Thursday, 14 August 2014

Cubaan Ke2 Wan Jijah Menghadap Sultan Selangor. ..

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membuat cubaan kedua menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, dengan menghantar surat permohonan yang ditandatanganinya sendiri, lapor The Star.
Surat itu dihantar Azizah ke istana pada Selasa lalu, dikatakan mahu memberi penjelasan berhubung krisis PKR sehingga menjejaskan pentadbiran negeri Selangor, kata akhbar itu hari ini.

Laporan akhbar itu mengatakan Sultan Sharafuddin tahu tentang permohonan kedua Wan Azizah tetapi hanya akan pulang ke tanah air pada 23 Ogos ini selepas berangkat ke luar negara semalam.

Wan Azizah dalam surat pertama pada Ahad lalu mahu menghadap Sultan untuk menjelaskan isu pemecatan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada parti, tetapi surat itu ditandatangani suaminya yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Sulit Sultan, Datuk Mohamad Munir Bani dalam kenyataan pada Selasa berkata baginda enggan melayan permintaan Anwar dan Wan Azizah kerana sudah pun berjumpa Khalid dan mendapat penjelasan mengenai isu menteri besar.

"Sultan Selangor berpendapat pemecatan Khalid dari menjadi ahli PKR merupakan isu dalaman parti yang tidak menjejaskan kedudukan beliau sebagai Ahli Dewan Negeri (Adun) Selangor."Baginda tidak mahu campur tangan dalam isu dalaman PKR," katanya.

Khalid pada Isnin lalu mengumumkan dirinya masih menteri besar yang sah dan akan meneruskan tugas seperti biasa selepas berjumpa Sultan Sharafuddin di Istana Alam Shah Klang dan mendapat perkenan baginda. Khalid dalam pertemuannya dengan Sultan berkata, beliau masih mendapat sokongan undi majoriti walaupun dipecat daripada PKR pada 9 Ogos lalu.

PKR memecat Khalid kerana enggan berundur daripada kedudukannya walaupun diarahkan parti yang mahu menggantikannya dengan Wan Azizah. - Sumber

4 comments:

  1. Harap SULTAN SELANGOR reject untuk kali ke2 untuk jijah membuat rayuan dan penerangan, Bagi aku perempuan tak layak untuk menerajui SELANGOR ,lagipun dia bukan anak jati SELANGOR,Banyak lagi anak lelaki jati SELANGOR yang layak mentadbir SELANGOR

    ReplyDelete
  2. dah macam sepat kering WAWI aku tengok.. memang best lakonan parti akan beranak PKR

    ReplyDelete
  3. Memang SAH...keluarga PUAKA yang berkulit setebal kulit babi tak tahu malu.

    ReplyDelete
  4. keturunan cina mana ada nama WAN,DEKAT SINGAPORE DIA ORANG TULIS SAJA DALAM SURAT BERANAK DIA ORANG.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive