Showing posts with label Parlimen. Show all posts
Showing posts with label Parlimen. Show all posts

Wednesday, 8 October 2014

Demo Minyak!!! Kakak Montel PR Tunjuk Gedebe

Pagi tadi dengar cerita ada himpunan yang dilakukan oleh para penyokong PR di jalan masuk Parlimen. Antara punca mereka ini berkumpul adalaj disebabkan oleh peningkatan harga minyak petrol dan diesel apabila kerajaan mengambil keputusan menarik balik subsidi sebanyak RM0.20 sejak beberapa hari lepas.

Ada di kalangan peserta demo membawa kertas bertulis " Nak bagi rakyat makan pasir ke" seperti di bawah.

Dari apa yang kita tengok, kakak kita ni badannya boleh tahan juga, agak chubby juga orangnya. Agaknya oleh kerana risau badannya akan turun maka beliau membuat pertanyaan sebegitu.

Bersyukur le kak sebab badan dah gedempol macam tu sebab berada di Malaysia, kalau di Afrika rasanya nak berjalan pun akak tak tentu mampu sampai baju saiz double S pun dah nampak macam saiz L.

Kat tangan tu pun kita boleh tengok ada smartphone, mampu akak kita ni membeli telefon canggih macam tu dan patutnya bersyukurlah sebab di negara ni rakyatnya sekarang dah ramai menggunakan smartphone macam tu dan ini membuktikan bahawa penduduk negara ini mempunyai kemampuan.

Sumber

Thursday, 20 March 2014

#MH370 - Perbezaan Malaysia & Australia Menghargai Parlimen???


Shahbudin Husin,

Setelah masuk hari ke 13 pencarian pesawat MH370 yang masih hilang dan dunia buntu mengenai misterinya yang tidak pernah berlaku sebelum ini, Perdana Menteri Australia, Tony Abott membawa berita yang sedikit melegakan iaitu dengan penemuan objek yang tenggelam timbul oleh satelit negaranya di selatan Lautan Hindi.

Atas sedikit kepercayaan bahawa objek sepanjang 24 meter itu adalah serpihan daripada pesawat MH370, selain meminta pihak berkuasa di negaranya berusaha mengesan penemuan itu bagi memastikan kesahihannya, beliau juga memaklumkannya kepada Perdana Menteri, Najib Razak melalui telefon.

Di negaranya pula, Tony Abott membuat pengumuman mengenai penemuan itu di Parlimen, sebuah institusi tertinggi di mana-mana juga negara demokrasi. Perkara ini segera menarik perhatian dunia tentang bagaimana beliau menghargai Parlimen yang mewakili kepentingan rakyat sedangkan jika mahu, beliau boleh saja memanggil sidang akhbar di pejabat atau kediamannya untuk mengumumkan penemuan itu.

Tetapi kerana menghargai Parlimen dan supaya pengumuman itu didengar oleh semua wakil rakyat yang seterusnya mewakili rakyat Australia, beliau akhirnya memilih Parlimen untuk berbuat demikian.

Walaupun MH370 bukan milik negaranya tetapi kerana menyedari isu kehilangan pesawat itu menjadi tumpuan dunia ketika ini, kewajaran dan keseriusan beliau sebagai pemimpin dalam melihat insiden ini seharusnya dihargai dan dipuji.

Ini nyata berbeza dengan negara kita, disamping pesawat MH370 adalah milik negara ini dan tumpuan pula diberikan oleh rakyat dan dunia, tetapi Parlimen tidak digunakan dengan sebaiknya, malah diketepikan pula.

Ketika awal kejadian ini berlaku, Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar telah mencadangkan agar Perdana Menteri membawa usul mengenai kehilangan itu di Parlimen supaya bukan saja boleh diberitahu kepada wakil-wakil rakyat apa yang sebenarnya berlaku, tetapi juga boleh dibahaskan bagi menggambarkan kepentingannya kepada negara dan rakyat.

Malangnya ianya telah ditolak oleh Speaker atas alasan operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan, dan mencadangkan jika Ahli-Ahli Parlimen ingin membangkitkan mengenainya, ia boleh dilakukan ketika perbahasan titah Diraja.

Beberapa hari kemudian pula iaitu pada 18 Mac, Pemangku Menteri Pengangkutan, Hishammuddin Hussein didapati telah bersetuju untuk memberi taklimat mengenai insiden kehilangan pesawat itu kepada hanya Ahli-Ahli Parlimen BN. Taklimat diadakan di sebuah tempat mewah iaitu The Aloff di KL Sentral.

Sergahan Ahli-Ahli Parlimen pembangkang agar taklimat itu tidak terhad hanya kepada wakil rakyat BN dan seharusnya juga terbuka kepada semua Ahli Parlimen, langsung tidak dilayani oleh kerajaan. Hishammuddin kemudian memberi alasan remeh dengan menyatakan taklimat kepada wakil rakyat BN adalah kerana ia diminta oleh BNBBC dan sekiranya wakil pembangkang mahukan taklimat yang sama, mereka juga diminta mengemukakan permohonan kepadanya.

Adakah amat memalukan hujah yang dikemukakan itu kerana taklimat yang berlainan sudah tentunya isi taklimatnya juga berbeza. Jika benar kerajaan telus, terbuka dan tidak berhasrat menyembunyikan sebarang maklumat, taklimat yang diminta oleh BNBBC itu boleh diadakan sekali dengan taklimat untuk wakil rakyat daripada pembangkang.

Bukankah ia lebih menjimatkan dan tidak membazirkan masa dan tenaga?

Namun apa yang belaku di sebalik kehilangan pesawat ini, kerajaan bukan saja membelakangkan Parlimen, sebuah institusi penting yang mewakili seluruh rakyat, bahkan cuba pula menidakkan peranan serta kehadiran Ahli-Ahli Parlimen pembangkang dengan mengadakan majlis taklimat yang tertutup hanya untuk BN saja.

Sementara insiden kehilangan pesawat ini turut banyak memalukan kepimpinan negara tentang bagaimana cara menguruskan krisis dan menjaga kredebilitinya, tindakan Tony Abott bercakap tentang isu penting yang melibatkan dunia di Parlimen negaranya telah mendedahkan satu lagi kelemahan kerajaan BN yang sudah memerintah negara ini sejak lebih 50 tahun lalu tanpa hentinya.

Di sebalik Tony Abott menelefon Najib untuk memaklumkan penemuan objek itu, beliau juga sebenarnya mengajar Perdana Menteri dan kerajaan untuk menghargai Parlimen. Sekalung tahniah untuk Tony Abott. - SH 

Tuesday, 9 July 2013

Rais! Hang Jaga UIA Elok2 - Shahidan Kassim


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim membuat tweet yang ditujukan kepada Presiden baru UIA Rais Yatim.


“Saya berada diparlimen sepanjang hari..saya catat prestasi bahas..saya pling lyak komen..bukan rais.”

“Saya berpuas hati dgn perbahasan diparlimen…bn mps best…rais tak perlu komen melampau..jaga uia.”


Melihat kepada akaun Twitter Rais Yatim, ini di antara tweet beliau…

“Ramai yg buat macm2 syor tntg masa depan umno dn BN. Yg terpenting buat syor Melayu Bersatu dulu. Bila Melayu satu yg lain ikut.”

“Sidang DRakyat kali ini akan penuh konflik retorik. Semoga AP kita berbudaya bina negarabangsa lebih dari bertelingkah.”

“Perkembangan kini menampakkan kebebasan berkomunikasi dlm demokrasi sdah dijadikan senjata makan tuan.”

“Nmpaknya dunia ahli dewan rakyat sudah bermula dgn amalan budaya kasar-garang. Apa yg dapat kita pelajari dari gelagat mereka?”

PT
Nampaknya Si Rais terlupa yang beliau bukan menteri lagi ...Rais tak payahlah nak ganggu kerja orang lain..betul seperti saranan Shahidan, hang jaga UIA sudahlah....

Sunday, 7 April 2013

#GE13 : Kepada Yang Belum Ketahui , Jumlah Kerusi Parlinen Dan DUN #PRU13 #Vote4BN # ManifestoBN


Mari Mengundi...

Jumlah kerusi Parlimen dan DUN yang akan dipertandingkan pada Pilihanraya umum tahun 2013 (PRU 13) di Malaysia.

Dibawah adalah gambaran dan fakta sebenar mengenai jumlah kerusi Parlimen (P) dan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan dipertandingkan pada PRU 13 mengikut negeri.

Jumlah Parlimen Dan DUN PRU 13

Perlis, 3 (P) 15 (DUN)

Kedah, 15 (P) 36 (DUN)

Pulau Pinang, 13 (P) 40 (DUN)

Perak, 24 (P) 59 (DUN)

Selangor, 22 (P) 56 (DUN)

Kuala Lumpur, 11 (P)

Putrajaya, 1 (P)

Labuan, 1 (P)

Negeri Sembilan, 8 (P) 36 (DUN)

Melaka, 6 (P) 28 (DUN)

Johor, 26 (P) 56 (DUN)

Pahang, 14 (P) 42 (DUN)

Terengganu, 8 (P) 32 (DUN)

Kelantan, 14 (P) 45 (DUN)

Sarawak, 31 (P) 71 (DUN)

Sabah, 25 (P) 60 (DUN)

Jumlah: 222 kerusi Parlimen, 576 DUN

Wednesday, 3 April 2013

#PRU13 : Mustapha 'Tok Nujum' Pas Salahkan Umno Kerana Bubar Parlimen !!! #TolakPR #ManifestoBukanJanji


Mustapha Ali macam Tuk Nujum, segala perkara dia boleh tafsir walaupun dia di luar UMNO, Hebat. 
Dendam PAS pada UMNO tak pernah reda. Ada saja benda yang tak kena pada PAS. 

Ajaibnya pengikut dan ahli PAS yang dungu tu boleh terima saja apa-apa statement yang mereka luahkan. Apa lagi semua rakyat sekarang ini lah masa nya PAS, DAP dan PKR dihumbankan jauh dari tanah air yang berdaulat ini. 

Undilah dengan cara berhemah, berpayung dibawah Kerajaan yang membela Islam, Melayu dan Raja. Yang rugi, adalah mereka-mereka yang bernafsukan haiwan dan tidak berfikiran waras.

Jadikan PRU13 nanti sebagai peristiwa yang terbaik untuk menukar kerajaan Kelantan sekarang kepada kerajaan pimpinan Umno/BN. Kuasa memilih pemerintah berada di tangan rakyat Kelantan, pastikan PRU13 tidak berlalu sia-sia, tidak kira bila ia menjelma. Bijak memilih, negeri Kelantan berubah !!!

Wednesday, 20 March 2013

Ekoran Parlimen Bubar Hari Ini !! - Kenyataan Terkini Pejabat PM @NajibRazak




Ekoran dari khabar angin yang bertiup kencang mengatakan PM Najib telah membubarkan parlimen, lihat transkrip di bawah..berdozen blog-blog pembangkang memainkan khabar angin ini..

Berikut adalah transkrip penuh kenyataan akhbar Perdana Menteri pada sidang akhbar khas di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya pada pukul 12.35 tengah hari ini:

``Saya ingin mengumumkan mengenai pembubaran parlimen pada hari ini setelah mengadap Yang di-Pertuan Agong pada pagi ini.

``Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk membubarkan parlimen berkuat kuasa hari ini bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 dijalankan.

``Yang di-Pertuan Agong menandatangani perisytiharan pembubaran parlimen.

``Dengan itu, kerajaan-kerajaan negeri turut dinasihatkan membubar Dewan Undangan Negeri berkuat kuasa pada hari yang sama.

``Suruhanjaya Pilihan Raya juga sudah dimaklumkan mengenai perkara ini.

Thursday, 22 November 2012

"KAK ZU" MAK LAMPIR MENGAKU MEMILIKI LEBIH DARI SATU KENDERAAN ???

Pendedahan yang dibuat oleh portal SEL13.COM tentang Mak Lampir Ampang, Zuraidah Kamaruddin, rupa-rupanya membuatkan Ketua Wanita PKR yang busuk hati perutnya itu, tersentak. Lakonannya selama ini telah terbongkar, dan apabila dia memberikan penjelasan bagaimana dia boleh mengumpulkan kereta-kereta mewah dalam tempoh empat tahun bergelar Ahli Parlimen, sekali lagi penjelasannya mendedahkan kemunafikannya sendiri.



Sebelum ini, Zuraida didakwa memiliki empat buah kenderaan atas nama beliau antaranya SUV Volvo, Toyota Hilux dua buah dan terbaru sebuah Mercedes.

Bagaimanapun Zuraida dipetik dari sebuah portal pembangkang berkata tidak ada apa-apa unsur mencurigakan dalam pemilikan berkenaan serta mengalu-alukan jika mana-mana pihak mahu melakukan siasatan terhadap dirinya.

“Saya tidak ada masalah jika mana-mana pihak mahu lakukan siasatan.

“Kereta Volvo yang dipersoalkan itu saya beli dengan menggunakan pengecualian duti eksais diperolehi ahli parlimen.

“Toyota Hilux itu pula, saya ‘trade in’ dengan kereta Naza sebelum ini bagi memudahkan untuk turun ke kawasan, sebiji lagi Toyota Hilux dengan nombor pendaftaran WTY 1547 dibeli oleh seorang anggota parti menggunakan nama saya kerana nama beliau sudah disenarai hitamkan,” kata Zuraida.

Ketua Wanita PKR itu juga menambah beliau sudah memiliki lebih daripada sebuah kenderaan sebelum menjadi wakil rakyat.

“Mereka mungkin tidak tahu, sebelum menjadi wakil rakyat lagi, Kak Zu (Zuraida) sudah miliki lebih daripada satu kenderaan.

“Tentang isu tidak membayar saman, negara kita kan ada undang-undang? Nanti bila nak hidupkan cukai jalan, saya perlu bayar semua saman sebelum dibenarkan berbuat demikian,” katanya.


Friday, 24 August 2012

TERDEKAT !!! PARLIMEN AKAN DIBUBARKAN ???




Ada maklumat dari sumber yg boleh dipercayai, parlimen akan dibubarkan dlm masa terdekat. Arahan telah dikeluarkan kpd menteri kabinet, khususnya Komponen BN agar siap sedia. Perisik BN dari SB, Military dan survey yg dibuat ini masa yg sesuai. Laporan telah dihantar kpd Majlis Keselamatan Negara.

Ikut laporan, sokongan Cina kpd Najib meningkat manakala melayu kekal pada tahap sekarang. Yang menariknya kata maklumat ini, usaha pecah belah PAS-DAP melalui isu hudud mula berhasil. Watak penting spt Ust Nasharudin Mat Isa, Karpal Singh dan beberapa kepimpinan PAS akan terus di eksploitasikan.

Lepas ini beberapa tokoh ulama spt Mufti, Ust Fathul Bari, Ulama yg kononnya bebas politik, tok guru pondok dll akan diheret secara agresif dlm isu hudud. BN perlukan lonjakan 5% lagi sokongan melayu utk kekal memerintah.

Saturday, 11 August 2012

BIAR BETUL !!! 14 MP SARAWAK BAKAL JADI KATAK ???


Spekulasi bertiup kencang bahawa Sarawak termasuk PBB akan melihat beberapa pembelotan pada hari-hari sebelum pilihan raya umum ke-13, maklumat yang akan diadakan bila-bila masa di antara September dan Hari Raya Haji tahun ini.

Khabar-khabar angin tersebar dengan nama, di antara mereka ada MP Santubong Wan Junaidi Tuanku Jaffar dan MP Petra Jaya Fadhillah Yusuf.


Sarawak dan Sabah mempunyai keseluruhan 56 kerusi parlimen.

Sarawak mempunyai 31 kerusi di mana PBB memegang 14, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) telah diperuntukkan tujuh, Parti Rakyat Sarawak (6) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (empat).

Anwar seringkali dikaitkan sebagai mempunyai tarikh akhir peribadi yang adalah “16 Sept, 2012″ telah menderita malu kubur usaha membatalkan untuk merampas Putrajaya pada 16 Sept, 2008.

Setelah dihentam dengan “kecaman memalukan” oleh Umno, Anwar berharap untuk pergi ke pilihan raya umum ke-13 yang bersenjata dengan Ahli Parlimen di sebelah beliau.

Sudah berada “di samping” adalah Lajim dan Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing, yang berpaling tadah dari BN Sabah bulan lepas.

Khabar angin adalah bahawa lapan lagi Ahli Parlimen di Sabah boleh melompat pada minggu-minggu akan datang.

Antara nama yang disebut-sebut termasuklah Abdul Ghapur Salleh (MP Kalabakan) dan Bung Mokthar (MP Kinabatangan).

Timbalan Ketua Umno Sabah Nasir Sakaran tidak menolak kemungkinan lebih panglima perang UMNO yang menyertai Lajim dan Bumburing.

Menurut beliau, kini jelas bahawa orang-orang ini telah dalam rundingan dengan Anwar untuk beberapa ketika.

“Mereka tidak mempunyai peranan dalam BN atau perjuangan. Saya percaya mereka telah lama berada dalam rundingan dengan Anwar, “katanya.

Ceramah daripada pembelotan di Sabah telah tidak meninggalkan Sarawak dari terjejas walaupun penafian berat oleh pemimpin-pemimpin BN persekutuan dan negeri.

Beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin PRS, SPDP dan SUPP untuk mengukur sokongan di Sarawak.

“Jika Najib  mengganggu Taib dalam hal BN Sarawak, beliau akan pergi kepada Anwar,” kata pemerhati yang merujuk kepada laporan baru-baru ini bahawa Taib telah didakwa telah berjumpa dengan Anwar secara sulit di Singapura pada bulan Jun lalu.

Tetapi mesyuarat itu adalah teramat singkat kerana dikatakan Taib terpaksa tergesa-gesa kembali ke Kuching untuk menghadiri satu mesyuarat.

Rupanya barulah terbongkar cerita bahawa Taib telah bertemu dengan seorang utusan dari Putrajaya dan tidak pernah kembali ke Singapura untuk meneruskan perbincangan dengan Anwar.

Dengan apa yang ADUN PBB Asajaya Abdul Karim Hamzah digambarkan sebagai “lobak merah yang terlalu baik untuk menjadi benar”.

Kehadiran Najib di Sarawak, atas alasan untuk berbuka puasa, hanya mengesahkan bahawa spekulasi bahawa Anwar mungkin sudah semakin hampir kepada Ahli Parlimen yang dikawal Taib.

Monday, 16 July 2012

WAJARKAH PERSEMBAHAN SITI NURHALIZA DI JAMUAN PERDANA HARI GURU PARLIMEN KOTA BHARU??



Laporan sebuah portal yang menyebut Umno Kota Bharu undang 
artis hiburkan guru.

Nak komen banyak2 nanti dicop melawan kerajaan pulak, nak tulis panjang2 tentang wajarkah berbuat demikan nanti dicop menyokong pembakang. PT mendapat maklumat mengatakan ada seorang guru seorang guru besar menegur program yang hendak diadakan dalam satu mesyuarat, tetapi pandangan beliau langsung tidak diambil kira dan dipandang sepi.

Pada pandangan PT kalau inilah cara pemimpin Umno Kelantan membuat gerakkerja untuk meraih sokongan..ibarat 'mencari penyakit' dalam situasi Umno Kelantan pada hari ini.

Apa pun kita masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat, fikir-fikir dan renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan !!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive