Showing posts with label kp kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kp kesihatan. Show all posts

Tuesday, 27 November 2012

KP KESIHATAN HANYA DIGANTUNG TUGAS MANAKALA BEKAS KETUA SETIAUSAHA KBS HANYA DITUKAR KEJABATAN LAIN ???

Jika ada yang masih ingat lagi kes yang melibatkan bekas Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Salim Parlan dan bekas pembantu peribadinya, Nur Diayana Norslan yang telah pun dikenakan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun kerana berkhalwat di sebuah hotel di Batu Feringghi di sini, April 2011. Itu dahulu…..Sekarang?



Semakan kami menunjukkan pada senarai pertukaran bidang tugas yang melibatkan JUSA sekarang ini, Datuk Salim Parlan telah ditukarkan bagi menyertai Pasukan Petugas Pemantau Projek, Unit Penyelarasan Pelaksanaan di Jabatan Perdana Menteri….


Berita terkini mengenai kes khalwat Ketua Pengarah Kesihatan, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman dengan Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan :
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman digantung kerja sejak 14 November 2012 sehingga keputusan tatatertib yang bakal diputuskan oleh Suruhanjaya dalam mesyuarat seterusnya, pada 3 Disember 2012

Dalam mesyuarat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), SPA telah menimbangkan kertas cadangan untuk menggantung kerja mengikut Peraturan 28(6) dan Peraturan 45, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 terhadap Dr Hasan, Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian Kesihatan

Tidak kira apa jawatan sekalipun, baik berpangkat tinggi ataupun setakat berjawatan rendah dalam sektor awam, hukuman mestilah berdasarkan kepada peruntukan undang-undang, bukan kepada pertimbangan kasihan, pangkat atau sebaliknya. Jika tidak, kami menjangkakan lebih banyak masalah akan timbul di masa akan datang dalam sektor awam,-

Tuesday, 20 November 2012

INIKAH WAJAH HEBAT PASANGAN KHALWAT DI PUTRAJAYA ???



Dua wajah yang paling hebat di Putrajaya semenjak seminggu ni..ternyata hukuman yang dijatuhkan kepada mereka tidak setimpal dengan apa yang telah mereka lakukan..maklumlah bukan calang-calang orang silelaki dan perempuan ni...inikah dia undang-undang mahkamah di negara tercintaku Malaysia ???

Nafsu manusia tiada batasan, nafsu juga tiada sempadan dan hanya iman sahaja yang mampu kawal nafsu yang liar di luar kawalan.

Nafsu berahi tidak mengira siapa, darjat atau pangkat bukan ukuran, waima seorang ulama yang punyai jutaan murid juga di uji dan teruji kerana semua manusia punyai nafsu. Nafsu kuasa, nafsu harta dan nafsu seks, ianya seiring.


Kini negara di gegarkan dengan kisah tangkapan khalwat berprofail tinggi yang melibatkan Ketua Pengarah Kesihatan baru-baru ini. Tanpa banyak kerenah dan dalih serta tanpa fikir untuk berbohong, KP ini terus mengaku salah berkhalwat dengan seorang jururawat yang khabarnya masih isteri orang. 

Thursday, 15 November 2012

SELAMBA MENGAKUI BERKHALWAT DENGAN ISTERI ORANG ???

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman yang ditangkap berkhalwat bersama seorang jururawat berstatus isteri orang diarah membayar denda RM3,000 oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam setelah dia mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Hasan telah didakwa berkhalwat dengan seorang pegawai wanita di kementerian sama (yang bergelar isteri orang ), Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, 36, di sebuah bilik Hotel Pullman di sini pada pukul 2.18 pagi semalam.Wan Syarifah pula didenda sebanyak RM2,900 selepas kedua mereka mengaku salah atas tuduhan itu.

Hasan yang berstatus duda kelihatan tenang sepanjang prosiding, manakala Wan Syarifah nampak muram serta sesekali menundukkan kepala sewaktu berada di dalam kandang tertuduh.

Sekiranya gagal menjelaskan denda, Hasan akan berdepan hukuman penjara 3 bulan manakala pasangannya boleh dipenjara selama 30 hari.

Terdahulu, Hasan yang tidak diwakili peguam merayu agar hanya dikenakan hukuman denda kerana telah insaf malah mereka bercadang bagi berkahwin setelah proses perceraian pasangannya selesai.

“Saya bertanggungjawab ke atas kesalahan dan belajar daripada kesilapan. Saya berharap diberi peluang serta saya merancang untuk bernikah selepas kes perceraian (Wan Syarifah) selesai,”

Perkara itu turut diakui oleh Wan Syarifah sewaktu mengemukakan rayuan. - Sumber


PT
Aku tak hairanlah kalau jururawat yang kena tangkap berkhalwat..sebab sudah banyak kes yang membabitkan jururawat ni. Apa lagi berstatus isteri orang, kalau isteri orang 'makan' pula curi-curi punyalah... Dari dulu hingga sekarang banyak kes khalwat adalah dikalangan jururawat dan ditambah masih isteri orang. Apa punya celaka perangai jururawat ni.Sanggup menduakan suami sendiri dan sanggup pula menadah 'kemaluan' untuk di sondol jantan keparat.... apapun 'betina' sebegini Allah akan membalas secara tunai atas apa yang dia lakukan pada suaminya.....mintak-mintak jauhkanlah perkara sebegini kepada kaum keluarga kita... 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive