Wednesday, 13 August 2014

Kenyataan Presiden PAS Hadapi Krisis Perebutan Jawatan MB!!!

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta supaya semua ahli di dalam Pakatan Rakyat (PR) supaya bertenang menghadapi krisis yang semakin meruncing berkenaan isu pertukaran Menteri Besar Selangor. Kemelut yang dihadapi PR berlaku apabila terdapat percanggahan pendapat antara Presiden PAS dan Ketua Umum PKR,

Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebelum ini Anwar telah mencalonkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon MB bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Namun, Majlis Syura Ulama PAS menyatakan pendirian menolak cadangan PKR untuk melantik Wan Azizah sebagai MB Selangor yang baharu, sebaliknya mempertahankan Khalid untuk kekal di posisi yang dipegang beliau sekarang ini.

“Saya menyeru kepada semua ahli supaya bertenang dan meminta pertolongan daripada Allah dengan bersabar dan sembahyang. “Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Al Baqarah-45),” katanya di dalam laman Facebooknya.

Sementara itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata keempat-empat Exco PAS Selangor akan menjalankan tugas seperti biasa. “Kerajaan negeri masih lagi wujud dan berfungsi seperti biasa sebelum menunggu keputusan yang akan diumumkan daripada PAS Pusat.

“Kepada semua pemimpin parti, ahli dan para penyokong dinasihatkan supaya bertenang menghadapi konflik politik yang sedang melanda Selangor,” ujarnya. ~ Sumber

PT
Senario politik Selangor semakin parah, serang menyerang antara satu sama lain dalam pakatan.  Dap mahukan Pas tidak menyokong MB tetapi dalam masa yang sama exco pas yang baru dilantik diarahkan oleh pucuk pimpinan pas supaya mengikut arahan lantikan.

Apa yang pasti perebutan jawatan MB ini tidak akan tamat dalam tempoh terdekat. Jadi kita sama2 tunggu dan lihat siapa yang kecundang dan siapa yang menang???

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive