Wednesday 7 November 2012

ANWAR SALAHKAN UMNO ISU KENYATAAN ANAKNYA NURUL IZZAH !!!



KUALA LUMPUR – Umno-Barisan Nasional (BN) semakin terdesak sehingga sanggup memanipulasikan kenyataan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar berkaitan akidah dan kebebasan beragama, dakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Anwar, Ketua Pembangkang dan Ketua Umum PKR, turut membidas sikap tidak bertanggungjawab Umno-BN yang menjadikan persoalan agama sebagai alat permainan politik demi memastikan Umno-BN terus kekal relevan di negara ini.

“Agama digunakan menjadi alat permainan parti politik bagi pihak Umno, dan ini tidak sihat, jadi ini menjadi sebab saya pandang serius.

“Ini soal agama, bukan soal mainan politik, keyakinan orang, jadi Umno terus gunakan cara ini, kenyataan saya juga dah banyak kali dimanipulasikan Umno sebagai serangan politik,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Anwar tidak menolak kemungkinan anaknya akan mengambil tindakan mahkamah ke atas media kerana membuat laporan berbentuk fitnah dan tidak benar berhubung kenyataan Nurul Izzah.

Anwar mendakwa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) berkemungkinan menerima panggilan telefon daripada ibu pejabat Umno mengarahkan supaya Nurul Izzah dipanggil untuk disoal siasat berhubung laporan yang dikaitkan dengannya bertajuk “Melayu bebas pilih agama?” yang disiarkan Mingguan Malaysia. 
- bloglistmalaysia


Sebenarnya apa yg diperkatakan oleh Nurul Izzzzzzz adalah selari dan konsisten dgn ucapan bapanya bertajuk “Religion and Pluralism in a Divided World” di London School of Economic (LSE) pada 18 Mac 2010, yang bercanggah dengah AKIDAH.

 Persoalan Firman Allah, ‘Tidak Ada Paksaan Dalam Agama’.

Anwar Ibrahim : Al Quran sendiri menganjurkan Pluralisme Agama seperti dalam firman ‘tidak ada paksaan dalam agama’, maka mestilah perbuatan memaksakan kepercayaan seseorang ke atas orang lain bukan bersifat Islamik. Jika ayat ini ditolak maka kenyataan Al Quran itu tidak mempunyai apa-apa erti.

Ulasan oleh ulama Uthman El-Muhammady :Tidak ada paksaan dalam agama’ (2:256) dalam Islam bermaksud bahawa umat Islam tidak boleh memaksa bukan Islam supaya memeluk Islam. Ia terletak pada pilihannya. Tetapi apabila seseorang itu sudah Islam maka ia tertakluk kepada undang-undang Islam, termasuk berkenaan larangan murtad daripada agama Islam. Kita tidak menafsir kebebasan beragama itu bermakna kebebasan untuk murtad bagi orang Islam.

Maka umat Islam tidak seharusnya mengikuti falsafah lain tentang kebebasan manusia dan agama apabila falsafah itu sendiri bercanggah dengan Quran. Dalam Islam ‘freedom of conscience’ (kebebasan jiwa) bukannya kebebasan ala Barat tetapi harus tunduk dengan akidah dan syarak Islam.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive