Showing posts with label Tun M. Show all posts
Showing posts with label Tun M. Show all posts

Sunday, 27 April 2014

Misteri MH370!!! - Tun M Salahkan Boeing & Pihak Ketiga

[Artikel asal dalam Bahasa Inggeris yang ditulis dalam blog rasmi Tun Dr Mahathir - chedet semalam dan hari ini telah disekat kerana mungkin terlalu lantang dan bercakap benar. mengenai apa yang berlaku kepada pesawat Malaysia Airlines yang hilang - MH370] MH 370

1. Saya berasa kecewa apabila pekerja MAS dikepung di Beijing oleh ahli keluarga penumpang MH370 yang hilang. Saya juga terkilan kerana mereka menyalahkan pihak yang salah. Kehilangan pesawat ini adalah disebabkan oleh pembuat pesawat Boeing itu sendiri.

2. Mengapakah Boeing mereka pesawat yang begitu lemah dan mudah dilumpuhkan? Dalam keadaan yang sepatutnya, kru pesawat termasuk juruterbang, pembantu juruterbang boleh berhubung dengan KLIA.

Walaupun ada kemungkinan juruterbang tidak mahu menghubungi KLIA, tetapi pembantu juruterbang sudah tentu sekali ada keazaman untuk memaklumkan stesyen operasi di darat sekiranya pesawat tidak terbang mengikuti jalan udara yang sepatutnya.

3. Jika sekiranya penumpang tidak perasan apa-apa yang di luar kebiasaan sekali pun, sudah tentu kru kabin, dan pembantu juruterbang dapat mengesannya. Mereka semua amat terlatih untuk berhadapan dengan kes-kes kecemasan.. jika tidak serta merta sekalipun.. setidak-tidaknya kemudian.

4. Tetapi apa yang berlaku, nampaknya tiada sesiapa pun di dalam kabin yang mencuba (maklumkan keanehan/keganjilan yang berlaku). Andainya juruterbang yang dengan sengaja mematikan system keselamatan, sudah tentu ia memerlukan sedikit masa dan usaha.

Pembantu juruterbang pula sudah pasti perasan kelakuan aneh juruterbang dan setidak-tidaknya berbuat sesuatu untuk menghalang. Adakah pembantu juruterbang telah turut ‘dilumpuhkan’ (oleh siapa?), Adakah kesemua kru pesawat juga telah ‘dilumpuhkan’ (oleh siapa juga)?

5. Kesemua pesawat penumpang sepatutnya boleh dikesan, walaupun menggunakan teknologi biasa seperti telefon bimbit. Saya boleh lakukannya melalui telefon. Jika ia mendarat, saya boleh lihat status pendaratannya.

Saya juga boleh memperoleh maklumat mengenai mana-mana pesawat di mana jua – siapa pembuatnya, model apa, kepunyaan siapa.. ke mana dan dari mana ia terbang dan destinasinya.

6. Saya yakin dan percaya terdapat peralatan di dalam pesawat yang membolehkan ia dikesan – mungkin GPS.

7. Peralatan kamera canggih yang terpasang pada satelit-risikan (di angkasa) yang dikendali oleh beberapa buah kuasa besar dunia sebenarnya mampu mengambil gambar manusia (di atas muka bumi) dan sekaligus mengenalpasti identity manusia terbabit. Sudah semestinya kamera seperti ini lebih daripada mampu untuk mengesan objek sebesar 63 meter (pesawat Boeing)

8. Kali ini, pesawat MH370 telah hilang secara mutlak. Saya jangkakan di dalam telefon bimbit semua orang, ia juga telah hilang. Peralatan keselamatan di atas pesawat telah dimatikan. Malah, sistem keselamatan lapisan kedua dan ketiga (back-up) juga telah dilumpuhkan.

9. Pesawat MH370 ini dibina oleh Boeing. Oleh itu, Boeing patut menjelaskan bagaimanakah segala sistem keselamatan dan pengesan pesawat canggih ini boleh dimatikan, dalam erti kata lain.. gagal. Ini menjurus kepada rumusan samada teknologi Boeing sangat teruk, atau ia tidak selamat. Saya tidak akan terbang menaiki pesawat Boeing , sekiranya Boeing tidak mampu menjelaskan isu terbabit.

10. Sistem penerbangan kawalan jauh (drone) sekarang amat maju dan berkuasa. Apakah benar Boeing telah memasang sistem kawalan jauh ke atas pesawatnya bagi mengelak aktiviti rampasan dan keganasan?

Jika benar.. maka kenapa ia tidak dikawal bagi membolehkan MH370 mendarat dengan selamat? Adakah tidak mustahil bagi pihak ke-tiga (selain Boeing dan MAS) mengambilalih kapal terbang dan mengawalnya dari jauh?

11. Apabila pesawat terhempas.. biarpun di atas tanah, mahupun di laut.. sudah pati ada bangkai pesawat ataupun tompokan minya. Sehingga tarikh ini, tiada satu pun yang menjadi bukti terhempasnya pesawat. Persoalannya, bolehkah pesawat terhempas/tenggelam dengan begitu sempurna sehinga tiada kesan apa sekali pun?

12. Bolehkah kita percaya pesawat ini (MH370) jatuh dengan begitu tenang sekali di dalam lautan ganas (Laut Hindi) dan tenggelam dengan begitu mudah ke dalam lautan? (tanpa meninggalkan sebarang petunjuk)

13. Sudah menjadi amalan kebiasaan, apabila pesawat terhempas, sepasukan pakar akan tiba ke lokasi dengan segera untuk mencari punca terhempasnya peawat. Boeing dan pihak berkuasa SEPATUTNYA berusaha mencari kapal terbang tersebut. TETAPI Boeing langsung tidak menunjukkan minat mencari, dan sebenarnya seperti langsung tidak menolong proses pencarian.

14. Syarikat penerbangan nasional MAS telah mengendalikan pelbagai pesawat dan ada rekod yang cemerlang. Juruterbang MAS juga amat terlatih. Jika sekiranya juruterbang ingin membunuh diri sekalipun, sudah tentu pembantu juruterbang dan kru kabin tidak akan membenarkannya berbuat demikian (demi keselamatan penumpang). Tetapi kali ini, ada kemungkinan kesemua kru penerbangan sudah ‘dilumpuhkan’ sama sekali (melalui cara yang tidak kita ketahui)

15. Boeing perlu menjawab kesemua persoalan ini. Boeing mesti membuktikan kesemua kemungkinan mengapa sistem komunikasi boleh dimatikan. Boeing patut menanggung tanggungjawab kerana membina sebuah pesawat yang boleh tiba-tiba hilang begitu sahaja secara total di tengah-tengah udara.

16. MAS tidak bersalah. MAS terlah menerbangkan pesawat untuk menjalankan tugas. Tetapi pesawat Boeing tersebut telah bekelakuan luar dari kebiasaan. SIapa yang harus bertanggungjawab? Sudah tentu bukan MAS, tapi pastinya pembuat kapal terbang tersebut.. iaitu Boeing Aircraft Corporation. - Sumber

Tuesday, 22 April 2014

Tun M Desak Tambak Johor Dirobohkan

Tambak Johor sudah tidak lagi relevan dalam dunia moden sekarang kerana ia dilihat menyekat laluan di Selat Tebrau. Malah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Tambak Johor juga menyebabkan pelbagai masalah terutamanya melibatkan isu alam sekitar dan kesesakan lalu lintas di Johor Bahru.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan supaya Tambak Johor dirobohkan bagi membolehkan pembinaan jambatan baru antara Malaysia dan Singapura yang dikenali sebagai ‘Jambatan Persahabatan’ seperti yang dicadangkan kerajaan.

“Jika ia adalah sebuah jambatan, adakah kita masih perlukan sebuah tambak? Tambak ini menghalang air mengalir keluar dan ia juga sangat kotor”.

“Ia menyebabkan laut menjadi sangat kotor dan terdapat kesesakan lalu lintas yang teruk di Johor Bahru kerana jambatan tidak dibina,” katanya selepas menyampaikan syarahan umum bertajuk ‘Leaders in Today’s Society: Issues, Challenges and Way Forward’ di Universiti Teknologi Petronas di Seri Iskandar, Perak pada Rabu.

Beliau juga berharap kerajaan tidak akan membina jambatan di tempat lain dan kemudian meninggalkan Tambak Johor di tempatnya kerana ia tidak akan dapat menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas di Johor.

“Ia (Tambak Johor) perlu dirobohkan, jika tidak tak adalah persahabatan,” katanya. Dr Mahathir juga melahirkan kekecewaan beliau berhubung pembatalan projek pembinaan ‘Jambatan Bengkok’ di Selat Johor, sebelah Malaysia menghubungkan Tambak Johor ke Singapura.

Beliau berkata sewajarnya jambatan berkenaan dibina kerana Tambak Johor menghalang pergerakan aliran air timur-barat yang boleh digunakan bagi tujuan komunikasi.

Pada 7 April lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mencadangkan pembinaan ‘Jambatan Persahabatan’ semasa sidang akhbar bersama-sama Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong selepas kedua-dua mereka mengakhiri Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura selama dua hari di Putrajaya.

Sumber

Saturday, 15 March 2014

BR1M 3.0 - 1.7 Juta Pemohon Yang Belum Dapat, Diketahui Minggu Depan???

Ipoh: Seramai 1.7 juta pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 yang nama mereka dalam senarai semakan akan mengetahui sama ada layak atau tidak menerima bantuan itu minggu depan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata pemohon berkenaan terdiri daripada 1.2 juta pemohon baru BR1M 3.0 manakala selebihnya pemohon BR1M 2.0.

Beliau berkata, proses semakan terhadap kelayakan permohonan berkenaan yang berakhir hari ini terpaksa dibuat sebelum ini berikutan pelbagai masalah membabitkan butiran dan pengesahan pemohon.

"Hari ini proses semakan tamat dan minggu depan sama ada layak atau tidak akan dimaklumkan melalui surat," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sarapan pagi bersama penduduk di pekan Tambun di sini hari ini.  - Sumber

Friday, 11 October 2013

Tun M Pertahan 'Tembak Dulu' Menteri KDN


KUALA LUMPUR - Tun Dr. Mahathir Mohamad mempertahankan kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berhubung tindakan pasukan polis menembak mati penjenayah bagi menjaga keselamatan anggota tersebut.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, jika seorang individu atau penjenayah yang mempunyai senjata, pasukan polis lebih baik menembak mereka dahulu atas faktor keselamatan.

”Apabila berdepan dengan penjenayah yang ada senjata dan mempunyai kemungkinan untuk menembak polis, adalah lebih baik anggota keselamatan itu menembak mereka dahulu.

”Saya beranggapan lebih baik membiarkan penjenayah berdepan dengan risiko ditembak daripada meletakkan risiko bahaya itu ke atas pihak keselamatan,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek kerja-kerja bawah tanah dan terowong Lembah Klang Mass Rapid Transit (MRT) di Jalan Cochrane, Cheras di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ahmad Zahid dalam satu majlis taklimat keselamatan bersama pemimpin masyarakat yang dibuat secara tertutup Sabtu lalu.

Walaupun majlis taklimat itu dibuat secara tertutup, portal propembangkang Malaysiakini dalam laporannya Isnin lalu memetik ucapan Ahmad Zahid yang memberi gambaran bahawa lebih baik jika suspek tersebut ditembak terlebih dahulu, sebelum siasatan dijalankan.

Mengulas tentang Agenda Memperkasa Ekonomi Bumiputera, Dr. Mahathir percaya agenda tersebut perlu bagi memantapkan perbezaan antara kaum.

Beliau berkata, usaha kerajaan itu bukan mahu memihak kepada bumiputera, sebaliknya memberi ‘bahagian mereka’.

Sementara itu, Ahmad Zahid ketika ditemu bual di Ibu Pejabat Utusan (M) Malaysia di sini, menyelar sikap tidak bertanggungjawab portal berkenaan dan mempersoal mengapa Malaysiakini hanya bertindak menyiarkan separuh sahaja daripada keseluruhan ucapannya jika benar mengamalkan etika kewartawanan ketika membuat liputan.

Pada masa sama, beliau menjelaskan, kenyataannya menyokong tindakan polis dalam satu operasi sehingga membunuh lima anggota kongsi gelap Geng 04 di Pulau Pinang pada 19 Ogos lalu adalah kerana bersandarkan Prosedur Operasi Standard (SOP) sedia ada.

Tegasnya, tidak salah untuk beliau mempertahankan tindakan polis yang dibuat mengikut SOP kerana anggota beruniform tersebut sepanjang masa mempertaruhkan nyawa mereka dalam memerangi kegiatan jenayah demi keselamatan rakyat.

“Saya sokong tindakan polis kerana maklumat risikan mengesahkan semua suspek bersenjata api di tangan mereka. Apa yang dilakukan polis berpandukan maklumat sahih dan tembakan dibuat mengikut SOP. Maksud saya, jika beri amaran dahulu, saya pasti polis akan ditembak dahulu dan mati. Setiap kali polis jadi mangsa, mana pejuang hak asasi? Salahkah saya mempertahankan polis?

“Adakah saya tidak adil melakukan perkara ini? Saya mempertahankan anak buah kerana mereka mempertaruhkan nyawa untuk tugas demi keamanan dan keselamatan rakyat,” katanya. – Utusan.

Thursday, 3 October 2013

HANGAT!!! Tun M Kata Stop BR1M 3.0???


Tun Dr. Mahathir Mohamad @ Che Det walaupun umurnya sudah pun mencecah hampir 90 tahun

Tetap masih aktif dan acapkali berkongsi pendapat yang adakalanya ditentangkan oleh pihak lawan mahupun kawan. Tetapi banyak juga pendapat yang boleh dipertimbangkan terutamanya menjelang pembentangan (Bajet 2014) tidak lama sahaja lagi…

NASIHAT CHE DET KEPADA PM NAJIB RAZAK & KERAJAAN MALAYSIA

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak perlu diteruskan dalam Belanjawan 2014, dan ini sekali gus mengurangkan kebergantungan rakyat kepada kerajaan. Che Det lebih suka kerajaan lebih fokus untuk mencari jalan untuk melatih golongan kurang berkemampuan itu dengan sesuatu kebolehan supaya dapat menjadi sumber pendapatan mereka berbanding memberikan imbuhan seperti BR1M semata
“Sepatutnya dalam masyarakat kita, kita tak suka jadikan orang kita ini, orang yang selalu bergantung kepada kerajaan dan tak mahu membuat kerja".
“Apa yang kita dapat secara percuma tidak akan dihargai sebab itu walaupun banyak BR1M diberi,” katanya sambil menambah: “Kalau betul-betul daif, miskin dan tak berupaya barulah boleh diberi bantuan.”

BR1M 3.0 VS SUBSIDI MINYAK?

Maknanya di sini, Che Det lebih gemar dengan pendekatan memberikan joran kepada rakyat berbanding memberikan ikan secara terus kepada rakyat. Sekurang-kurangnya dengan memberikan joran dan peralatan serta kemudahan latihan yang diberikan kepada rakyat contohnya memberikan peluang untuk rakyat Malaysia mendapatkan “variasi ikan secara berterusan”.

Hakikatnya sekarang ini, dengan kenaikan harga minyak baru-baru ini, kerajaan telah berjaya jimatkan pemberikan subsidi kepada rakyat Malaysia sebanyak RM3.3 bilion.

Dan berdasarkan semakan di atas pemberian subsidi BR1M 2.0, kerajaan sekali lagi akan membelanjakan lebih RM3 bilion pusingan pemberikan BR1M 3.0. Daripada datangnya duit tersebut? 

Jikalau tidak datangnya dari ...
Amat bersetuju dengan pendapat dan saranan Che Det dalam hal ini dan bagi diri sendiri Bantuan BR1M tidak dilihat memadai dengan kenaikan belanja dan tidak menyelesaikan kepincangan ekonomi negara yang tidak menentu sekarang ini.

Mengapa? Ini antara sebab yang telah kenal pasti :

Andaikata BR1M dinaikkan sebanyak RM600 sekalipun tidak berpadanan dengan tanggungan belanja isi rumah rakyat Malaysia termasuklah belanja petrol dan diesel yang meningkat sebanyak RM752 setahun (yang nilainya lebih tinggi dari BR1M), setiap isirumah juga terpaksa berhadapan dengan masalah kenaikan harga barang secara keseluruhannya akibat inflasi. Jumlah tanggungan adalah jauh lebih tinggi dari nilai RM600 BR1M yang ditawarkan kelak. Sudah bersedia rakyat Malaysia?

Keduanya pula, faktanya ramai golongan yang berhal memperolehi BR1M tercicir dalam senarai penerima BR1M. Di mana hanya sebahagian rakyat Malaysia sahaja yang menerima BR1M iaitu sekitar 40% isirumah, sedangkan 40% lagi golongan sederhana yang turut terkesan tidak mendapat sebarang bantuan. Adakah anda orangnya?
Ketiga, akan menyebabkan budaya kebergantungan dengan nilai pemberian BR1M sedangkan subsidi itu diperkenalkan sekian lam untuk menurunkan kos sara hidup, pendidikan dan peluang pekerjaan yang baik yang membebaskan mereka dari perangkap kemiskinan.

Realitinya sekarang ini, pendapatan dan perbelanjaan setiap isi rumah rakyat Malaysia adalah berbeza mengikut taraf sosioekonomi keluarga. Setuju atau tidak? - Sumber


Friday, 14 June 2013

Amaran Tun M - Jangan Bagi Muka Kepada Pembangkang!!!

KUALA LUMPUR:  Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan kerajaan supaya tidak lagi berlembut dan memberi muka kepada pembangkang yang berterusan memperlekeh sistem demokrasi negara.

"Kita perlu keras sikit jangan bagi muka sangatlah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam sempena Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2013 di sini, malam tadi.

Beliau berkata sikap pembangkang yang pada mulanya bersungguh-sungguh mahu mengiktiraf pilihan rakyat bertukar sekelip mata apabila mereka gagal memperoleh sokongan majoriti rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-13 lepas.

"Mereka hendak iktiraf pilihan rakyat tapi sekarang hendak jatuhkan kerajaan. Bila sistem demokrasi dilaksana mereka tolak sisitem itu. Bagi mereka demonstrasi jalanan adalah demokrasi," katanya.

LID 2013, yang berlangsung selama enam hari sejak Ahad lepas, disertai enam negara iaitu Namibia, Uganda, Kenya, Nigeria, Lesotho and Botswana. Sementara itu, dalam ucapannya bertajuk 'Transforming A Nation:

The Malaysian Experience", Dr Mahathir berkata pelaksanaan dan penyelarasan yang betul oleh Kerajaan Malaysia telah memberi manfaat kepada rakyat dan ekonomi negara. Beliau berkata, inisiatif kerajaan menerusi Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) telah mempertingkatkan daya saing dan peluang ekonomi Malaysia.

"Ketika waktu saya, saya telah mengarahkan semua menteri turun ke akar umbi bagi memastikan semua perancangan dilakukan dengan sewajarnya," katanya.

Dr Mahathir berkata strategi kerajaan juga termasuk menyediakan insentif kepada syarikat tempatan dan percutian bebas cukai kepada pelabur untuk menggalakkan lebih banyak kemasukan Pelaburan Langsung Asing (FDI).

"Apabila kita (Malaysia) mempunyai lebih banyak aliran masuk FDI dan kadar guna tenaga meningkat, FDI juga merangsang ekonomi kita," katanya.

Sumber

Monday, 8 April 2013

#PRU13 : Jawapan Tun M Kepada Surat Kak Wan #tolakBN #voteBN

Jawapan Tun Dr Mahathir kepada surat personal Wan Azizah tentang Anwar Ibrahim ini sudah pasti akan membuat ramai orang malu terkedu. Lebih-lebih lagi mereka yang selama ini menghina dan memburuk-burukkan nama negarawan kita dengan pelbagai gelaran buruk dan hina.

Kadang kala kita terfikir, Tun Dr Mahathir dikurniakan Allah SWT dengan umur yang panjang dan kesihatan tetapi bagaimana pula dengan mereka yang tidak dan pernah menghina Tun Dr Mahathir sebelum ini?

Di bawah adalah temuramah Utusan dengan Tun Dr Mahathir. Di antaranya : Kami difahamkan bahawa Tun menerima surat setebal 18 muka surat dikatakan dikirim oleh Datin Seri Wan Azizah sendiri mengenai salah laku suaminya.

Mungkin Tun boleh kongsikan perkara ini?  DR. MAHATHIR: Saya cuma boleh kata ada menerima surat itu sahajalah tetapi benda yang diberi kepada saya secara personal, saya tidak dedahkan kepada orang.

Namun kita boleh lihat tanpa surat itupun kita boleh tahu sama ada bersih atau tidak bersih 'orang berkenaan'.   Jadi apa perlu kita rujuk kepada surat yang sulit dan saya pun tidak ingat berapa muka suratnya.

Tetapi yang saya tahu memanglah beliau (Wan Azizah) cuba nak pertahan suaminya juga. Isteri ada kesetiaan kepada suami tetapi nak kata beliau memburuk-burukkan sangat suaminya itu tidaklah begitu. 

Kecewa itu adalah, maka saya tidak mahu berbincang tentang surat setebal '18 muka surat' itu. Namun yang lebih utama adalah apa yang kita boleh lihat tetapi bukan apa yang Wan Azizah kata.  Tun tetap enggan mendedahkan isi kandungan surat berkenaan malah memelihara keaiban 'orang berkenaan' walaupun pelbagai pihak menggelar Tun dengan pelbagai gelaran yang adakalanya keterlaluan seperti mahafirun dan sebagainya.

Boleh Tun jelaskan?   

DR. MAHATHIR: Saya bukan jenis manusia yang nak memburuk-burukkan orang tanpa asas. Cuma kerana politik dan kitab takut orang yang semacam ini berkuasa maka saya terpaksa dedah. Maka perkara lain tidak perlu saya dedahkan kerana ia tidak ada apa-apa manfaat, jadi buat apa saya dedahkan.

Sumber

Saturday, 6 April 2013

#PRU13 : [VIDEO] Misteri Surat Kak Wan Pada Tun M Terjawab !!! #tolakPR #ManifestoBukanJanji

KUALA LUMPUR 5 April - Misteri sama ada benar atau tidak Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pernah menulis surat setebal 18 muka surat kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menceritakan tabiat sebenar suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya terjawab.

Ini berikutan buat pertama kalinya selepas 15 tahun menyimpan rahsia, Dr. Mahathir dalam temu bual eksklusif bersama Utusan Malaysia akhirnya mengakui memang benar Wan Azizah menghantar surat tersebut semasa Anwar masih bergelar Timbalan Perdana Menteri.

Katanya, surat Wan Azizah itu terlalu peribadi dan beliau tidak berhasrat mendedahkan kandungannya kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak selain menyifatkannya tidak lagi penting kerana sudah terlalu banyak tabiat Anwar didedahkan pengamal media alternatif.

"Saya setakat boleh kata memang ada terima sahajalah. Surat yang diberi kepada saya secara sulit, jadi saya tidak boleh dedahkan kepada orang tetapi kita boleh lihat, tanpa surat itu pun bersih atau tidak bersih individu berkenaan. Jadi apa perlunya kita rujuk kepada surat yang sulit.

"Dia (Wan Azizah) memang cuba nak pertahankan (Anwar) juga. Isteri ada kesetiaan kepada suami. Hendak buruk-burukkan itu tidaklah tetapi kecewa itu adalah. Lebih utama apa yang kita lihat (sekarang) bukan soal apa yang Wan Azizah kata," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata demikian ketika diminta mengesahkan sama ada benar atau tidak Wan Azizah pernah menyerahkan surat rahsia setebal 18 muka surat menceritakan mengenai kisah sebenar suaminya dengan harapan bekas Perdana Menteri itu boleh membantu.

Ditanya mengapa begitu lama menyimpan rahsia tersebut meskipun pelbagai tuduhan keji dilemparkan ekoran tindakannya memecat Anwar, Dr. Mahathir berkata, beliau bukan jenis manusia yang suka memburuk-burukkan pihak tertentu tanpa sebarang asas kukuh.

"Cuma dalam konteks ini, takut orang seperti itu berkuasa saya terpaksa dedahkan tetapi yang lain semua (kandungan surat) yang tidak memberi manfaat, tidak perlu saya dedahkan '" katanya. - utusan



Wednesday, 3 April 2013

#PRU`3 : [VIDEO] Melayu Johor Bangkit Dan Hancurkan Kit Siang !!! #TolakPR #Vote4BN




Kehadiran Tun Mahathir ke Johor baru-baru ini dilihat berjaya menyuntik semangat baru khususnya kepada jentera Barisan Nasional dan Umno bagi memastikan kubu kuat Umno itu terus kekal untuk dipertahankan dalam pilihanraya umum yang akan datang. Dengan kehadiran yang mencecah 20,000 ribu orang, pakatan pembangkang dilihat akan berdepan dengan laluan yang sengit dan sukar. 

Malah di dalam ceramahnya di Pulai Johor itu, Tun Mahathir telah menggesa agar rakyat Johor menolak pakatan pembangkang sekaligus menamatkan kerjaya politik Lim Kit Siang yang telah mengambil keputusan untuk bertanding di kerusi Gelang Patah.

Sunday, 10 March 2013

Tok Guru Nafi Kata2 Tun M #TukarKelantan

PASIR MAS - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yakin Barisan Nasional (BN) mempunyai peluang cerah untuk menawan semula Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Beliau yang mempunyai pengalaman luas dalam politik tanah air berkata, sokongan yang diberikan rakyat Kelantan kali ini lebih menyerlah berbanding ketika tempoh pemerintahannya sebagai Perdana Menteri.

"Nampak cerah, saya tidak pernah tengok sebegini ramai yang bersemangat hadir pada hari ini, cukup bersemangat, saya harap mereka akan memberi undi kepada BN, dulu ini tidak pernah berlaku.

"Saya berpendapat bahawa kali ini BN akan mendapat kemajuan (sokongan) yang lebih setelah 23 tahun, tiada satu pun pembangunan yang kita lihat Pas buat bangunan elok yang ada pun didirikan oleh Kerajaan Pusat," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Orang Kelantan Naik Angin anjuran Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang dihadiri kira-kira 15,000 hadirin di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panglima Raja di sini hari ini. - UTUSAN

Zulkifli Nordin Mohon Maaf Pada Tun M !!!

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Nordin hari ini membuat kejutan di depan kira-kira 15,000 rakyat di Sekolah Kebangsaan Panglima Raja di Pasir Mas apabila membuat permohonan maaf kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Permohonan maaf itu turut disaksikan isteri Dr Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali.

abdul razak baginda altantuya mongolian case 040607 zulkifli nordinZulkifli, yang sempat berucap di majlis Pemimpin Bersama Rakyat itu, turut memandang Dr Mahathir ketika memohon maaf kerana menurutnya, beliau pernah mencaci pemimpin negara tersebut ketika bersama pembangkang sebelum ini.

"Saya akui kesilapan saya, dan mahu memohon maaf kepada ayahanda Tun (Dr Mahathir) atas tindakan saya dahulu yang pernah memaki hamun Tun," katanya.

Dr Mahathir kemudian dilihat tersenyum dan mengangguk ketika Zulkifli berkata demikian.

"Dahulu saya tidak nampak kebijaksanaan Tun. Saya bersama-sama (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) maki Tun. Saya mengkritik langkah Tun memecat Anwar, walaupun saya tahu itu adalah jasa terbesar Tun kepada negara (memecat Anwar)," katanya.

Beliau kemudian meminta rakyat menolak pembangkang yang diketuai Anwar kerana kerosakan yang lebih besar terhadap negara akan berlaku jika mereka dipilih pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Zulkifli berkata apa yang dikhuatiri sinar Islam di negara ini akan terus pudar jika pembangkang dipilih menerajui negara, dan ketika itu, tiada apa lagi yang boleh dilakukan.

Naib Presiden PERKASA itu turut meminta rakyat berhati-hati dengan taktik pembangkang, terutama Anwar, dalam pilihan raya umum ini yang akan melakukan pelbagai perkara tidak dijangka demi untuk berkuasa.- Bernama

Saturday, 9 March 2013

[FOTO] Kehadiran Tun M Di Kelantan Beri Tamparan Hebat Buat Tok Guru #TukarKelantan

Kehadiran di luar jangkaan pada Majlis Perhimpunan Orang Kelantan Naik Angin yang telah berlangsung petang tadi di di Padang Sek.Men.Panglima Raja,Lemal,Pasir Mas.Kelantan. Hampir 20 ribu rakyat Kelantan hadir  memberi sokongan kepada kehadiran mantan Perdana Menteri Malaysia. 




Turut bersama hadir Idola rakyat Malaysia iaitu Ayahada Tun M & isteri Tun Siti Hasmah. Turut serta ialah YB Datuk Zulkifli Nordin dan YB Datuk Ibrahim Ali, Ahli Parlimen Pasir Mas. Ternyata orang Kelantan benar-benar naik angin dah untuk TAKIR dan TUKAR Rejim Pas Kelantan.





Kedengaran di sebelah pihak hijau pemimpin mereka ternganga mulut melihat ribuan rakyat Kelantan memberi sokongan yang tak berbelah bagi kepada Tun M dan pemimpin Umno yang lain. Tak perlu cerita panjang tetapi lihat bukti dari foto-foto di bawah dan tak perlu berkata apa-apa.



Nampaknya suasana kebangkitan rakyat Kelantan ini mungkin menjadikan Nik Aziz dengan Husam Jamnapari tidak boleh tidur lena malam ni. Barangkali terbayang-bayang di mata mereka berdua keramaian rakyat Kelantan yang hadir bersama Tun M .


Wednesday, 23 January 2013

ISTERI TUN M BERTUDUNG !!!



Tun Siti Hasmah bertudung. Kalau betul-betul, bukan kerana sesuatu majlis, alhamdulillah. Permaisuri Agung pun dah mengenakan tudung sepenuh masa kini Syukur kalau Tun Siti Hasmah mengikuti jejak langkah beliau bertudung. Gambar di atas dari fanpage Facebook Tun Mahathir.

PT
Tapi bagi pembangkang lain pula pandangan mereka, bukan bersyukur kerana perubahan kepada isteri mantan PM ni tetapi dijadikan bahan lawak kepada kepada puak-puak mereka. Segala isu di mainkan oleh pembangkang tanpa mengira samada ianya besar atau kecil. Apa yang orang lain buat selain puak-puak mereka semua salah dan menyalahi hukum Allah.


Tuesday, 11 December 2012

BIAR BETUL !!! PAS UPAH ARBIEY JANDA HENTAM TUN M ???



Aku tak tahu apa benda lah yang si janda mulut jahat ni nak sampai kan..Geram pulak aku bila si janda ni serang Tun Mahathir..

Pelik jugak aku si Abby ni sampaikan apa yang dicakap oleh Dr Khairuddin bahawa 22 tahun Tun M mentadbir negara tiada agenda solat??


Sendiri fikir lah, apa yang dicakapkan oleh makhluk dua orang ni betul atau tak ? Berapa banyak Masjid yang dibina zaman Tun M jadi PM ?? Lepas tu bandingkan dengan berapa buah masjid dalam masa 22 tahun  Nik Aziz  tu tadbir Kelantan? 

Atau si janda 'bengong' ni dah terminum air lebihan basuh tangan nik aziz ?? Jadi giler tak tentu pasal , semua perkara dia gaul semua jadi macam rojak. Elok sangatlah Pas kutip janda ni jadi jurucakap bagi pihak Pas. - Sumber






Thursday, 22 November 2012

#SAVE GAZA !!! PUISI 'SELAMAT PAGI GAZA' DI FACEBOOK TUN M


Sama-samalah kita nikmatilah puisi dan gambar tenang untuk jiwa dan sanubari anda dengan indera yang jelas tafsirkan bait bait maksudnya. Ia juga disukai oleh  Tun Mahathir mantan PM .

Sumber

Friday, 9 November 2012

“Kita Muslim. Kita tidak boleh menukar agama".- Tun M

AIDCNews – 08/11/12 – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar membuat kenyataan kebebasan agama di Gereja Full Gospel Tabernacle, Subang Jaya, Sabtu lalu kerana terpengaruh dengan pemikiran barat.

“Kita Muslim. Kita tidak boleh menukar agama.

“Lain-lain, mereka lebih, apa yang anda panggil … kepercayaan mereka mungkin membenarkan mereka (untuk menukar agama). Kita tidak seharusnya terlalu dipengaruhi oleh pemikiran barat.” katanya dalam sidang akbar selepas menerima Anugerah Penaung Pertubuhan Perancangan Malaysia sempena sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia, semalam.

Mengulas lanjut kata Dr. Mahathir, umat Islam di negara ini tidak boleh terbawa-bawa pemikiran barat, bebas melakukan apa sahaja, termasuk mengeluarkan filem menghina agama Islam dan berkahwin dengan sesama jenis.

“Saya tertarik apabila tiga pemimpin agama di Amerika Syarikat menyatakan taufan Sandy yang melanda pantai timur negara itu disebabkan balasan Tuhan terhadap kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

“Jelas mereka juga tidak setuju dengan amalan berkenaan dan kalau kita biarkan perkara ini berlaku, institusi keluarga akan hancur,” tambah beliau.

Nurul Izzah dalam satu wacana berjudul : Negara Islam: Versi siapa?, Tanggungjawab Siapa?,” anjuran sebuah pergerakan Kristian di Subang Jaya 3 November lalu berkata orang Melayu tidak harus terkecuali daripada kebebasan agama dan hak itu bukan istimewa untuk bukan Melayu sahaja.

Dalam masa sama, Nurul Izzah juga turut mempertikaikan undang-undang berkaitan dengan halangan terhadap Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual (LGBT).

Menurutnya, selain daripada tempat awam, pihak berkuasa tidak wajar untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang terlibat dengan gejala tersebut di tempat peribadi.

Jika undang-undang itu dilaksanakan juga di tempat peribadi, katanya, ia dianggap sebagai tidak menghormati hak privasi seseorang individu.

Nurul Izzah melalui profil peribadi yang disiarkan di nurulizzah.com adalah pemilik ijazah sarjana muda di dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal & Elektronik dari Universiti Tenaga Nasional, dan kemudiannya menyambung pengajian di peringkat sarjana di School of Advanced International Studies (SAIS), Universiti Johns Hopkins, Washington, D.C. di dalam bidang Kajian Asia Tenggara, Hubungan Antarabangsa. Seterunya klik di sini.

Thursday, 18 October 2012

ANWAR TIDAK LAYAK JADI PM KAREKTOR TIDAK BOLEH SEBAGAI PEMIMPIN - TUN M


KUALA TERENGGANU – Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan tindakannya memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan pada September 1998 menjadi punca kepada perpecahan di kalangan orang Melayu.

Sebaliknya bekas Perdana Menteri itu berkata, perpecahan orang Melayu di negara ini sudah pun berlaku sebelum Anwar dipecat dari Kabinet dan Umno iaitu apabila tokoh negarawan, Allahyarham Datuk Onn Jaafar mencadangkan supaya orang bukan Melayu boleh menyertai Umno.

Bagaimanapun menurut Dr Mahathir, cadangan Onn telah ditolak dan ia mendorong Allahyarham menubuhkan parti lain ketika itu.

Begitu juga dengan penubuhan Malayan Union oleh British dan kesannya telah mencetuskan pelbagai konflik dalaman Umno termasuk wujud golongan ulama daripada Umno yang kemudiannya mengambil keputusan menubuhkan parti Pas.

Selain itu, jelas Dr. Mahathir, tindakan Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan Parti Melayu Semangat 46 (S46), yang telah dibubarkan pertengahan 1990-an, turut membuktikan telah berlaku perpecahan kalangan orang Melayu ketika itu.

“Jadi, nak kata kerana saya pecat Anwar (penyebab mula berlaku perpecahan orang Melayu) tak benar lah,” katanya ketika menjawab soalan seorang peserta pada sesi dialog selepas menyampaikan ucaptama pada majlis Bicara Negarawan, Pemantapan Profesionalisme, Tranformasi Budaya Kerja dan Pentadbiran Pegawai-pegawai Tadbir Negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu di Taman Tamadun Islamdi sini, hari ini.

Menurut Dr Mahathir, Anwar tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana Ketua Umum PKR itu mempunyai “karektor yang tidak boleh sebagai pemimpin.”

“Apakah kita nak pilih orang macam ini sebagai pemimpin, orang macam ini tidak dibenarkan ganti saya (ketika Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri). Dia harus disingkirkan.

“Dalam mesyuarat MT (Majlis Tertinggi) dengan sebulat suara bersetuju Anwar dikeluarkan dari Umno, bukan keputusan saya seorang.

“Kita tak boleh terima manusia yang moral terlalu rendah untuk menjadi pemimpin kita, kita malu dengan pemimpin macam ini,” katanya.

Bagaimanapun kata Dr Mahathir, rakyat tidak nampak masalah moral Anwar kerana Ahli Parlimen Permatang Pauh itu cekap berpidato dan menggunakan kelebihannya itu memesongkan pemikiran rakyat.

“Sebaliknya dia menyalahkan orang lain pula,” katanya. - sinarharian

Tuesday, 9 October 2012

TONY PUAka COP TUN M NYANYUK ???



"Saya tidak ingin melibatkan Perdana Menteri lalu kerana dia tidak lagi relevan dalam politik kini tetapi kata-kata yang dibuat Tun Dr. Mahathir itu adalah kata-kata yang saya rasa seorang yang telah nyanyuk. Beliau (Mahathir) hanya mencemarkan nama baik dia sendiri, apa yang masih tertinggal dan mengurangkan persepsi baik antara kalangan orang ramai terhadap beliau di dalam tahun-tahun terakhir ini," katanya seperti yang dilaporkan oleh media utama. 

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP itu membuat kenyataan berkenaan sebagai mengulas kenyataan negarawan tersebut dalam sebuah akhbar semalam yang menyifatkan memberi undi kepada pakatan pembangkang sama seperti mengundi George Soros iaitu penyangak mata wang.

Walaupun sebagai "seekor anjing salakan" DAP, Tony Pua seharusnya berhati-hati di dalam membuat cacian dan makian terhadap Negarawan Ulung, Tun Dr Mahathir Mohamed. Apa jasa beliau kepada Negara Malaysia sehinggakan beliau diberi lesen untuk menghina seorang Mantan Pemimpin Negara? "Anjing salakan" harapan DAPig ini siapa? Semua orang tahu dia bukan ahli perniagaan yang berjaya. Sebelum pulang ke Malaysia, Tony Pua sendiri adalah seorang peniaga yang gagal!!! Beliau merupakan seorang pemilik syarikat Singapura yang mempunyai kerugian sebanyak SGD8.26 juta. Syarikat yang dimaksudkan didaftarkan di Singapura atas nama Cyber Village Holding Limited. Syarikat ini kemudainnya ditukar nama kepada Koyo International pada 2008 untuk mengelakkan daripada dikesan.

Si pembohong Tony Pua tidak pernah memberitahu umum bahawa syarikat Cyber Village telah diambilalih oleh Brightsphere Sdn Bhd (co No: 804460). Brightsphere adalah merupakan syarikat bernilai RM2. Pemilik saham Brightsphere terdiri daripada bekas pekerja Cyber Village (Sua Shii Huey dan Shieh Yee Bing), manakala Setiausaha Syarikat pula adalah isteri kepada Tony Pua, Yow Ting Fong. Brightshphere pula didaftarkan di alamat berdekatan dengan firma guaman isteri Tony Pua, Chris Lim Ting and Partners, T-109, 3rd Floor, Centre Point, BandarUtama. Jika tidak disebabkan pertolongan daripada Justin Leong Ming Loong, cucu kepada mendiang Tan Sri Lim Goh Tong, pemilik Genting, yang membuat suntikan modal sebanyak SGD3 juta, Tony Pua sudah lama muflis!

Inilah calon harapan DAP yang bakal memegang tampuk Menteri Kewangan selepas Pakatan Haram menang PRU13. Kalau ini berlaku, yang pasti Malaysia akan turut bangkrap! Dengan sejarahnya yang tidak begitu elok, kita harapkan Tony Puaka duduk diam-diam maa! Jangan suka kutuk dan maki orang. Aiyaa, lupa wa mahu tanya, sudahkah "anjing salakan DAP" ini membayar RM200,000 kepada SYABAS selepas didapati bersalah oleh Mahkamah kerana memfitnah?


Sumber : khairulryezal.blogspot.com

Friday, 14 September 2012

MEMANG BETUL !!! MALAYSIA TAK PERLUKAN SYAITAN JADI PM ????

Setuju sangat-sangat dengan mantan PM Tun Mahathir melabelkan Anwar sebagai syaitan. Banyak sebab kenapa Tun M berbuat demikian, kita semua tahu siapa sebenarnya sang Anwar ni. Kehebatan beliau dalam segala hal amat menonjol tak kiralah hal politik mahupun isu peribadi beliau.

Takkan lah kerana maki hamun oleh rakyat Malaysia maka bakal PM dari 16 sept 2008 lagi sanggup mengarahkan pangawal peribadi mengacukan pistol kepada rakyat sendiri??? Tapi hanya syaitan saja yang sanggup berbuat demikian !!!

Kalau impian  makhluk ni tercapai menjadi PM Malaysia , PT tidak tahu apa akan terjadi kepada rakyat di negara ini. Apa tidaknya, maki saja Anwar, adalah yang akan ditembak oleh si pengawal peribadi 'PM' ni !!

Apapun kita ada otak dan akal fikiran maka jangan kita di butakan mata dan hati dan fikir-fikir serta renung-renungkanlah !!!!

Wednesday, 29 August 2012

KESIAN !!! YB SABAH DITIPU, DIPERDAYA DENGAN DUIT ???




Berita Dari Borneo :-

Setiausaha Lajim menyatakan bahawa Lajim Ukin hanya diperdaya dengan janji-janji manis Anwar Ibrahim.

Kerana kegagalan Lajim ukin untuk membawa beberapa ADUN UMNO seperti Bung Mokhtar , Datuk Osu Sukam , Datuk Hajiji , Datuk Karim Bujang dan Datuk Datu Amir Kahar untuk bersama-sama Anwar Ibrahim di dalam PAKATANRAKYAT.

Anwar Ibrahim yang menjanjikan jutaan ringgit kepada Datuk Lajim Ukin , yang kononya akan memberikan wang tersebut kepada Lajim Ukin agar dapat membeli ke-empat-empat orang ADUN tersebut hanya lah janji manis yang Anwar taburkan kepada Lajim.

Secara jelas dan nyatanya bahawa , "THE MASTER OF CORRUPTION " adalah berpunca daripada Anwar Ibrahim sendiri. Selama hari ini , isu yang dimainkan oleh Anwar Ibrahim hanyalah Korupsi Parti UMNO dengan memakan duit rakyat.

Sedangkan apa yang berlaku pada tahun Anwar diangkat oleh Tun Mahathir menjadi Timbalan Perdana Menteri , siapa pula yang KORUPSI untuk menjatuhkan Arwah Tun Ghafar Baba? ANWAR IBRAHIM TOLONG JAWAB !!!


Jangan bagi jawapan kerana itu semua ikut telunjuk Tun Mahathir , jangan bagi perkiraan palsu dengan menyatakan Tun Mahathir yang suruh , itu semua alasan yang dah basi.

Sumber : TWH

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive