PAS tidak lagi mampu menutup masalah dalaman parti itu yang semakin hari semakin kronik. Masalah parti itu bukannya masalah biasa seperti pertelagahan atau pertentangan pendapat antara pemimpin, tetapi ia adalah jauh lebih serius kerana ia melibatkan prinsip dan pendirian yang membawa kepada jati diri dan hala tuju parti.
Masalah PAS bermula apabila parti tersebut bekerjasama dengan DAP dan menjadi semakin parah apabila kumpulan Anwarinas mula menguasai. Dari situ, roh Islam PAS yang sedia celaru menjadi haru-biru apabila jin liberal dan kafir harbi mengambil-alih parti. Hari ini, PAS adalah umpama jasad tanpa roh kerana telah dirasuk sepenuhnya oleh Anwar dan juga DAP.
Hakikat ini semakin terserlah apabila Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Samad secara terang-terangan ‘menganjing-kurapkan’ ahli-ahli PAS hanya kerana mereka mengkritik parti dalam wacana “Mengembalikan PAS ke Landasan Asal”.
Menurut Khalid, PAS tidak pernah tersasar dari landasan sebagaimana kritikan dan kebimbangan sebahagian besar ahli-ahlinya. Khalid kemudiannya menuduh ahli-ahli yang terlibat itu sebagai golongan tidak berpuas hati atau kecewa serta merupakan bekas ahli PAS, sekali gus menolak 11 resolusi yang dicapai dalam wacana tersebut sebagai tidak mewakili akar umbi. Sambungannya sila tekan di sini
PT
Hebat si Khlalid G ni 'mengkurapkan' para penyokong Pas..sejak akhir-akhir ini Khalid semakin lantang menyuarakankan kelemahan Pas dan ketololan para pemimpin Pas dalam menangani sesuatu isu yang melibatkan pakatan mereka. Kesian pada para ulamak Pas..sanggup menerima segala tomahan dan tuduhan oleh si Khalid G. Sanggup menerima segalanya demi mencapai cita-cita untuk menjejakkan kaki di Putrajaya. Kalau aku kata ahli-ahli Pas termasuk para pemimpin ni 'bengong' marah lupoak mereka.. tapi memang betul sejak akhir-akhir ini kebngongan mereka terserlah sangat-sangat.
No comments:
Post a Comment