Tuesday 4 March 2014

MoU Air Selangor Satu Kerugian - Rafizi

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli mendakwa bahawa perjanjian persefahaman (MoU) semula industri air Selangor merupakan satu kerugian buat rakyat di negeri itu.

Rafizi, yang juga Pengarah Strategik PKR pada sidang media Isnin berkata, MoU yang ditandatangani antara Kerajaan Persekutuan dan Selangor pada 26 Februari lalu bersifat berat sebelah dan tidak memberi faedah kepada negeri.

Beliau mendakwa hanya satu perjanjian yang sah dalam MoU itu adalah projek Langat 2 dan yang lain tidak sah bagi menyelesaikan masalah konsesi air atau memaksa mereka untuk menerima tawaran pampasan RM9.65 bilion daripada Kumpulan Darul Ehsan Bhd milik kerajaan negeri.

Beliau mendakwa bahawa Selangor akhirnya perlu membayar sekurang-kurangnya RM2 bilion lagi kepada syarikat konsesi air.

“Kerajaan Persekutuan akan memperuntukkan RM2 bilion untuk membantu Selangor bagi mengambil alih ekuiti syarikat konsesi air.

“Terdapat jalan buntu selama enam tahun apabila syarikat konsesi air tidak mahu menerima harga yang ditawarkan oleh kerajaan negeri. Adakah RM2 bilion akan digunakan untuk membayar kepada syarikat konsesi air yang mereka harus menolak tawaran RM9.65 bilion yang lebih rendah daripada apa yang mereka minta?

“(Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim) perlu memperjelaskan mengenai MoU ini kepada rakyat,” katanya.

Rafizi, yang mendakwa beliau sedang mendapatkan penjelasan sebagai Ahli Parlimen berkata, jumlah kos yang akan mempengaruhi rakyat adalah tinggi iaitu RM20 bilion dengan anggaran bahawa pengambilalihan aset air akan mencecah jumlah sekurang-kurangnya RM11.65 bilion.

“Kos untuk bina Langat 2 dianggarkan secara konservatif pada RM8 bilion. “Jika kita melihat pengambilalihan ini dan kos Langat 2 yang menggunakan wang rakyat menerusi PAAB (Pengurusan Aset Air Bhd di bawah Kerajaan Persekutuan), kita melihat kos RM20 bilion,” kata Rafizi.

Rafizi turut mempersoalkan sama ada MoU itu adalah sah apabila ia ditandatangani tanpa dibentangkan dan diluluskan oleh Exco Kerajaan negeri Selangor. - Sumber

2 comments:

  1. Kerugian kepala hotak engkau Rafizi. Kau tak pernah angkat air naik flat jangan cakap banyak. Kami sanggup bayar harga air dua kali ganda daripada bersusah payah begini.

    ReplyDelete
  2. Cilakak rafizi tak pernah merasa susah payah penduduk yg kekurangan air.. kaki bangkang je la kerja dia...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive