Wednesday, 6 August 2014
Sepakatkah Kita Untuk Boikot McDonalds Sampai Tutup???
Tuesday, 5 August 2014
Gadis Kebaya Di Pencakar Langit Dengan Mesej Gaza
Beberapa keping gambar seorang gadis lengkap berpakaian Muslimah dan bertudung di atas sebuah pencakar langit dengan memegang mesej keamanan di Gaza berjaya mencuri perhatian ramai untuk tempoh 24 jam yang lalu dan ramai yang bertanyakan sama ada ianya benar diambil dari sudut bangunan tinggi atau sekadar helah suntingan Photoshop.
Bercakap kepada SAYS.com hari ini, jurugambar Keow Wee Loong menceritakan pengalaman beliau memanjat sebuah bangunan yang enggan didedahkan lokasinya di Kuala Lumpur bersama seorang gadis bernama Fatin Ilani.
Keow Wee Loong mendedahkan yang beliau terkejut dengan keputusan gadis itu untuk bersama memanjat kerana berdasarkanpengalaman beliau sebelum ini, kebanyakan mereka yang mengikuti beliau sangat takutkan ketinggian namun ianya berbeza dengan Fatin Ilani.
Fatin Ilani yang turut dutemubual berkata beliau bersetuju untuk menyertai aktiviti ini hanya kerana Keow Wee Loong yang juga merupakan jurugambar rasmi untuk ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dan tidak akan sesekali bersetuju jika diajak orang lain.
“Saya pun tidak percaya yang saya mampu untuk memanjat sampai ke puncak,” ujarnya yang turut memberitahu ‘pendakian’ mengambil masa 45 minit dan dilakukan dalam persalinan kebaya penuh.
Meninggalkan komen di ruang Facebook rasmi kami, Fatin Ilani berkata tindakan beliau itu adalah sebagai respons kepada perhimpunan Save The Children Of Gaza yang dianjurkan di Dataran Merdeka pada 2 Ogos lalu yang mana beliau melihat ramai anak muda turun hanya untuk mengambil gambar bersama selebriti sebelum terus meninggalkan lokasi.
Kami puji keberanian gadis ini untuk memanjat pencakar langit demi menyampaikan mesej positif kepada seluruh rakyat Malaysia dan dunia. Wajar dicontohi dan bukan hanya berani melaungkan pendirian di laman sosial tanpa tindakan. - rotikaya
Thursday, 24 July 2014
Al-Qassam Berjaya Membunuh 67 Tentera Yahudi Laknatullah & Musnahkan 20 Kereta Kebal
Terkini Kejayaan Perang Darat Al-Qassam sehingga 21 Julai 2014 :
1. Berjaya membunuh 67 orang tentera rejim Zionis.
2. Berjaya mencederakan 150 orang tentera rejim Zionis.
3. Berjaya menawan seorang tentera rejim Zionis iaitu Sha'ul Aron.
4. 7 buah Jip berjaya dimusnahkan.
5. 3 buah drone berjaya dimusnahkan.
6. 20 kereta kebal berjaya dimusnahkan.
7. 8 buah tanker berjaya dimusnahkan.
8. 3 buah jentolak berjaya dimusnahkan.
Kejayaan Briged-Briged Mujahidin Di Gaza sehingga 23 Julai 2014
Tentera rejim Zionis yang terbunuh : 92 Tentera rejim Zionis yang cedera : 168 Tentera rejim Zionis yang ditawan : 1
Jip tentera rejim Zionis yang berjaya dimusnahkan : 7
Pesawat kecil tentera rejim Zionis yang berjaya dimusnahkan : 3
Kereta kebal tentera rejim Zionis yang berjaya dimusnahkan : 24
Personnel Carrier tentera rejim Zionis yang berjaya dimusnahkan : 10
Jentolak tentera rejim Zionis yang berjaya dimusnahkan :6
Alhamdulillah. Allahu Akbar. DOAKAN SEMOGA HAMAS TIDAK TUNDUK PADA RAYUAN TEL AVIV, PBB ATAU LIGA ARAB...
Jelas sekarang Tel Aviv dan BN (Benjamin Netanyahu) khususnya dan zionis israel umumnya takut dan bimbang dgn situasi sekarang. Situasi yang tak pernah terlintas di benak israel zionis bahawa negara yang sebelum ini dikatakan paling kebal di rantau arab.
Tapi hakikatnya kini ia hanya cerita dongeng apabila Hamas dengan sayap tenteranya Briged Izzudin Al Qassam telah membuktikan negara israel bukanlah sebuah negara kebal.
Faktor dan fakta inilah membuatkan israel takut dan mula brfikir untuk mempertimbangkan cadangan mesir untuk pelan damai Gaza-israel.
Israel.zionis,yahudi skg amat2 takut..malah US selaku kekasih israel pn tak berani mnghntar bantuan apabila obama hanya sekadar mengecam Hamas tetapi tidak menawarkan sebarang bantuan ketenteraan.
Kerana dia tahu kekuatan briged al Qassam tak dapat digambarkan..ini mmbuatkn tel aviv smakin stress dan kecut. Bermula dengan kemunculan skuad komando elit amfibia al qassam yang mnyerang pengkalan navy israel.
Serangan roket ke lapangan terbang ben gurion, airport ini mnjadi sasaran Hamas kerana di sini terdapat pengkalan tentera udara/airforce. Semasa serangan pertama al qassam hanya mnggunakn roket M75..ini roket versi lama ciptaan al qassam.
Namun roket ini telah mmpu melumpuhkan airport BG ini..dan kita semua tahu roket M75 ini jarak sampainya dlm lingkungan 50-75 km..dan bila dilancarkn dr Gaza, ia hanya mampu sampai ke bandar2 israel yg bersempadan dgn gaza...seperti ashklon.
Tapi sekarang al qassam telah melancarkn roket buatannya yg terbaru yang dinamakan R160(Randisi 160..mengambil sempena nama bekas pimpinan Hamas, Dr. Randisi) yg mana roket ini mampu sampai malah telah menghujani bandar Haifa..iaitu sebuah bandar yg terletak paling utara israel.
Namun mimpi buruk israel tidak terhenti di situ..krn dalam siri serangan roket yg seterusnya, al qassam telah menggunakn roket terbaru dan tercanggih yg dinamakan Jabari 80 atau J80..yg mana ditujukan ke ibukota tel aviv.
Ini menyebabkn siren kecemasan tel aviv berbunyi tanpa henti memaksa seluruh rakyat israel mencari tempat perlindungan, rakyat israel menjadi bingung dan tertanya2..apa dah jadi dgn penangkis roket iron dome kebanggaan mereka?
Roket J80 bergerak dlm keadaan berayun dan tidak tetap, ini mnyebabkn iron dome israel gagal menangkis dan penganalisis tentera israel melalui saluran Ibrani melaporkan J80 mmg dihasilkn dgn teknology utk mengelak dari iron dome.
Al qassam juga telah berjaya menjatuhkn 10 J80 ke Tel Aviv dan Beit Bam. Ada yang mengenai kem tentera zionis di Nablus. Ini telah memaksa Tel Aviv memohon maaf kpd rakyatnya krn Iron Dome mereka x dpt menghalang roket Al Qassam.
Al Qassam telah melakukan sesuatu yang tak pernah dilakukan oleh mana2 negara Arab sebelum ini. Jika beberapa hari lepas kita semua umat islam teruja dgn kehebatan briged al qassam melancarkan roket J80 yg sgt canggih dan hebat itu.
Kini (semalam) Al Qassam membuat kejutan terbaru dengan melancarkan pesawat tanpa pemandu(drone) ciptaan sendiri yg dinamakan ABABIL..pesawat kawalan jauh ini dilengkapi roket kecil dan kamera pengintip berresolusi tinggi.
Skuad elit darat pula.yang mana kita tahu terdapat skuad sniper atau penembak tepat, skuad RPG yg mnghancurkn kreta kebal, skuad penanam bom tepi jalan..dan hacker sistem telekomunikasi.
Ini semua menjadikan Israel berada dalam mimpi ngeri.. jurucakap al qassam mengalu-alukn serangan darat dari zionis..kerana al qassam tahu, tentera zionis bakal menggali kuburnya sendiri..pada hemat saya, israel akan berhenti mnyerang dan berusaha menjayakan pelan damai dengan Hamas atas alasan kemanusiaan dan keselamatan orang awam.
Malah Mesir mmberi nasihat kepada Israel supaya melakukan gencatan senjata sebelum Israel mnjadi padang jarak padang terkukur...dan mklumat terkini Aqsa Syarif melalui laman FB rasminya melaporkan bahawa lapangan terbang Tel Aviv sesak dgn rakyat Israel yang mahu melarikan diri.
Dengan apa yang saya nyatakn,jelas Tel Aviv sangat takut sekarang hingga memaksa mereka berdamai dengan Hamas, tetapi kita semua tahu, apabila melibatkan pihak ke tiga sama ada dr UN atau liga arab sendiri, pasti Palestin mnjadi mngsa ketidakadilan atau resolusi berat sebelah.
Apa yang pasti mereka takut, mereka takut dan mereka takut..marilah kita sama2 berdoa semoga Hamas tidak tunduk pada rayuan Israel atau Mesir atau PBB sekalipn..teruskan menghentam bumi haram Israel. Alang2 mnyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan.
Kita juga berharap sayap2 tentera pertubuhan lain di Palestin akan bersama al qassam dalam memerangi yahudi laknatullah itu...Allahu akbar..
Bangkitlah Fatah dengan sayap tenteranya briged Martir al Aqsa, PRC dengan briged Nasir Salahudin, FLP dengan briged Abu Ali Mustapha, Jihad Islami dengan briged Al Quds dan briged2 lain yang sama2 siap sedia untuk syahid mmpertahankn akidah dan bumi anbiya ini...
Takbirrr Allahu akbar #HidupMuliaAtauMatiSyahid Jazakumullahi khoiran kathira Katakan kpd israel..KAMU BERPERANG UNTUK HIDUP, KAMI BERPERANG UNTUK MATI.. ALLAHU AKBAR. Wassalamualaikum
Tuesday, 22 July 2014
INFO!!! Pangkat Tentera Allah Di Palestin Melalui Pengikat Kepala!!!
Hijau : Briged Al-Qassam :
Sayap Tentera Hamas
Hitam Tulisan Putih : Briged Al-Aqsa : Sayap Tentera Fatah
Hitam Tulisan Kuning : Briged Saraya Al-Quds : Sayap Tentera Jihad Islam Palestin
Merah : Briged Abu Ali Mustafa : Sayap Tentera Pembebasan Rakyat Palestin
Tiada dalam gambar : Briged Nasser Salahuddin : Sayap Tentera Popular Resistance Committe
Dalam diri mereka ada semangat Khalid Alwalid, Muhammad Al Fateh dan Salahuddin Al Ayubi... mereka tak kan menyorok seperti tikus. Sebab darah mereka adalah semangat pejuang.
Monday, 21 July 2014
Zionis Yahudi Mengaku Tenteranya Ramai Mati Kerana Serangan Al- Qassam!!!
Perang Gaza vs Israel hari ke-13: Media Zionis Israel melaporkan: Kalaulah pihak tentera Israel membenarkan penyebaran bilangan rakyat dan askar Israel yang terkorban, akan berlaku revolusi di Israel.
Media Zionis Israel sedang menghebahkan tentang hujanan roket dari Gaza ke atas mereka dan siren kecemasan sedang berbunyi dari Beersheba hingga ke Tel Aviv.
Akhbar Israel pada muka surat depan menyiarkan gambar 6 orang tenteranya yang terbunuh dalam operasi menyelinap tentera Briged Izzuddin Al-Qassam masuk ke bahagian Ain Saalisah semalam (Sabtu).
Terkini: Briged Izzudin Al-Qassam mengesahkan bahawa pejuang Palestin semalam berjaya menghalang kemaraan tentera Israel untuk memasuki Gaza dan berjaya membunuh 15 orang tentera Israel dalam pelbagai pertempuran di sekitar sempadan Gaza dan operasi ketenteraan lain.
Manakala pada pagi ini 2 jam yang lalu di Hayyu Tuffah, Al-Qassam mengesahkan berjaya meletupkan sekumpulan skuad Israel dengan bom jerangkap samar yang membunuh kesemua tentera yang sedang berkumpul di situ; disyaki 14 orang tentera penjajah terbunuh manakala menurut sumber Al-Jazeera 8 orang.
Hingga kini sekurangnya 6 buah kereta kebal Israel telah berjaya dimusnahkan pejuang Palestin. Pasukan penembak tepat Palestin pula berjaya membunuh beberapa askar Israel.
Askar Israel masih belum dapat memasuk Gaza kerana digempur pejuang Palestin. Israel hanya mampu menyerang dengan kapal terbang dan tembakan meriam dari jauh.
Media Israel berusaha menutup kerugian yang dialami askarnya di medan perang. Media zionis itu bukan saja cuba menipu dunia malah rakyatnya sendiri. Keangkuhan Zionis Israel akan ditundukkan pejuang Palestin…Allahu Akhbar… Sumber: Aman Palestin.
Berikut pula kenyataan dari CAKNA PALESTIN:
SABTU :
21 Ramadhan 1435 / 19 Julai 2014
1. 11 orang tentera Zionis terbunuh ketika tercetusnya peperangan darat. 6 orang di Khan Younis, 2 orang di Beit Hanoun, 3 orang di Safad.
2. Kereta kebal tentera Zionis dihancurkan sepenuhnya di Beit Hanoun. Terdapat 4 orang tentera Zionis di kuliah pertanian.
- Pengeboman kereta kebal berlaku di Beit Lahia ( Briged Al-Qassam tidak merakam gambar dalam operasi ini).
- Juga peluru al-Qassam telah jatuh di beberapa pusat tentera Zionis Israel, berlaku kematian tetapi dinafikan oleh pihak mereka. Zionis menyifatkan hari sabtu (kelmarin) sebagai hari hitam.
AHAD : 22 Ramadhan 1435 / 20 Julai 2014
1. Awal pagi ini kematian meningkat seramai 14 orang, tetapi jumlah sebenar lebih daripada itu. 23 tentera Zionis cedera dalam pertembungan denga Briged Al-Qassam kelmarin. Sebentar lagi Briged Al-Qassam akan mengumumkan kematian dan jumlah tentera zionis yang terbunuh setiap hari.
2. Khaled Mashal (pemimpin Hamas) menolak secara rasmi jemputan As-Sisi ke Mesir.
3. Israel umum secara rasmi bahawa Emiriah Arab Bersatu (UAE) membantu Israel dalam peperangan ke atas Gaza.
4. Israel mengumumkan secara rasmi Briged Al-Qassam membunuh 8 orang tenteranya di perbatasan Gaza Timur di Shujaiah.
Allahu Akbar!!! Teruskan berdoa Akhukum Wan Mohd Sharafi Presiden Cakna Palestin 22 Ramadhan 1435 / 20 Julai 2014 - Sumber
Friday, 11 July 2014
Beza Antara Israel Dan Yahudi Zionis
Nama Israel sudah popular di semua kalangan masyarakat dunia. Hampir semua media massa di dunia menyebut sebuah negara penjajah yang menguasai Palestin saat ini sebagai "negara Israel".
Padahal jika meneliti secara sejarah, istilah Israel dalam hal ini tidak tepat. Ini adalah sebahagian daripada "perang terminologi". Tanpa sedar, hampir keseluruhan umat Islam dengan mudah mengucapkan kata "Israel" bahkan diikuti dengan kata atau doa yang buruk dan laknat terhadap mereka.
Padahal, nama Israel adalah nama Nabi Ya'qub alaihisalam. Yahudi menggunakan nama "Israel" apabila mereka membina kekuatannya di era moden ini. Dengan nama itu, mereka mendakwa terikat dengan dengan Nabi Allah Israil alaihissalam, mengikuti agamanya, pewarisnya, keturunannya dan seakan Allah meredai mereka.
Tatkala Yahudi menduduki Palestin dan menubuhkan negara mereka di sana, mereka menamakannya dengan "negara Israel". Lembaga dan agensi yang ada juga atas nama Israel. Bank Israel, bendera Israel, tanah Israel, suara Israel, tentera pertahanan Israel, kementerian luar negeri Israel dan seterusnya. Agar diterima oleh masyarakat dunia, Yahudi memberikan imbuhan dan kesan dimensi agama dalam entiti dan kewujudan mereka di tanah Palestin.
Ini mereka lakukan agar masyarakat antarabangsa simpati keagamaan dan kalangan yahudi dunia sudi berhijrah ke negara Yahudi, mengerahkan seluruh tenaga dan potensi yang mereka milik untuk negara penjajah ini. Selain itu, dengan menamakan diri sebagai "negara Israel" cara seperti ini, Yahudi ingin mempengaruhi kalangan Kristian dunia dan mendapatkan sokongan.
Sebab kalangan ini juga mendakwa beriman kepada Injil (Bible) dan Taurat. Taurat adalah Perjanjian Lama dan Bibel adalah Perjanjian Baru. Keduanya diyakini kalangan Kristian sebagai kitab suci. Yahudi ingin memberikan entiti mereka di Palestin untuk kalangan Kristian sebagai wujud nubuwat dalam perjanjian lama di dalam kita suci.
Mereka ingin menunjukkan seolah-olah ini sebagai perwujudan janji Allah kepada Ibrahim dan Israil (Yakub). Mereka ingin memberikan pemahaman kepada Kristian bahawa sokongan kepada entiti Yahudi di Palestin adalah natijah keimanan Kristian kepada Injil (Bible).
Oleh itu, sebahagian negara Kristian di barat terpengaruh kepada tuntutan Yahudi ini. Israil adalah Nama Nabi Israil adalah Nabi Allah yang mulia dan dicintai-Nya. Dia adalah Yakub bin Ishak bin Ibrahim alaihimussalam. Allah berfirman,
"Mereka itu adalah orang-orang yang Telah diberi nikmat oleh Allah, iaitu para nabi dari keturunan Adam, dan dari orang-orang yang kami angkat bersama Nuh, dan dari keturunan Ibrahim dan Israil, dan dari orang-orang yang Telah kami beri petunjuk dan telah kami pilih. apabila dibacakan ayat-ayat Allah yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis. "(Maryam: 58)
Sementara Bani Israil adalah anak dan keturunan Nabi Yakub iaitu 12 orang, Yusuf dan saudara-saudaranya. Dari 12 orang inilah berkembang dan menjadi Bani Israil ketika mereka tinggal di Mesir bersama Yusuf. Ketika datang Musa, mereka keluar bersamanya ke Gurun Sinai. Ketika mereka kehausan Musa memukulkan tongkatnya ke batu dan mengeluarkan mata air sebagi mukjizat.
Nama Bani Israil digunakan sampai diutusnya Nabi Muhammad. Ayat Al-Quran jelas memberitahu tentang mereka, sejarah, perbuatan, taklif Allah kepada mereka, kesalahan dan penyelewengan mereka. Yahudi atau Israel?
Al-Quran menyebut Yahudi kepada Bani Israil setelah diutusnya Nabi Muhammad dan selepas mereka kufur dan mengingkari kenabian beliau. Nama Yahudi adalah bukan bahasa Arab tetapi digunakan untuk mengistilahkan bangsa kafir yang dimurkai Allah.
Nama Yahudi hanya disebutkan dalam ayat-ayat madani (yang turun selepas hijrah ke Madinah) lapan kali di surat; Al-Baqarah, Al-Maidah, dan di At-Taubah semuanya dengan konteks celaan atas mereka dan bukan pujian. Beralihnya peristilahan Al-Quran dari Bani Israil kepada Yahudi ini memberikan kesimpulan bahawa umat Islam wajib mengikuti methode Al-Quran dalam membezakan antara Yahudi dan Bani Israel.
Ketika Al-Quran menukar istilah Bani Israel menjadi Yahudi ini ingin menghilangkan mereka dari warisan hakiki Ibrahim dan Israil. Meskipun mereka mungkin masih ada keturunan Nabi Israil, namun mereka bukan pewarisnya kerana mereka tidak mengikuti agama beliau.
Kerana itu untuk menunjuk kepada negara penjajah di Palestin ketika ini yang betul adalah menyebutkan "negara penjajah zionis yahudi" dan bukan Israel. Zionis menunjuk kepada organisasi antarabangsa jahat yang merancang penubuhan negara penjajah tersebut di Palestin.
Sebab jika menggunakan Israel dikhuatiri akan memberikan imbuhan laknat, celaan, cercaan kepada seorang Nabi Allah iaitu Yakub. Jika pun terpaksa menggunakannya kerana tuntutan konteks jurnalistik maka menyebut itu dengan tanda petik 'Israel'.
Diterjemah dari sumber islampos.
Thursday, 16 January 2014
Mayat Bapak Pembunuh Islam Palestin Ariel Sharon Seakan Enggan Diterima Bumi...
Isnin lalu, ketika pembunuh masyarakat Islam Palestin, Ariel Sharon hendak dikebumikan, utara Israel telah mengalami gempa bumi berukuran 3.5 skala Richter.
Di saat para pemimpin dan orang-orang kenamaan antarabangsa sedang memberi penghormatan terakhir kepada salah seorang pengasas negara Yahudi itu, penduduk utara Galilee melaporkan kepada Ynetnews.com bahawa gegaran itu mulai dapat dirasai sekitar waktu tengah hari.
Berita mengenai gempa bumi itu telah disahkan oleh Institut Geofizik Israel. Masya’Allah… apakah itu petanda bumi tidak menerima Ariel Sharon dan bayangkan azab yang menanti pemimpin Yahudi lakhnatullah berkenaan.
” SAYA bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan…” Itulah antara baris ayat Ariel Sharon.
Namun di hari pengebumiannya, bumi bergegar … tahulah nasib kau sekarang kan. Pemimpin Yahudi yang digelar sebagai ‘Penyembelih Beirut’ itu koma selepas diserang strok dan pendarahan otak pada 4 Januari 2006 semasa berkempen untuk partinya menjelang pilihan raya umum di Israel.
Sharon yang merupakan seorang bekas jeneral menjadi Perdana Menteri Israel dari tahun 2001 hingga 2006 terkenal kerana kekejamannya yang dikutuk oleh masyarakat antarabangsa berhubung pembunuhan beramai-ramai orang Islam di Beirut, Lebanon.
Pada tahun 1982, Sharon yang menjadi Menteri Pertahanan Israel ketika itu mengarahkan beberapa kumpulan militia Kristian Lebanon untuk membunuh pelarian Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila di Beirut.
Ketika itu, tentera Israel menceroboh sebahagian Lebanon untuk mengusir pejuang Pertubuhan Pembebasan Palestin.
Menurut beberapa sumber Palestin, antara 3,000 hingga 3,500 orang termasuk wanita mengandung, bayi dan kanak-kanak dibunuh kejam dalam pembunuhan beramai-ramai tersebut.
Beribu-ribu pelarian turut diseksa dan dirogol dalam kekejaman tersebut yang berlaku selama tiga hari pada 16 September 1986.-Mynewshub
PT
Demikianlah perjalanan Hukum Kebenaran dan Keadilan. Sepertimana kisah kezaliman Firaun yang tercatat di dalam Al-Quran, maka ia kini berulang ke atas manusia yang zalim dan kejam semasa ia berada di atas mukabumi Tuhan.
Bukankah kesemua ini menceritakan kebenaran Kalamullah di dalam Al-Quran? Dari kisah Firaun, Allah SWT telah berjanji bahawa jasad Firaun akan berkekalan sehingga hari kiamat sebagai peringatan dan pengiktibaran kepada manusia yang melampau.
Firman Allah dalam Surah Yunus ayat 92 yang bermaksud: :
"Maka pada hari ini, Kami selamatkan Engkau (hai Firaun) dengan badanmu (yang tidak bernyawa, daripada ditelan laut), untuk menjadi tanda bagi orang orang yang di belakangmu (supaya mereka mengambil iktibar) dan (ingatlah) sesungguhnya kebanyakan manusia lalai daripada (memerhati dan memikirkan) tanda - tanda kekuasaan Kami!"
Kini Ariel Sharon. Alam seakan-akan menolak kekhadirannya di perut bumi Allah sewaktu ia hendak dikebumikan sehinggakan berlaku gempa bumi di Utara Israel. Hukuman Allah tetap berjalan....
Friday, 7 December 2012
DEMI GAZA SANGGUP JUAL MOTOR !!!
Pelajar tersebut, Muhammad Mohibbuddin Shahul Hamid, merupakan pelajar tahun tiga dari Pusat Pengajian Perumahan Bangunan dan Perancangan bertolak ke Gaza bersama 120 sukarelawan dari seluruh negara, malam tadi.
“Saya sangat tersentuh dengan nasib mereka (penduduk Gaza) di sana dan ingin melihat sendiri tentang apa yang selama ini saya dengar dan tonton di media,” katanya ketika dihubungi Naib Canselor USM Prof Datuk Omar Osman di sini hari ini.

Antara pelajar lain yang turut menyertai misi itu ialah Abu Suffian Mansoor, pelajar tahun dua Pusat Pengajian Komunikasi dan Nazurah Mohd Noh pelajar tahun dua Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan. Misi tersebut telah membawa ubat-ubatan bernilai RM120,000 serta bantuan berjumlah RM315,000 untuk keluarga miskin dan RM300,000 bagi anak yatim di Gaza.
Dalam pada itu, Omar turut menasihati pelajar berkenaan supaya berhati-hati sepanjang misi itu dan mengucapkan tahniah atas keprihatinan dan pengorbanan yang dilakukan mereka.
“Mereka dijangka pulang ke tanah air 13 Disember ini dan setakat ini semuanya berjalan lancar,” katanya. Sumber
Sunday, 25 November 2012
FOTO !!! PENYATUAN HAMAS DAN FATAH SEMPENA GENJATAN SENJATA..
![]() |
| Hamas |
![]() |
| Fatah |
Kedua-dua pihak itu tidak pernah bersatu hati dalam apa jua bentuk sebelum ini. Malah mereka pernah berperang hingga menumpahkan darah dan nyawa suatu ketika dahulu iaitu selepas Hamas memenangi pilihanraya 25 januari 2006.
Selepas pilihanraya itu Paletine telah terbahagi kepada dua pemerintahan dengan Hamas menguasai Gaza manakala Fatah mentadbir Tebing Barat. Pada April 2011 kedua-dua parti politik ini bersetuju untuk bergabung dan menyatukan kedua-dua kerajaan menjelang pilihanraya umum 2012.
Gambar di atas sungguh menenangkan jiwa. Gambar ini menunjukkan bukan sahaja pemimpin mereka bersetuju bergabung malah kesemua pengikut dan penyokong kedua-dua kerajaan ini. Gabungan dua parti terbesar Palestine ini akan membawa kepada satu era baru untuk rakyat Palestine. Palestine bakal digeruni Israel dan usaha pasti akan dilakukan untuk menggagalkan gabungan ini.
Marilah kita sama-sama mendoakan agar kedua-dua belah pihak berwaspada dengan hasutan syaitan yahudi Isreal...(bukan macam pas yang mendoakan kemusnahan dan kehancuran sesama Islam) Al-Qassam, al-Quds Battalions, Jerusalem Battalions, Jerusalem Brigades,dan Sayf al-Islam Brigades perlu menangkis segala fitnah yang bakal ditimbulkan yahudi bagi menggagalkan penyatuan ini. Sumber
Thursday, 22 November 2012
#SAVE GAZA !!! SURAT DARI BUDAK KECIL UNTUK OBAMA !!!
#SAVE GAZA !!! PUISI 'SELAMAT PAGI GAZA' DI FACEBOOK TUN M
Wednesday, 21 November 2012
BETULKAH MAYAT PERISIK ISRAEL YANG DIBUNUH DAN DISERET OLEH PEJUANG HAMAS ???
Tidak perlu dinafikan seluruh dunia mengutuk keras kekejaman israel bila mereka seperti orang gila menyerang Palestine tanpa henti dan tanpa peri kemanusiaan. MI sendiri mengutuk kekejaman israel.
Apabila tindakan pejuang Hamas dipertontonkan begini, timbul banyak persoalan dan sememangnya akan wujud pro dan kontra. Ada yang gembira seolah dendam berbalas. Ada yang kecewa seolah perangai orang Islam sama dengan perangai zionis laknatullah. Seterusnya sila tekan.
Menurut berita sumber luar negara mereka kemudian mendapati bahawa mangsa adalah seorang wartawan setelah ditemukan peralatan media yg digunakannya.
BACA DI SINI
DEMI GAZA !!! CRISTIANO RONALDO LELONG KASUT EMASNYA,.. UAI PULAK HANTAR JET ???
Konflik Israel dengan Palestin yang berlangsung di Tebing Gaza telah menarik perhatian pemain bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo hingga beliau sanggup melelongkan anugerah paling bermakna dalam karier bola sepak, iaitu Kasut Emas dengan harga mencecah 1.4 juta Euro atau RM 5.5 juta.
Bekas pemain Manchester United yang kini dalam pasukan Real Madrid ini berhasrat menggunakan wang hasil lelongan bagi membantu Palestin membina beberapa buah sekolah yang hancur dibom rejim Zionis Israel.
Anugerah Kasut Emas diterima oleh Cristiano Ronaldo pada tahun 2011 selepas dia berjaya menjadi penjaring gol terbanyak bagi La Liga dengan jumlah sebanyak 40 gol.
Monday, 19 November 2012
BAPA SYAITAN BENJAMIN NETANYAHU LARI DARI ROKET HAMAS
ENTRI POPULAR
-
Gambar hiasan "Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetap...
-
SUNGAI BESAR – Calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar menunaikan tanggungjawabn...
Blog Archive
-
▼
2016
(28)
-
▼
June
(28)
- Waibi Budiman Tunaikan Tanggungjawab @PRK Sg Besar...
- BN Bakal Rampas Selangor Jika Menang @PRK Sg Besar...
- Awas!!! Taktik Sampah Pembangkang Di Saat Akhir!!!...
- Kerajaan BN Abaikan Kebajikan Nelayan@Sg Besar #pr...
- Pemimpin Pas Layak Jadi Tukang Karut??? #prkSgBesa...
- Muktamad!!! Azmin Rela Karam Bersama Amanah @PRK S...
- Panas!!! 4000 Cina DiAngkut @PRK Sg Besar Demi Kem...
- Pas Nganga Mulut!!! MB Selangor Sokong Pan???#prkS...
- Hormati Suara Dan Teguran Rakyat-Annuar Musa #prkS...
- YB Budiman Yang Sangat Budiman!!!#prkSgBesar #SCS9...
- Amanah Tabur Janji Kosong??? - Pas #prkSgBesar #SC...
- Biar Betul!!! Hj Hadi Jual Agama @PRK Sg Besar #pr...
- Fokus Utama YB Budiman Hanya Untuk Kesejahteraan R...
- Pelik!!! Nelayan Sekinchan Terabai Di Bawah BN #pr...
- Kekalahan Amanah Semakin Hampir @PRK Sg Besar-Nuru...
- 'Kepala Perang' Ghaib @PRK Sg. Besar #prkSgBesar #...
- Tidak Perlu Pecah Kepala Berfikir @PRK Sg Besar -T...
- Pas Tidak Mampu Untuk Menang @PRK Sg Besar - Amana...
- Azmin Bantu Kempen Calon BN @PRK Sg Besar??? #prkS...
- Panas!!! Calon BN Sg Besar Sombong??? #prkSgBesar ...
- Rugi Jika Pilih Calon Pakatan Harapan #prksgbesar ...
- Tahniah!!! Pas Sudah Mula Menipu #prkSgBesar #SCS9...
- Billboard 'Cina Babi'??? Polis Akan Panggil Tony P...
- YB Budiman Pilihan Yang Tepat Untuk Penduduk Sg Be...
- Petanda Pembangkang Bakal Bungkus Di Sg Besar #prk...
- Azmin Tersepit Di Antara Pas Dan Pan. Kemenangan B...
- Pastikan Kemenangan Milik YB Budiman #prksgbesar #...
- Hot!! Hari Malang Buat Teresa Kok!! Terima Hadiah ...
-
▼
June
(28)
Blog Archive
- June (28)
- January (3)
- December (15)
- October (10)
- September (36)
- August (35)
- July (23)
- June (11)
- May (21)
- April (16)
- March (117)
- February (24)
- January (16)
- December (12)
- November (19)
- October (78)
- September (36)
- August (12)
- July (41)
- June (63)
- May (65)
- April (98)
- March (240)
- February (74)
- January (109)
- December (103)
- November (96)
- October (109)
- September (232)
- August (188)
- July (200)
- June (99)
- May (172)
- April (257)
- March (69)
- February (5)
- January (12)
- December (2)
- November (3)











