Thursday, 14 August 2014

Rodziah Ismail Bakal Terima Akibat!!!

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor Rodziah Ismail akan bersama keputusan PKR dalam isu menteri besar, mengatakan beliau mahu memelihara amanah diberikan kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk mentadbir negeri terkaya itu.

Keputusan ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Tiga itu bermakna beliau berisiko kehilangan portfolio pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita Negeri Selangor dalam kerajaan negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dipecat PKR pada Ahad.

“Saya ingin menjelaskan pendirian saya dalam konteks rentetan dan perkembangan mutakhir pentadbiran kerajaan di negeri Selangor.

“Dalam konteks itu, saya akan akur kepada keputusan PKR, yang saya menganggotainya. Keakuran saya itu, saya percaya, adalah untuk menunaikan amanah, memelihara mandat yang diberi rakyat pada PRU ke-13 lalu kepada PR untuk mentadbir negeri Selangor,” katanya dalam kenyataan tiga perenggan awal pagi ini.

Rodziah juga menjelaskan dalam kenyataan beliau sebelum ini berada di Bangkok, Thailand selama tiga hari mewakili PKR dalam kursus politik. Khalid memecat lima exco PKR dan DAP pada Selasa, menyebabkan Selangor hanya tinggal empat exco daripada PAS. ~tmi

PT
Demi amanah rakyat ke atau demi ketua umum PKR??? Nampaknya Rodziah sanggup karam dengan PKR semata-mata mengikut telunjuk demi memenuhi kehendak bosnya.

4 comments:

  1. pecat sajaa...ganti yg baru..tak rugi pun.

    ReplyDelete
  2. Bukan bagus mana pun. Hilang tak luak ada tak nampak.

    ReplyDelete
  3. tak pandai mana pun rupanya si rodziah ni...

    ReplyDelete
  4. Demi bang non...rodziah takkan curang kpd anwar

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive