Showing posts with label Wan Azizah. Show all posts
Showing posts with label Wan Azizah. Show all posts

Monday, 27 October 2014

Lansung Dari UM - Anak Didik Bang Non Menggila

Anwar Ibrahim pada malam ini telah merancang untuk mengadakan satu Pidato yang bertajuk 40 Tahun dari UM ke Penjara. Beliau telah menggunakan alasan yang dirinya ini adalah seorang alumni Univerisi Malaya dan telah dijemput oleh PMUM, Saudara Fahmi Zainol.

Namun begitu, tindakan PMUM ini tidak mendapat sokongan sebahagian besar daripada mahasiswa UM sendiri yang diwakili oleh Gabungan Mahasiswa Bersatu yang dianggotai oleh seluruh Universisi di lembah Kelang.

Mereka telah melakukan satu sidang media semalam yang membantah kehadiran Anwar Ibrahim ke kampus mereka kerana ingin melakukan lebih banyak kerosakan daripada kebaikan.

Namun, tanpa menghiraukan pendapat mahasiswa yang membantah ini, Anwar tetap berdegil untuk masuk ke Universiti Malaya dan tetap berhasrat untuk melakukan Pidato di Dataran Tunku Canselor.

10.25 malam :
Anwar Ibrahim selesai memberikan pidato beliau yang kira-kira 20 minit sahaja. Demonstran pula mula bersurai dan ada antara mereka yang akan mengikuti konvoi Anwar Ibrahim ke Stadium Mini 3K di Subang Jaya. Anwar Ibrahim terpaksa membatalkan persinggahan beliau di Stadium MBPJ kerana kehadiran yang kurang menggalakkan.

10.06 malam :
Anwar Ibrahim mula menyampaikan pidato beliau di DTC

9.50 malam :
Demonstran berarak menuju ke DTC. Pintu UM ditutup semula oleh pengawal keselamatan. Didapati lebih daripada separuh demonstran merupakan orang luar bukannya mahasiswa UM. Ada juga antara mereka yang membawa anak kecil bersama-sama.

9.46 malam :
Demonstran sedang tawar-menawar dengan pengawal keselamatan sebelum merempuh masuk walaupun tempoh masa yang mereka tetapkan sudahpun tamat. Anwar sepatutnya tiba jam
8.30 malam namun tiba lewat hampir 1 jam.

9.41 malam :
Demonstran mula berarak ke DTC manakala sebahagian lain sedang menunggu Anwar Ibrahim untuk berarak bersama.

9.36 malam :
Anwar sudah tiba di hadapan pintu UM. Didapati beliau disertai oleh Wan Azizah, Lau Chin Tong (DAP), Elizabeth Wong (PKR), dan Nurul Izzah.

9.27 malam :
Pintu pagar UM dirosakkan oleh demonstran.

9.23 malam :
Pintu pagar berjaya dirempuh oleh demonstran dan suasana menjadi semakin kecoh. Berkemungkinan akan menyebabkan keganasan berlaku. 

9.06 malam :
Dato Sri lajim dan Johari Abdul antara yang dikesan di UM ketika ini.

8.46 malam :
Kelihatan ketika ini dalam anggaran 200 demonstran sedang melakukan provokasi agar pintu dibuka.

8.35 malam :
Angka demonstran meningkat kepada 300 orang. Mereka mula menggesa pengawal keselamatan untuk membuka pintu pagar. Kemungkinan untuk mereka merempuh masuk adalah tinggi. Dari juml;ah iuni didapati hampir 60% demonstran adalah dari kaum Melayu, 30% dari kaum Cina dan selebihnya dalah dari kaum India.

8.24 malam :
Terdapat cetakan-cetakan yang tertulis “Sekolah Bukan Penjara & Universiti Bukan Kilang”, “The mind of a child is where the revolution begins” dibawa oleh demonstran.

8.09 malam :
50% daripada kehadiran dikesan merupakan Mahasiswi dari Akademi Pengajian Islam. Kenderaan PKR jenis mula masuk dan dijangka Anwar Ibrahim akan berucap di atas Hilux tersebut. Uji suara sedang dilakukan ketika ini.

8.00 malam : Kehadiran kini mencecah 100 orang. meraka didapati datang dan berkumpul di depan simpang pintu masuk UM. 7.30 malam : Hujan masih turun dengan renyai-renyai. Kehadiran ketika ini dijangka dalam kira-kira 50 orang sahaja di sekitar pintu utama dan hadapan Masjid Ar-Rahman.

Tiada pemimpin pembangkang yang hadir buat masa ini. Suasana masih tenang dan tiada provokasi dilakukan.

7.00 malam :
Pintu Pagar UM dan laluan ke Masjid Ar-Rahman telah dikunci oleh pengawal keselamatan. - Sumber

Wednesday, 10 September 2014

Pimpinan PKR Pakat Kunci Mulut Selepas Mohon Maaf!!!

Pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) nampaknya mengambil pendekatan 'kunci mulut' setelah membuat permohonan maaf kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, Selasa.

Tindakan itu dapat dilihat dengan jelas apabila pemimpin-pemimpin yang hadir ke mesyuarat mingguan parti malam Selasa enggan memberikan sebarang komen mengenai isu tersebut.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah yang menjadi pemimpin yang paling awal meninggalkan Ibu Pejabat PKR di sini berkata, mesyuarat pada malam Selasa hanya membincangkan 'perkara biasa'.

"Bincang isu Pengkalan Kubor...tentang calon menteri besar Selangor pun ada juga," jawabnya ringkas sambil meninggalkan pemberita. Ditanya sama ada mesyuarat tersebut membincangkan mengenai kemungkinan nama calon baharu akan dihantar kepada istana, beliau menjawab:

"Surat merafak sembah, memohon maaf kepada Sultan Selangor telah dihantar." Sementara itu, timbalannya Mohamed Azmin Ali yang ditemui selepas itu berkata tiada sebarang pengumuman pada malam Selasa.

"Mesyuarat mingguan biro politik biasa...tiada pengumuman," katanya. Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula tidak memberikan sebarang komen lanjut mengenai kenyataan PKR yang memohon maaf kepada Sultan Selangor dan tindakan seterusnya yang akan diambil oleh parti bagi menyelesaikan permasalahan dengan istana. - Sumber

PT
Buatla apapun wahai pemimpin PKR...yang penting rakyat negeri Selangor dah tahu belang sebenar ketua hang!!!!

Tuesday, 26 August 2014

Hari Ini Nasib Khalid Ditentukan!!!

SHAH ALAM - Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini bagi mendapatkan nasihat baginda berhubung kedudukan beliau sebagai Menteri Besar.

Abdul Khalid berkata, beliau akan menghadap baginda pada pukul 2.30 petang, namun enggan memaklumkan lokasinya. "Petang esok. Pukul 2.30 petang (menghadap sultan)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan bersama kakitangan awam kerajaan negeri.

Abdul Khalid pada minggu lalu memohon menghadap Sultan Selangor bagi mendapatkan nasihat tentang kedudukannya sebagai Menteri Besar selepas Pas menarik balik sokongan terhadapnya. Sultan yang ketika itu berada di luar negara bagaimanapun meminta Abdul Khalid untuk menunggu sehingga baginda pulang ke tanah air.

Terdahulu, Abdul Khalid dalam ucapannya berkata, beliau menerima de-ngan hati terbuka perkembangan terkini tentang status Menteri Besar dan barisan Exco.

Beliau berharap semua kakitangan kerajaan negeri terus bekerjasama de-ngannya bagi meneruskan pentadbiran bersama empat Exco yang ada dalam memastikan rakyat tidak terkesan de-ngan krisis politik yang sedang melanda.

PT
Anwar menggelabah, Wan Azizah pula semakin resah, Rafizi tengah gundah. Khalid sentiasa tabah!!!

Haji Hadi Tolak Wan Azizah, Azmin Pula Ditendang 13 ADUN

Apabila Parti Kelentong Rakyat (PKR) dan Parti Angguk Sokmo(PAS) tunjuk bagak Rakyat selangor jadi bengang! Penyokong jadi bengung, Mesyuarat PAS tegang, pemimpin tolak pilihan MB Selangor.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berdepan dengan penentangan ahli partinya sendiri apabila 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor menolak calon menteri besar Selangor pilihannya.

Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali ketika mesyuarat jawatankuasa pusat, seminggu selepas mereka memutuskan menghantar dua nama. Mesyuarat semalam menyaksikan ketegangan berlaku di antara Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin dan Hadi berhubung usaha PAS menyokong Azmin untuk jawatan tertinggi negeri itu berbanding Presiden PKR  Wan Azizah Wan Ismail, kata sumber.

“Terdapat ketegangan apabila Hanipa mempersoalkan langkah menyokong Azmin selepas 30 Adun termasuk Azmin sendiri menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah. Hanipa mahu tahu siapa lagi menyokong Azmin,” satu sumber memberitahu The Malaysian Insider dan menambah tiada jawapan diberikan kepada soalan itu.

PAS mempunyai 15 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor manakala PKR mempunyai 13 dan DAP 15. Selebihnya adalah 12 Adun Barisan Nasional (BN) dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menteri besar yang kini menjadi Adun bebas selepas dipecat PKR.

PAS, PKR dan DAP menubuhkan Pakatan Rakyat (PR) yang mengatakan 30 Adun, termasuk dua dari parti Islam itu menyokong  Wan Azizah bagi jawatan tertinggi negeri itu.

Sumber itu juga memberitahu, mesyuarat semalam menyaksikan Timbalan Presiden PAS Mat Sabu kecewa dengan pendirian keras Hadi agar dua nama dihantar kepada Sultan Selangor untuk jawatan menteri besar. Mat Sabu tidak ada bersama pada sidang akhbar selepas mesyuarat PAS semalam.

Difahamkan timbalan presiden PAS itu mengelak untuk bertemu media dan meninggalkan mesyuarat menggunakan pintu belakang selepas ia berakhir, begitu juga Hanipa. Hadi juga tidak bertemu media selepas mesyuarat dan menghantar Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali untuk memberikan kenyataan satu perenggan dan memberikan penjelasan kepada media yang menanti.

Dalam mesyuarat semalam, ketegangan berlaku kerana Hadi bertegas tidak mahukan Wan Azizah untuk memimpin negeri terkaya itu, menjadikan PAS tersepit selepas Adun mereka di Selangor memberitahu Hadi mereka tidak akan menyokong Azmin.

"Presiden tidak mahu Wan Azizah, 13 Adun Selangor pula menolak Azmin, jadi hasilnya kita serahkan kepada Sultan untuk membuat pilihan," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider dengan syarat tidak dinamakan.

Sebaik saja selepas mesyuarat selama dua jam semalam, Mustafa membacakan kenyataan satu perenggan yang berbunyi:

"Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada hari ini 25 Ogos 2014 bersetuju untuk menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan jawatan menteri besar Selangor.”

Mustafa juga enggan mengesahkan sama ada parti itu bersama pendirian Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) untuk menamakan Wan Azizah dan sebaliknya memberitahu pemberita agar ‘tafsir (kenyataan) itu sendiri’.

"Mesyuarat (semalam) bertujuan untuk memutuskan sikap PAS selepas keputusan Pakatan berbeza dengan keputusan PAS,” kata sumber itu. “Hasilnya mesyurat memutuskan, kita serah kepada Tuanku untuk memilih siapa calon menteri besar Selangor.”

Sumber berkata, ramai dalam mesyuarat semalam terkejut dengan penegasan Hadi kerana beliau sendiri yang mencadangkan kedua-dua Wan Azizah dan Azmin dipertimbangkan untuk jawatan itu semasa mesyuarat parti pada 17 Ogos.

"Presiden memberikan dua alasan. Satu alasan agama dan satu lagi kelayakan," kata sumber itu merujuk kepada hujah mengatakan Wan Azizah tidak layak memimpin kerana beliau merupakan seorang wanita.

13 Adun PAS Selangor bertemu Hadi dua kali selepas rakan mereka Adun Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin mengisytiharkan sokongan mereka kepada Wan Azizah.

Kali terakhir mereka bertemu pada 20 Ogos di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut. Azmin juga dikatakan sudah bertemu dengan Hadi pada hari berkenaan untuk membincangkan beberapa perkara termasuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor.

Mustafa semalam berkata, 13 Adun PAS tidak akan menyertai dua rakan mereka dan 28 Adun PR menandatangani akuan bersumpah menyokong Wan Azizah sebagai menteri besar.

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan semalam surat mencalonkan isterinya untuk jawatan itu sudah dihantar ke istana. Beliau berkata, tiada keperluan parti gabungan itu menghantar surat secara individu kepada Sultan berhubung pencalonan tersebut. – Sumber

PT
Betul ke Pas parti munafik??? Pkr pula Parti apa???

Monday, 25 August 2014

Rafizi Gelisah Krisis MB Tiada Penyudah!!!

Arena politik negara bakal mengetahui apakah kesudahannya episod krisis perebutan kerusi Menteri Besar Selangor yang dicetuskan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan menyeret sama sekutu mereka, Pas dan DAP.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menyandang jawatan itu dijangka menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk berbincang langkah seterusnya selepas beliau dipecat daripada PKR dan kehilangan sokongan daripada Pas.

Namun begitu Abdul Khalid masih berhak terus memimpin kerajaan negeri dengan sokongan empat Exco kerajaan negeri daripada Pas yang sememangnya mengiktiraf kepimpinan dan integriti beliau.

Ketika Abdul Khalid begitu tenang menghadapi tekanan daripada PKR dan menghormati keputusan Pas menarik sokongan kepada beliau, pemimpin-pemimpin PKR pula khususnya Penasihar parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presidennya, Datin Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bagaikan 'cacing kepanasan'.

Ada sahaja kenyataan yang mereka buat untuk memastikan Abdul Khalid berada dalam tekanan dan pada masa sama berusaha memperkukuhkan hujah kenapakah Wan Azizah paling layak menjadi Menteri Besar Selangor.

Sememangnya, biarpun gembira dengan sokongan DAP untuk mencalonkan Wan Azizah, namun ia bukanlah satu ketenangan kepada pemimpin-pemimpin PKR khususnya Anwar.

Selain pendirian Pas yang terus konsisten untuk menghantar dua nama kepada istana, pemimpin-pemimpin PKR juga memahami Abdul Khalid masih mempunyai 'peluru terakhir' yang cukup ditakuti oleh parti tersebut iaitu menasihatkan Sultan Selangor untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pembubaran DUN bagaikan mimpi ngeri kepada PKR kerana ia akan meranapkan impian mereka untuk menjayakan 'langkah malang dari Kajang' dan 'paling memilukan' kemungkinan impian untuk 'mentabalkan' Wan Azizah sebagai Menteri Besar tidak akan kesampaian.

Oleh itu awal-awal lagi pemimpin PKR khususnya Rafizi memberi amaran kepada Abdul Khalid jangan membubarkan DUN. Soalnya, apa hak Rafizi untuk melakukan tindakan itu?

Abdul Khalid bukannya ahli PKR dan beliau juga masih Menteri Besar Selangor yang sah selagi empat Exco daripada Pas berada dalam pentadbiran kerajaan negeri. Sebagai seorang yang kononnya dianggap 'pakar strategi' untuk PKR, Rafizi sepatutnya tidak takut menyediakan strategi untuk parti itu berhadapan dengan pilihan raya sekali lagi.

Sepatutnya sebagai seorang yang kononnya bijak mengatur strategi politik untuk PKR, Rafizi perlu cerdik dan bukannya membuat kenyataan yang dilihat awal-awal lagi sudah menyerah kalah? Cerdikkah Rafizi???

Apa pun Rafizi perlu ingat beliau hanyalah pengarah strategi yang dilantik oleh PKR dan Ahli Parlimen Pandan. Beliau tidak berhak sama sekali untuk mengajar Abdul Khalid bagaimana hendak menguruskan kemelut politik di Selangor.

Abdul Khalid juga berwibawa berbanding Rafizi dalam apa juga perkara, mungkin juga termasuk integriti. Rafizi seharusnya hanya membuang masa untuk menasihatkan Abdul Khalid itu pun kalau beliau betul-betul seorang pakar strategi!

Lawaknya Wan Azizah pula, menunjukkan sikap bengongnya dengan membaca teks ucapan Dasar Presiden di Kongres Nasional PKR Ke-10 di Shah Alam yang menyelar pentadbiran Abdul Khalid yang didakwa menyimpan dana negeri sehingga mengabaikan rakyat.

Jika soal mengabaikan rakyat mahu diambil kira, Wan Azizah sepatutnya menuju ucapan itu kepada diri sendiri dan pemimpin-pemimpin PKR khususnya Anwar kerana merekalah yang lebih layak menerima kecaman tersebut.

Sepanjang pentadbiran Abdul Khalid, beliau sudah melakukan yang terbaik untuk rakyat Selangor, sebab itulah mereka terus memberikan sokongan kepada beliau dalam pilihan raya umum lalu.

Sokongan itu diberikan kerana mereka yakin Abdul Khalid mampu menjadi Menteri Besar terbaik untuk negeri tersebut. Tetapi Wan Azizah seperti juga pemimpin-pemimpin PKR lain sentiasa sahaja mengamalkan sikap 'tuding kain orang lain terkoyak, kain sendiri sudah terkoyak'.

Apapun sama-samalah kita menanti kesudahan episod krisis politik di Selangor itu dan ia perlu diselesaikan segera kerana rakyat sudah bosan dengan karenah pemimpin-pemimpin PKR yang mahu berpolitik sepanjang masa.

PT
Semakin  hari semakin bengong pemimpin 2 PKR, apa tidaknya krisis perebutan MB tiada kesudahan..

Thursday, 21 August 2014

PKR Rela Bagi Laluan Kepada PAS Jika Wan Azizah Ditolak Sultan???

PKR tetap kekal dengan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Menteri Besar Selangor walaupun walaupun berdepan kemungkinan Sultan Selangor menolak pencalonan presiden parti itu sekaligus memberi laluan pilihan raya negeri diadakan.

Pendirian tersebut dinyatakan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang berkata keputusan sudah dicapai dan hanya nama Dr Wan Azizah dihantar kepada istana.

Selain nampak terdesak.. kenyataannya itu jelas menunjukkan bahawa beliau tidak memberikan pilihan langsung malah lebih bersifat memaksa Sultan Selangor supaya menerima Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar.

Seolah-olah beliau menganggap Sultan itu adalah seorang ahli PKR yang boleh diarahkannya supaya mengikut kehendak parti sedangkan untuk memilih dan melantik itu adalah hak Sultan.

Malah sanggup berhadapan dengan pilihanraya meskipun ramai yang sudah sedia maklum jika diadakan pilihan raya negeri risiko PR Selangor untuk kehilangan majoriti lebih dari 2/3 adalah tinggi.

Rasanya adalah lebih baik jawatan Menteri Besar itu diserahkan kepada PAS jika PKR benar-benar tiada nama lain untuk dikemukakan kepada Sultan... Ini lebih baik dari dibazirkan beratus juta RM untuk diadakan Pilihanraya Negeri yang akibatnya akan menyebabkan beberapa ADUN yang ada kehilangan jawatan.

Laporan berkaitan...

PKR tetap kekal dengan nama Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Menteri Besar Selangor walaupun walaupun berdepan kemungkinan Sultan Selangor menolak pencalonan presiden parti itu sekaligus memberi laluan pilihan raya negeri diadakan.

Pendirian tersebut dinyatakan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang berkata keputusan sudah dicapai dan hanya nama Dr Wan Azizah dihantar kepada istana.

"Kita tidak bincang langsung mengenai perkara itu," kata Saifuddin kepada The Malaysian Insider apabila ditanya mengenai langkah seterusnya jika Sultan menolak presiden PKR tersebut.

Saifuddin berkata mereka menanti maklum balas daripada pihak istana selepas nama Dr Wan Azizah dihantar sebagai pengganti Tan Sri Khalid Ibrahim. "Kita cuma tunggu sahaja maklum balas daripada Tuanku," katanya.

Mengenai kemungkinan Dr Wan Azizah ditolak, Saifuddin berkata langkah susulan belum diputuskan kepimpinan ketika ini. "Ia masih belum berlaku dan belum bincang," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata mereka akan melalui proses mengikut perlembagaan dan undang-undang dalam usaha menggantikan Khalid.

"Kita akan guna proses perlembagaan dan undang-undang. Prosesnya adalah dengan menghantar nama terlebih dahulu dan dalam isu ini, majoriti sokongan kepada Dr Wan Azizah adalah jelas," kata Rafizi, Rafizi juga tidak memberitahu mengenai langkah seterusnya jika Sultan Selangor menolak Dr Wan Azizah, sambil berkata tidak mahu membuat "spekulasi".
"Tidak apa, kita guna dahulu proses Perlembagaan. Buat ketika ini, kita tidak mahu berspekulasi," katanya. Awal hari ini, The Malaysian Insider memetik pakar perundangan sebagai tidak menolak Sultan Selangor masih boleh membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri diadakan semula.

Peguam Abdul Shukor Ahmad berkata merujuk kepada kes Mahkamah Persekutuan pada 2010 melibatkan Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin dan Datuk Seri Zambry Abdul Kader, sultan mempunyai pilihan mengarahkan peletakan jawatan MB kerana hilang sokongan majoriti ahli DUN.

Shukor berkata Sultan juga boleh memanggil sidang tergempar dan mengarahkan MB menguji sokongan di DUN.

"Sekiranya menteri besar hilang sokongan undi, beliau perlu meletakkan jawatan. Sultan juga boleh membubarkan DUN sekiranya Tuanku menerima saranan menteri besar," katanya kepada The Malaysian Insider.

PT
Nampak sangat PKR lapar kepada jawatan. .

Tuesday, 19 August 2014

Anwar Semakin Hampir Untuk Melihat Bininya Jadi MB....

SHAH ALAM – PR tidak boleh memaksa Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menerima calon Menteri Besar Selangor pilihan mereka, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Penganalisis politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, Sultan Selangor mempunyai kuasa mutlak bagi menentukan mana-mana individu yang layak menjadi menteri besar.

“PR tak boleh mendesak Sultan…nak paksa-paksa pilih itu atau pilih ini. Tak boleh. Itu Sultan punya kuasa.

“Kalau baginda berkenan dengan Wan Azizah, Wan Azizah jadi menteri besarlah. Rakyat atau ketua parti tak boleh paksa Sultan. Itu tak betul,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Malah katanya, Sultan juga berkuasa untuk menitahkan agar Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tetap menjawat jawatan itu buat sementara.

Dalam pada itu, beliau sempat menyentuh soal hanya satu nama yang dikemukakan PR kepada Sultan Selangor selepas nama kedua yang dicadangkan Pas, Mohamed Azmin Ali mengumumkan mengundur diri.
“Mengikut peraturan, pihak parti mesti beri sekurang-kurangnya tiga nama. Tak boleh letak satu nama sahaja.

“Lengkapkan syarat sahaja nama lain itu. Sepatutnya letaklah nama Azmin. Sultan perlu lihat siapa saja yang parti mahukan. Kebiasaannya memang beri lebih daripada satu nama. Ia (beri satu nama) seperti memaksa Sultan.

Jadi perlu bagi lebih daripada satu nama supaya Sultan boleh pilih,” katanya. Jelasnya, andai Sultan Selangor akhirnya memilih Wan Azizah atau Azmin, calon yang tidak dipilih perlu akur dengan keputusan tersebut.

“Sekiranya Sultan memilih Azizah tak apalah, Azmin sudah akur awal-awal. Kalau Azmin yang Sultan pilih, Wan Azizah kena akurlah pula. Begitulah sepatutnya.

“Walau Azmin dipilih sekalipun, saya rasa tidak timbul bantahan atau PR tidak akan keberatan,” katanya. Semalam, hasil Mesyuarat Pimpinan Pas Peringkat Pusat yang berlangsung selama 90 minit mendedahkan dua nama, Wan Azizah dan Mohamed Azmin sebagai calon Menteri Besar Selangor baharu.

Namun, melalui satu sidang media PR lewat petang semalam, Azmin mengumumkan beliau akur dengan keputusan parti yang mencalonkan Wan Azizah dan menghargai keputusan Pas meletakkan namanya sebagai calon jawatan tersebut.  - Sumber

PT
Apa yang terjadi kepada Haji Hadi dan TGNA? Kenapa mereka berdua sanggup jjadi kaki lipat? Sedangkan sebelum ini mereka berdua telah membuat kenyataan menyokong TS Khalid??? Apakah hukumnya nenjadi ulama yang sentiasa membuat pusingan u??? Biarlah ahli2 Pas yang menjawabnya...

Monday, 18 August 2014

Terkini!!! Kenyataan Media Khalid Ibrahim

Menu1 EkELEH.COMSiasah Sosial Semasa Malaysia Menu2 Kenyataan media Khalid Ibrahim Posted on 18/08/2014 Leave a comment KENYATAAN MEDIA 17 OGOS 2014 SAYA AKAN MOHON MENGHADAP DYMM SULTAN SELANGOR BERKENAAN STATUS MENTERI BESAR Saya menerima dengan hati terbuka keputusan Parti Sa-Islam Malaysia (PAS) berkenaan status Menteri Besar dan barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor. Dengan perkembangan terbaharu ini, saya akan memohon menghadap DYMM Sultan Selangor untuk memberi nasihat tentang langkah-langkah seterusnya. Sehingga DYMM Sultan membuat keputusan muktamad, saya akan meneruskan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor bersama 4 ahli MMKN daripada PAS akan meneruskan pentadbiran bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini. Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan semua rakyat Selangor atas sokongan dalam usaha bersama untuk menjayakan agenda reformasi di Selangor. Saya juga berterima kasih atas kesabaran semua pihak dalam penyelesaian isu dan perkembangan-perkembangan terkini mengikut tatacara yang betul dan berasaskan undang-undang. Insya’Allah, rakyat Selangor akan terus dipelihara dan diberkati Allah SWT. TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR DEALER diperlukan, JUAL SEKALI income SELAMANYA… Baca DULU… Khalid Ibrahim nak tubuh parti baru!! Wan Azizah calon tunggal PR, Azmin tolak pencalonan PAS Esok PAS reject Khalid Ibrahim dan Wan Azizah? Terbaik dari Naib Presiden PAS, Husam Musa untuk Khalid Ibrahim Lagi berita gembira untuk Pakatan Leave a comment Your email address will not be published. Required fields are marked * Name * Email * Website Comment « Khalid Ibrahim nak tubuh parti baru!! DEALER diperlukan, JUAL SEKALI income SELAMANYA… Baca DULU… MyAnnur.com Petua Imam Syafie untuk lelaki Tanda 100, 40, 7 dan 1 hari sebelum saat kematian 5 Gangguan Syaitan Semasa Solat Koleksi Hubungi Kami Profil Privasi © Copyright of Ekeleh Media 2013

Nasib Wan Jijah Masih Ditangan TS Khalid Dan Sultan Selangor???

Apabila Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di dalam mesyuaratnya pada 17 Ogos 2014 bersetuju menarik balik sokongan yang diberikan oleh PAS terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar dan apabila Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di dalam mesyuaratnya pada 17 Ogos 2014 bersetuju mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar yang baru maka, secara moralnya, kemelut politik di Selangor boleh dijangkakan akan selesai melalui pengunduran Tan Sri Khalid Ibrahim dari jawatan Menteri Besar.

Bagaimanapun, para pemimpin dan para penyokong Pakatan Rakyat tidaklah boleh terlalu bergembira dengan jangkaan selesainya kemelut politik di Selangor ini kerana nasib Pakatan Rakyat di Selangor sebenarnya masih tertakluk kepada budi bicara Tan Sri Khalid Ibrahim dan Sultan Selangor.

Secara undang-undangnya, jika Tan Sri Khalid Ibrahim masih mahu melawan maka, selama mana beliau tidak diminta meletakkan jawatan oleh Sultan Selangor dan jika Sultan Selangor meminta penarikan sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim dibuktikan di dalam Dewan Undangan Negeri.

Beliau boleh sahaja meneruskan kemelut politik ini dengan menghalang Pakatan Rakyat dari mengemukakan usul tidak percaya terhadap beliau sehingga kira-kira empat bulan lagi dengan tidak menasihatkan Sultan Selangor untuk memanggil Dewan Undangan Negeri bersidang di dalam tempoh itu berdasarkan peruntukan Artikel 70(1) Perlembagaan Negeri Selangor yang menyebut ...

“His Highness shall from time to time by Proclamation published in the Gazette summon the Legislative Assembly and shall not allow six months to elapse between the last sitting in one session and the date appointed for its first sitting in the next session”, juga peruntukan Artikel 55(1) Perlembagaan Negeri Selangor yang menyebut ...

“In the exercise of his functions under this Constitution or any law... His Highness shall act in accordance with the advice of the State Executive Council or of a member thereof acting under the general authority of the Council”.

Secara undang-undangnya juga, jika Tan Sri Khalid Ibrahim masih mahu melawan di sebalik kewujudan bukti nyata penarikan sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri terhadap beliau maka beliau boleh sahaja memohon kepada Sultan Selangor supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi membuka jalan kepada satu pilihan raya semula diadakan berdasarkan peruntukan Artikel 53(6) Perlembagaan Negeri Selangor yang menyebut ...

“If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the majority of the members of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the State Executive Council”.

Melainkan jika Sultan Selangor menggunakan kuasa budi bicara Baginda untuk menolak permohonan Tan Sri Khalid Ibrahim supaya Baginda membubarkan Dewan Undangan Negeri berdasarkan peruntukan Artikel 55(2)(b) Perlembagaan Negeri Selangor yang menyebut ....

“His Highness may act in his discretion in...the withholding of consent to a request for the dissolution of the Legislative Assembly” maka kemungkinan untuk rakyat Selangor berpilihan raya semula masih ada.

Sumber

PT

Sunday, 17 August 2014

Terkini!!! TS Khalid Ternganga, Pas Tekan Brake Tengah Jalan???

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memohon menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mendapatkan nasihat baginda tentang langkah seterusnya untuk diambil berikutan keputusan terbaru PAS hari ini.

Beliau berkata menerima dengan hati terbuka keputusan PAS Pusat berkenaan status menteri besar dan barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco) yang dibuat melalui mesyuarat selama 90 minit pagi ini.

"Dengan perkembangan terbaru ini, saya akan memohon menghadap Sultan Selangor untuk memberi nasihat tentang langkah-langkah seterusnya.

"Sehingga Sultan membuat keputusan muktamad, saya akan meneruskan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor bersama 4 ahli Exco daripada PAS bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini," katanya dalam satu kenyataan.

Pada mesyuaratnya pagi ini, PAS memutuskan bersetuju dengan pilihan PKR melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Khalid. Parti Islam itu juga turut menyerahkan nama Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai nama calon lain untuk diangkat menjadi menteri besar.

Dua nama itu kemudiannya akan ditentukan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang dijadualkan berlangsung petang ini, menurut Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu membaca kenyataan yang ditandatangani Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Sumber

PT

Memang sudah dijangka Pas tidak akan menyokong TS Khalid Ibrahim. Siapa tak kenal parti Pas..parti yang yang hanya reti mengikut apa saja arahan dalam pakatan. Parti yang tiada prinsip...

Saturday, 16 August 2014

Dua Adun Pas Gedeber Bakal Dipecat???

PAS Selangor telah membayangkan dua Adun yang mengkhianati parti akan dipecat keahlian mereka. Pas Selangor telah menyerahkan kepada kepimpinan pusat parti untuk mengambil tindakan disiplin terhadap dua Adun yang mengkhianti parti apabila menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat/Isteri Anwar Wan Azizah Wan Ismail dan menolak arahan Presiden parti Pas Datuk Seri Abduk haji Hadi Awang.
Jika mereka dipecat keahlian sudah tentu Pas akan mencalonkan pemimpin lain dalam Pas untuk bertanding di Hulu Kelang dan Dun Morib jika Dun dibubarkan. Kita tahu Saari Sungib adalah bekas ahli PKR yang rapat dengan Anwar Ibrahim, jika mereka menyertai PKR adakah PKR akan mencalonkan mereka ini apabila Dun dibubarkan.
Pada Khamis, Hasnul dan Saari telah menandatangani surat akuan sumpah bahawa mereka akan menyokong Wan Azizah sebagai menteri besar yang baru untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Susulan tindakan kedua-dua Adun itu, PAS Selangor memberi tempoh 24 jam kepada mereka untuk menarik balik sokongan mereka terhadap Dr Wan Azizah atau bakal berdepan tindakan disiplin. - Sumber
PT
Pas bukan berani pun nak ambik tindakan kepada dua Adun yang mengkhianati parti...bukan kita tak kenal pas adalah parti pak turut. Sangat takut kepada pkr dan dap....kita tunggu dan lihat apa kesudahan kemelut politik Selangor.

Dewan Ulama Pas Mahukan Azmin Jadi Calon MB??? - Astro Awani

KUALA LUMPUR: Nama Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali disebut-sebut bakal dicalonkan oleh PAS sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu semasa Mesyuarat Jawatankuasa PAS pada Pusat Ahad ini.

Ia dilihat satu keputusan yang sangat signifikan selain beberapa keputusan status dua Ahli Undangan Negeri (ADUN) yang berpaling tadah kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan empat exco mereka yang kekal di dalam Kerajaan Menteri Besar Selangor,

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang akan turut dibincangkan. Menurut sumber dalaman PAS, nama Azmin akan dicadang Dewan Ulama PAS kerana dianggap calon paling berwibawa untuk menyelesaikan krisis Selangor sekali gus menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu mewakili Pakatan Rakyat.

"Dewan Ulama juga dikatakan telah menyatakan pandangan mereka kepada beberapa NGO Islam untuk mendapatkan pandangan mengenai krisis Selangor dan cadangan menamakan Azmin sebagai menteri besar.

"Ia dikatakan mendapat respon positif dan akan diputuskan pada 17 Ogos ini," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini. ‎Dalam pada itu kata sumber berkenaan, laporan beberapa portal mengenai keputusan mesyuarat Lajnah Politik PAS pada Khamis yang tidak bersetuju menamakan Wan Azizah untuk menggantikan Abdul Khalid membuktikan nama Azmin akan 'naik' pada Ahad ini.

Bagaimanapun Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang mempengerusikan sidang media berkenaan tidak menyebut nama lain bagi menggantikan Abdul Khalid. Sementara itu jelas sumber, kenyataan media yang dikeluarkan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pada Khamis memberi tamparan hebat kepada PKR yang dilihat 'gelojoh' dalam menyelesaikan kemelut yang melanda Negeri Selangor.

"Salahuddin sejak awal meminta semua pihak berkaitan bersabar dan menegaskan bahawa PAS akan membuat satu keputusan yang sangat signifikan pada 17 Ogos di mana Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat akan berbincang mengenai krisis Selangor, jadi bersabarlah," ujarnya.

Salahuddin sebelum ini meminta pihak berkenaan untuk bersabar sementara PAS memperincikan pendirian yang akan dijelaskan pada Ahad ini. Kata Salahuddin, isu menukar menteri besar dilihat sukar dan bukan semudah menukar ketua kampung.  - Sumber 

Friday, 15 August 2014

Wan Jijah Putih Mata - Anwar Pilih Calon Lain Untuk MB???

KUALA LUMPUR 15 Ogos - 'Drama' politik Selangor bakal menyaksikan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail tersingkir dari tercalon sebagai peneraju negeri selepas Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim memilih ADUN Ijok Dr Idris Ahmad sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru. 

 Mursyidul Am Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) Zahid Mat Arip berkata, keputusan tersebut bagi memastikan PAS terus menyokong PKR mendesak Tan Sri khalid Ibrahim meletakkan jawatannya. 

"Anwar kini dikatakan sedang berura-ura untuk mencari calon alternatif bagi jawatan menteri besar yang baru, bukan lagi isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail tetapi ADUN Ijok Dr Idris Ahmad," katanya kepada RakyatNews, hari ini. 

 Jelasnya, pucuk pimpinan PAS juga telah dimaklumkan mengenai perkara ini dan misi Anwar adalah untuk mendapatkan persetujuan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 "Saya difahamkan Dr Idris sudah geli-geleman dengan tawaran baru ini. Dr Idris Ahmad dari PKR Ijok ditawarkan sebagai calon alternatif bagi membolehkan PAS bersetuju dengan pelantikan menteri besar baru menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim. 

"Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali juga telah bersetuju untuk menggantikan Wan Azizah dengan Dr Idris. Apabila ini berlaku maknanya PAS telah 'dikencing' dua kali dengan Anwar," ujarnya. 

 Tegasnya, PAS seharusnya bertindak lebih tegas dengan menegakkan pendiriannya dari terus dipermainkan rakan Pakatan Rakyat (PR), PKR dan DAP, bagi memastikan Khalid disingkirkan dari pentadbiran Selangor. 

 "Bagi Anwar, PAS hanyalah parti politik hingusan yang boleh diperbudak-budakkan, dikotak-katikkan demi memastikan Tan Sri Khalid tersingkir (dari pentadbiran Selangor). 

"Saya yakin mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat 17 Ogos ini akan membuat ketetapan menyokong Dr Idris Ahmad dari ADUN Ijok menggantikan Dr Wan Azizah sebagai calon menteri besar," katanya lagi.  - Sumber


Thursday, 14 August 2014

Cubaan Ke2 Wan Jijah Menghadap Sultan Selangor. ..

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membuat cubaan kedua menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, dengan menghantar surat permohonan yang ditandatanganinya sendiri, lapor The Star.
Surat itu dihantar Azizah ke istana pada Selasa lalu, dikatakan mahu memberi penjelasan berhubung krisis PKR sehingga menjejaskan pentadbiran negeri Selangor, kata akhbar itu hari ini.

Laporan akhbar itu mengatakan Sultan Sharafuddin tahu tentang permohonan kedua Wan Azizah tetapi hanya akan pulang ke tanah air pada 23 Ogos ini selepas berangkat ke luar negara semalam.

Wan Azizah dalam surat pertama pada Ahad lalu mahu menghadap Sultan untuk menjelaskan isu pemecatan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada parti, tetapi surat itu ditandatangani suaminya yang juga Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Setiausaha Sulit Sultan, Datuk Mohamad Munir Bani dalam kenyataan pada Selasa berkata baginda enggan melayan permintaan Anwar dan Wan Azizah kerana sudah pun berjumpa Khalid dan mendapat penjelasan mengenai isu menteri besar.

"Sultan Selangor berpendapat pemecatan Khalid dari menjadi ahli PKR merupakan isu dalaman parti yang tidak menjejaskan kedudukan beliau sebagai Ahli Dewan Negeri (Adun) Selangor."Baginda tidak mahu campur tangan dalam isu dalaman PKR," katanya.

Khalid pada Isnin lalu mengumumkan dirinya masih menteri besar yang sah dan akan meneruskan tugas seperti biasa selepas berjumpa Sultan Sharafuddin di Istana Alam Shah Klang dan mendapat perkenan baginda. Khalid dalam pertemuannya dengan Sultan berkata, beliau masih mendapat sokongan undi majoriti walaupun dipecat daripada PKR pada 9 Ogos lalu.

PKR memecat Khalid kerana enggan berundur daripada kedudukannya walaupun diarahkan parti yang mahu menggantikannya dengan Wan Azizah. - Sumber

Wednesday, 13 August 2014

Kenyataan Presiden PAS Hadapi Krisis Perebutan Jawatan MB!!!

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta supaya semua ahli di dalam Pakatan Rakyat (PR) supaya bertenang menghadapi krisis yang semakin meruncing berkenaan isu pertukaran Menteri Besar Selangor. Kemelut yang dihadapi PR berlaku apabila terdapat percanggahan pendapat antara Presiden PAS dan Ketua Umum PKR,

Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebelum ini Anwar telah mencalonkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon MB bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Namun, Majlis Syura Ulama PAS menyatakan pendirian menolak cadangan PKR untuk melantik Wan Azizah sebagai MB Selangor yang baharu, sebaliknya mempertahankan Khalid untuk kekal di posisi yang dipegang beliau sekarang ini.

“Saya menyeru kepada semua ahli supaya bertenang dan meminta pertolongan daripada Allah dengan bersabar dan sembahyang. “Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Al Baqarah-45),” katanya di dalam laman Facebooknya.

Sementara itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata keempat-empat Exco PAS Selangor akan menjalankan tugas seperti biasa. “Kerajaan negeri masih lagi wujud dan berfungsi seperti biasa sebelum menunggu keputusan yang akan diumumkan daripada PAS Pusat.

“Kepada semua pemimpin parti, ahli dan para penyokong dinasihatkan supaya bertenang menghadapi konflik politik yang sedang melanda Selangor,” ujarnya. ~ Sumber

PT
Senario politik Selangor semakin parah, serang menyerang antara satu sama lain dalam pakatan.  Dap mahukan Pas tidak menyokong MB tetapi dalam masa yang sama exco pas yang baru dilantik diarahkan oleh pucuk pimpinan pas supaya mengikut arahan lantikan.

Apa yang pasti perebutan jawatan MB ini tidak akan tamat dalam tempoh terdekat. Jadi kita sama2 tunggu dan lihat siapa yang kecundang dan siapa yang menang???

EXCO2 PAS Yang Baru Dilantik Tunjuk GEDEBER!!!

Desakan yang dilakukan oleh DAP dan PKR agar EXCO PAS memulaukan mesyuarat EXCO selepas pemecatan Khalid Ibrahim sebagai ahli PKR nampaknya tidak diterima dan mereka (exco pas) tetap menghadiri mesyuarat tersebut.

Dalam undang undang tubuh kerajaan negeri Selangor, Menteri Besar cuma memerlukan 4 orang EXCO untuk menjalankan tugas sebagai seorang Menteri Besar dan nampaknya kekuatan tersebut akan terus kekal apabila kehadiran EXCO EXCO PAS ini adalah kerana mereka mengatakan bahawa mereka dipilih oleh Sultan serta atas arahan parti.

Dalam situasi sekarang ni agak agaknya apa yang ada dalam fikiran Anwar ye? Mungkin juga Anwar sedang MENGHARAM JADAHKAN Khalid Ibrahim tak habis habis.

ADUN PAS pun kali ni nampaknya degil sikit sampai apa yang DAP dan PKR minta pun puak puak PAS ni buat tak peduli. Mungkin juga ini hadiah kepada PKR dan DAP yang sejak akhir akhir ni biadap dengan mengeluarkan beberapa saman terhadap pemimpin PAS.

Kali ni kamu rasa la pulak wahai DAP dan PKR macam mana kalau PAS dah mula nak nampakkan mereka pun ada kuasa dan mereka juga ada maruah.  - Sumber

PT
KeGEDEBERan exco-exco pas semakin menyerlah dengan mengingkari amaran rakan kongsi mereka si dap dan pkr. Tahniah wahai exco2 pas yang baru dilantik kerana anda berani mengubah keadaan senario politik Selangor. ..

Inilah PR!!! Kena Pecat Exco Tapi Salahkan Undang2???

Kesemua exco kerajaan negeri Selangor yang dipecat Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim petang tadi tetap akan meneruskan tugas mereka seperti biasa, esok.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim, pemecatan kesemua exco tersebut tidak diiktiraf Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

"Semua ahli-ahli exco yang kononnya dipecat akan terus bekerja dan balik ke pejabat (esok) untuk meneruskan kerja kami sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.

"Undang-undang tidak mengiktiraf pemecatan kami. Mengikut perkara 53 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, pelantikan ahli-ahli exco adalah dibuat oleh Sultan Selangor atas nasihat menteri besar.

"Oleh itu, hanya Sultan Selangor saja yang berkuasa untuk menamatkan kedudukan ahli exco," katanya kepada pemberita pada sidang media tergempar, hari ini. Jelasnya, surat pemecatan yang dikeluarkan Abdul Khalid menyebut Sultan Selangor telah memperkenan keputusan itu.

"Tapi, Abdul Khalid tidak meninggalkan pejabatnya sejak pagi sehingga beliau menyelesaikan sidang akhbar yang diadakan selepas 6 petang. Tapi sebelum pukul 6 petang, kami telah menerima surat pemecatan tersebut.

"Ini bererti Abdul Khalid tidak memberi gambaran yang benar. Beliau masih belum menghadap Sultan Selangor untuk menasihatkan baginda bagi menamatkan perkhidmatan kami," katanya. Beliau turut menyebut di mana Abdul Khalid sebagai ahli PR yang telah dipecat tidak mempunyai legitimasi untuk memecat ahli kerajaan PR.

"Kerajaan di Selangor adalah kerajaan PR. Oleh itu, beliau sebagai ahli PR yang telah dipecat parti tidak ada legitimasi untuk memecat ahli kerajaan PR. Ini tak pernah berlaku dalam sejarah demokrasi dalam mana-mana negara di dalam dunia ini.

"Jadi beliau telah catat satu rekod dunia dengan memecat kerajaan sedangkan beliau sendiri telah dipecat oleh kerajaan tersebut atau anggota parti dalam kerajaan tersebut," katanya. Lewat hari ini, Abdul Khalid mengumumkan telah memecat kesemua Exco DAP dan PKR. - Sumber

PT
Rasa nak tergelak bila melihat perangai exco2 pkr dan dap yang dibuang dari exco oleh MB Khalid tetapi masih LAPAR dengan jawatan tersebut. Sanggup memBODOHkan diri sendiri datang bertugas di pejabat. Meroyan apa wahai exco dap dan pkr?????

Tuesday, 12 August 2014

Giliran KP Pas Pula Bodohkan Bang Non ???

KUALA LUMPUR: “Bagai melepaskan anjing tersepit,” selar Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Wan Mohd Faizul Wan Abas kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaman Facebook miliknya, Faizul Abas.

Senario tersebut dilihat berlaku apabila Anwar semalam secara mengejut membuat perjumpaan dengan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang seolah-olah cuba untuk mendapatkan ‘pertolongan’ dan mencari jalan keluar bagi isu menteri besar Selangor.

“Sejak dulu, PAS sangat konsisten memperjuangkan keadilan, serta mempertahankan semangat setiakawan. Tetapi apa yang berlaku sekarang ialah ramai di kalangan rakan pakatan menyerang dan menyalahkan PAS.

“Apabila melihat kepada senario yang berlaku antara Anwar Ibrahim dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, rasanya sesuai jika peribahasa 'bagai melepaskan anjing tersepit (menolong orang yang tidak tahu membalas jasa),” tulisnya.

Keadaan PKR kini dilihat semakin meruncing apabila calonnya, Dato' Sri Wan Azizah Wan Ismail yang cuba untuk merebut jawatan menteri besar Selangor daripada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilihat bertambah sukar apabila Abdul Khalid telah diperkenan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semalam untuk terus mentadbir negeri tersebut.

Faizul di entrinya dilihat turut membuat kenyataan balas dengan menyindir tindakan Anwar sebagai membelakangkan ulamak-ulamak PAS.

“Orang bodoh ialah orang yang membelakangkan ulamak. Macam Allah sebut gelagat orang munafik, di belakang Nabi S.A.W mereka kata 'Adakah kami nak ikut orang-orang bodoh itu",” ujarnya lagi.

Terdahulu, Anwar dikatakan berjumpa dengan Abdul Hadi bagi mengetahui pendirian PAS yang masih belum menyatakan sokongan kepada PKR terhadap presidennya , Wan Azizah dan dilihat cukup berpuas hati selepas pertemuan tersebut. - Sumber

Anwar Semakin Bengong!!! Haji Hadi Tidak Setuju Wan Azizah Jadi MB???

KUALA LUMPUR: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus buntu dalam mencari penyelesaian isu pertukaran Menteri Besar Selangor apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetap menolak calon yang dikemukakan oleh PKR.
Sumber dalaman PKR Terengganu memberitahu Astro AWANI, dalam pertemuan bersama Anwar dan Hadi di sebuah hotel di Marang petang semalam,
Presiden PAS itu bertegas menolak pencalonan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu. Hadi, yang sebelum ini dilaporkan bertegas mahukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor, mahu PKR menamakan calon lain selain Wan Azizah.
Antara nama yang disebut-sebut menjadi pilihan PAS ialah Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa.
Sementara itu, Anwar enggan mengulas lanjut hasil pertemuannya dengan Abdul Hadi dan menganggap ia hanya pertemuan biasa.
"Perjumpaan biasa...kita baru dalam proses perbincangan...bincang banyak isu...hasilnya macam biasa," kata Anwar ketika ditemui di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, malam tadi.
Bagaimanapun usaha untuk mendapatkan komen Abdul Hadi masih gagal berikutan Presiden PAS itu turut mengelak bertemu dengan wartawan.
Abdul Khalid yang enggan meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor, dipecat daripada PKR pada 10 Ogos lalu atas dakwaan mengingkari arahan parti. Bagaimanapun pada 11 Ogos, Sultan Selangor memberi perkenan agar Abdul Khalid mengekalkan tugas sebagai Menteri Besar Selangor.
Abdul Khalid dalam satu kenyataan menjelaskan, sehingga ada perkembangan baharu, beliau kekal sebagai Menteri Besar Selangor dan akan menjalankan tugas seperti biasa.
Sementara itu pada petang 11 Ogos, satu kenyataan bersama Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua mencabar Abdul Khalid membuktikan sokongan majoriti DUN seperti yang dimaklumkan kepada Sultan Selangor pada pagi Isnin. - Sumber

Monday, 11 August 2014

Anwar Atau Khalid Yang Punah???

Nampaknya kali ni Anwar Ibrahim berada di jalan jalan akhir karier politik beliau apabila beberapa ahli dewan undangan negeri dari PKR akan melepaskan jawatan atau kata lainnya akan keluar dari PKR dan mengikut jejak Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai ADUN bebas.

Tiga ADUN yang disebut akan melakukan perkara itu ialah YB Elizabeth Wong dari Bukit Lanjan, YB Dr Daroyah Alwi dari sementa dan YB Rodziah Ismail dari Batu 3. Tapi kenapa ketiga tiga mereka ini mahu keluar dari PKR?

Mungkin juga mereka ini sudah merasakan bahawa Anwar Ibrahim sengaja untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim dan menaikkan isteri beliau sebagai Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Khalid Ibrahim kerana melihat kedudukan Selangor kini yang mempunyai rizab simpanan sebanyak RM 3 Billion dan dengab adanya Khalid Ibrahim disitu sebagai Menteri Besar, wang ini tidak dapat disalurkan ke poket beliau.

Kedudukan Anwar sebagai penasihat ekonomi juga berkemungkinan untuk membawa rizab tersebut ke poket keluarga beliau dan ianya tidak berjaya.

Rakyat perlu melihat perkara ini sebagai satu permainan jijik oleh Anwar Ibrahim demi untuk kekayaan keluarga beliau semata mata tetapi bukanlah sepertimana yang beliau katakan bahawa rakyat adalah keutamaan dalam perbelanjaan kewangan Selangor.

Wan Azizah pula hanya akan menjadi seorang boneka dimana beliau sendiri mengatakan bahawa Anwar tetap akan menjadi penasihat ekonomi kepada negeri Selangor dan adakah ini jalan jalan yang akan membuka ruang kepada Anwar untuk membawa keluar hasil Selangor sepertimana yang diwar-warkan tentang duit kertas bernilai seribu dan lima ratus dahulu?

Rakyat Selangor harus memikirkan bahawa politik Anwar hari ini bukanlah untuk membela rakyat tetapi lebih kepada membela keluarga beliau. - Sumber

PT

Melihat keadaan sekarang adalah lebih baik  Khalid mohon perkenan Sultan untuk membubarkan DUN dan setidak-setidaknya beliau mendepankan rakyat berbanding mengikut hawa nafsu Anwar!!!!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive