Thursday 22 November 2012

"KAK ZU" MAK LAMPIR MENGAKU MEMILIKI LEBIH DARI SATU KENDERAAN ???

Pendedahan yang dibuat oleh portal SEL13.COM tentang Mak Lampir Ampang, Zuraidah Kamaruddin, rupa-rupanya membuatkan Ketua Wanita PKR yang busuk hati perutnya itu, tersentak. Lakonannya selama ini telah terbongkar, dan apabila dia memberikan penjelasan bagaimana dia boleh mengumpulkan kereta-kereta mewah dalam tempoh empat tahun bergelar Ahli Parlimen, sekali lagi penjelasannya mendedahkan kemunafikannya sendiri.



Sebelum ini, Zuraida didakwa memiliki empat buah kenderaan atas nama beliau antaranya SUV Volvo, Toyota Hilux dua buah dan terbaru sebuah Mercedes.

Bagaimanapun Zuraida dipetik dari sebuah portal pembangkang berkata tidak ada apa-apa unsur mencurigakan dalam pemilikan berkenaan serta mengalu-alukan jika mana-mana pihak mahu melakukan siasatan terhadap dirinya.

“Saya tidak ada masalah jika mana-mana pihak mahu lakukan siasatan.

“Kereta Volvo yang dipersoalkan itu saya beli dengan menggunakan pengecualian duti eksais diperolehi ahli parlimen.

“Toyota Hilux itu pula, saya ‘trade in’ dengan kereta Naza sebelum ini bagi memudahkan untuk turun ke kawasan, sebiji lagi Toyota Hilux dengan nombor pendaftaran WTY 1547 dibeli oleh seorang anggota parti menggunakan nama saya kerana nama beliau sudah disenarai hitamkan,” kata Zuraida.

Ketua Wanita PKR itu juga menambah beliau sudah memiliki lebih daripada sebuah kenderaan sebelum menjadi wakil rakyat.

“Mereka mungkin tidak tahu, sebelum menjadi wakil rakyat lagi, Kak Zu (Zuraida) sudah miliki lebih daripada satu kenderaan.

“Tentang isu tidak membayar saman, negara kita kan ada undang-undang? Nanti bila nak hidupkan cukai jalan, saya perlu bayar semua saman sebelum dibenarkan berbuat demikian,” katanya.


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive