Tuesday, 5 August 2014

Gadis Kebaya Di Pencakar Langit Dengan Mesej Gaza

Beberapa keping gambar seorang gadis lengkap berpakaian Muslimah dan bertudung di atas sebuah pencakar langit dengan memegang mesej keamanan di Gaza berjaya mencuri perhatian ramai untuk tempoh 24 jam yang lalu dan ramai yang bertanyakan sama ada ianya benar diambil dari sudut bangunan tinggi atau sekadar helah suntingan Photoshop.

Bercakap kepada SAYS.com hari ini, jurugambar Keow Wee Loong menceritakan pengalaman beliau memanjat sebuah bangunan yang enggan didedahkan lokasinya di Kuala Lumpur bersama seorang gadis bernama Fatin Ilani.

Keow Wee Loong mendedahkan yang beliau terkejut dengan keputusan gadis itu untuk bersama memanjat kerana berdasarkanpengalaman beliau sebelum ini, kebanyakan mereka yang mengikuti beliau sangat takutkan ketinggian namun ianya berbeza dengan Fatin Ilani.

Fatin Ilani yang turut dutemubual berkata beliau bersetuju untuk menyertai aktiviti ini hanya kerana Keow Wee Loong yang juga merupakan jurugambar rasmi untuk ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah dan tidak akan sesekali bersetuju jika diajak orang lain.

“Saya pun tidak percaya yang saya mampu untuk memanjat sampai ke puncak,” ujarnya yang turut memberitahu ‘pendakian’ mengambil masa 45 minit dan dilakukan dalam persalinan kebaya penuh.

Meninggalkan komen di ruang Facebook rasmi kami, Fatin Ilani berkata tindakan beliau itu adalah sebagai respons kepada perhimpunan Save The Children Of Gaza yang dianjurkan di Dataran Merdeka pada 2 Ogos lalu yang mana beliau melihat ramai anak muda turun hanya untuk mengambil gambar bersama selebriti sebelum terus meninggalkan lokasi.

Kami puji keberanian gadis ini untuk memanjat pencakar langit demi menyampaikan mesej positif kepada seluruh rakyat Malaysia dan dunia. Wajar dicontohi dan bukan hanya berani melaungkan pendirian di laman sosial tanpa tindakan. - rotikaya

2 comments:

  1. berbagai cara meluahkan keprihatinan kita kepada Gaza dan umat islam palestin Amnya, berbagai kata kita ungkapkan, berbagai doa kita panjatkan ..berbagai harapan kita lahirkan ,

    yang penting kita sebagai umat islam harus sentiasa sedar dan beringat bahawa jika umat islam ini tidak bersatu ...kehinaan dan kehancuran bakal menimpa kita, tak kira dimana samada Malaysia atau di Arab , sama sahaja !

    mutakhir ini , umat islam malaysia semakin berpecah dan huru hara , gara2 anutan dan keyakinan politik masing2 kesatuan ummah semakin terhakis, alamt kita mengundang bala sebagaimana apa yg berlaku di negara Arab ..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive