Monday, 17 June 2013
Sudah Sampai Masanya Husam Berundur Dari Politik???
Dua yang lain itu diberitakan ada alasan yang munasabah untuk menjustifikasikan ketidak hadiran masing-masing semalam, hanya 'kehilangan' Husam sahaja yang dikatakan menjadi sedikit misteri.
'Kehilangan' Husam ini sudah tentu ada kaitan dengan keputusan kerajaan negeri dibawah Menteri Besar Kelantan yang baru, Datuk Ahmad Yaakub untuk tidak melantik semula Husam di dalam barisan Exco kerajaan negeri yang baru, atas alasan tidak mendapat perkenan Sultan - setidak-tidaknya itulah yang hebat diperkatakan orang.
Husam dikatakan merajuk dan kecewa dengan keputusan tersebut kerana dia fikir dia telah banyak berjasa kepada kerajaan Kelantan sepanjang tempoh pemerintahan penggal yang lepas. Maka tidak hairanlah kenapa para penyokong Husam mengadakan beberapa siri demonstrasi bagi menyatakan bantahan atas keputusan tersebut.
Pakatan Rakyat memandang tindakan Husam ini sebagai satu tindakan yang serius. Kalau dilakukan bersama-sama dengan ADUN Pakatan Rakyat yang lain, itu cerita berbeza, tapi sekarang hanya Husam sahaja yang tidak hadir tanpa alasan yang munasabah, seterusnya menimbulkan persoalan sama ada Husam akan membiarkan kerusi DUN Salor kosong secara automatik selepas tempeh 6 bulan.
Seterusnya membuka laluan kepada pilihanraya kecil.
Atau ini semua hanya helah Husam supaya dia dilantik semula sebagai Exco? Kita tidak pasti, tapi mana-mana satu sekalipun, PAS dan Pakatan Rakyat tidak seharusnya diletakkan dalam keadaan serba salah seperti ini, hanya kerana tindakan Husam seorang. Sepatutnya, Husam menggunakan masa ini untuk muhasabah dirinya dan memperbaiki kelemahannya supaya di masa hadapan, dia akan kembali menjadi Exco kerajaan negeri, bukan merajuk macam budak-budak.
Pakatan Rakyat sudah pasti tidak akan tunduk kepada ugutan dan tekanan dari Husam. Apatah lagi, soal perlantikan Exco adalah dalam bidang kuasa Sultan yang memerintah dan kerajaan Negeri tidak ada pilihan, selain akur kepada ketetapan tersebut.
Justeru, penulis mencadangkan agar Husam bersara sahaja dari politik.dan membuka laluan kepada pemimpin lain yang mengutamakan kepentingan parti lebih dari kepentingan dirinya sendiri. Penulis yakin, pemimpin seperti itu ada ramai di Kelantan, hanya menunggu masa untuk Husam membukakan jalan. Kalau macam inilah gayanya, Husam memang terbukti seorang pemimpin yang tidak boleh dipercayai dan hanya mementingkan diri sendiri.
Tapi dalam mengendalikan soal Husam ini, PAS perlu bijak.
Jangan sampai pilihanraya kecil terpaksa diadakan semula kerana jika itu berlaku, ada kemungkinan besar PAS akan kalah kepada calon BN melihat kepada momentum perubahan yang berlaku selepas pilihanraya umum yang lepas. Walaupun dalam kempen tersebut Husam berjaya meningkatkan majoriti undinya dari 3,232 undi pada 2008 kepada 3,683 undi pada 2013, tapi perkara tersebut banyak dibantu oleh simpati pengundi kepada Husam berikutan kematian ibunya, beberapa hari sebelum hari pengundian pada 5 Mei.
Statistik tersebut kalau ditambah dengan faktor pengunduran Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan, sudah tentu akan mengurangkan lagi peluang Pakatan Rakyat untuk mengekalkan kerusi tersebut. - Sumber
Wednesday, 12 June 2013
Nik Aziz Di Lupakan Rakyat Kelantan Di Majlis Tilawah!!!!
Setelah 22 tahun baru ada peserta Kelantan, satu tempoh yang agak lama untuk mereka memperdengarkan bacaan masing-masing. Qariah Kelantan terlalu bersyukur kerana dibenarkan bersama-sama dengan peserta negeri lain.
Syukur kerana qariah negeri ini kini dibenarkan menyertai semula tilawah al-Quran dan saya berharap wanita Kelantan bangkit semula untuk membuktikan kemampuan mereka dalam membaca al-Quran selepas peluang ditutup begitu lama,” Radziah Ibrahim.
Kehadiran qariah Kelantan itu sekaligus membuktikan bahawa betapa lekehnya Nik Aziz yang memandang sinis usaha kerajaan dalam memperdengarkan bacaan Al-Quran. Sedangkan beliau tahu tilawah peringkat antarabangsa dihadiri oleh peserta dari timur tengah yang semuanya mendokong ajaran Islam agak lebih ketat, namun tetap menghantar penyertaan.
Dalam hal ini, MB Kelantan yang baru Ahmad Yakob nampaknya lebih peka dan sensitif dengan kehendak rakyat Kelantan yang mahukan sedikit perubahan walaupun tak berapa nak menyeluruh.
Ahmad Yakob sedar banyak kesilapan yang dilakukan oleh Nik Aziz terhadap perkembangan Islam, namun tak berdaya nak melawan dan membantah kerana Nik Aziz terlalu berkuasa ketika itu.
Jadi setelah berjaya menambat hati sultan dan mengenepikan Nik Aziz, sedikit demi sedikit perkembangan Islam yang dulunya disekat oleh Nik Aziz mula dijalankan secara perlahan-lahan.
Nik Aziz yang cuba menjadi hero dalam perjuangan Islam tidak lagi boleh diterima rakyat dan pihak istana. Dengan mengatakan bahawa semua usaha kerajaan dalam memartabatkan Islam tiada nilainya di sisi Allah, hanya usaha Pas saja yang dipandang oleh Allah. Walhal diri sendiri yang mengikut telunjuk hawa nafsu sering melakukan sesuatu yang salah terhadap Islam.
Semoga selepas ini apa yang dulunya dipandang hina oleh Nik Aziz akan dapat dijernihkan demi kesatuan ummah. - Sumber
Tuesday, 21 May 2013
Nik Abduh Kesiankan Anwar Ibrahim Kerana Terlalu Laparkan Jawatan PM !!!
Seorang lagi pemimpin Pas secara terbuka menolak usaha Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menjatuhkan Kerajaan Persekutuan yang dipilih secara sah oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 melalui siri perhimpunan jalanan dengan menyifatkan tindakan tersebut sebagai gopoh.
Malah, Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas, Nik Mohd. Abduh Nik Abdul Aziz mengajak orang ramai memikirkan kemenangan melalui kesabaran, bukannya melalui ledakan di jalan raya.
"Anda terfikir untuk 'spring' dan memperolehi kerajaan melalui ledakan di jalan raya?" "Itu adalah gopoh."
"Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum," katanya menerusi laman Facebook beliau hari ini.
Niat pembangkang mencetuskan huru-hara bagi menggulingkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipilih secara sah oleh rakyat pada 5 Mei lalu semakin jelas selepas melakukan beberapa siri demonstrasi sebelum ini selain merancang siri demonstrasi lain pada masa depan.
Malah, hasrat jahat pembangkang itu turut yang dinyatakan aktivis jalanan propembangkang, Hishamuddin Rais dan aktivis mahasiswa propembangkang, Adam Adli Abd. Halim dalam Perhimpunan 13 Mei di Dewan Perhimpunan Cina Selangor minggu lalu.
Semalam, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam Facebooknya berkata, pihaknya berpegang teguh bahawa demokrasi merupakan jalan terbaik untuk menukar kerajaan di negara ini.
Jelasnya, pendirian beliau itu selari dengan kepimpinan Pas Pusat yang sejak dahulu sentiasa memilih jalan demokrasi untuk menukar kerajaan.
Menurut Nik Mohd. Abduh, golongan muda perlu insaf kerana semangat berkobar-kobar tidak boleh meminggirkan sifat sabar dalam memburu kemenangan.
"Padukan tenaga. Tambahkan bilangan. Berikan senjata ilmu dan maklumat untuk anak muda. Gerhana bulan adalah kekuatan dan keagungan, bukan kesedihan dan ketakutan," ujarnya.
Sumber
Saturday, 11 May 2013
Alkisah - Pejabat Menteri Besar Kelantan Setiap Saat Diganggu Panggilan ???
Seorang pegawai berkata bahawa dia diganggu dan dikacau sejak hari pertama lagi MB baru mengangkat sumpah..!
Ini semua berlaku apabila negeri Kelantan menerima Menteri Besar baru menggantikan memanda Mursyidul am PAS si Nik Aziz.
Dilaporkan sejak dari Isnin 6 hb Mei yang lalu, deringan telefon terus menerus menggangu pejabat Menteri Besar.
Diberitakan bahawa...
Telefonis - Selamat pagi, Pejabat Menteri Besar Kelantan.
Pemanggil - Selamat pagi, boleh bercakap dengan YAB Menteri Besar Dato Nik Aziz.
Telefonis - maaf encik, MB dah bertukar, Dato Nik Aziz sudah tidak lagi menjadi Menteri Besar.
Pemanggil - ooo gitu...takper la, terima kasih.
Beberapa minit berselang, pemanggil tetap membuat panggilan dan mengemukakan soalan yang sama hingga telefonis dan pegawai di pejabat MB berang dengan tindakan pemanggil tersebut.
Kejadian itu menyebabkan pemanggil disergah dan dimarahi oleh telefonis dan pegawai di pejabat MB...
Telefonis - awak tak faham ke? awak tak reti bahasa ke yang Dato Nik Aziz sudah tidak lagi menjadi MB Kelantan. Kenapa awak terus telefon bertanya hal yang sama?
Pemanggil - sebenarnya encik...saya suka dengar ayat yang Dato Nik Aziz tidak lagi menjadi Menteri Besar Kelantan, itu yang saya telefon lagi tu...jangan marah..!!!
wakakakaka....
Kedengaran suara pemanggil ketawa lalu meletakkan telefon...! namun panggilan yang sama tetap akan terus dibuat..! sebab apa ya?
ENTRI POPULAR
-
Gambar hiasan "Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetap...
-
SUNGAI BESAR – Calon Barisan Nasional (BN) Budiman Mohd Zohdi bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar menunaikan tanggungjawabn...
Blog Archive
-
▼
2016
(28)
-
▼
June
(28)
- Waibi Budiman Tunaikan Tanggungjawab @PRK Sg Besar...
- BN Bakal Rampas Selangor Jika Menang @PRK Sg Besar...
- Awas!!! Taktik Sampah Pembangkang Di Saat Akhir!!!...
- Kerajaan BN Abaikan Kebajikan Nelayan@Sg Besar #pr...
- Pemimpin Pas Layak Jadi Tukang Karut??? #prkSgBesa...
- Muktamad!!! Azmin Rela Karam Bersama Amanah @PRK S...
- Panas!!! 4000 Cina DiAngkut @PRK Sg Besar Demi Kem...
- Pas Nganga Mulut!!! MB Selangor Sokong Pan???#prkS...
- Hormati Suara Dan Teguran Rakyat-Annuar Musa #prkS...
- YB Budiman Yang Sangat Budiman!!!#prkSgBesar #SCS9...
- Amanah Tabur Janji Kosong??? - Pas #prkSgBesar #SC...
- Biar Betul!!! Hj Hadi Jual Agama @PRK Sg Besar #pr...
- Fokus Utama YB Budiman Hanya Untuk Kesejahteraan R...
- Pelik!!! Nelayan Sekinchan Terabai Di Bawah BN #pr...
- Kekalahan Amanah Semakin Hampir @PRK Sg Besar-Nuru...
- 'Kepala Perang' Ghaib @PRK Sg. Besar #prkSgBesar #...
- Tidak Perlu Pecah Kepala Berfikir @PRK Sg Besar -T...
- Pas Tidak Mampu Untuk Menang @PRK Sg Besar - Amana...
- Azmin Bantu Kempen Calon BN @PRK Sg Besar??? #prkS...
- Panas!!! Calon BN Sg Besar Sombong??? #prkSgBesar ...
- Rugi Jika Pilih Calon Pakatan Harapan #prksgbesar ...
- Tahniah!!! Pas Sudah Mula Menipu #prkSgBesar #SCS9...
- Billboard 'Cina Babi'??? Polis Akan Panggil Tony P...
- YB Budiman Pilihan Yang Tepat Untuk Penduduk Sg Be...
- Petanda Pembangkang Bakal Bungkus Di Sg Besar #prk...
- Azmin Tersepit Di Antara Pas Dan Pan. Kemenangan B...
- Pastikan Kemenangan Milik YB Budiman #prksgbesar #...
- Hot!! Hari Malang Buat Teresa Kok!! Terima Hadiah ...
-
▼
June
(28)
Blog Archive
- June (28)
- January (3)
- December (15)
- October (10)
- September (36)
- August (35)
- July (23)
- June (11)
- May (21)
- April (16)
- March (117)
- February (24)
- January (16)
- December (12)
- November (19)
- October (78)
- September (36)
- August (12)
- July (41)
- June (63)
- May (65)
- April (98)
- March (240)
- February (74)
- January (109)
- December (103)
- November (96)
- October (109)
- September (232)
- August (188)
- July (200)
- June (99)
- May (172)
- April (257)
- March (69)
- February (5)
- January (12)
- December (2)
- November (3)



.jpg)
