Showing posts with label Pro-Mahasiswa. Show all posts
Showing posts with label Pro-Mahasiswa. Show all posts
Tuesday, 25 September 2012
KENA SERANG KE ATAU PUKUL DIRI SENDIRI ???
SHAH ALAM – Presiden Pro-Mahasiswa Nasional, Edikoup Lakip Sediyanto mendakwa diserang lima lelaki tidak dikenali awal pagi tadi ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Seksyen 17, Petaling Jaya.
Menurut Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, Syis Abd Kadir, Edikoup yang diserang kira-kira jam 4 pagi, sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.
“Laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Seksyen 17 dan sekarang dia sedang dirawat.
“Kejadian ini memang tidak dijangka tetapi kami yakin ia bukan kerja pelajar. Ini kerja orang luar,” katanya kepada Sinar Harian Online.
Katanya, Edikoup yang juga mahasiswa di UM pernah menerima dua ugutan sebelum ini, namun tidak terfikir ugutan tersebut membawa kepada kejadian awal pagi ini.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan kejadian ini ada hubungan dengan pilihan raya kampus yang berlangsung hari ini, berikutan sebelum ini Edikoup pernah membuat pendedahan terhadap media berkaitan salah seorang calon yang dipercayai ada kaitan dengan sebuah badan politik.
“Sebelum ini Edikoup sudah diugut dua kali dan perkara ini kami serahkan kepada polis untuk siasat. Kami tidak mahu menuduh,” katanya. – SinarHarian
Sunday, 23 September 2012
YAKIN KUASAI 15 IPTA SELASA INI - PRO ASPIRASI
SHAH ALAM – Kumpulan Pro-Aspirasi yakin pihaknya akan meneruskan penguasaan 'Kabinet' universiti tempatan dengan memperoleh kemenangan besar di pusat-pusat pengajian tinggi yang akan melangsungkan pengundian Selasa ini.
Jurucakapnya, Mohd Hafiz Ariffin berkata, ekoran pencapaian di lima universiti setakat kelmarin, beliau yakin kemenangan besar bakal berulang di 15 pusat pengajian tinggi yang akan mengadakan pengundian minggu depan.
“Kami memang sasarkan kemenangan kerana kami berpegang pada strategi khusus di mana kepimpinan bakal calon digilap dari akar umbi, bermula dari kelab dan persatuan yang ada di universiti.
“Mereka lebih dekat dengan mahasiswa sejak awal, jadi lebih mudah untuk mendekati mahasiswa pada masa akan datang,” katanya.
Pada masa sama, beliau turut menasihati semua penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang bakal mengundi Selasa ini agar membuat pilihan dengan bijak bagi memastikan kebajikan mereka terbela.
Mengikut perkembangan kelmarin, kumpulan Pro-Aspirasi dikatakan telah menguasai sebahagian besar kerusi pilihan raya kampus sesi 2012/2013 yang berlangsung di lima universiti awam tempatan.
Lima universiti terbabit ialah Universiti Teknologi Mara, Universiti Malaysia Perlis, Universiti Sultan Zainal Abidin, Universiti Teknikal Malaysia dan Universiti Tun Hussein Malaysia. Universiti-universiti yang akan melangsungkan pengundian Selasa ini ialah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Malaysia Terengganu, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Islam Malaysia, Universiti Malaysia Pahang, Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Utara Malaysia.
Seperti lazim, saingan dilihat antara Pro-Aspirasi dan Pro-Mahasiswa, yang penganalisis melihat ia menggambarkan perkembangan sebenar politik nasional.
Pilihan raya kali ini diadakan lewat sembilan bulan. Mengikut kalendar, ia sepatutnya diadakan awal tahun ini.
Dalam komen kepada Sinar Harian Online semalam, kumpulan Pro-Mahasiswa berkata pihaknya 'menyambut' kemenangan Pro-Aspirasi sekiranya ia diadakan dengan adil dan bersih.
“Kami tidak kisah jika Pro-Aspirasi menang asalkan pemilihan telus dan adil. Jika menang dengan cara kotor, itu bukan kemenangan sejati,” kata Presiden Pro-Mahasiswa, Edikoup Lakip Sediyanto.
Ketika ditanya sama ada keputusan pilihan raya kampus kali ini menggambarkan politik nasional, Hafiz tidak menolak perkara itu.
Katanya, ia sedikit sebanyak menggambarkan keputusan pilihan raya umum akan datang.
“Secara keseluruhannya tidak, tetapi sedikit sebanyak ya, keputusan ini memberi gambaran politik sebenar. Daripada jumlah keseluruhan mahasiswa, 10 peratus ke menyokong kerajaan, 10 peratus ke arah pembangkang.
“Baki 80 peratus lagi pula dalam proses pengamatan yang melihat apa aliran ideologi yang cuba dibawa sesetengah pemimpin negara,” katanya.
Bagaimanapun menurut Hafiz, politik tidak wajar dibawa ke dalam kampus memandangkan kesemua institusi sudah tercemar kecuali institusi pendidikan seperti universiti dan sekolah.
“Di mana lagi ruang yang tinggal untuk bebas daripada campur tangan politik? Hanya universiti dan sekolah saja yang tinggal yang menerapkan pemikiran intelektual bukan persepsi politik,” katanya.
Selain itu, Pro-Aspirasi juga menolak sekeras-kerasnya sebarang usaha untuk menyelitkan nama mahasiswa dalam sebarang aktiviti politik yang antara lain menyelitkan pembudayaan sikap negatif seperti berdendam dan permusuhan.
Katanya, slogan ‘Aman Kampus’ diamalkan bagi mengelakkan anasir seperti campur tangan politik memasuki kawasan universiti.
“Bercakap soal campur tangan politik ini, Pro-Aspirasi akan terus dilabelkan dengan Umno dan Pro-Mahasiswa pula ke arah pembangkang tetapi jika dilihat sebenarnya, Pro-Mahasiswa lebih dekat Pakatan Rakyat (PR).
“Apabila mahasiswa melakukan demonstrasi, pasti akan kelihatan kelibat pemimpin pembangkang yang hadir,” katanya.
Labels:
ipta,
pr kampus,
pro-Aspirasi,
Pro-Mahasiswa
Monday, 17 September 2012
TAK HABIS2 DENGAN SMM - PERARAKAN DENGAN TUNTUTAN DALAM KEPALA MEREKA ???
KUALA LUMPUR - Seramai kira-kira 800 siswa menyertai perarakan di ibu kota semalam yang difahamkan menuntut pilihan raya kampus yang bersih dan berintegriti.
Kumpulan pelajar ini mula berkumpul di kawasan Masjid Jamek dan seterusnya berarak pada kira-kira jam 2.30 petang menuju ke kawasan pusat membeli belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman, melalui Jalan Raja Laut.
Sebilangan dari mereka membawa bendera Jalur Gemilang dan kain rentang antaranya bertulis “sistem pengundian yang telus”, “peruntukan dana calon” dan “penetapan tarikh PRK”.
Kumpulan berkenaan juga turut melaung-laungkan slogan “bangkit anak muda”, “tolak penipuan” dan “hidup mahasiswa”.
Turut kelihatan, maskot bagi Pro-Mahasiswa iaitu ‘Mat Gempak’.
Sekumpulan anggota polis dilihat berkawal di sekitar kawasan Dataran Merdeka dan Masjid Jamek dan mengawal kumpulan pelajar yang berarak tersebut. Anggota keselamatan turut memberi amaran kepada para siswa berkenaan agar tidak menghalang lalu lintas dikawasan yang terlibat.
Perarakan ini disertai oleh Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Aksi Mahasiswa Peduli (AKSI).
“Kita minta agar enam tuntutan ini dilaksanakan. Memandangkan pilihan raya kampus semakin hampir, kita akan desak. Apa yang kita nak buat ini bukan untuk masa sekarang tapi untuk masa akan depan,” kata Edikoup di sini semalam.
Menurutnya enam tuntutan tersebut ialah,
penetapan tarikh pilihan raya kampus,
mahasiswa terlibat menguruskan pilihan raya kampus,
pemantauan pilihan raya kampus,
kebebasan berkempen,
sistem pengundian telus,
dan peruntukan dana kepada calon.
Sumber
Labels:
Aksi,
Gamis,
Jalur Gemilang,
Pro-Mahasiswa,
SMM
Subscribe to:
Posts (Atom)
ENTRI POPULAR
-
Gambar hiasan "Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetap...
-
SUNGAI BESAR – Calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar menunaikan tanggungjawabn...
Blog Archive
-
▼
2016
(28)
-
▼
June
(28)
- Waibi Budiman Tunaikan Tanggungjawab @PRK Sg Besar...
- BN Bakal Rampas Selangor Jika Menang @PRK Sg Besar...
- Awas!!! Taktik Sampah Pembangkang Di Saat Akhir!!!...
- Kerajaan BN Abaikan Kebajikan Nelayan@Sg Besar #pr...
- Pemimpin Pas Layak Jadi Tukang Karut??? #prkSgBesa...
- Muktamad!!! Azmin Rela Karam Bersama Amanah @PRK S...
- Panas!!! 4000 Cina DiAngkut @PRK Sg Besar Demi Kem...
- Pas Nganga Mulut!!! MB Selangor Sokong Pan???#prkS...
- Hormati Suara Dan Teguran Rakyat-Annuar Musa #prkS...
- YB Budiman Yang Sangat Budiman!!!#prkSgBesar #SCS9...
- Amanah Tabur Janji Kosong??? - Pas #prkSgBesar #SC...
- Biar Betul!!! Hj Hadi Jual Agama @PRK Sg Besar #pr...
- Fokus Utama YB Budiman Hanya Untuk Kesejahteraan R...
- Pelik!!! Nelayan Sekinchan Terabai Di Bawah BN #pr...
- Kekalahan Amanah Semakin Hampir @PRK Sg Besar-Nuru...
- 'Kepala Perang' Ghaib @PRK Sg. Besar #prkSgBesar #...
- Tidak Perlu Pecah Kepala Berfikir @PRK Sg Besar -T...
- Pas Tidak Mampu Untuk Menang @PRK Sg Besar - Amana...
- Azmin Bantu Kempen Calon BN @PRK Sg Besar??? #prkS...
- Panas!!! Calon BN Sg Besar Sombong??? #prkSgBesar ...
- Rugi Jika Pilih Calon Pakatan Harapan #prksgbesar ...
- Tahniah!!! Pas Sudah Mula Menipu #prkSgBesar #SCS9...
- Billboard 'Cina Babi'??? Polis Akan Panggil Tony P...
- YB Budiman Pilihan Yang Tepat Untuk Penduduk Sg Be...
- Petanda Pembangkang Bakal Bungkus Di Sg Besar #prk...
- Azmin Tersepit Di Antara Pas Dan Pan. Kemenangan B...
- Pastikan Kemenangan Milik YB Budiman #prksgbesar #...
- Hot!! Hari Malang Buat Teresa Kok!! Terima Hadiah ...
-
▼
June
(28)
Blog Archive
- June (28)
- January (3)
- December (15)
- October (10)
- September (36)
- August (35)
- July (23)
- June (11)
- May (21)
- April (16)
- March (117)
- February (24)
- January (16)
- December (12)
- November (19)
- October (78)
- September (36)
- August (12)
- July (41)
- June (63)
- May (65)
- April (98)
- March (240)
- February (74)
- January (109)
- December (103)
- November (96)
- October (109)
- September (232)
- August (188)
- July (200)
- June (99)
- May (172)
- April (257)
- March (69)
- February (5)
- January (12)
- December (2)
- November (3)


