Showing posts with label Ukraine. Show all posts
Showing posts with label Ukraine. Show all posts

Wednesday, 23 July 2014

Tragedi MH17 - Si Celaka Amerika Syarikat Dakwa MH17 Ditembak Secara Silap!!!

AS Dedah Punca MH17 Ditembak Jatuh WASHINGTON: Pesawat MH17 mungkin ditembak jatuh secara 'silap' oleh anggota pemisah pro-Russia yang kurang mahir, kata pegawai risikan Amerika Syarikat dan menolak pendirian Moscow bahawa insiden itu hanya propaganda.

Bukti yang dikumpul mencadangkan bahawa puak pemisah melancarkan SA-11 dari darat ke udara yang menyebabkan pesawat Malaysia itu meletup pada Khamis lalu tetapi masih tidak jelas 'siapa yang memetik picu' dan mengapa.

"Penjelasan yang paling munasabah....ialah ia adalah satu kesilapan dan misil itu dilepaskan oleh 'kru yang kurang mahir' kerana peralatan senjata berkenaan memerlukan kemahiran dan latihan," katanya.

Pegawai itu berkata, beberapa insiden terdahulu dalam tempoh beberapa tahun di mana tentera Russia dan Amerika Syarikat tersilap menembak jatuh pesawat penerbangan awam.

Sebelum itu, pesawat Korea pernah ditembak jatuh oleh jet Soviet pada 1983 dan Tentera Laut Amerika Syarikat tersilap menembak jatuh pesawat awam Iran pada 1988. ~AFP

Tuesday, 22 July 2014

Tragedi MH17 - Siapa Sebenarnya Punya Angkara???Tuduh Menuduh Bermula!!!

Duta Rusia di Malaysia Lyudmila Vorobyev (kiri) bercakap semasa sidang media tragedi Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Kedutaan Rusia di Kuala Lumpur hari ini.

Rusia hari ini menafikan apa-apa penglibatan dalam tragedi pesawat Malaysia Airlines MH17, tetapi mengatakan ketenteraan Ukraine memiliki sistem peluru berpandu darat-ke-udara BUK.

Duta Rusia ke Malaysia Lyudmilla G Vorobyeva berkata pemberontak di Donetsk hanya memiliki sistem mudah alih. "Linkungan yang boleh dicapai sistem mudah alih ini hanya 5,00 meter, bermaksud ia tidak mampu menyasarkan jet komersil yang sedang terbang setinggi 33,000 kaki," kata Vorobyeva.

Vorovyeva berkata pada sidang media di kedutaan Rusia di Jalan Ampang hari ini Rusia dipersalahkan secara tidak adil oleh media Barat.

"Di mana bukti kukuh yang Rusia terlibat dalam tragedi MH17? Semua jari yang dituding dan tuduhan yang dibuat adalah tanpa bukti."

"Semasa Amerika Syarikat (AS) menyerang Iraq pada 2003, mereka katakan ia angkara Timur Tengah kerana mereka memiliki senjata nuklear."

"Bagaimanapun, hingga hari ini dunia masih menunggu bukti 'weapons of mass destruction' yang digunakan sebagai alasan untuk menyerang oleh AS," kata Vorobyeva.

Beliau berkata pemberontak di Donetsk tidak memiliki sistem yang maju seperti peluru berpandu darat-ke-udara BUK, dan hanya pengguna yang terlatih boleh menggunakannya," kata Vorobyeva.

Sumber

Tragedi MH17 - Terkini!!! Mayat Mangsa Nahas Dibawa Ke Kharkiv

Kereta api yang membawa mayat mereka yang maut dalam nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 telah memulakan perjalanannya ke bandar Kharkiv melalui Donetsk di timur Ukraine.

Ini berdasarkan kenyataan dalam laman sesawang rasmi Presiden Ukraine Petro Poroshenko.

"Presiden memerintahkan angkatan bersenjata mengambil semua langkah perlu untuk menjamin keselamatan kereta api itu sehingga tiba ke destinasinya," kata kenyataan itu.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata enam anggota pasukan khas Malaysia akan menyertai perjalanan kereta api itu.

Beliau membayangkan bahawa dari Kharkiv, 282 mayat berkenaan akan diserahkan kepada wakil dari Belanda dan kemudian dibawa ke Amasterdam dengan pesawat C130 Hercules Belanda, bersama pasukan Malaysia itu. Terletak di timur laut Ukraine, Kharkiv adalah bandar kedua terbesar negara itu.

Pesawat Boeing 777 MAS bersama 298 orang penumpang dan anak kapal itu sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia ditembak jatuh pada hari Khamis di wilayah Donetsk, di timur Ukraine. - Bernama

Monday, 21 July 2014

Sedikit Info Yang Perlu Anda Tahu Tentang Senjata BUK-Missile

Fakta Mengenai Peluru Berpandu Darat Ke Udara BUK Yang Anda Perlu Tahu. Khamis lepas kita dikejutkan dengan kejadian #MH17 yang dipercayai ditembak menggunakan peluru berpandu dari kumpulan senjata BUK-missile.

Apa itu BUK-Missile?

Yang ni ramai yang kurang jelas. Apa kata kita ambil tahu dulu sedikit info mengenai teknologi senjata tersebut. Apa itu BUK?

BUK ialah satu sistem peluru berpandu darat ke udara. Sistem ini juga dikenali sebagai SA6 ataupun ataupun SA-17s oleh pihak USA. Dan bagi NATO mereka mengelarnya sebagai GRIZZLYS.

Peluru berpandu-BUK (surface to air missile SAM) ialah sejenis kumpulan senjata berjarak serdahana yang bergerak sendiri (dengan sistem radar khusus) selepas sasaran ditetapkan oleh sistem sokongan.

Bergerak sangat laju sehingga sukar dikesan dan mampu mengejar sasaran pada altitude sehingga 22,000 meter. Ataupun lebih kurang 72,000 kaki atas udara.

Bersaiz = 16' Berat = 680.4 KG (kenderaan) Kelajuan = 2684 MPH (Miles Per Hour) Berat peluru berpandu = 70 KG Nota ** Pesawat jenis komersil seperti #MH71 biasanya bergerak pada kelajuan 500-600 miles per hour.

Bagaimana rupa bentuk BUK-missile? Siapakah yang layak mengendalikan BUK-Missile?

Sistem ini perlu dikendalikan oleh 4 orang yang mahir dan pakar dalam mengendalikan BUK-missile. Bagi mereka yang tidak terlatih, mereka tidak boleh mengoperasikan sistem ini disebabkan tidak tahu bagaimana pengoperasian sistem dijalankan.

Macam kita guna komputer la. Kalau tak pandai guna komputer, boleh ke kita menaip, buka email dan sebagainya? Maka sistem ini hanya boleh dikendalikan oleh mereka yang benar2 terlatih dan terbukti pakar.

Bagaimana ia beroperasi?

Sistem ini mempunyai 4 komponen utama (kenderaan yang berbeza). Radar navigasi dan sasaran : bertugas mengenalpasti dan mengesan sasaran. Juga berperanan untuk menentukan pelbagai sasaran dan masa pelancaran misil.

Komponen perintah :

Memberikan arahan berdasarkan kepada maklumat yang diterima dari radar sasaran. Menyampaikan arahan selanjutnya kepada pelancar peluru berpandu.

Pelancar peluru berpandu :

Membawa peluru berpandu. Komponen logistik : Membawa peluru berpandu tambahan dan alat-alatan perang yang berkaitan dengan tujuan melancarkan (menyokong) operasi perang.

Secara umumnya, sistem radar akan mengenalpasti sasaran yang berpotensi dan melaporkan kepada unit arahan. Unit arahan akan bertindak untuk meletakkan sasaran tertentu dan unit peluru berpandu akan melancarkan misil tepat ke arah sasaran yang telah dikenalpasti dan logistik akan membekalkan peralatan tambahan seperti peluru berpandu setelah ia habis dilancarkan.

Keupayaan radar peluru berpandu BUK membolehkan ia mensasarkan pelbagai sasaran dari sudut yang berbeza dalam satu masa yang sama. Maksudnya dia boleh mensasarkan sehingga 4 jenis sasaran yang berbeza sebelum lancarkan peluru berpandu pada sudut yang berbeza dengan jarak sasaran yang berbeza.

Siapa yang membangunkan sistem senjata ini?

Dibangunkan pada era Soviet Union pada tahun 1972 dan diterima masuk sebagai sebahagian dari alatan perang moden pada tahun 1980.

Sistem ini sentiasa diperbaharui dari segi kapasiti, kelajuan, saiz dan keupayaan secara berterusan dan ia mempunyai lebih dari satu jenis model yang direka mengikut kesesuaian dan permintaan dari negara-negara lain.

Siapa yang memiliki sistem BUK ini?

Rusia sudah tentu. Sebagai pengeluar dan pencipta. Ia juga dijual kepada negara lain samada secara terbuka atau sulit. Namun Rusia hanya menjualnya kepada proksi yang mahu bersekutu dengannya seperti Syria.

Ukraine juga memiliki peluru berpandu BUK ini. Ukraine adalah bekas Soviet Union. Maka tidak hairan la kenapa Ukraine memiliki sistem persenjataan ini.

Kenapa sistem ini dicipta?

Bertujuan untuk melancarkan (mengelak/mempertahankan) serangan dari jet pejuang pemandu atau tanpa pemandu dan juga bom pintar (bersasaran). Jika, satu2 misil dilancarkan, ia akan mengeluarkan bunyi dan menghasilkan asap yang sangat tebal ketika pelancaran.

Pelancaran bersasaran bermaksud sekali target sudah ditetapkan dia akan kejar sampai dapat. 3 kali lebih laju dari kelajuan udara dan setakat pesawat komersil, MAS bukan siapa2 untuk lawan peluru berpandu BUK ini.

Apatah lagi radar MAS juga tidak boleh (tidak sempat) mengesan kehadiran misil itu disebabkan kelajuan peluru tersebut. Jika ia terkena di hadapan pesawat, berbanding di bahagian ekor maka tidak aneh la kenapa tiada mana2 pilot mampu memberikan panggilan kecemasan kerana ianya telah termusnah dalam serangan tersebut.

BUK misil hanyalah salah satu dari keluarga kumpulan persenjataan darat ke udara. Selain dari BUK, Rusia juga membangunkan pelbagai lagi jenis persenjataan darat ke udara (SURFACE TO AIR MISSILE = SAM).

Rajah menunjukkan bahawa ;

1. Pesawat tentera Ukrainian AN-26 ditembak jatuh dengan misil pada Julai 14.

2. Sekali lagi pesawat tentera Ukrainian SU-25 (Sukhoi) ditembak, kali ini dengan menggunakan jet pejuang kumpulan pemisah. Pada 16 Julai.

3. Kehadiran pesawat ketenteraan di atas ruang udara di kawasan yang bergolak memberikan gambaran kepada kumpulan pemisah bahawa Ukraine mungkin mahu melancarkan serangan dan ini penyebab kenapa pesawat2 tersebut diserang.

4. Dan pada julai 17, #MH17 ditembak jatuh menggunakan misil jenis BUK. Misil ini dipercayai dilancarkan oleh kumpulan pemisah seperti yang diwar2kan oleh presiden Ukraine selepas berlakunya insiden.

Namun pihak Rusia dan kumpulan pemisah menafikan penglibatan mereka dalam hal ini sebaliknya menuduh Ukraine adalah dalang.

5. Untuk rekod, ketiga2 kumpulan yang bertelagah dalam insiden ini (Rusia, Ukraine dan kumpulan pemisah pro Ukraine) mempunyai senjata jenis ini.

Sumber

Sunday, 20 July 2014

Tragedi MH17 - Mayat Di Atas Bumbung , Jauh Dari Lokasi Nahas

Seorang wanita yang rumah nya 5 kilometer dari lokasi nahas mendakwa mayat salah seorang mangsa M17 telah jatuh menimpa bumbung rumahnya menyebabkan bumbung roboh dan mayat jatuh di bilik tidur nya.

Irinia Tipunova, 65, menceritakan detik bagaimana ianya berlaku "Ada bunyi yang kuat dan segala-galanya bermula dengan objek mula jatuh dari langit dan kemudian saya mendengar seseolah raungan yang kuat dan ianya jatuh di dalam bilik tidur setelah bumbungnya runtuh di timpa mayat tadi " .

Badan wanita yang sudah mati masih terbaring di dalam rumah, bersebelahan dengan katil cukup mengejutkan diri nya, Cik Tipunova berkata: 'Badan masih di sini kerana mereka memberitahu saya menunggu pakar untuk datang dan mendapatkannya.'

Penerbangan Malaysia Airlines, Boeing 777, telah jatuh di timur Ukraine pada hari Khamis kerana ia terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, dengan kehilangan semua orang di atas kapal terbang tersebut. - Dailymail

Saturday, 19 July 2014

Tragedi MH17 - Pembunuhan Beramai2 Manusia Yang Tidak Berdosa Demi Keuntungan???

Seluruh dunia kononnya terkejut dengan kejadian tembak kapalterbang malaysia. pembunuhan beramai ramai manusia yang tidak terlibat dalam masalah mereka. apakah tembakan ini sekadar ujian untuk dijadikan betapa bagusnya misil ini untuk dijual dalam pasaran terbuka.

Keuntungan berniaga misil lebih di utamakan selain nyawa manusia menjadi taruhan. tembakan dari bumi ke udara atau dari udara ke udara menjadi satu persaingan dalam bidang persenjataan. ujian dilakukan secara terbuka.

Untuk mengelakkan kecaman antarabangsa selain tidak menjadi kudis gatal kepada penembaknya ia juga satu pelaburan baik untuk masa depan setelah terbukti kehebatannya. Dengan kemajuan sains dan teknology yang begitu canggih kesilapan mencari sasaran adalah satu kesilapan yang bodoh dan bangang.

Kesilapan yang disengajakan dan berlindung disebalik arahan larangan terbang oleh kumpulan pemisah atau ada pihak lain yang sedang mencuba kecanggihan peluru berpandu yang mereka cipta.

Ujian dilakukan secara terbuka dan boleh berlindung disebalik tembakan dihalakan untuk benda lain. apakah teknology tidak boleh mengenal kapalterbang mana yang hendak ditembak.

Satelit boleh mengesan haba manusia yang berada dalam kapalterbang berapa ramai dan yang nak ditembak berapa ekor yang ada dalamnya jika ianya membawa Putin didalamnya.

Satu alasan bangang dari manusia bangang. Apakah Putin akan lalu kawasan yang membawa malapetaka kepada mereka??? Gila benarlah Putin kalau lalu kawasan tu.

Zone larangan terbang yang dikatakan ramai pakar Malaysia memilih kebodohan memilih untuk lalu kawasan yang bertelingkah. Bodoh benar ke rakyat Malaysia dalam bidang kapalterbang.

MAS telah wujud berapa puluh tahun apakah tiada langsung kecerdikan untuk menentukan laluan yang bermasalah dan memberikan kemalangan. laluan yang mereka pilih sudah diberikan lampu hijau.
MAS bukan pesawat tempur tapi satu kapalterbang komersil yang sentiasa menggunakan laluan yang sudah disediakan. Bukan saja saja nak lalu kawasan yang sedang dalam kawasan konfliks. - Sumber

Tragedi MH17 - US Dan Rusia Serta Ukraine Mesti Bertanggungjawab!!!

Siapa yang menembak jatuh pesawat MH 17 itu? Kalau hendak mendapat jawapannya ia mestilah dari salah satu dari dua pihak yang sedang berperang, iaitu tentera Ukraine dan pihak pemisah yang di kuasai oleh Russia. Ia tidak mungkin ditembak oleh tentera Jepun atau tentera Saudi Arabia.

Mungkin pihak pemisah pro Russia adalah pihak yang bertanggungjawab kerana beberapa hari sebelumnya pihak pemisah yang di sokong Russia ini telah menembak kapal terbang pengangkutan Ukraine. Maka ada pihak yang menyangka pesawat MAS itu adalah kapal terbang pengangkutan yang besar dan terus menembaknya.

Apa pun dan siapa yang menembaknya mestilah dari salah satu puak yang sedang berganyang dan berperang untuk meluaskan kuasa. Tetapi penyebab peperangan itu adalah punca sebenarnya kenapa MH 17 ini disangkakan sebagai pihak musuh mereka dan hanya setelah pesawat itu terhempas dengan 295 orang nyawa terkorban itu bukanlah satu pihak yang sedang berperang.

Pesawat itu kepunyaan sebuah negara yang tidak mahu perang dan tidak berkemampuan untuk berperang. Dalam isu ini bukan sahaja pihak pemisah pro Russia atau tentera Ukraine yang patut bertanggungjawab, ia sepatutnya di pertanggungjawabkan kepada pihak Amerika Syarikat juga kerana peperangan saudara di Ukraine.

itu adalah di sebabkan AS campur tangan dalam hal ehwal Ukraine sehinggakan ia menjadi isu besar kepada Russia dan bertindak menggunakan pengaruh dan kekuatan tentera mereka untuk menyekat pengaruh AS di negara jiran Russia, Ukraine itu.

Ukraine Air Traffic Services Enterprise memberi kenyataan yang tidak ada masalah yang dihadapi oleh anak kapal MAS itu semasa memasuki ruang udara Ukraine dan terhempasnya pesawat ini tidak lain dari kesilapan mengenali pesawat ini sebagai pesawat Ukraine dan ditembak jatuh oleh pihak pemisah yang di sokong Russia itu.

Jika mereka mengenali pesawat itu adalah pesawat ‘commercial’ MAS tidak ada sebab mereka mengarahkan ‘ground-to-air missile’ kepada MH 17 itu. Dunia wajar mengambil ‘accountability’ terhadap insiden pedih ini dan tidak wajar masing-masing diantara yang berperang itu memperlihatkan ‘blame trading’ diantara satu dengan lain.

Masing-masing yang berperang wajar bersatu seketika dan mengambil tanggungjawab terhadap pesawat dan negara yang tidak bersalah ini. Di sini juga kita harapkan tidak ada ‘blame game’ diantara yang tidak bersetuju diantara satu dengan lain dan adalah kejam serta tidak bertamadun diantara kita jika kita menggunakan isu ini sebagai isu politik diantara dua atau lebih pihak yang sedang gila bermain politik ini.

Semua pihak sekarang perlu bersatu sehingga ke pentas antarabangsa untuk mencari penyelesaian muktamat terhadap 'act of terrorism' yang tidak berperi kemanusiaan ini. Hanya yang kita mahu lihat tindakan kerajaan kita dengan ‘diplomatic language’ yang tidak memalukan negara.

Ini merupakan isu yang sangat mencabar bagi kerajaan kita dan diharap isu ini akan di usahakan melalui saluran diplomatik yang paling bersesuaian.

Negara-negara yang terlibat dengan peperangan di Ukraine ini wajar tampil dengan solusi yang terbaik dan di senangi oleh keluarga mangsa korban pesawat ini yang banyak dari negara dan bangsa ini.  - Sumber

Tragedi MH17 - Mayat Berguguran Dari Langit

Satu letupan kuat kedengaran yang membuatkan bangunan bergegar. Sejurus kemudian, mayat jatuh dari langit dan menghujani kawasan kampung di Ukraine.

Salah satu dari mayat tersebut jatuh menembusi bumbung rumah Irina Tipunova di kampung tersebut, sebaik selepas pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH17 meletup di ruang udara timur Ukraine yang menjadi tempat pertempuran di antara kumpulan pemisah pro-Rusia dan pasukan kerajaan.

"Saya dengar bunyi lolongan dan kemudaian kesemuanya bergegar. Kemudian, objek jatuh bertaburan dari udara,” kata pesara berusia 65 tahun itu di hadapan rumanya.

"Kemudian saya dengar bunyi yang kuat dan dia jatuh di dapur, bumbung saya rosak,” katanya yang menunjukkan lubang besar yang terhasil apabila ditembusi oleh mayat tersebut. Mayat wanita tidak berpakaian itu masih terdampar di dalam rumahnya, di sisi sebuah katil.

Kira-kira 100 meter dari rumah Tipunova, puluhan lagi mayat bergelimpangan di ladang gandum, tempat pesawat itu jatuh pada hari Khamis, membunuh kesemua 298 di dalam penerbangan tersebut. Tipunova yang masih terkejut dengan peristiwa itu berkata:

“Mayat itu masih berada di sini kerana mereka mahu saya tunggu pakar datang dan mengambilnya”. Seorang lagi penduduk tempatan berusia 20-an yang enggan dikenali berkata, beliau berlari ke luar rumah selepas mendengar letupan pesawat berkenaan.

"Saya membuka pintu dan saya melihat orang jatuh dari angkasa. Satu daripadanya jatuh ke kebun sayur saya,” katanya. Bukan hanya mayat, ketulan logam, cebisan bagasi dan serpihan lain jatuh di kawasan pertanian di kedudukan kira-kira 40 kilometer dari sempadan Rusia.

Bahagian hadapan pesawat itu jatuh di ladang bunga matahari kira-kira satu kilometer dari rumah Tipunova. Serpihan, mayat dan bahagian tubuh dilihat berserakan dalam lingkungan berbatu-batu di sekeliling kawasan itu.

Petugas penyelamat berkata mereka menemui kebanyakan mayat tesebut, yang kebanyakannya masih utuh. Sebahagian daripadanya ditemui bertindih antara satu sama lain namun yang lainnya terdampar di tempat ia jatuh.

Kawasan itu ditanda dengan batang kayu yang dipacak ke tanah dengan satu tanda kain putih. Sebahagian dari mayat tersebut ditutup dengan helaian plastik yang agak lutsinar, dengan bucunya ditindih dengan tanah atau dengan batu. Sepasang kaki dapat dilihat terjulur keluar dari bawah helaian tersebut dengan sekuntum bunga teluki di atasnya.

Kebanyakan daripada yang mayat itu terdiri daripada wanita dan kanak-kanak, termasuk seorang budak lelaki dianggarkan berusia 10 tahun terdampar di sisi kokpit, dengan tubuh mungilnya ditutup dengan helaian plastik. - Reuters

Friday, 18 July 2014

Tragedi MH17 - Jangan Ubah Bukti Nahas - White House

White House itu juga melahirkan kebimbangan pihak pemberontak Ukraine yang pro Russia akan cuba mengubah bukti NEW YORK:

White House pada Khamis memberi amaran agar tiada pihak yang cuba mengalihkan sebarang bukti nahas pesawat Penerbangan Malaysia yang terhempas di Ukraine selagi “siasatan menyeluruh dan telus" tidak dijalankan.

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama dan Presiden Ukraine Petro Poroshenko dilaporkan telah bersetuju mengenai perkara itu dalam satu perbualan telefon. Ini bagi mengelakkan bukti dari serpihan pesawat diusik atau ditutup dalam insiden yang dipercayai berpunca dari tembakan peluru berpandu.

Obama memberi jaminan kepada Poroshenko yang pakar-pakar Amerika Syarikat akan memberikan bantuan serta merta dan segera bagi menyiasat punca pesawat itu terhempas bersama 298 penumpang.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh White House itu juga melahirkan kebimbangan pihak pemberontak Ukraine yang pro Russia akan cuba mengubah bukti dari serpihan pesawat bagi mengelak dari dipersalahkan.

Pegawai-pegawai Amerika Syarikat bagaimanapun yakin, pesawat yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak dengan peluru berpandu. Obama dalam perjalanan dari Delaware ketika dimaklumkan mengenai kejadian itu.

“Sebagai sebuah negara, ingatan dan doa kami adalah untuk ahli keluarga penumpang, dari mana pun asal mereka,” kata Obama di Wilmington, Delaware.

Sejurus tiba di New York, Obama menghubungi Setiausaha Negara John Kerry bagi membincangkan mengenai perkara itu.

Obama kemudiannya mengadakan mesyuarat keselamatan bersama pasukan keselamatan negara itu termasuk Ketua Staf White House Denis McDonough, Pengarah CIA John Brennan dan beberapa pegawai perisikan dan polisi luar negara. - Sumber

MH17 - Ukraine Tersilap Tembak Pesawat MAS DiSangka Pesawat Rusia???

Terkini, lidah rasmi Russia, RT News telah melaporkan bahawa pesawat IL-96 milik mereka telah melalui laluan yang sama dilalui oleh MH17 pada jam 16:21 waktu Moskow, manakala MH17 telah melalui laluan udara yang sama pada jam 15:44 waktu Moskow, iaitu sekitar setengah jam lebih awal berbanding IL-96.

Menurut sumber Russian Today, serangan ke atas pesawat MH17 itu sebenarnya mahu disasarkan kepada pesawat IL-96 yang terbang dari Brazil ke Russia.

IL-96 adalah sebuah pesawat khas yang membawa Presiden Russia, Vladimir Putin yang mana Putin ketika itu dalam perjalanan pulang dari Brazil ke Russia selepas menghadiri satu konvensyen berkenaan BRISC.

Menurut satu sumber yang tidak mahu disebutkan namanya, pesawat yang membawa Putin dan juga Boeing Malaysia telah bersilang pada satu titik yang sama.

“I can say that Putin’s plane and the Malaysian Boeing intersected at the same point and the same echelon. That was close to Warsaw on 330-m echelon at the height of 10,100 meters.

The presidential jet was there at 16:21 Moscow time and the Malaysian aircraft - 15:44 Moscow time,” - Menurut sumber berkenaan. Tambah sumber itu lagi, pesawat yang dinaiki Putin dan MH17 mempunya struktur yang hampir sama dan menggunakan warna yang sama.

Hal ini mungkin telah menjadi kekeliruan kepada si penyerang. Terkini, MH17 telah dilaporkan terhempas pada jam 12.14 pagi waktu Netherlands dimana ketika itu pesawat sedang melalui ruang udara Ukraine dalam wilayah Tokirez.

Pesawat telah ditembak menggunakan "surface-to-air" missile, dengan menggunakan Buk missile launcher yang dikendalikan dari atas lori pengendali. MH17 kemudiannya dilaporkan terhempas di ladang jagung di kampung Hrabove, Tokirez, Ukraine.

Laluan udara yang sedang dilalui oleh MH17 sebenarnya adalah dalam kawasan zon perang dan beberapa hari lepas, pihak Pejuang Pembebasan Ukraine telahpun mengeluarkan kenyataan melarang sesiapa sahaja yang melalui kawasan udara mereka dan mereka akan menembak jatuh apa sahaja yang melintasi ruang udara mereka.

Sumber

Nahas MH17 - Paspot Antarabangsa Ditemui Bertaburan

LONDON: Antara lima hingga 10 penumpang pesawat malang Penerbangan Malaysia MH17 yang terhempas di Timur Ukraine pada petang Khamis adalah terdiri daripada warga Britain demikian menurut media massa negara itu.

Keseluruhannya pesawat itu membawa 295 penumpang termasuk 15 kakitangan kabin. Juga dipercayai sekurang-kurangnya 23 warga Amerika Syarikat turut menaiki pesawat berkenaan yang bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur.

Antara yang turut menaiki pesawat itu ialah seorang penumpang dari Belanda yang sempat merakamkan pesawat itu dan memuatnaikkannya di dalam laman Facebooknya sebelum mereka berlepas.

Sementara itu terdapat foto yang diambil di tempat kejadian menunjukkan pasport antarabangsa British, Amerika dan juga Malaysia antara yang ditemui bertaburan.
Pesawat MAS itu dikatakan ditembak jatuh menggunakan peluru torpedo buatan Rusia. - Sumber

Nahas MH17 - 100 Mayat Ditemui Bergelimpangan Di Lokasi Nahas - Saksi

KIEV: Pegawai Kementerian Kecemasan berkata, terdapat beberapa bahagian anggota badan yang sudah berkecai berada di sekitar sehingga 15 kilometer dari lokasi nahas pesawat berkenaan terhempas.

Beliau yang berada di lokasi kejadian berkata, sekurang-kurangnya 100 mayat ditemui bergelimpangan di lokasi berkenaan. Sementara itu, Presiden Ukraine, Petro Poroshenko berkata, Angkatan Tentera negara itu tidak terbabit dengan laporan yang mengatakan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu ditembak jatuh.

"Pihak angkatan tentera tidak melepaskan sebarang tembakan terhadap mana-mana sasaran di udara," katanya dalam sidang media, sebentar tadi.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan pesawat yang membawa 295 penumpang itu ditembak jatuh.

"Kami yakin mereka yang bersalah dalam tragedi ini akan bertanggungjawab terhadap perkara yang mereka telah lakukan," katanya. Terdahulu, media melaporkan pesawat penumpang Boeing itu terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia, malam ini.

Sementara itu, dalam Twitter Malaysia Airlines (MAS), melaporkan pihaknya terputus hubungan dengan pesawat MH17 dari Amsterdam. Kedudukan terakhir pesawat ialah di ruang udara Ukraine.- Sky News

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive