Tuesday 25 March 2014

MH370 - 50 Polis Kawal Kekecohan Keluarga Mangsa


BEIJING - CHINA. Seramai 50 pegawai polis dikerah ke Hotel Lido di sini selepas kekecohan tercetus sejurus Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak membuat sidang akhbar pada jam 9.45 malam di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur .

Menurut ABC, kebanyakan ahli keluarga penumpang MH370 tidak dapat mengawal emosi mereka selepas Najib mengesahkan pesawat berkenaan terhempas di selatan Lautan Hindi.

Keluarga penumpang yang berada di hotel berkenaan dilaporkan menjerit dan meraung kerana tidak dapat menerima kenyataan terbaharu yang merungkai misteri kehilangan sejak 17 hari lalu.

Media tempatan melaporkan, mereka dilihat sangat tertekan hingga ada yang pengsan dan terpaksa dibawa keluar dengan pengusung.

Jeritan dan tangisan dapat didengar dari luar bilik yang dikhaskan untuk keluarga mangsa.

"Satu insiden perang mulut berlaku antara keluarga penumpang dan wakil dari kerajaan Malaysia," jelas laporan itu.

Namun, situasi tegang dapat dikawal dan dileraikan oleh pasukan perubatan serta anggota keselamatan.

Hotel berkenaan kini dikawal ketat bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini tercetus. - sh

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive