Showing posts with label blackout 505. Show all posts
Showing posts with label blackout 505. Show all posts

Tuesday, 18 June 2013

Mati Syahid Jika Mati Di Himpunan Blackout 505 - Husam Musa???

Oleh Syed Mu'az Syed Putra

KUALA LUMPUR: Golongan ulama PAS enggan memberikan komen berhubung kenyataan naib presidennya Datuk Husam Musa yang beranggapan mana-mana peserta yang terkorban ketika menyertai Himpunan Blackout 505 sebagai mati syahid.

Ketika dihubungi Antarapos, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Harun Taib enggan memberikan komen sehingga membaca kenyataan penuh yang disiarkan organ rasmi parti itu, Harakahdaily.

"Saya tak mahu komen lagi, saya nak baca dulu. "Tidak sekarang (memberi komen), kemudian (selepas baca kenyataan penuh Husam)," jawab pemimpin veteran ini.

Husam dalam kenyataan di Harakahdaily, semalam berkata peserta yang terkorban ketika menyertai Himpunan Blackout 505 dianggap sebagai mati syahid.

"Andai kata kita terkorban, atau satu daripada kita terkorban, insya-Allah ia adalah syahid fi sabillah...

"Kita boleh reda dengan kekalahan kita tetapi kita tidak diizinkan untuk reda dengan penipuan dan maksiat. Tiap-tiap kali pilihan raya Umno menang hanya dengan penipuan, wajib kita orang Islam tegak berdiri menentangnya," katanya.

Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor turut menggesa seluruh ahli dan penyokong PAS agar turun ke Kuala Lumpur pada 22 Jun ini bagi menyertai perhimpunan terakhir 'Blackout 505'.

"Keputusan untuk menyertai himpunan ini bukan keputusan Husam Musa, bukan keputusan Haji Mohamad Sabu tetapi keputusan mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat untuk menyokong Blackout505," katanya lagi.
Syahid dikategorikan beberapa jenis Sementara itu Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Datuk Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata mati syahid boleh dikategorikan kepada beberapa jenis mengikut Islam. Beliau juga enggan menjawab pertanyaan berhubung kenyataan dilontarkan Husam itu.

"Itu kena tanya dia (Husam), mati syahid banyak jenis...orang lemas pun mati syahid, mati dalam kebakaran pun mati syahid, banyak jenis mati syahid ini.

"Mati dalam pertahankan kebenaran memang mati syahid, saya malas komen (kenyataan Husam)," jawabnya. Himpun 505 ini bertujuan sebagai bantahan terhadap dakwaan penipuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu dan menuntut supaya pegawai kanan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga melepaskan jawatan masing-masing.

Namun setakat ini, tidak ada kenyataan rasmi daripada pemimpin pembangkang sama ada mereka juga membantah keputusan pilihan raya negeri, khususnya di Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor yang menyaksikan mereka terus berkuasa.

Sumber

Saturday, 15 June 2013

Husam Semakin Dipinggir Oleh Pas Kelantan???

Di sebalik perbalahan sesama pemimpin Pas seperti di bawah,  difahamkan bahawa sudah ada NGO-NGO yang bakal menarik diri daripada terlibat dengan perhimpunan BlackOut505.

Segalanya berpunca dengan gesaan mereka supaya pembangkang memboikot majlis angkat sumpah di Parlimen tidak diendah dan disampahkan oleh kepimpinan pembangkang. Kita tidak terkejut dengan tindakan NGO-NGO itu kerana mereka merasa ditipu dan dikeldaikan demi kepentingan pemimpin pembangkang.

Kita baca pula aksi Pas Kelantan dengan Husam Musa :

Pas Kelantan menyangkal dakwaan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang menuduh pemimpin parti yang tidak menyokong perhimpunan pakatan pembangkang di padang Majlis Daerah Ketereh malam kelmarin sebagai pengkhianat parti dan lupa asal-usul.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, perhimpunan Blackout 505 bukan program parti tetapi inisiatif beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan tidak melibatkan, malah tiada jemputan rasmi diberikan kepada Pas Kelantan.

Mohd Amar yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya III Pas negeri turut meminta Husam supaya berhenti daripada menyindir pemimpin lain kerana kehadiran Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob sudah membuktikan komitmen kerajaan Pas Kelantan dalam menentang penyelewengan pilihan raya.

Menurutnya, pertama, program di Ketereh itu bukan anjuran parti, tetapi NGO dan Pas negeri tidak dirujuk untuk mengadakan program itu, sebaliknya hanya mendengar tetapi tidak ada sebarang perbincangan rasmi.

"Saya sendiri hari Rabu itu terima panggilan telefon jemput hadir tapi last minute, saya tidak boleh hadirlah kerana ada komitmen lain.

"Kalau kata kita tidak menyokong, menteri besar sendiri hadir, jadi kehadiran beliau adalah sokongan paling jelas terhadap program itu, bukan mesti semua orang hadir. Beliau mewakili negeri dan parti, jadi pada pandangan saya kehadirannya sudah cukup bermakna," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah pagi di hadapan Pejabat Badan Perhubungan Pas negeri, di sini hari ini.
Beliau mengulas ucapan Husam dalam perhimpunan itu seperti dilaporkan akhbar hari ini yang mendakwa pemimpin Pas yang tidak menyokong program tersebut sebagai pengkhianat dan pemimpin yang lupa asal-usul serta bukan sahaja menolak semangat anak muda yang mahukan perubahan tetapi dakwah yang diasaskan oleh pimpinan Pas terdahulu.

Malah dalam ucapannya itu, Husam turut mendakwa mana-mana pemimpin tidak menyokong perhimpunan tersebut sebagai golongan membawa suara UMNO dan Barisan Nasional (BN) dan angkuh kerana membelakangkan 'saudara-saudara yang berlumuran darah' hasil penipu. Ketika ditanya dakwaan Husam tersebut, Mohd. Amar sekali lagi bertegas menolak dan menafikannya.

"Suara UMNO apanya? Kita semua tidak suka dengan penyelewengan ini, Pas Kelantan pun buat tiga petisyen di Kota Bharu, kita pun tidak puas hati dengan perjalanan pilihan raya," katanya.

Perhimpunan tersebut turut dihadiri Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu serta beberapa pemimpin Pas dan PKR yang lain.

Sumber

Tuesday, 11 June 2013

'Blackout 505' Padang Merbok Mahu Anggota SPR Letak Jawatan???

Akhbar The Sun pada 6 Jun 2013 (di muka surat 6) telah melaporkan bahawa Pakatan Rakyat telah menyenaraikan tiga tuntutan berkenaan dengan pembaharuan yang melibatkan pilihan raya yang akan dikemukakan semasa perhimpunan “Black505” di Padang Merbok pada 15 Jun ini.


Tiga tuntutan tersebut adalah seperti yang berikut:

(a) peletakan jawatan serta-merta anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR);
(b) pilihan raya diadakan semula di sekurang-kurangnya 30 kerusi Parlimen yang dikenal pasti; dan
(c) menghentikan kajian semula pembahagian bahagian-bahagian pilihan raya sehingga anggota-anggota baru SPR dilantik.

PERUNTUKAN UNDANG-UDANG MENGENAI ISU YANG DITIMBULKAN
1. Peletakan jawatan serta merta anggota SPR

Anggota-anggota SPR dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Perkara 114 juga, seseorang anggota SPR hanya akan terhenti memegang jawatan apabila mencapai umur 66 tahun atau anggota itu sendiri meletakkan jawatannya.

Oleh yang demikian, jelas peletakan jawatan mana-mana anggota SPR hanya boleh dibuat oleh anggota SPR itu sendiri dengan rela hati tanpa apa-apa gesaan daripada mana-mana pihak.

Walau bagaimanapun seseorang anggota SPR itu boleh dipecat menurut peruntukan undang-undang. Pemecatan mana-mana anggota SPR hanya boleh dibuat:

(a) melalui suatu perintah oleh Yang di-Pertuan Agong jika anggota itu adalah seorang bankrap, terlibat dalam apa-apa jawatan atau pekerjaan berbayar di luar tugas jawatannya atau apabila mereka menjadi ahli mana-mana satu Majlis Parlimen atau Dewan Undangan Negeri; atau

(b) melalui suatu Tribunal yang ditubuhkan (alasan dan mengikut cara yang sama seperti seorang hakim Mahkamah Persekutuan).

Walau bagaimanapun jika gesaan dari mana-mana parti politik berhubung dengan pemecatan anggota SPR ini mendapat pertimbangan Kerajaan maka suatu Tribunal hendaklah ditubuhkan mengikut tatacara yang ditetapkan.

2. Pilihan Raya diadakan semula di sekurang-kurangnya 30 kerusi Parlimen yang dikenal pasti

Di bawah Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan, tiada pemilihan ke Dewan Rakyat atau Dewan Undangan sesuatu Negeri boleh dipersoalkan kecuali melalui petisyen pilihan raya. Oleh yang demikian sehingga pengisytiharan dibuat oleh Mahkamah Pilihan Raya bahawa pilihan raya itu tidak sah maka pilihan raya tidak boleh diadakan semula di 30 kerusi Parlimen yang dikenal pasti itu.

Bagi PRU 13, tarikh akhir untuk memfailkan petisyen pilihan raya ialah 12 Jun 2013.

3. Menghentikan kajian semula pembahagian bahagian-bahagian pilihan raya sehingga anggota-anggota baru SPR dilantik.

Fungsi SPR untuk mengkaji semula persempadanan bahagian pilihan raya diperuntukkan di bawah Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan.

Di bawah perenggan (i) Fasal (2) Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, kajian semula hendaklah dibuat setelah tamat lat tempoh 8 tahun dari tarikh siapnya kajian semula yang terakhir dijalankan.

Bagi maksud itu, kajian semula yang terakhir dijalankan ialah pada 21 Mac 2003. Ini bermakna lat 8 tahun akan bermula selepas 21 Mac 2011. Kajian tersebut tidak wajar dilengahkan dan hendaklah dibuat dalam tempoh yang munasabah kerana ini merupakan tuntutan tugas SPR di bawah Perlembagaan Persekutuan. Maka apa-apa kelengahan apatah lagi terus diberhentikan atas alasan ingin melantik anggota-anggota SPR yang baru tersebut bukanlah merupakan alasan yang kukuh dan munasabah. - Sumber

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ENTRI POPULAR

Blog Archive

Blog Archive