Sunday 25 November 2012

'ANWAR ! BOLEH TAK JANGAN MALUKAN NEGARA ? - PM


Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Sabtu bergema dengan teriakan bersemangat wakil-wakil lebih 1,500 badan bukan kerajaan (NGO) dari seluruh negara.

Jumlah itu bukan sedikit dalam konteks keahlian setiap NGO-NGO berkenaan.

Mereka berkumpul dalam Himpunan Barisan 1Malaysia,salah satu majlis menjelang Perhimpuan Agung UMNO minggu depan.

Ia adalah himpunan serentak NGO yang terbesar dalam sejarah negara.

Kehadiran sebegitu ramai wakil-wakil NGO berkenaan membuatkan Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyampaikan ucaputama dengan penuh bersemangat bertanya hadirin, " siapa kata NGO tidak sokong BN,siapa kata orang muda tidak sokong dan siapa kata orang tua tidak".

Dalam ucapan itu Perdana Menteri meminta rakyat sedar tentang putrabelit pembangkang cuba mengambarkan macam-macam tidak betul di negara ini sedangkan keadaan sebenar tidak.

Ini termasuk cubaan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjemput Australia memantau pilihanraya umum ke 13 yang disifatkan oleh Najib satu perbuatan yang memalukan negara.

"Jangan bagi malu negara," tegasnya sambil memberi jaminan Malaysia mampu mengurus pilihanraya umum sendiri.

SETERUSNYA BACA DI SINI

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive