Monday 24 March 2014

MH370 - Kapten Zaharie Terima Panggilan Misteri Sebelum Berlepas???


Polis hari ini menafikan fitnah ada panggilan misteri Kapten Zaharietersebut melalui IGP Khalid Abu Bakar. Apakah laporan Straits Times Singapore mahu mengikut liputan spekulasi ala ala tabloid UK Daily Mail.

PETALING JAYA: Kapten penerbangan MH370 yang hilang menerima dua panggilan daripada wanita misteri dua minit sebelum berlepas menggunakan nombor telefon mudah alih di bawah identiti palsu, lapor sebuah akhbar Inggeris.

Ia merupakan panggilan terakhir yang dibuat kepada atau daripada telefon mudah alih Kapten Zaharie Ahmad Shah sebelum Boeing 777 meninggalkan Kuala Lumpur pada 8 Mac, lapor The Mail, Ahad.

Penyiasat melihatnya sebagai satu potensi petunjuk yang penting kerana sesiapa sahaja yang membeli kad sim pra-bayar di Malaysia perlu mengisi borang dengan memberi nombor kad pengenalan atau nombor pasport.

Diperkenalkan sebagai langkah anti-keganasan selepas peristiwa 9/11, ini bagi memastikan setiap nombor adalah berdaftar dan boleh dijejaki.

Tetapi dalam kes ini polis hanya mengesan nombor tersebut diperolehi dari kedai yang menjual kad sim di Kuala Lumpur.

Mereka mendapati ia telah dibeli ‘baru-baru ini’ oleh seseorang yang menggunakan nama wanita, tetapi telah menggunakan identiti palsu.

Penemuan itu menimbulkan kebimbangan kemungkinan adanya kaitan antara Kapten Zaharie, 53, dan kumpulan pengganas yang anggotanya sering menggunakan kad sim yang tidak boleh dikesan.

Mereka yang lain yang telah bercakap dengan juruterbang itu melalui telefon beberapa jam sebelum penerbangan berlepas telah ditemuramah.

Dalam perkembangan berasingan, The Mail pada Ahad difahamkan bahawa penyiasat kini bersedia untuk menyoal isteri Zaharie yang dikatakan telah berpisah dengan suaminya itu dengan lebih terperinci.

Pasangan ini mempunyai tiga orang anak, tetapi difahamkan masih tinggal sebumbung.
Pemanggil misteri muncul apabila penyiasat Malaysia meneliti rekod telefon Zaharie dan pembantu juruterbang, Fariq Abdul Hamid.

Penyiasat berminat untuk mengesan pemanggil dan menemu bual mereka, walaupun mereka menegaskan hakikat bahawa kad sim itu telah didaftarkan dengan kad identiti yang tidak wujud tetapi ia tidak semestinya menunjukkan ia mempunyai kaitan dengan jenayah atau keganasan. - The Straits Times / ANN / MStar

Sementara itu hari ke 16 operasi mencari kapal terbang MAS hilang pesawat MH370 giat dijalankan dengan data satelit terbaru dari Perancis mendakwa menemui objek di perairan Australia Lautan Hindi. - Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive