Adik Mursyidul Am Pas, Nik Razi Nik Mat di sini, semalam meminta semua pihak menghentikan spekulasi isu doa yang dibacakan selepas solat hajat sempena muktamar parti itu, Jumaat lalu.
Menurutnya, isu tersebut sudah berada di kemuncaknya dan tiada apa yang perlu diperkatakan lagi.
“Sudah cukup apa yang dilaporkan oleh media mengenai bacaan doa terbabit dan saya mengakui saya membacanya tanpa dipengaruhi sesiapa pun.
“Memang saya diarahkan menjadi imam dan bukan untuk doa itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.
Pada Jumaat lalu, Nik Razi didakwa mendoakan kehancuran terhadap Umno dan Barisan Nasional ketika solat Hajat sempena Muktamar Pas ke-58 di Stadium Sultan Muhammad IV.
Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Mahfodz Mohamed mengesahkan kandungan doa tersebut bukan atas arahan sesiapa, tetapi atas inisiatif Nik Razi sendiri.
Menurutnya, beliau berada sama ketika solat Hajat yang dihadiri lebih 40,000 orang.
PT
Adik doa hancur,abangnya pula kata murtad,dua2 dah .... sampai terlupa barangkali.Abangnya pernah berdoa untuk Tun dulu pun Allah dah tak terima sebab Pas parti sesat.Pas dah lama murtad kerana keluar dari Islam ambik agama kebajikan, satu lagi tukang jaja hudud untuk menraih undi dari rakyat. Akhirnya Hj Hadi tandatangan Hudud tiada dalam Pakatan Haram,Peliknya boleh pulak bagi tahu kepada rakyat hudud ni 0.001% jer setelah puak sesat Pas ni memecah belah habis orang-orang Islam di Malaysia.
dia takut jus doa dia x laku ker?org umno x boikot produk org2 pas macam yg korang lakukan kat sekincan ikan bakar tue..
ReplyDeletekami xmudah melatah dengan doa,murtad,mungkar serte pelbagaifatwa sonsang Pas ni.tapi sentiasa ingat kelemahan sendiri....yang sentiasa perlukan sokongan terutamanya dikalangan umat Islam..jangan lah sesuka hafi menganiaya orang dengan doa kehancuran umat.. Allah swt tahu isi perot UMNO sepertimana Allah swt tahu perot busokPas tu...
ReplyDelete