Monday 10 March 2014

MH370 - New Zealand Tawar Pesawat Pengesan!!! #Pray4MH370


KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan telah menerima tawaran daripada Perdana Menteri New Zealand John Key, yang menghantar pesawat pengesan maritim P-3C Orion bagi menyertai operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 yang hilang.


“Saya telah terima faks daripada Perdana Menteri New Zealand dan mereka tawarkan sebuah P-3C Orion iaitu kapal terbang yang ada pengkhususan untuk membuat pengesanan maritim,” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Najib berkata kerajaan berharap pesawat itu dapat membantu dalam operasi yang sedang giat dijalankan bagi mengesan pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang awal pagi Sabtu lepas

Penerbangan MH370 itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara, Subang pada 2.40 pagi, kira-kira dua jam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 12.41 pagi Sabtu.

Pesawat B777-200 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal itu dijangka mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama.

Ia membawa penumpang terdiri warganegara 14 negara dengan lebih separuh merupakan warga China dan 38 rakyat Malaysia.-SH.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive