Monday, 21 July 2014

Sedikit Info Yang Perlu Anda Tahu Tentang Senjata BUK-Missile

Fakta Mengenai Peluru Berpandu Darat Ke Udara BUK Yang Anda Perlu Tahu. Khamis lepas kita dikejutkan dengan kejadian #MH17 yang dipercayai ditembak menggunakan peluru berpandu dari kumpulan senjata BUK-missile.

Apa itu BUK-Missile?

Yang ni ramai yang kurang jelas. Apa kata kita ambil tahu dulu sedikit info mengenai teknologi senjata tersebut. Apa itu BUK?

BUK ialah satu sistem peluru berpandu darat ke udara. Sistem ini juga dikenali sebagai SA6 ataupun ataupun SA-17s oleh pihak USA. Dan bagi NATO mereka mengelarnya sebagai GRIZZLYS.

Peluru berpandu-BUK (surface to air missile SAM) ialah sejenis kumpulan senjata berjarak serdahana yang bergerak sendiri (dengan sistem radar khusus) selepas sasaran ditetapkan oleh sistem sokongan.

Bergerak sangat laju sehingga sukar dikesan dan mampu mengejar sasaran pada altitude sehingga 22,000 meter. Ataupun lebih kurang 72,000 kaki atas udara.

Bersaiz = 16' Berat = 680.4 KG (kenderaan) Kelajuan = 2684 MPH (Miles Per Hour) Berat peluru berpandu = 70 KG Nota ** Pesawat jenis komersil seperti #MH71 biasanya bergerak pada kelajuan 500-600 miles per hour.

Bagaimana rupa bentuk BUK-missile? Siapakah yang layak mengendalikan BUK-Missile?

Sistem ini perlu dikendalikan oleh 4 orang yang mahir dan pakar dalam mengendalikan BUK-missile. Bagi mereka yang tidak terlatih, mereka tidak boleh mengoperasikan sistem ini disebabkan tidak tahu bagaimana pengoperasian sistem dijalankan.

Macam kita guna komputer la. Kalau tak pandai guna komputer, boleh ke kita menaip, buka email dan sebagainya? Maka sistem ini hanya boleh dikendalikan oleh mereka yang benar2 terlatih dan terbukti pakar.

Bagaimana ia beroperasi?

Sistem ini mempunyai 4 komponen utama (kenderaan yang berbeza). Radar navigasi dan sasaran : bertugas mengenalpasti dan mengesan sasaran. Juga berperanan untuk menentukan pelbagai sasaran dan masa pelancaran misil.

Komponen perintah :

Memberikan arahan berdasarkan kepada maklumat yang diterima dari radar sasaran. Menyampaikan arahan selanjutnya kepada pelancar peluru berpandu.

Pelancar peluru berpandu :

Membawa peluru berpandu. Komponen logistik : Membawa peluru berpandu tambahan dan alat-alatan perang yang berkaitan dengan tujuan melancarkan (menyokong) operasi perang.

Secara umumnya, sistem radar akan mengenalpasti sasaran yang berpotensi dan melaporkan kepada unit arahan. Unit arahan akan bertindak untuk meletakkan sasaran tertentu dan unit peluru berpandu akan melancarkan misil tepat ke arah sasaran yang telah dikenalpasti dan logistik akan membekalkan peralatan tambahan seperti peluru berpandu setelah ia habis dilancarkan.

Keupayaan radar peluru berpandu BUK membolehkan ia mensasarkan pelbagai sasaran dari sudut yang berbeza dalam satu masa yang sama. Maksudnya dia boleh mensasarkan sehingga 4 jenis sasaran yang berbeza sebelum lancarkan peluru berpandu pada sudut yang berbeza dengan jarak sasaran yang berbeza.

Siapa yang membangunkan sistem senjata ini?

Dibangunkan pada era Soviet Union pada tahun 1972 dan diterima masuk sebagai sebahagian dari alatan perang moden pada tahun 1980.

Sistem ini sentiasa diperbaharui dari segi kapasiti, kelajuan, saiz dan keupayaan secara berterusan dan ia mempunyai lebih dari satu jenis model yang direka mengikut kesesuaian dan permintaan dari negara-negara lain.

Siapa yang memiliki sistem BUK ini?

Rusia sudah tentu. Sebagai pengeluar dan pencipta. Ia juga dijual kepada negara lain samada secara terbuka atau sulit. Namun Rusia hanya menjualnya kepada proksi yang mahu bersekutu dengannya seperti Syria.

Ukraine juga memiliki peluru berpandu BUK ini. Ukraine adalah bekas Soviet Union. Maka tidak hairan la kenapa Ukraine memiliki sistem persenjataan ini.

Kenapa sistem ini dicipta?

Bertujuan untuk melancarkan (mengelak/mempertahankan) serangan dari jet pejuang pemandu atau tanpa pemandu dan juga bom pintar (bersasaran). Jika, satu2 misil dilancarkan, ia akan mengeluarkan bunyi dan menghasilkan asap yang sangat tebal ketika pelancaran.

Pelancaran bersasaran bermaksud sekali target sudah ditetapkan dia akan kejar sampai dapat. 3 kali lebih laju dari kelajuan udara dan setakat pesawat komersil, MAS bukan siapa2 untuk lawan peluru berpandu BUK ini.

Apatah lagi radar MAS juga tidak boleh (tidak sempat) mengesan kehadiran misil itu disebabkan kelajuan peluru tersebut. Jika ia terkena di hadapan pesawat, berbanding di bahagian ekor maka tidak aneh la kenapa tiada mana2 pilot mampu memberikan panggilan kecemasan kerana ianya telah termusnah dalam serangan tersebut.

BUK misil hanyalah salah satu dari keluarga kumpulan persenjataan darat ke udara. Selain dari BUK, Rusia juga membangunkan pelbagai lagi jenis persenjataan darat ke udara (SURFACE TO AIR MISSILE = SAM).

Rajah menunjukkan bahawa ;

1. Pesawat tentera Ukrainian AN-26 ditembak jatuh dengan misil pada Julai 14.

2. Sekali lagi pesawat tentera Ukrainian SU-25 (Sukhoi) ditembak, kali ini dengan menggunakan jet pejuang kumpulan pemisah. Pada 16 Julai.

3. Kehadiran pesawat ketenteraan di atas ruang udara di kawasan yang bergolak memberikan gambaran kepada kumpulan pemisah bahawa Ukraine mungkin mahu melancarkan serangan dan ini penyebab kenapa pesawat2 tersebut diserang.

4. Dan pada julai 17, #MH17 ditembak jatuh menggunakan misil jenis BUK. Misil ini dipercayai dilancarkan oleh kumpulan pemisah seperti yang diwar2kan oleh presiden Ukraine selepas berlakunya insiden.

Namun pihak Rusia dan kumpulan pemisah menafikan penglibatan mereka dalam hal ini sebaliknya menuduh Ukraine adalah dalang.

5. Untuk rekod, ketiga2 kumpulan yang bertelagah dalam insiden ini (Rusia, Ukraine dan kumpulan pemisah pro Ukraine) mempunyai senjata jenis ini.

Sumber

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive