Saturday 15 March 2014

BR1M 3.0 - 1.7 Juta Pemohon Yang Belum Dapat, Diketahui Minggu Depan???

Ipoh: Seramai 1.7 juta pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 yang nama mereka dalam senarai semakan akan mengetahui sama ada layak atau tidak menerima bantuan itu minggu depan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata pemohon berkenaan terdiri daripada 1.2 juta pemohon baru BR1M 3.0 manakala selebihnya pemohon BR1M 2.0.

Beliau berkata, proses semakan terhadap kelayakan permohonan berkenaan yang berakhir hari ini terpaksa dibuat sebelum ini berikutan pelbagai masalah membabitkan butiran dan pengesahan pemohon.

"Hari ini proses semakan tamat dan minggu depan sama ada layak atau tidak akan dimaklumkan melalui surat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sarapan pagi bersama penduduk di pekan Tambun di sini hari ini.  - Sumber

1 comment:

  1. BR1M 1 dan 2 dapat tanpa masalah. BR1M 3 pula bermasalah sebab no ic isteri kod negeri tak sama. pelik tapi itulah hakikatnya, LHDN Taiping gajikan orang bodoh buat kerja masukkan data. Natijahnya rakyat yang malang ini bertambah malang nasibnya.Bukan saya seorang yang menerima nasib yang sama, ramai lagi turut tidak menerima BR1M 3 ni.Menteri tak tahu, pegawai atasan LHDN pun tak tahu.Hakikatnya rakyat di bawah ni yang menanggung siksa nak berulang kali ke LHDN Taiping untuk buat pemeriksaan dan nak kena buat rayuan.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive