Showing posts with label nik amar. Show all posts
Showing posts with label nik amar. Show all posts

Thursday, 16 June 2016

Pemimpin Pas Layak Jadi Tukang Karut??? #prkSgBesar #SCS93 #InilahBudiman #BN4SGB #KekalBN

Mungkin kerana sedang tertekan dengan kurangnya sokongan penduduk terhadap calon Pas berbanding Umno dan Amanah di Sungai Besar  ketika ini, pemimpin Pas seperti hilang pertimbangan sebaik membuka mulut mereka. Di sebalik mengatakan parti itu ketika ini mengamalkan politik matang dan sejahtera, tiada dendam, ingin berbaik dengan semua dan macam-macam lagi kata-kata yang memikat kalbu, hakikatnya perbuatan yang ditunjukkan amat bertentangan sekali.

Sebelum ini Hadi Awang mengatakan berdosa dan celaka jika pengundi tidak tidak menyokong calon mereka, melabel Amanah sebagai alat DAP dan kemudian ada peguam Pas, oleh kerana ketiadaan isu, turut membangkitkan isu remeh berkaitan warna sebenar logo parti itu.

Terbaru ini, Naib Presiden Pas, Mohd Amar Nik Abdullah menempelak logo dan warna jingga yang menjadi imej Amanah dengan mengatakannya sebagai parti yang nanar atau bengong kerana tidak pandai memilih logo sehingga menyerupai lambang stesen televisyen India, Imayam TB serta memilih warna yang sama dengan tok sami.

"Bukti nanar ini nak pilih warna pun tak pandai. Sebanyak-banyak warna dalam dunia ini yang Tuhan buat, dia pilih warna yang serupa dengan tok sami.

"Lambang pula lambang Imayam TV. Di situ nampak dah tak pandai memilih. Jadi kalau macam ni nak jadi pemimpin macam mana?" katanya ketika berucap di Kuala Kangsar.

Alahai...kesian sungguh dengan pimpinan Pas ini? Sudah kering isu sangatkah? Inikah tanda politik matang dan sejahtera, tiada dendam serta ingin berbaik dengan semua?

Kepada pimpinan Pas, sebelum mahu menyebut politik matang, sejahtera, tiada dendam dan sebagainya kepada khalayak umum, eloklah belajar dulu mengawal emosi, cool, tidak banyak mengarut dan sentiasa rasional dalam perbuatan atau pengucapan. Jika tidak, malu kat budak-budak sekolah dengan serban.

Selain buta dan ketinggalan isu semasa yang dihadapi rakyat marhaen, para pendokong TUANG AMANAT 1981 cenderung bermulut celupar, bercakap seperti bangang.Melabel - fitnah jelek adalah seperti sudah jadi darah daging.Kebanyakkan manusia biasa akan merasa malu apabila bercakap yang tidak mencerminkan akidah/pegangan agama tetapi berbeza sekali mereka-mereka yang tidak sayang mulut ini.

Sama ada mereka ini tidak berfikir sebelum bercakap ataupun mereka sudah tiada perasaan malu apabila jarang sekali beradab/bersopan bila berbicara.

Inikah pemimpin yang pengundi Sg Besar mahu pilih sebagai wakil mereka?? Kepada pengundi Sg Besar janganlah perjudikan nasib anda semua dengan memilih pemimpin yang hanya reti menuding jari mencari kesalahan dan kelemahan pihak.

Berbaki dua hari saja lagi untuk pengundi membuat pilihan yang tepat untuk memilih pemimpin yang benar-benar mampu membela nasib penduduk Sg Besar. Fikir-fikir dan renung-renungkan. Anda mampu mengubahnya!!!!

Friday, 15 November 2013

Kenapa Timbalan MB Berdolak Dalik Tentang Hudud Di Kelantan???

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah (gambar) enggan mengulas lanjut kenyataan Jabatan Kehakiman Syariah negeri yang mendakwa jabatan itu sudah bersedia melaksanakan hukum hudud.

Mohd. Amar berkata, hanya pihak jabatan kehakiman mengetahui apa yang diperlukan termasuk bilangan hakim dan sebagainya.

Beliau diminta mengulas kenyataan Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad semalam yang menyatakan pihaknya sudah mempunyai kemudahan mencukupi untuk melaksana hukum itu.

"Saya tak tahu nak komen apa dah kalau dia cakap macam itu, tetapi dia perlu jelaskan apa maksud dengan sudah bersedia.

"Hanya jabatan mahkamah tahu apa yang mereka perlukan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan kenyataan Daud yang menyatakan Mahkamah Syariah sudah bersedia pada bila-bila masa melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 sekiranya kerajaan Pas Kelantan mahu menguatkuasakan undang-undang tersebut.

Namun, Daud berkata, kerajaan Pas Kelantan perlu menambah bilangan hakim sekiranya mahu hukum itu dilaksanakan dalam masa terdekat.

Sementara itu, Mohd. Amar ketika ditanya perkembangan kertas kerja yang dirangka pakar undang-undang Perlembagaan, Dr. Abdul Aziz Bari mengenai bagaimana Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dapat dilaksanakan dalam kerangka bidang kuasa negeri, beliau berkata, pihaknya masih menunggu hasil kerja yang dimaksudkan.

Baru-baru ini beliau memberitahu, kerajaan negeri meminta Abdul Aziz membuat cadangan bertulis bagaimana hudud boleh dilaksanakan tanpa sekatan undang-undang.

Monday, 17 June 2013

Sudah Sampai Masanya Husam Berundur Dari Politik???

TIGA Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan telah gagal menghadiri upacara angkat sumpah sebagai ADUN dalam sidang pertama DUN Kelantan semalam. Ketiga-tiga mereka ialah Datuk Husam Musa, Datuk Seri Mustafa Mohammad dan Datuk Abdullah Che Rawi. Sudah tentu yang paling mencuri perhatian ialah ketidak hadiran Husam Musa yang juga ADUN bagi kawasan Salor.

Dua yang lain itu diberitakan ada alasan yang munasabah untuk menjustifikasikan ketidak hadiran masing-masing semalam, hanya 'kehilangan' Husam sahaja yang dikatakan menjadi sedikit misteri.

'Kehilangan' Husam ini sudah tentu ada kaitan dengan keputusan kerajaan negeri dibawah Menteri Besar Kelantan yang baru, Datuk Ahmad Yaakub untuk tidak melantik semula Husam di dalam barisan Exco kerajaan negeri yang baru, atas alasan tidak mendapat perkenan Sultan - setidak-tidaknya itulah yang hebat diperkatakan orang.

Husam dikatakan merajuk dan kecewa dengan keputusan tersebut kerana dia fikir dia telah banyak berjasa kepada kerajaan Kelantan sepanjang tempoh pemerintahan penggal yang lepas. Maka tidak hairanlah kenapa para penyokong Husam mengadakan beberapa siri demonstrasi bagi menyatakan bantahan atas keputusan tersebut.

Pakatan Rakyat memandang tindakan Husam ini sebagai satu tindakan yang serius. Kalau dilakukan bersama-sama dengan ADUN Pakatan Rakyat yang lain, itu cerita berbeza, tapi sekarang hanya Husam sahaja yang tidak hadir tanpa alasan yang munasabah, seterusnya menimbulkan persoalan sama ada Husam akan membiarkan kerusi DUN Salor kosong secara automatik selepas tempeh 6 bulan.

Seterusnya membuka laluan kepada pilihanraya kecil.

Atau ini semua hanya helah Husam supaya dia dilantik semula sebagai Exco? Kita tidak pasti, tapi mana-mana satu sekalipun, PAS dan Pakatan Rakyat tidak seharusnya diletakkan dalam keadaan serba salah seperti ini, hanya kerana tindakan Husam seorang. Sepatutnya, Husam menggunakan masa ini untuk muhasabah dirinya dan memperbaiki kelemahannya supaya di masa hadapan, dia akan kembali menjadi Exco kerajaan negeri, bukan merajuk macam budak-budak.

Pakatan Rakyat sudah pasti tidak akan tunduk kepada ugutan dan tekanan dari Husam. Apatah lagi, soal perlantikan Exco adalah dalam bidang kuasa Sultan yang memerintah dan kerajaan Negeri tidak ada pilihan, selain akur kepada ketetapan tersebut.

Justeru, penulis mencadangkan agar Husam bersara sahaja dari politik.dan membuka laluan kepada pemimpin lain yang mengutamakan kepentingan parti lebih dari kepentingan dirinya sendiri. Penulis yakin, pemimpin seperti itu ada ramai di Kelantan, hanya menunggu masa untuk Husam membukakan jalan. Kalau macam inilah gayanya, Husam memang terbukti seorang pemimpin yang tidak boleh dipercayai dan hanya mementingkan diri sendiri.

Tapi dalam mengendalikan soal Husam ini, PAS perlu bijak.

Jangan sampai pilihanraya kecil terpaksa diadakan semula kerana jika itu berlaku, ada kemungkinan besar PAS akan kalah kepada calon BN melihat kepada momentum perubahan yang berlaku selepas pilihanraya umum yang lepas. Walaupun dalam kempen tersebut Husam berjaya meningkatkan majoriti undinya dari 3,232 undi pada 2008 kepada 3,683 undi pada 2013, tapi perkara tersebut banyak dibantu oleh simpati pengundi kepada Husam berikutan kematian ibunya, beberapa hari sebelum hari pengundian pada 5 Mei.

Statistik tersebut kalau ditambah dengan faktor pengunduran Nik Aziz sebagai Menteri Besar Kelantan, sudah tentu akan mengurangkan lagi peluang Pakatan Rakyat untuk mengekalkan kerusi tersebut. - Sumber

Saturday, 15 June 2013

Husam Semakin Dipinggir Oleh Pas Kelantan???

Di sebalik perbalahan sesama pemimpin Pas seperti di bawah,  difahamkan bahawa sudah ada NGO-NGO yang bakal menarik diri daripada terlibat dengan perhimpunan BlackOut505.

Segalanya berpunca dengan gesaan mereka supaya pembangkang memboikot majlis angkat sumpah di Parlimen tidak diendah dan disampahkan oleh kepimpinan pembangkang. Kita tidak terkejut dengan tindakan NGO-NGO itu kerana mereka merasa ditipu dan dikeldaikan demi kepentingan pemimpin pembangkang.

Kita baca pula aksi Pas Kelantan dengan Husam Musa :

Pas Kelantan menyangkal dakwaan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang menuduh pemimpin parti yang tidak menyokong perhimpunan pakatan pembangkang di padang Majlis Daerah Ketereh malam kelmarin sebagai pengkhianat parti dan lupa asal-usul.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, perhimpunan Blackout 505 bukan program parti tetapi inisiatif beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tidak melibatkan, malah tiada jemputan rasmi diberikan kepada Pas Kelantan.

Mohd Amar yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri turut meminta Husam supaya berhenti daripada menyindir pemimpin lain kerana kehadiran Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob sudah membuktikan komitmen kerajaan Pas Kelantan dalam menentang penyelewengan pilihan raya.

Menurutnya, pertama, program di Ketereh itu bukan anjuran parti, tetapi NGO dan Pas negeri tidak dirujuk untuk mengadakan program itu, sebaliknya hanya mendengar tetapi tidak ada sebarang perbincangan rasmi.

"Saya sendiri hari Rabu itu terima panggilan telefon jemput hadir tapi last minute, saya tidak boleh hadirlah kerana ada komitmen lain.

"Kalau kata kita tidak menyokong, menteri besar sendiri hadir, jadi kehadiran beliau adalah sokongan paling jelas terhadap program itu, bukan mesti semua orang hadir. Beliau mewakili negeri dan parti, jadi pada pandangan saya kehadirannya sudah cukup bermakna," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah pagi di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri, di sini hari ini.
Beliau mengulas ucapan Husam dalam perhimpunan itu seperti dilaporkan akhbar hari ini yang mendakwa pemimpin Pas yang tidak menyokong program tersebut sebagai pengkhianat dan pemimpin yang lupa asal-usul serta bukan sahaja menolak semangat anak muda yang mahukan perubahan tetapi dakwah yang diasaskan oleh pimpinan Pas terdahulu.

Malah dalam ucapannya itu, Husam turut mendakwa mana-mana pemimpin tidak menyokong perhimpunan tersebut sebagai golongan membawa suara UMNO dan Barisan Nasional (BN) dan angkuh kerana membelakangkan 'saudara-saudara yang berlumuran darah' hasil penipu. Ketika ditanya dakwaan Husam tersebut, Mohd. Amar sekali lagi bertegas menolak dan menafikannya.

"Suara UMNO apanya? Kita semua tidak suka dengan penyelewengan ini, Pas Kelantan pun buat tiga petisyen di Kota Bharu, kita pun tidak puas hati dengan perjalanan pilihan raya," katanya.

Perhimpunan tersebut turut dihadiri Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu serta beberapa pemimpin Pas dan PKR yang lain.

Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive