Showing posts with label Exco. Show all posts
Showing posts with label Exco. Show all posts

Monday, 18 August 2014

Nasib Wan Jijah Masih Ditangan TS Khalid Dan Sultan Selangor???

Apabila Jawatankuasa Kerja PAS Pusat di dalam mesyuaratnya pada 17 Ogos 2014 bersetuju menarik balik sokongan yang diberikan oleh PAS terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar dan apabila Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di dalam mesyuaratnya pada 17 Ogos 2014 bersetuju mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar yang baru maka, secara moralnya, kemelut politik di Selangor boleh dijangkakan akan selesai melalui pengunduran Tan Sri Khalid Ibrahim dari jawatan Menteri Besar.

Bagaimanapun, para pemimpin dan para penyokong Pakatan Rakyat tidaklah boleh terlalu bergembira dengan jangkaan selesainya kemelut politik di Selangor ini kerana nasib Pakatan Rakyat di Selangor sebenarnya masih tertakluk kepada budi bicara Tan Sri Khalid Ibrahim dan Sultan Selangor.

Secara undang-undangnya, jika Tan Sri Khalid Ibrahim masih mahu melawan maka, selama mana beliau tidak diminta meletakkan jawatan oleh Sultan Selangor dan jika Sultan Selangor meminta penarikan sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim dibuktikan di dalam Dewan Undangan Negeri.

Beliau boleh sahaja meneruskan kemelut politik ini dengan menghalang Pakatan Rakyat dari mengemukakan usul tidak percaya terhadap beliau sehingga kira-kira empat bulan lagi dengan tidak menasihatkan Sultan Selangor untuk memanggil Dewan Undangan Negeri bersidang di dalam tempoh itu berdasarkan peruntukan Artikel 70(1) Perlembagaan Negeri Selangor yang menyebut ...

“His Highness shall from time to time by Proclamation published in the Gazette summon the Legislative Assembly and shall not allow six months to elapse between the last sitting in one session and the date appointed for its first sitting in the next session”, juga peruntukan Artikel 55(1) Perlembagaan Negeri Selangor yang menyebut ...

“In the exercise of his functions under this Constitution or any law... His Highness shall act in accordance with the advice of the State Executive Council or of a member thereof acting under the general authority of the Council”.

Secara undang-undangnya juga, jika Tan Sri Khalid Ibrahim masih mahu melawan di sebalik kewujudan bukti nyata penarikan sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Undangan Negeri terhadap beliau maka beliau boleh sahaja memohon kepada Sultan Selangor supaya membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi membuka jalan kepada satu pilihan raya semula diadakan berdasarkan peruntukan Artikel 53(6) Perlembagaan Negeri Selangor yang menyebut ...

“If the Menteri Besar ceases to command the confidence of the majority of the majority of the members of the Legislative Assembly, then, unless at his request His Highness dissolves the Legislative Assembly, he shall tender the resignation of the State Executive Council”.

Melainkan jika Sultan Selangor menggunakan kuasa budi bicara Baginda untuk menolak permohonan Tan Sri Khalid Ibrahim supaya Baginda membubarkan Dewan Undangan Negeri berdasarkan peruntukan Artikel 55(2)(b) Perlembagaan Negeri Selangor yang menyebut ....

“His Highness may act in his discretion in...the withholding of consent to a request for the dissolution of the Legislative Assembly” maka kemungkinan untuk rakyat Selangor berpilihan raya semula masih ada.

Sumber

PT

Sunday, 17 August 2014

Terkini!!! TS Khalid Ternganga, Pas Tekan Brake Tengah Jalan???

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memohon menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mendapatkan nasihat baginda tentang langkah seterusnya untuk diambil berikutan keputusan terbaru PAS hari ini.

Beliau berkata menerima dengan hati terbuka keputusan PAS Pusat berkenaan status menteri besar dan barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor (Exco) yang dibuat melalui mesyuarat selama 90 minit pagi ini.

"Dengan perkembangan terbaru ini, saya akan memohon menghadap Sultan Selangor untuk memberi nasihat tentang langkah-langkah seterusnya.

"Sehingga Sultan membuat keputusan muktamad, saya akan meneruskan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor bersama 4 ahli Exco daripada PAS bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini," katanya dalam satu kenyataan.

Pada mesyuaratnya pagi ini, PAS memutuskan bersetuju dengan pilihan PKR melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan Khalid. Parti Islam itu juga turut menyerahkan nama Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai nama calon lain untuk diangkat menjadi menteri besar.

Dua nama itu kemudiannya akan ditentukan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang dijadualkan berlangsung petang ini, menurut Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu membaca kenyataan yang ditandatangani Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. 

Sumber

PT

Memang sudah dijangka Pas tidak akan menyokong TS Khalid Ibrahim. Siapa tak kenal parti Pas..parti yang yang hanya reti mengikut apa saja arahan dalam pakatan. Parti yang tiada prinsip...

Betulkah Keputusan Mesyuarat AJK PAS Yang Bakal Berlangsung Hari Ini Sudah Bocor???

Jawatankuasa PAS Pusat yang bermesyuarat hari ini mempunyai 4 kemungkinan dalam menentukan masa depan parti Islam itu dan dijangka PAS akan memilih untuk terus bersama Pakatan Rakyat (PR), namun menolak cadangan PKR meletakkan Presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar Selangor.

Antara 4 kemungkinan pilihan parti itu adalah: Kekal bersama Pakatan dan menyerahkan nama calon lain sebagai menteri besar Selangor kepada PKR. Meninggalkan Pakatan dan berdiri sebagai sebuah parti secara individu.

Meninggalkan Pakatan dan menyertai Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membentuk kerajaan Selangor; atau Menyokong pilihan calon PKR, Dr Wan Azizah Ismail sebagai menteri besar dan kekal bersama Pakatan.

Seramai 38 anggota jawatankuasa pusat parti itu dijangka memilih pilihan pertama berdasarkan keputusan Majlis Syura sebelum ini yang menyuarakan sokongan kepada Khalid.

Selepas pemecatan Khalid daripada PKR, PAS bagaimanapun perlu berkompromi antara kehendak parti dan keperluannya untuk kekal dalam Pakatan.Ini kerana selain menyokong Khalid, Majlis Syura juga mahu PAS kekal dalam pakatan pembangkang, seperti mana Muktamar PAS sebelum ini memutuskan – untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat.

"Ustaz Hadi bersetuju untuk menggantikan Khalid tetapi PKR perlu berkompromi dan meletakkan calon lain selain Dr Wan Azizah," kata pemimpin kanan PAS, merujuk kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Jika Anwar (Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim) berkeras mahukan Dr Wan Azizah, ini menunjukkan beliau bukan tidak mahukan Khalid, tetapi tetap mahukan Dr Wan Azizah.

"Pandangan ini bagaimanapun dirosakkan sedikit apabila PKR menarik 2 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS – Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) – untuk menghadiri sidang media Dr Wan Azizah pada Khamis dan menyuarakan sokongan membentuk majoriti 30 Adun kepadanya, daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Nathaniel Tan, seorang penganalisis politik yang sebelum ini bekerja di pejabat menteri besar berkata, "Khalid khianat parti, PKR pecat. Kemudian jika ahli PAS ingkar arahan parti... err", merujuk kepada keputusan PKR menarik 2 Adun
PAS untuk menyokong Dr Wan Azizah.

Kesan daripada perkara itu, PAS boleh jadi akan mengambil pendirian kedua, iaitu meninggalkan PR kerana tidak begitu senang dengan tindakan PKR.Tindakan itu mencetuskan kemarahan dalam PAS. Sebahagian dalam PAS dilihat memihak kepada "pro-UG" (kerajaan campuran) yang mahukan PAS bekerjasama dengan Umno.

Tindakan PKR menarik Hasnul dan Saari menjadi senjata utama kumpulan pro-UG untuk mengajak kepimpinan PAS meninggalkan Pakatan, sama ada bersama Khalid dan Umno membentuk kerajaan di Selangor atau berdiri sendiri.

Ahli Parlimen Temerloh Nasruddin Hassan dalam komen di laman Facebook miliknya berkata:

"Budaya ancaman politik merebak ke dalam PAS. Adakah proses tapisan dilakukan secara semulajadi?"Sementara itu, pemimpin PAS yang lain berkata:

"Jika PAS berhenti memikirkan rasional dan marah dengan tindakan PKR, PAS akan meninggalkan Pakatan dan berjuang bersendirian.

"Apa sahaja keputusan kepimpinan PAS hari ini, ahli jawatankuasa pusat menjangkakan isu meninggalkan Pakatan pasti hangat diperdebatkan memandangkan perbezaan antara pemimpinnya berlarutan terlalu lama.

"Saya pasti akan ada percanggahan antara mereka yang mahu kekal bersama Pakatan dan mereka yang marahkan PKR dan DAP," kata pemimpin PAS yang akan menyertai pertemuan itu hari ini kepada The Malaysian Insider.

Ekoran itu, mereka dijangka fokus terhadap tindakan Hasnul dan Saari.Satu kumpulan berkata, kedua-dua Adun itu mahu menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat yang kini ditadbir Khalid, manakala satu kumpulan lain mendakwa mereka mendahului keputusan parti yang hanya bakal ditentukan hari ini.

Sentimen ini dicerminkan dalam kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, yang menggesa semua pihak menantikan keputusan mesyuarat 17 Ogos.

"Melawan keputusan jawatankuasa tidak akan mendapat restu dan jika ada sebarang masalah, parti tidak akan bertanggungjawab," katanya dipetik media PAS Harakahdaily.

Bagaimanapun, seorang pemimpin PAS berkata kepada The Malaysian Insider, tindakan kedua-dua Adun itu adalah untuk menyelamatkan maruah Pakatan Rakyat yang kini dimusnahkan Khalid.

Ini kerana tindakan mereka berdua memusnahkan sama sekali harapan Khalid untuk mendapat majoriti mudah apabila harapannya kini tinggal 26 kerusi sahaja dari 56 kerusi dalam DUN iaitu 12 BN, 13 PAS dan Khalid sendiri. - Sumber

Saturday, 16 August 2014

Dua Adun Pas Gedeber Bakal Dipecat???

PAS Selangor telah membayangkan dua Adun yang mengkhianati parti akan dipecat keahlian mereka. Pas Selangor telah menyerahkan kepada kepimpinan pusat parti untuk mengambil tindakan disiplin terhadap dua Adun yang mengkhianti parti apabila menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat/Isteri Anwar Wan Azizah Wan Ismail dan menolak arahan Presiden parti Pas Datuk Seri Abduk haji Hadi Awang.
Jika mereka dipecat keahlian sudah tentu Pas akan mencalonkan pemimpin lain dalam Pas untuk bertanding di Hulu Kelang dan Dun Morib jika Dun dibubarkan. Kita tahu Saari Sungib adalah bekas ahli PKR yang rapat dengan Anwar Ibrahim, jika mereka menyertai PKR adakah PKR akan mencalonkan mereka ini apabila Dun dibubarkan.
Pada Khamis, Hasnul dan Saari telah menandatangani surat akuan sumpah bahawa mereka akan menyokong Wan Azizah sebagai menteri besar yang baru untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Susulan tindakan kedua-dua Adun itu, PAS Selangor memberi tempoh 24 jam kepada mereka untuk menarik balik sokongan mereka terhadap Dr Wan Azizah atau bakal berdepan tindakan disiplin. - Sumber
PT
Pas bukan berani pun nak ambik tindakan kepada dua Adun yang mengkhianati parti...bukan kita tak kenal pas adalah parti pak turut. Sangat takut kepada pkr dan dap....kita tunggu dan lihat apa kesudahan kemelut politik Selangor.

Dewan Ulama Pas Mahukan Azmin Jadi Calon MB??? - Astro Awani

KUALA LUMPUR: Nama Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali disebut-sebut bakal dicalonkan oleh PAS sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu semasa Mesyuarat Jawatankuasa PAS pada Pusat Ahad ini.

Ia dilihat satu keputusan yang sangat signifikan selain beberapa keputusan status dua Ahli Undangan Negeri (ADUN) yang berpaling tadah kepada Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dan empat exco mereka yang kekal di dalam Kerajaan Menteri Besar Selangor,

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang akan turut dibincangkan. Menurut sumber dalaman PAS, nama Azmin akan dicadang Dewan Ulama PAS kerana dianggap calon paling berwibawa untuk menyelesaikan krisis Selangor sekali gus menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu mewakili Pakatan Rakyat.

"Dewan Ulama juga dikatakan telah menyatakan pandangan mereka kepada beberapa NGO Islam untuk mendapatkan pandangan mengenai krisis Selangor dan cadangan menamakan Azmin sebagai menteri besar.

"Ia dikatakan mendapat respon positif dan akan diputuskan pada 17 Ogos ini," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini. ‎Dalam pada itu kata sumber berkenaan, laporan beberapa portal mengenai keputusan mesyuarat Lajnah Politik PAS pada Khamis yang tidak bersetuju menamakan Wan Azizah untuk menggantikan Abdul Khalid membuktikan nama Azmin akan 'naik' pada Ahad ini.

Bagaimanapun Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali yang mempengerusikan sidang media berkenaan tidak menyebut nama lain bagi menggantikan Abdul Khalid. Sementara itu jelas sumber, kenyataan media yang dikeluarkan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub pada Khamis memberi tamparan hebat kepada PKR yang dilihat 'gelojoh' dalam menyelesaikan kemelut yang melanda Negeri Selangor.

"Salahuddin sejak awal meminta semua pihak berkaitan bersabar dan menegaskan bahawa PAS akan membuat satu keputusan yang sangat signifikan pada 17 Ogos di mana Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat akan berbincang mengenai krisis Selangor, jadi bersabarlah," ujarnya.

Salahuddin sebelum ini meminta pihak berkenaan untuk bersabar sementara PAS memperincikan pendirian yang akan dijelaskan pada Ahad ini. Kata Salahuddin, isu menukar menteri besar dilihat sukar dan bukan semudah menukar ketua kampung.  - Sumber 

Wednesday, 13 August 2014

Kenyataan Presiden PAS Hadapi Krisis Perebutan Jawatan MB!!!

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang meminta supaya semua ahli di dalam Pakatan Rakyat (PR) supaya bertenang menghadapi krisis yang semakin meruncing berkenaan isu pertukaran Menteri Besar Selangor. Kemelut yang dihadapi PR berlaku apabila terdapat percanggahan pendapat antara Presiden PAS dan Ketua Umum PKR,

Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebelum ini Anwar telah mencalonkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon MB bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Namun, Majlis Syura Ulama PAS menyatakan pendirian menolak cadangan PKR untuk melantik Wan Azizah sebagai MB Selangor yang baharu, sebaliknya mempertahankan Khalid untuk kekal di posisi yang dipegang beliau sekarang ini.

“Saya menyeru kepada semua ahli supaya bertenang dan meminta pertolongan daripada Allah dengan bersabar dan sembahyang. “Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Al Baqarah-45),” katanya di dalam laman Facebooknya.

Sementara itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata keempat-empat Exco PAS Selangor akan menjalankan tugas seperti biasa. “Kerajaan negeri masih lagi wujud dan berfungsi seperti biasa sebelum menunggu keputusan yang akan diumumkan daripada PAS Pusat.

“Kepada semua pemimpin parti, ahli dan para penyokong dinasihatkan supaya bertenang menghadapi konflik politik yang sedang melanda Selangor,” ujarnya. ~ Sumber

PT
Senario politik Selangor semakin parah, serang menyerang antara satu sama lain dalam pakatan.  Dap mahukan Pas tidak menyokong MB tetapi dalam masa yang sama exco pas yang baru dilantik diarahkan oleh pucuk pimpinan pas supaya mengikut arahan lantikan.

Apa yang pasti perebutan jawatan MB ini tidak akan tamat dalam tempoh terdekat. Jadi kita sama2 tunggu dan lihat siapa yang kecundang dan siapa yang menang???

Inilah PR!!! Kena Pecat Exco Tapi Salahkan Undang2???

Kesemua exco kerajaan negeri Selangor yang dipecat Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim petang tadi tetap akan meneruskan tugas mereka seperti biasa, esok.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Datuk Teng Chang Khim, pemecatan kesemua exco tersebut tidak diiktiraf Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

"Semua ahli-ahli exco yang kononnya dipecat akan terus bekerja dan balik ke pejabat (esok) untuk meneruskan kerja kami sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor.

"Undang-undang tidak mengiktiraf pemecatan kami. Mengikut perkara 53 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, pelantikan ahli-ahli exco adalah dibuat oleh Sultan Selangor atas nasihat menteri besar.

"Oleh itu, hanya Sultan Selangor saja yang berkuasa untuk menamatkan kedudukan ahli exco," katanya kepada pemberita pada sidang media tergempar, hari ini. Jelasnya, surat pemecatan yang dikeluarkan Abdul Khalid menyebut Sultan Selangor telah memperkenan keputusan itu.

"Tapi, Abdul Khalid tidak meninggalkan pejabatnya sejak pagi sehingga beliau menyelesaikan sidang akhbar yang diadakan selepas 6 petang. Tapi sebelum pukul 6 petang, kami telah menerima surat pemecatan tersebut.

"Ini bererti Abdul Khalid tidak memberi gambaran yang benar. Beliau masih belum menghadap Sultan Selangor untuk menasihatkan baginda bagi menamatkan perkhidmatan kami," katanya. Beliau turut menyebut di mana Abdul Khalid sebagai ahli PR yang telah dipecat tidak mempunyai legitimasi untuk memecat ahli kerajaan PR.

"Kerajaan di Selangor adalah kerajaan PR. Oleh itu, beliau sebagai ahli PR yang telah dipecat parti tidak ada legitimasi untuk memecat ahli kerajaan PR. Ini tak pernah berlaku dalam sejarah demokrasi dalam mana-mana negara di dalam dunia ini.

"Jadi beliau telah catat satu rekod dunia dengan memecat kerajaan sedangkan beliau sendiri telah dipecat oleh kerajaan tersebut atau anggota parti dalam kerajaan tersebut," katanya. Lewat hari ini, Abdul Khalid mengumumkan telah memecat kesemua Exco DAP dan PKR. - Sumber

PT
Rasa nak tergelak bila melihat perangai exco2 pkr dan dap yang dibuang dari exco oleh MB Khalid tetapi masih LAPAR dengan jawatan tersebut. Sanggup memBODOHkan diri sendiri datang bertugas di pejabat. Meroyan apa wahai exco dap dan pkr?????

Monday, 17 June 2013

Sudah Sampai Masanya Husam Berundur Dari Politik???

TIGA Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan telah gagal menghadiri upacara angkat sumpah sebagai ADUN dalam sidang pertama DUN Kelantan semalam. Ketiga-tiga mereka ialah Datuk Husam Musa, Datuk Seri Mustafa Mohammad dan Datuk Abdullah Che Rawi. Sudah tentu yang paling mencuri perhatian ialah ketidak hadiran Husam Musa yang juga ADUN bagi kawasan Salor.

Dua yang lain itu diberitakan ada alasan yang munasabah untuk menjustifikasikan ketidak hadiran masing-masing semalam, hanya 'kehilangan' Husam sahaja yang dikatakan menjadi sedikit misteri.

'Kehilangan' Husam ini sudah tentu ada kaitan dengan keputusan kerajaan negeri dibawah Menteri Besar Kelantan yang baru, Datuk Ahmad Yaakub untuk tidak melantik semula Husam di dalam barisan Exco kerajaan negeri yang baru, atas alasan tidak mendapat perkenan Sultan - setidak-tidaknya itulah yang hebat diperkatakan orang.

Husam dikatakan merajuk dan kecewa dengan keputusan tersebut kerana dia fikir dia telah banyak berjasa kepada kerajaan Kelantan sepanjang tempoh pemerintahan penggal yang lepas. Maka tidak hairanlah kenapa para penyokong Husam mengadakan beberapa siri demonstrasi bagi menyatakan bantahan atas keputusan tersebut.

Pakatan Rakyat memandang tindakan Husam ini sebagai satu tindakan yang serius. Kalau dilakukan bersama-sama dengan ADUN Pakatan Rakyat yang lain, itu cerita berbeza, tapi sekarang hanya Husam sahaja yang tidak hadir tanpa alasan yang munasabah, seterusnya menimbulkan persoalan sama ada Husam akan membiarkan kerusi DUN Salor kosong secara automatik selepas tempeh 6 bulan.

Seterusnya membuka laluan kepada pilihanraya kecil.

Atau ini semua hanya helah Husam supaya dia dilantik semula sebagai Exco? Kita tidak pasti, tapi mana-mana satu sekalipun, PAS dan Pakatan Rakyat tidak seharusnya diletakkan dalam keadaan serba salah seperti ini, hanya kerana tindakan Husam seorang. Sepatutnya, Husam menggunakan masa ini untuk muhasabah dirinya dan memperbaiki kelemahannya supaya di masa hadapan, dia akan kembali menjadi Exco kerajaan negeri, bukan merajuk macam budak-budak.

Pakatan Rakyat sudah pasti tidak akan tunduk kepada ugutan dan tekanan dari Husam. Apatah lagi, soal perlantikan Exco adalah dalam bidang kuasa Sultan yang memerintah dan kerajaan Negeri tidak ada pilihan, selain akur kepada ketetapan tersebut.

Justeru, penulis mencadangkan agar Husam bersara sahaja dari politik.dan membuka laluan kepada pemimpin lain yang mengutamakan kepentingan parti lebih dari kepentingan dirinya sendiri. Penulis yakin, pemimpin seperti itu ada ramai di Kelantan, hanya menunggu masa untuk Husam membukakan jalan. Kalau macam inilah gayanya, Husam memang terbukti seorang pemimpin yang tidak boleh dipercayai dan hanya mementingkan diri sendiri.

Tapi dalam mengendalikan soal Husam ini, PAS perlu bijak.

Jangan sampai pilihanraya kecil terpaksa diadakan semula kerana jika itu berlaku, ada kemungkinan besar PAS akan kalah kepada calon BN melihat kepada momentum perubahan yang berlaku selepas pilihanraya umum yang lepas. Walaupun dalam kempen tersebut Husam berjaya meningkatkan majoriti undinya dari 3,232 undi pada 2008 kepada 3,683 undi pada 2013, tapi perkara tersebut banyak dibantu oleh simpati pengundi kepada Husam berikutan kematian ibunya, beberapa hari sebelum hari pengundian pada 5 Mei.

Statistik tersebut kalau ditambah dengan faktor pengunduran Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan, sudah tentu akan mengurangkan lagi peluang Pakatan Rakyat untuk mengekalkan kerusi tersebut. - Sumber

Monday, 13 May 2013

Pelik!!! Kenapakah Tiada Exco Pas Dalam Pentadbiran Pulau Pinang ???

Sama seperti di Singapura.. Pas menang di DUN itu, namun Salleh Man yang juga Persuruhjaya PAS Pulau Pinang tidak dilantik jawatan Exco dalam kerajaan negeri itu.

Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna yang sepatutnya mengurus hal ehwal agama Islam di negeri itu diserahkan kepada wakil PKR, Abdul Malik Kassim (Batu Maung).

DAP membolot jawatan Ketua Menteri, Timbalan Ketua Menteri II dan enam orang Exco, manakala PKR diberi jawatan Timbalan Ketua Menteri I dan dua exco.

1. Ketua Menteri, Lim Guan Eng (DAP – Parlimen Bagan dan ADUN Air Putih) mengetuai Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah, Pembangunan Usahawan, Maklumat dan Warisan.

2. Timbalan Ketua Menteri I – Rashid Hasnor (PKR- Pantai Jerejak), mengetuai Pembangunan Industri, Perdagangan Antarabangsa, Koperasi dan Perhubungan Masyarakat Perhubungan.

3. Timbalan Ketua Menteri II – P Ramasamy (DAP – Perai) – Perancang Ekonomi Negeri, Pendidikan dan Sumber Manusia, Sains, Teknologi dan Inovasi.

EXCO

1. Chow Kon Yeow (DAP – Padang Kota) – Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Trafik

2. Lim Hock Seng (DAP- Bagan Jermal) – Kerja Raya, Utiliti dan Pengangkutan

3. Danny Law Heng Kiang (DAP- Batu Lanchang) – Pembangunan Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan

4. Phee Boon Poh (DAP – Sungai Puyu) – Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar

5. Jagdeep Singh Deo (DAP- Datok Keramat) – Perancangan Bandar dan Desa, Perumahan

6. Chong Eng (DAP – Padang Lalang) – Pembangunan Belia dan Sukan, Wanita, Keluarga dan Masyarakat

7. Dr Afif Bahardin (PKR – Seberang Jaya) – Pertanian dan Industri Asas Tani, Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar dan Tebatan Banjir.

Kalaulah PAS sedar semua ini.....

Friday, 21 September 2012

MAHFUDZ OMAR DI AWAN AWANGAN SEOLAH2 SUDAH PEGANG JAWATAN MB KEDAH ???



Setahu rakyat Kedah, Menteri Besar Kedah dan Pesuruhjaya PAS Kedah masih lagi Dato’ Seri Azizan Razak tetapi apabila membaca akbhar Sinar Harian hari ini, terasa seolah-olah Mahfudz Omar telah pun mengambil-alih jawatan tersebut.

Mahfudz telah membuat kenyataan bagi pihak kerajaan PAS Kedah iaitu, negeri-negeri mempunyai kebebasan mengikut peruntukan perundangan untuk mengadakan pilihan raya Dun khususnya yang membabitkan Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR). Dengan itu, Mahfudz membayangkan yang Kedah juga mungkin akan mengadakan pilihanraya berasingan.

Tanpa menyebut atau merujuk kepada Dato’ Seri Azizan, Mahfudz kemudian mengeluarkan kenyataan berikut, "Pas Kedah tidak hadapi sebarang masalah jika ada calon luar yang mahu bertanding di Kedah. Apa yang penting, calon itu mestilah lebih kredibel dan lebih baik daripada anak Kedah sendiri, barulah layak menjadi calon," 

Soalnya, di manakah kedudukan Dato’ Seri Azizan di mata Mahfudz? Apakah benar perkara mengenai calon ini telah dibincangkan dengan beliau atau tidak?

Yang rakyat Kedah tahu ialah, Azizan sendiri tidak pernah mengulas panjang mengenai perkara ini dan hanya memberi respon bahawa beliau hanya bertindak memberi laporan tentang kewajaran mengadakan pilihan raya serentak atau berasingan kepada Pas Pusat.

Secara umum, Dato’ Seri Azizan nampaknya begitu berhati-hati dalam memberi jawapan mengenai pilihanraya Kedah tetapi Mahfudz tampak lebih yakin dan berkuasa untuk menentukannya. Malah kelihatan seolah-olah Mahfudz juga lebih berkuasa untuk menentukan calon.

Sudahlah di Wisma Darulaman kedengaran rungutan bahawa terdapat EXCO yang berlagak lebih dari MB sendiri sehinggakan isterinya juga lebih berkuasa dari To’ Puan Seri, isteri MB sendiri. Isteri EXCO ini juga dikatakan gemar berada di pejabat suaminya dari di rumahnya, dan mengarah-arah orang sekeliling.

Kini, Mahfudz pula dilihat sebagai lebih MB dari MB dalam membuat kenyataan di media.

Senario ini menunjukkan dua kemungkinan iaitu kerakusan pihak yang ingin menjatuhkan Azizan atau kelemahan Azizan sendiri dalam mengawal politik PAS Kedah.

Namun, apa yang dapat dilihat ialah senario ini terjadi akibat gabungan kedua-duanya iaitu kerakusan musuh-musuh Azizan serta kelemahan dirinya sendiri.

Sumber memberitahu bahawa Mahfudz telah pun menjalankan strateginya sendiri dengan memanipulasi dan mempengaruhi PAS Pusat untuk meletakkan calon-calon pilihannya dalam PRU nanti di Kedah. Mungkinkah kenyataannya yang ‘mewakili’ PAS Kedah di atas bermakna yang PAS Pusat telah ‘merestui’ Mahfudz menggantikan Azizan?

Malanglah rakyat Kedah jika terus berMenteri Besarkan Azizan, tetapi lebih malang lagi jika berMenteri Besarkan si Mahfudz, bekas porter yang tidak lulus SPM.

Bayangkan, Mahfudz tidak tahu walaupun untuk membezakan antara ‘ketakutan’ dan ‘keberanian’.

Dalam kenyataan di media yang sama, Mahfudz menuduh Dato’ Seri Najib sebagai ‘takut’ dengan PR. Katanya, "kenyataan yang dibuat Najib iaitu Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan menentukan "survival" Melayu menunjukkan yang BN cukup takut untuk kehilangan kuasa dalam PRU13 nanti”.

Tetapi di masa yang sama, Mahfudz juga berkata bahawa Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) sewajarnya tunggu sehingga mandat lima tahun berakhir jika ingin melihat Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan serentak.

Jelas, yang takut adalah PR dan bukan BN.

BN telah pun bersiap sedia untuk menghadapi PRU tetapi PR yang berlengah-lengah, ingin membeli masa. Jika benar berani dan yakin yang rakyat bersama mereka, kenapa gusar untuk mengadakan pilihanraya serentak di negeri-negeri yang diperintah mereka? Apakah alasan untuk melambatkan lagi PRU jika bukan kerana takut masih belum dapat meraih sokongan majoriti rakyat?

Jelas, Mahfudz membuat kenyataan tanpa berfikir.

Sekurang-kurangnya, kalau Mahfudz ingin berlagak berani sekali pun, biarlah ia berdasarkan kenyataan yang konsisten. Dan kalau ingin bermimpi menjadi MB Kedah pun, sekurang-kurangnya berusahalah untuk lulus SPM terlebih dahulu. Kita tidak mahu nanti Kedah malu bila berhadapan dengan pelabur-pelabur, duta-duta atau kerajaan asing dan kita juga tidak sanggup Kedah terus mundur dan akhirnya hancur.

Sumber

PT
Apapun kita masing-masing ada otak serta akal, masing-masing ada pendapat, fikir-fikir dan renung-renungkan dan cari sendiri kebenarannya. Jangan kita buta dan dibutakan.Kuasa memilih pemerintah berada di tangan kalian. Pastikan PRU13 tidak berlalu sia-sia,tidak kira bila ia menjelma. Bijak memilih, negara aman dan makmur serta bersih !!!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive