Friday, 11 July 2014

Beza Antara Israel Dan Yahudi Zionis

Nama Israel sudah popular di semua kalangan masyarakat dunia. Hampir semua media massa di dunia menyebut sebuah negara penjajah yang menguasai Palestin saat ini sebagai "negara Israel".

Padahal jika meneliti secara sejarah, istilah Israel dalam hal ini tidak tepat. Ini adalah sebahagian daripada "perang terminologi". Tanpa sedar, hampir keseluruhan umat Islam dengan mudah mengucapkan kata "Israel" bahkan diikuti dengan kata atau doa yang buruk dan laknat terhadap mereka.

Padahal, nama Israel adalah nama Nabi Ya'qub alaihisalam. Yahudi menggunakan nama "Israel" apabila mereka membina kekuatannya di era moden ini. Dengan nama itu, mereka mendakwa terikat dengan dengan Nabi Allah Israil alaihissalam, mengikuti agamanya, pewarisnya, keturunannya dan seakan Allah meredai mereka.

Tatkala Yahudi menduduki Palestin dan menubuhkan negara mereka di sana, mereka menamakannya dengan "negara Israel". Lembaga dan agensi yang ada juga atas nama Israel. Bank Israel, bendera Israel, tanah Israel, suara Israel, tentera pertahanan Israel, kementerian luar negeri Israel dan seterusnya. Agar diterima oleh masyarakat dunia, Yahudi memberikan imbuhan dan kesan dimensi agama dalam entiti dan kewujudan mereka di tanah Palestin.

Ini mereka lakukan agar masyarakat antarabangsa simpati keagamaan dan kalangan yahudi dunia sudi berhijrah ke negara Yahudi, mengerahkan seluruh tenaga dan potensi yang mereka milik untuk negara penjajah ini. Selain itu, dengan menamakan diri sebagai "negara Israel" cara seperti ini, Yahudi ingin mempengaruhi kalangan Kristian dunia dan mendapatkan sokongan.

Sebab kalangan ini juga mendakwa beriman kepada Injil (Bible) dan Taurat. Taurat adalah Perjanjian Lama dan Bibel adalah Perjanjian Baru. Keduanya diyakini kalangan Kristian sebagai kitab suci. Yahudi ingin memberikan entiti mereka di Palestin untuk kalangan Kristian sebagai wujud nubuwat dalam perjanjian lama di dalam kita suci.

Mereka ingin menunjukkan seolah-olah ini sebagai perwujudan janji Allah kepada Ibrahim dan Israil (Yakub). Mereka ingin memberikan pemahaman kepada Kristian bahawa sokongan kepada entiti Yahudi di Palestin adalah natijah keimanan Kristian kepada Injil (Bible).

Oleh itu, sebahagian negara Kristian di barat terpengaruh kepada tuntutan Yahudi ini. Israil adalah Nama Nabi Israil adalah Nabi Allah yang mulia dan dicintai-Nya. Dia adalah Yakub bin Ishak bin Ibrahim alaihimussalam. Allah berfirman,

"Mereka itu adalah orang-orang yang Telah diberi nikmat oleh Allah, iaitu para nabi dari keturunan Adam, dan dari orang-orang yang kami angkat bersama Nuh, dan dari keturunan Ibrahim dan Israil, dan dari orang-orang yang Telah kami beri petunjuk dan telah kami pilih. apabila dibacakan ayat-ayat Allah yang Maha Pemurah kepada mereka, maka mereka menyungkur dengan bersujud dan menangis. "(Maryam: 58)

Sementara Bani Israil adalah anak dan keturunan Nabi Yakub iaitu 12 orang, Yusuf dan saudara-saudaranya. Dari 12 orang inilah berkembang dan menjadi Bani Israil ketika mereka tinggal di Mesir bersama Yusuf. Ketika datang Musa, mereka keluar bersamanya ke Gurun Sinai. Ketika mereka kehausan Musa memukulkan tongkatnya ke batu dan mengeluarkan mata air sebagi mukjizat.

Nama Bani Israil digunakan sampai diutusnya Nabi Muhammad. Ayat Al-Quran jelas memberitahu tentang mereka, sejarah, perbuatan, taklif Allah kepada mereka, kesalahan dan penyelewengan mereka. Yahudi atau Israel?

Al-Quran menyebut Yahudi kepada Bani Israil setelah diutusnya Nabi Muhammad dan selepas mereka kufur dan mengingkari kenabian beliau. Nama Yahudi adalah bukan bahasa Arab tetapi digunakan untuk mengistilahkan bangsa kafir yang dimurkai Allah.

Nama Yahudi hanya disebutkan dalam ayat-ayat madani (yang turun selepas hijrah ke Madinah) lapan kali di surat; Al-Baqarah, Al-Maidah, dan di At-Taubah semuanya dengan konteks celaan atas mereka dan bukan pujian. Beralihnya peristilahan Al-Quran dari Bani Israil kepada Yahudi ini memberikan kesimpulan bahawa umat Islam wajib mengikuti methode Al-Quran dalam membezakan antara Yahudi dan Bani Israel.

Ketika Al-Quran menukar istilah Bani Israel menjadi Yahudi ini ingin menghilangkan mereka dari warisan hakiki Ibrahim dan Israil. Meskipun mereka mungkin masih ada keturunan Nabi Israil, namun mereka bukan pewarisnya kerana mereka tidak mengikuti agama beliau.

Kerana itu untuk menunjuk kepada negara penjajah di Palestin ketika ini yang betul adalah menyebutkan "negara penjajah zionis yahudi" dan bukan Israel. Zionis menunjuk kepada organisasi antarabangsa jahat yang merancang penubuhan negara penjajah tersebut di Palestin.

Sebab jika menggunakan Israel dikhuatiri akan memberikan imbuhan laknat, celaan, cercaan kepada seorang Nabi Allah iaitu Yakub. Jika pun terpaksa menggunakannya kerana tuntutan konteks jurnalistik maka menyebut itu dengan tanda petik 'Israel'.

Diterjemah dari sumber islampos.

2 comments:

  1. Pandai pandai je buat kesimpulan...Abis nak panggil apa?...Bknkah yahudi tu kaum sesat...adkah Allah swt mengatakn suku2 yahudi dlm al quran sedangkan al quran sangat jelas sekali mencela kaum laknat ini,.israel dan yahudi 1 spesis tiada beza...yg beza jika mereka dh masuk Islam dn beriman...

    ReplyDelete
  2. Israel tu mknanya hamba allah... klau nk kutuk diorang sebut lah zionis yahudi...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive