Friday 25 July 2014

Kerana #SAVEGAZA Azizulhasni Dibeti Amaran Oleh Penganjur

Pelumba basikal negara, Azizulhasni Awang diberi amaran oleh penganjur namun dibenar berlumba di veledrom basikal Sukan Komanwel Glasgow hari ini susulan tindakannya memakai sarung tangan bertulis 'Save Gaza' (Selamatkan Gaza) pada aksi di velodrom Sir Chris Hoy, awal pagi semalam.

Azizulhasni berkata, beliau berasa sedih kepada mereka yang menyalahtafsirkan mesej yang cuba disampaikan olehnya dengan mengaitkan tindakan beliau sebagai protes berunsur politik.

“Tiada kaitan dengan protes berunsur politik. Ia adalah luahan kemanusiaan dari hati saya sendiri. Sejak bila menzahirkan perasaan kemanusiaan dianggap sebagai politik?

Apapun, saya memohon maaf kepada anda yang merasakan saya bersalah dan terima kasih kepada sesiapa juga yang sentiasa menyokong dan mendoakan saya,” katanya dalam status terbaru beliau dalam akaun Facebooknya, sebentar tadi.

Pada aksi di velodrom Sir Chris Hoy itu, Azizulhasni memakai dan menunjukkan kepada kamera kedua-dua belah sarung tangannya yang bertulis “Save” di sebelah kanan dan “Gaza” di sebelah kirinya.

Jurucakap penganjur Glasgow 2014 berkata: “Kami sudah meminta Chef de mission Malaysia untuk memberi laporan supaya kami boleh menganalisis fakta terbabit.”

Azizulhasni akan beraksi awal pagi ini selepas layak ke suku akhir dalam acara pecut lelaki. Pada sesi kelayakan awal pagi tadi, Azizulhasni layak selepas mencatat masa 10.158 saat di kedudukan tujuh terbaik. Seramai 12 pelumba terbaik layak ke suku akhir.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive