Thursday 20 March 2014

#MH370 - Perbezaan Malaysia & Australia Menghargai Parlimen???


Shahbudin Husin,

Setelah masuk hari ke 13 pencarian pesawat MH370 yang masih hilang dan dunia buntu mengenai misterinya yang tidak pernah berlaku sebelum ini, Perdana Menteri Australia, Tony Abott membawa berita yang sedikit melegakan iaitu dengan penemuan objek yang tenggelam timbul oleh satelit negaranya di selatan Lautan Hindi.

Atas sedikit kepercayaan bahawa objek sepanjang 24 meter itu adalah serpihan daripada pesawat MH370, selain meminta pihak berkuasa di negaranya berusaha mengesan penemuan itu bagi memastikan kesahihannya, beliau juga memaklumkannya kepada Perdana Menteri, Najib Razak melalui telefon.

Di negaranya pula, Tony Abott membuat pengumuman mengenai penemuan itu di Parlimen, sebuah institusi tertinggi di mana-mana juga negara demokrasi. Perkara ini segera menarik perhatian dunia tentang bagaimana beliau menghargai Parlimen yang mewakili kepentingan rakyat sedangkan jika mahu, beliau boleh saja memanggil sidang akhbar di pejabat atau kediamannya untuk mengumumkan penemuan itu.

Tetapi kerana menghargai Parlimen dan supaya pengumuman itu didengar oleh semua wakil rakyat yang seterusnya mewakili rakyat Australia, beliau akhirnya memilih Parlimen untuk berbuat demikian.

Walaupun MH370 bukan milik negaranya tetapi kerana menyedari isu kehilangan pesawat itu menjadi tumpuan dunia ketika ini, kewajaran dan keseriusan beliau sebagai pemimpin dalam melihat insiden ini seharusnya dihargai dan dipuji.

Ini nyata berbeza dengan negara kita, disamping pesawat MH370 adalah milik negara ini dan tumpuan pula diberikan oleh rakyat dan dunia, tetapi Parlimen tidak digunakan dengan sebaiknya, malah diketepikan pula.

Ketika awal kejadian ini berlaku, Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar telah mencadangkan agar Perdana Menteri membawa usul mengenai kehilangan itu di Parlimen supaya bukan saja boleh diberitahu kepada wakil-wakil rakyat apa yang sebenarnya berlaku, tetapi juga boleh dibahaskan bagi menggambarkan kepentingannya kepada negara dan rakyat.

Malangnya ianya telah ditolak oleh Speaker atas alasan operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan, dan mencadangkan jika Ahli-Ahli Parlimen ingin membangkitkan mengenainya, ia boleh dilakukan ketika perbahasan titah Diraja.

Beberapa hari kemudian pula iaitu pada 18 Mac, Pemangku Menteri Pengangkutan, Hishammuddin Hussein didapati telah bersetuju untuk memberi taklimat mengenai insiden kehilangan pesawat itu kepada hanya Ahli-Ahli Parlimen BN. Taklimat diadakan di sebuah tempat mewah iaitu The Aloff di KL Sentral.

Sergahan Ahli-Ahli Parlimen pembangkang agar taklimat itu tidak terhad hanya kepada wakil rakyat BN dan seharusnya juga terbuka kepada semua Ahli Parlimen, langsung tidak dilayani oleh kerajaan. Hishammuddin kemudian memberi alasan remeh dengan menyatakan taklimat kepada wakil rakyat BN adalah kerana ia diminta oleh BNBBC dan sekiranya wakil pembangkang mahukan taklimat yang sama, mereka juga diminta mengemukakan permohonan kepadanya.

Adakah amat memalukan hujah yang dikemukakan itu kerana taklimat yang berlainan sudah tentunya isi taklimatnya juga berbeza. Jika benar kerajaan telus, terbuka dan tidak berhasrat menyembunyikan sebarang maklumat, taklimat yang diminta oleh BNBBC itu boleh diadakan sekali dengan taklimat untuk wakil rakyat daripada pembangkang.

Bukankah ia lebih menjimatkan dan tidak membazirkan masa dan tenaga?

Namun apa yang belaku di sebalik kehilangan pesawat ini, kerajaan bukan saja membelakangkan Parlimen, sebuah institusi penting yang mewakili seluruh rakyat, bahkan cuba pula menidakkan peranan serta kehadiran Ahli-Ahli Parlimen pembangkang dengan mengadakan majlis taklimat yang tertutup hanya untuk BN saja.

Sementara insiden kehilangan pesawat ini turut banyak memalukan kepimpinan negara tentang bagaimana cara menguruskan krisis dan menjaga kredebilitinya, tindakan Tony Abott bercakap tentang isu penting yang melibatkan dunia di Parlimen negaranya telah mendedahkan satu lagi kelemahan kerajaan BN yang sudah memerintah negara ini sejak lebih 50 tahun lalu tanpa hentinya.

Di sebalik Tony Abott menelefon Najib untuk memaklumkan penemuan objek itu, beliau juga sebenarnya mengajar Perdana Menteri dan kerajaan untuk menghargai Parlimen. Sekalung tahniah untuk Tony Abott. - SH 

6 comments:

  1. Shahbuddin Husin nieh Boddoh, Banggang, Otak letak kat kepala Lutut...

    Kaji Dulu suasana Parlimen Australia dgn Parlimen Malaysia..

    Parlimen Malaysia penuh dgn Kaji Balun yang Bodoh, Sombong, Banggang.. dari Kalangan Pembangkang

    Pembangkang kat Malaysia tak kira apa isu tahu nak Bangkang aje.. Boddoh Tahap Gaban..

    ReplyDelete
  2. Pembangkang kat Malaysia nie Tak Hormat Parlimen...

    Tak Hormat Speaker.. Boddoh...laa luu Shahbuddin

    ReplyDelete
  3. ada ahli parlimen terjerit2... disuruh duduk tak duduk...aku rasa budak sekolah berbahas lagi bagus...lepas ni sokong pemimpin yg ada ilmiah sket lah ....setakat spm tu jadi penghulu cukuplah...kut...lebih baik berbahas dengan 10 org bijak berbanding berbahas dengan seorg dungu.

    ReplyDelete
  4. Parlimen dia orang byak meyebelihi yahudi...

    ReplyDelete
  5. Pembangkang yang degil degil tu sah masa sekolah dulu banyak kes disiplin... tu yang terbawak bawak sampai ke tua.

    ReplyDelete
  6. Dah namanya sidang media, takkan nak dibuat di Parlimen pulak..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive