Inilah kenyataan yang mampu menyemarakkan api kemarahan dan ketidakpuasan hati seluruh umat Islam yang diungkapkan oleh Izzah plural baru-baru ini ketika menjadi ahli panel forum “Islamic State: Which Version; Who’s Responsibility?” anjuran Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang. Lazer betul mulut si Izzah ni ye.
Selain Izzah plural, panelis lain yang turut dijemput adalah peguam dan aktivis hak asasi manusia, Malik Imtiaz, Ahli Parlimen PAS Parit Buntar ,Mujahid Yusof Rawa Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian, Ketua Pengajian Melayu Universiti Nasional Singapura, Dr. Syed Farid Alatas, Penganjur BERSIH, Dr. Wong Chin Huat dan aktivis Kristian, Datuk Kenny Ng. Apa yang menyedihkan Cik Yah ialah Mujahid Yusof Rawa seorang ahli PAS yang kononnya memperjuangkan Islam mempertahankan Izzah plural ni.
Selain itu, macam biasalah pelakon airmata terhebat, Datin Seri Wan Azizah memulakan lakonan watak sedih seorang ibu yang kasihankan anaknya, Nurul Izzah yang berhadapan dengan serangan berbagai pihak akibat mengeluarkan kenyataan yang ‘politically incorrect’ bagi partinya, berkenaan kebebasan beragama bagi Umat Islam.
Wan Azizah menyalahkan media kononnya memutarbelitkan kenyataan anaknya dan kononnya ia adalah serangan politik dari pihak lawan sebagaimana yang dialami oleh suaminya ketika dituduh meliwat dan terlibat dalam pluralisme dan liberalisme. Si ayah pula (Anwar Ibrahim) pun turut sama-sama menjayakan drama tragis ni. Anwar beria-ia mempertahankan anak kesayangannya.
No comments:
Post a Comment