Monday, 25 August 2014

Rafizi Gelisah Krisis MB Tiada Penyudah!!!

Arena politik negara bakal mengetahui apakah kesudahannya episod krisis perebutan kerusi Menteri Besar Selangor yang dicetuskan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan menyeret sama sekutu mereka, Pas dan DAP.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menyandang jawatan itu dijangka menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk berbincang langkah seterusnya selepas beliau dipecat daripada PKR dan kehilangan sokongan daripada Pas.

Namun begitu Abdul Khalid masih berhak terus memimpin kerajaan negeri dengan sokongan empat Exco kerajaan negeri daripada Pas yang sememangnya mengiktiraf kepimpinan dan integriti beliau.

Ketika Abdul Khalid begitu tenang menghadapi tekanan daripada PKR dan menghormati keputusan Pas menarik sokongan kepada beliau, pemimpin-pemimpin PKR pula khususnya Penasihar parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presidennya, Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bagaikan 'cacing kepanasan'.

Ada sahaja kenyataan yang mereka buat untuk memastikan Abdul Khalid berada dalam tekanan dan pada masa sama berusaha memperkukuhkan hujah kenapakah Wan Azizah paling layak menjadi Menteri Besar Selangor.

Sememangnya, biarpun gembira dengan sokongan DAP untuk mencalonkan Wan Azizah, namun ia bukanlah satu ketenangan kepada pemimpin-pemimpin PKR khususnya Anwar.

Selain pendirian Pas yang terus konsisten untuk menghantar dua nama kepada istana, pemimpin-pemimpin PKR juga memahami Abdul Khalid masih mempunyai 'peluru terakhir' yang cukup ditakuti oleh parti tersebut iaitu menasihatkan Sultan Selangor untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pembubaran DUN bagaikan mimpi ngeri kepada PKR kerana ia akan meranapkan impian mereka untuk menjayakan 'langkah malang dari Kajang' dan 'paling memilukan' kemungkinan impian untuk 'mentabalkan' Wan Azizah sebagai Menteri Besar tidak akan kesampaian.

Oleh itu awal-awal lagi pemimpin PKR khususnya Rafizi memberi amaran kepada Abdul Khalid jangan membubarkan DUN. Soalnya, apa hak Rafizi untuk melakukan tindakan itu?

Abdul Khalid bukannya ahli PKR dan beliau juga masih Menteri Besar Selangor yang sah selagi empat Exco daripada Pas berada dalam pentadbiran kerajaan negeri. Sebagai seorang yang kononnya dianggap 'pakar strategi' untuk PKR, Rafizi sepatutnya tidak takut menyediakan strategi untuk parti itu berhadapan dengan pilihan raya sekali lagi.

Sepatutnya sebagai seorang yang kononnya bijak mengatur strategi politik untuk PKR, Rafizi perlu cerdik dan bukannya membuat kenyataan yang dilihat awal-awal lagi sudah menyerah kalah? Cerdikkah Rafizi???

Apa pun Rafizi perlu ingat beliau hanyalah pengarah strategi yang dilantik oleh PKR dan Ahli Parlimen Pandan. Beliau tidak berhak sama sekali untuk mengajar Abdul Khalid bagaimana hendak menguruskan kemelut politik di Selangor.

Abdul Khalid juga berwibawa berbanding Rafizi dalam apa juga perkara, mungkin juga termasuk integriti. Rafizi seharusnya hanya membuang masa untuk menasihatkan Abdul Khalid itu pun kalau beliau betul-betul seorang pakar strategi!

Lawaknya Wan Azizah pula, menunjukkan sikap bengongnya dengan membaca teks ucapan Dasar Presiden di Kongres Nasional PKR Ke-10 di Shah Alam yang menyelar pentadbiran Abdul Khalid yang didakwa menyimpan dana negeri sehingga mengabaikan rakyat.

Jika soal mengabaikan rakyat mahu diambil kira, Wan Azizah sepatutnya menuju ucapan itu kepada diri sendiri dan pemimpin-pemimpin PKR khususnya Anwar kerana merekalah yang lebih layak menerima kecaman tersebut.

Sepanjang pentadbiran Abdul Khalid, beliau sudah melakukan yang terbaik untuk rakyat Selangor, sebab itulah mereka terus memberikan sokongan kepada beliau dalam pilihan raya umum lalu.

Sokongan itu diberikan kerana mereka yakin Abdul Khalid mampu menjadi Menteri Besar terbaik untuk negeri tersebut. Tetapi Wan Azizah seperti juga pemimpin-pemimpin PKR lain sentiasa sahaja mengamalkan sikap 'tuding kain orang lain terkoyak, kain sendiri sudah terkoyak'.

Apapun sama-samalah kita menanti kesudahan episod krisis politik di Selangor itu dan ia perlu diselesaikan segera kerana rakyat sudah bosan dengan karenah pemimpin-pemimpin PKR yang mahu berpolitik sepanjang masa.

PT
Semakin  hari semakin bengong pemimpin 2 PKR, apa tidaknya krisis perebutan MB tiada kesudahan..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive