Monday, 3 March 2014

Kenapa Tun M Pertikai Pemberian BR1M Oleh Najib???

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini sekali lagi mempersoalkan program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), dan mengingatkan ahli politik Barisan Nasional (BN) supaya tidak berada dalam khayalan bahawa pemberian tunai secara meluas seperti itu boleh memberikan sokongan yang lebih kepada kerajaan.

"Perlukah kita akan BR1M? Tanpa BR1M pun, kita pernah mendapat sokongan rakyat," tulis Dr Mahathir dalam blognya.

"Jika mereka tidak sokong, ia adalah kerana mereka tidak puas hati dengan sesuatu, malah mungkin tentang BR1M.

Cari sebab mengapa mereka tidak puas hati dan anda akan tahu apa perlu dilakukan.

" Dr Mahathir juga memberi respon kepada kenyataan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah yang berkata seramai 17,000 penerima BR1M tahun lepas telah memaklumkan kepada kerajaan bahawa mereka tidak mahu menerima bantuan kali ini kerana merasakan bukan lagi dalam kategori keluarga susah.

Menurut Ahmad Husni, ia membuktikan tahap kematangan masyarakat semakin tinggi kerana menolak BR1M dengan penuh rasa tanggungjawab.

Bagaimanapun, Dr Mahathir menempelak kenyataan itu, dan mengatakan ramai yang menyifatkan BR1M sejenis bentuk rasuah.

"Ia tidak mencerminkan perasaan atau sentimen mereka. Perasaan sedemikian lebih baik diperlihatkan apabila mereka mengundi.

“Undi merekalah yang mencerminkan kematangan mereka. Perasaan mereka pula mungkin akan dilahirkan dengan cara lebih kasar," kata beliau.

Dr Mahathir juga memberikan perkiraan jumlah yang perlu dibelanjakan kerajaan bagi menampung pemberian BR1M. "RM500 seorang untuk 7 juta orang bermakna kerajaan membelanjakan RM3.5 billion. Jika kadar BR1M ditambah kepada RM1,200, kos ini menjadi RM8.4 billion.

“Ini jumlah wang yang banyak. Tetapi masih ramai lagi orang miskin di negara ini," tulisnya, sambil menambah bahawa walaupun beliau menyokong kerajaan, ada beberapa yang beliau tidak setuju.

Putrajaya mengumumkan fasa ketiga program BR1M tahun ini, dengan nilai bantuan ditambah daripada RM500 kepada RM650 bagi kategori isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, manakala RM450 bagi kategori berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4,000.

Warga emas sebatang kara berumur 60 tahun menerima kenaikan RM100, menjadikan jumlah bantuan RM650, manakala bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan RM2,000 dan ke bawah diberi penambahan RM50, menjadikan bantuan kepada RM300.

Sumber

3 comments:

  1. Saya tidak bersetuju dengan Mahathir dalam hal ini. Membantu orang susah adalah kewajipan kerajaan Islam. Ramai yang mendapat manafaat dari BR1M. Kalau anda anggap ianya rasuah jangan ambil, habis cerita. Bagaimana bantuan lain seperti subsidi dsbg, adakah ianya rasuah. Sebahagian besar orang kampung tidak berduit, barang murah macam mana pun depa tak boleh beli.

    ReplyDelete
  2. Setuju dgn pandangan tuan

    ReplyDelete
  3. Sesungguhnya Allah telah menyelamatkan kerajaan BN ataupun DS Najib kerana doa-doa dari orang-orang yang susah ini. Sesetengahnya menangis kerana tak pernah pegang duit RM500.00 seumur hidup. Lagi 4 tahun ianya akan menjadi RM1200.00 atau lebih, alangkah bagusnya, walaupun saya tidak layak, saya sokong DS Najib 100%. Dalam PRU13 Allah menggunakan nama untuk membantu DS Najib dan juga pencerobohan di Lahad Datu. Tidak kah anda berfikir begitu?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive