin pihaknya akan meneruskan penguasaan 'Kabinet' universiti tempatan dengan memperoleh kemenangan besar di pusat-pusat pengajian tinggi yang akan melangsungkan pengundian Selasa ini.

Jurucakapnya, Mohd Hafiz Ariffin berkata, ekoran pencapaian di lima universiti setakat kelmarin, beliau yakin kemenangan besar bakal berulang di 15 pusat pengajian tinggi yang akan mengadakan pengundian minggu depan.

“Kami memang sasarkan kemenangan kerana kami berpegang pada strategi khusus di mana kepimpinan bakal calon digilap dari akar umbi, bermula dari kelab dan persatuan yang ada di universiti.

“Mereka lebih dekat dengan mahasiswa sejak awal, jadi lebih mudah untuk mendekati mahasiswa pada masa akan datang,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menasihati semua penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang bakal mengundi Selasa ini agar membuat pilihan dengan bijak bagi memastikan kebajikan mereka terbela.

Mengikut perkembangan kelmarin, kumpulan Pro-Aspirasi dikatakan telah menguasai sebahagian besar kerusi pilihan raya kampus sesi 2012/2013 yang berlangsung di lima universiti awam tempatan.

Lima universiti terbabit ialah Universiti Teknologi Mara, Universiti Malaysia Perlis, Universiti Sultan Zainal Abidin, Universiti Teknikal Malaysia dan Universiti Tun Hussein Malaysia. Universiti-universiti yang akan melangsungkan pengundian Selasa ini ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Utara Malaysia.

Seperti lazim, saingan dilihat antara Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa, yang penganalisis melihat ia menggambarkan perkembangan sebenar politik nasional.

Pilihan raya kali ini diadakan lewat sembilan bulan. Mengikut kalendar, ia sepatutnya diadakan awal tahun ini.

Dalam komen kepada Sinar Harian Online semalam, kumpulan Pro-Mahasiswa berkata pihaknya 'menyambut' kemenangan Pro-Aspirasi sekiranya ia diadakan dengan adil dan bersih.

“Kami tidak kisah jika Pro-Aspirasi menang asalkan pemilihan telus dan adil. Jika menang dengan cara kotor, itu bukan kemenangan sejati,” kata Presiden Pro-Mahasiswa, Edikoup Lakip Sediyanto.

Ketika ditanya sama ada keputusan pilihan raya kampus kali ini menggambarkan politik nasional, Hafiz tidak menolak perkara itu.

Katanya, ia sedikit sebanyak menggambarkan keputusan pilihan raya umum akan datang.

“Secara keseluruhannya tidak, tetapi sedikit sebanyak ya, keputusan ini memberi gambaran politik sebenar. Daripada jumlah keseluruhan mahasiswa, 10 peratus ke menyokong kerajaan, 10 peratus ke arah pembangkang.

“Baki 80 peratus lagi pula dalam proses pengamatan yang melihat apa aliran ideologi yang cuba dibawa sesetengah pemimpin negara,”
katanya.

Bagaimanapun menurut Hafiz, politik tidak wajar dibawa ke dalam kampus memandangkan kesemua institusi sudah tercemar kecuali institusi pendidikan seperti universiti dan sekolah.

“Di mana lagi ruang yang tinggal untuk bebas daripada campur tangan politik? Hanya universiti dan sekolah saja yang tinggal yang menerapkan pemikiran intelektual bukan persepsi politik,” katanya.

Selain itu, Pro-Aspirasi juga menolak sekeras-kerasnya sebarang usaha untuk menyelitkan nama mahasiswa dalam sebarang aktiviti politik yang antara lain menyelitkan pembudayaan sikap negatif seperti berdendam dan permusuhan.

Katanya, slogan ‘Aman Kampus’ diamalkan bagi mengelakkan anasir seperti campur tangan politik memasuki kawasan universiti.

“Bercakap soal campur tangan politik ini, Pro-Aspirasi akan terus dilabelkan dengan Umno dan Pro-Mahasiswa pula ke arah pembangkang tetapi jika dilihat sebenarnya, Pro-Mahasiswa lebih dekat Pakatan Rakyat (PR).

“Apabila mahasiswa melakukan demonstrasi, pasti akan kelihatan kelibat pemimpin pembangkang yang hadir,”
katanya.

Tuesday, 11 September 2012

TERSUNGKUR DI KAKI SYAITAN - PELAJAR IPTA DITANGKAP DALAM KEADAAN BERKEMBAN


DUNGUN – Seorang remaja perempuan yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian awam, bukan sahaja nyaris meringkuk di penjara, malah bakal berhadapan hukuman disingkir daripada universiti, apabila dia didapati bersalah oleh mahkamah atas tuduhan jenayah syariah yang dilakukan bersama pasangannya.

Remaja terbabit, 19, dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun pagi semalam, atas tuduhan persediaan melakukan persetubuhan bersama pasangannya, seorang buruh, Mohd Saiful Mohd Nor, 24.

Pasangan ini didakwa mengikut Seksyen 29 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh ditahan sepasukan pegawai penguatkuasa syariah (PPS) di sebuah bilik hotel, kira-kira jam 12.30 pagi, 6 ogos lalu.

Ketika serbuan dilakukan, pasangan lelaki yang didapati tidur dalam keadaan berselimut atas katil hanya memakai ‘boxer’ manakala tertuduh wanita berkemban dengan tuala tanpa memakai pakaian dalam.

Siasatan mendapati mereka bukan mahram.

Coli, seluar dalam wanita, seluar jeans serta tudung antara barang kes yang dirampas sebagai bahan bukti.

Kedua-dua tertuduh bagaimanapun nyaris bermalam di tirai besi apabila Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah memerintahkan mereka dikenakan hukuman denda RM2,700 atau penjara dua bulan.

Kedua-dua tertuduh yang berasal dari Felda Kerteh Tiga itu yang mengaku bersalah sebelum membuat rayuan agar diringankan hukuman akhirnya menjelaskan denda masing-masing. .

Pendakwaan dikendalikan oleh Pendakwaraya Syarie, Mustaffar Hamzah manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – Sinar Harian

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive